Anda di halaman 1dari 16

BOLA TAMPAR

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


Peraturan bola tampar
PERATURAN BOLA TAMPAR

Bola tampar adalah sejenis permainan kategori jaring


yang dimainkan oleh dua pasukan dengan enam orang
pemain bagi setiap pasukan.

Setiap pasukan akan berusaha mendapatkan mata


dengan mematikan bola ke dalam gelanggang lawan.
Mata juga diperoleh jika pihak lawan melakukan
kesalahan mengikut peraturan permainan ataupun
memukul bola keluar dari gelanggang.
3
PERATURAN BOLA TAMPAR

Permainan dimulakan dengan seorang pemain melakukan


servis dari luar garisan belakang. Pasukan yang
menerima servis boleh memainkan bola dengan
menggunakan mana-mana bahagian badan dan akan
membuat percubaan untuk mengembalikan bola ke
gelanggang lawan. Setiap pasukan dibenarkan melakukan
tidak lebih daripada tiga sentuhan bola untuk membuat
hantaran.

4
PERATURAN BOLA TAMPAR

Seorang pemain tidak boleh menyentuh bola dua kali


berturut-turut. Pasukan yang memperoleh mata akan
melakukan servis seterusnya. Permainan diteruskan
sehingga salah satu pasukan memperoleh 25 mata dengan
perbezaan dua mata.

Salah satu keistimewaan tentang permainan bola tampar


adalah rotasi pemain apabila servis bertukar pasukan
.
5
KEMAHIRAN BOLA
TAMPAR
KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

MENYANGGA SERVIS

MENGADANG
MEREJAM MENGUMPAN
7
KEMAHIRAN MENYANGGA
Kemahiran menyangga ialah kemahiran paling penting dalam
permainan bola tampar. Semasa menyangga, mata hendaklah berfokus
kepada bola dengan kedua-dua tangan dirapatkan dan lutut difleksikan
untuk menerima bola daripada pihak lawan.
Seorang pemain perlu bergerak pantas ke posisi yang sesuai untuk
melakukan kemahiran menyangga. apabila bola kena pada
bahagian lengan, lutut dan siku diekstensikan untuk menghantar
bola kepada rakan sepasukan. Ketinggian bola yang baik akan
membolehkan rakan sepasukan melakukan kemahiran umpanan
atau rejaman.
8
KEMAHIRAN MENYANGGA

9
KEMAHIRAN MENYANGGA

Teknik lakuan:

• Bersedia dengan fleksi lutut dan ekstensi kedua-dua belah


tangan untuk menerima bola.
• Genggam kedua-dua tapak tangan seperti dalam gambar.
• Menyangga bola dengan kedua-dua belah tangan.
• Bola harus kontak pada lengan tangan.

10
KEMAHIRAN SERVIS

Kemahiran servis dalam bola tampar digunakan untuk


memulakan permainan. Servis ialah senjata serangan pertama
sesuatu pasukan untuk mendapatkan mata. Terdapat pelbagai
cara untuk melakukan kemahiran servis dalam permainan bola
tampar, antaranya

I. Servis bawah
II. Servis atas.
11
KEMAHIRAN SERVIS BAWAH
Servis bawah boleh dilakukan dengan melambung bola
pada paras pinggang dengan menggunakan tangan bukan
dominan dan memukul bola dengan tangan dominan.

12
KEMAHIRAN SERVIS BAWAH

Teknik lakuan:

• Berdiri sisi dan pegang bola dengan sebelah tangan.


• Ayunkan tangan yang akan memukul bola.
• Pukul bahagian bawah bola dengan pergelangan tangan.
• Ikut lajak selepas memukul bola

13
KEMAHIRAN SERVIS BAWAH

Teknik lakuan:

• Berdiri sisi dan pegang bola dengan sebelah tangan.


• Ayunkan tangan yang akan memukul bola.
• Pukul bahagian bawah bola dengan pergelangan tangan.
• Ikut lajak selepas memukul bola

14
KEMAHIRAN SERVIS ATAS

Servis atas pula dilakukan dengan melambung bola ke atas


kepala dengan menggunakan tangan bukan dominan, dan
memukulnya dengan tangan dominan

15
KEMAHIRAN SERVIS ATAS
Teknik lakuan:

• Berdiri sisi dan pegang bola dengan sebelah tangan.


• Lambung bola tinggi melepasi atas kepala.
• Bawa tangan yang memukul bola ke belakang dan
fleksi siku.
• Luruskan tangan semasa memukul bola.
• Ikut lajak dengan pindahkan berat badan ke kaki
hadapan
16

Anda mungkin juga menyukai