Anda di halaman 1dari 7

3.

6 STABILITI
Stabiliti dalam Pergerakan
• Stabiliti merujuk kepada kebolehan mengekalkan keseimbangan tubuh badan.
• Dalam pergerakan, stabiliti dapat ditingkatkan dengan kaedah
i. penambahan jisim
ii. peningkatan geseran di antara dua permukaan yang bersentuhan
iii. peningkatan luas tapak sokongan
iv. kedudukan garis graviti yang merentasi tapak sokongan
v. aras pusat graviti yang direndahkan.
Faktor yang Mempengaruhi
Stabiliti

Jisim Objek lebih stabil apabila beratnya tertumpu pada tapak sokongan.

Geseran Jika geseran bertambah di antara dua permukaan, kestabilan akan


meningkat.

Garis graviti Garis graviti ialah garis tindakan daya ke atas jasad.
Jika garis graviti beralih dari kawasan yang merentasi tapak sokongan,
kestabilan akan berkurangan.

Luas tapak sokongan Objek yang lebih luas tapak sokongan akan lebih stabil.
Semakin besar saiz dan bentuk tapak sokongan sesuatu objek, maka
kestabilan sesuatu objek itu akan turut meningkat.

Luas tapak sokongan Pusat graviti ialah titik tengah tindakan daya ke atas jasad.
Objek lebih stabil jika pusat gravitinya lebih rendah. Lebih rendah pusat
graviti, maka lebih tinggi tahap kestabilannya
Aplikasi Stabiliti dalam Sukan
• Stabiliti yang lebih tinggi akan dicapai sekiranya tapak
sokongan diluaskan pada arah tindakan daya.
• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:Dalam tenis,
ketika membuat hantaran atau membalas pukulan, tapak
sokongan diluaskan pada arah daya akan diaplikasi.
• Aksi meluaskan tapak sokongan secara abduksi kaki pada
arah pukulan menghasilkan posisi diri yang lebih stabil.
Aplikasi Stabiliti dalam Sukan
• Jisim yang tinggi adalah jasad yang lebih stabil.
• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:Bagi sukan yang berfokus kepada aspek
kestabilan dan rintangan terhadap impak, atlet bertubuh besar lebih
berkemampuan mengekalkan stabiliti.
• Sebagai contoh, dalam sukan ragbi, pemain berjisim tinggi lebih sesuai untuk
melakukan posisi skrum.
• Semua ahli gusti sumo mempunyai jisim badan yang berlebihan supaya sukar hilang
stabiliti.
Aplikasi Stabiliti dalam Sukan
• Untuk kestabilan maksimum, garis graviti perlu merentasi tapak sokongan pada
titik: (a) yang menghasilkan julat pergerakan yang tinggi, dan (b) yang berlawanan
arah dengan daya yang menghasilkan pergerakan.
• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:Ketika menunggu hantaran balas dalam
tenis atau menunggu tendangan penalti dalam bola sepak, pastikan garis graviti
berada di bahagian tengah tapak sokongan.
• Situasi ini boleh dicapai secara berdiri dengan kaki diabduksi seluas bahu dalam
posisi sebegini, selain menjamin tahap stabiliti yang baik, ia turut memudahkan
pertukaran arah pergerakan.
Aplikasi Stabiliti dalam Sukan
• Daya geseran yang tinggi pada tempat sentuhan permukaan dan jasad akan menghasilkan situasi
yang lebih stabil.
• Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:Penggunaan kasut sukan yang sesuai mengikut keperluan
sukan yang terlibat jelas memperlihatkan aplikasi prinsip ini.
• Sebagai contoh, kasut tenis untuk gelanggang keras dan kasut tenis untuk gelanggang tanah liat
mempunyai struktur binaan dan corak tapak yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai