Anda di halaman 1dari 16

MODUL 2

PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN


di RUMAH (PdPR)

PENDIDIKAN JASMANI
DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 3
: ___________________________________
NAMA MURID

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU ROSLAN BIN AG.SALLEH
SEKOLAH KEBANGSAAN NIBANG, PITAS
MEI 2021
ARAHAN KEPADA MURID DAN IBU BAPA

• Modul ini mengandungi sebahagian kandungan Unit 3 – Serang Sampai Menang


dan Unit 11 – Jaga Diri Sihat Emosi, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan Tahun 3.

• Murid adalah dikehendaki membaca bahan rujukan tambahan daripada buku


teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 3, muka surat 16 – 18
(Pendidikan Jasmani) dan muka surat 70 – 71 (Pendidikan Kesihatan).

• Murid adalah dikehendaki melihat semua helaian pada modul dengan teliti.

• Murid dikehendaki menjawab semua soalan latihan yang disediakan.

• Modul ini boleh diselesaikan dalam tempoh 1 – 2 jam. dan dibuat mengikut
jadual waktu pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

• Murid perlu menghantar modul ini kepada guru pada 28 Mei 2021.

• Sekiranya memerlukan bantuan cikgu atau ada pertanyaan, jangan segan untuk
hubungi cikgu di talian - 013 5930394 (Telefon/Whatsapp).

Terima kasih dan selamat belajar.

Cikgu Roslan Bin Ag.Salleh


SK Nibang, Pitas

2
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 3

4. SEMANGAT BERJUANG

HANTARAN TEPAT TERIMA BIJAK

3
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 3

UNIT 4. SEMANGAT BERJUANG

TAJUK HANTARAN TEPAT TERIMA BIJAK

STANDARD 1.6 Melakukan kemahiran asas permainan kategori jaring dengan lakuan yang betul.

KANDUNGAN 2.6 Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan & prinsip mekanik dalam kemahiran asas
permainan kategori jaring

STANDARD 2.6.1 Menyatakan lakuan menghantar dan menerima bola menggunakan tangan, kaki dan alatan.

PEMBELAJARAN 2.6.2 Membezakan lakuan pukulan pepat dengan pukulan kilas menggunakan alatan.
2.6.3 Menganalisis dan mengenal pasti titik kontak pada objek yang dihantar.
2.6.4 Menerangkan lakuan servis menggunakan tangan, kaki dan alatan.

OBJEKTIF Pada akhir PdPC murid akan dapat :


PEMBELAJARAN 1. Menerangkan lakuan yang betul dalam kemahiran asas permainan kategori jaring.

TEMPOH 1 HARI (1 JAM)

KAEDAH BERTULIS
PENTAKSIRAN

INSTRUMEN LEMBARAN KERJA


PENTAKSIRAN

PANDUAN 1. Murid membaca maklumat/nota berkaitan tajuk.


PELAKSANAAN 2. Merujuk Buku Teks PJPK muka surat 21 – 25.
3. Murid menyelesaikan tugasan pada lembaran kerja.

TAHAP PENGUASAAN (TP) TAFSIRAN

TP4
• Boleh mengaplikasikan titik kontak semasa menghantar dan menerima bola menggunakan
tangan dan kaki dengan lakuan yang betul.
• Boleh melakukan pukulan pepat dan pukulan kilas menggunakan alatan dengan lakuan yang
betul.
• Boleh mengaplikasikan konsep pergerakan seperti arah dan kelajuan semasa melakukan
servis menggunakan tangan, kaki, dan alatan dengan lakuan yang betul.

TP5 • Boleh melakukan pukulan pepat dan pukulan kilas menggunakan alatan dengan lakuan yang
betul dan tekal pada pelbagai arah dan aras.
• Boleh melakukan servis menggunakan tangan, kaki dan alatan dengan lakuan yang betul
pada pelbagai arah dan aras.

4
HANTARAN TEPAT TERIMA BIJAK
LAKUAN SEMASA MENGHANTAR DAN MENERIMA BOLA
MENGGUNAKAN TANGAN, KAKI DAN ALATAN BAGI PERMAINAN
KATEGORI JARING.

Bagaimanakah lakuan menghantar dan menerima


bola dengan menggunakan tangan, kaki dan alatan?

Lakuan semasa menghantar dan menerima


1 bola dengan menggunakan tangan

Bergerak ke arah bola untuk


menghantar atau menerima
bola.

Semasa menerima bola:


a. mata memandang bola
c. fleksikan lutut

2 Lakuan semasa menghantar dan menerima bola dengan


menggunakan kaki

Fleksikan lutut ketika


menerima bola.

Menghantar dan menerima Ikut lajak selepas


bola menggunakan bahagian menghantar bola
dalam kaki.

5
LAKUAN SEMASA MENGHANTAR DAN MENERIMA BOLA MENGGUNAKAN
TANGAN, KAKI DAN ALATAN BAGI PERMAINAN KATEGORI JARING.

3 Lakuan semasa menghantar dan menerima bola dengan


menggunakan alatan

Fokuskan kepada arah


pergerakan bola

Gunakan alatan leper


yang sesuai untuk
memukul bola.

INFO TAMBAHAN
• Kemahiran menghantar dan menerima bola adalah antara kemahiran asas dalam
permainan kategori jaring.
• Lakuan dalam permainan bermaksud perbuatan atau tindakan yang dilakukan
semasa menghantar atau menerima bola.
• Fleksi bermaksud dalam keadaan bersedia dan dapat berubah sehingga dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza.

6
PUKULAN KILAS DAN PUKULAN PEPAT

Pukulan Kilas ialah pukulan belakang Pukulan pepat memerlukan pemain


tangan, iaitu membuat sesuatu atau memukul bola dengan posisi tangan yang
memukul dengan memalingkan tangan. dominan berbeza dengan pukulan kilas.

Lakuan semasa melakukan pukulan kilas dan pukulan pepat


Kedudukan dan lakuan pemain dalam kemahiran pukulan kilas adalah sama dengan
kemahiran pukulan pepat kecuali sudut permukaan reket atau bet tidak sama.
1. .Pemain perlu berdiri menyisi hampir dengan meja atau gelanggang.
2. Apabila memukul reket atau bet, tangan yang memegang reket/bet perlu bergerak ke
depan dan ke atas menuju arah bola.
3. Kemudian,bahagian atas badan pemain akan menghadap bola di sebelah kanan
sambil berat badan berpindah dari kaki kanan ke kaki kiri.
4. Seterusnya, bola perlu dipukul dengan lantunan maksimun

7
MELAKUKAN SERVIS MENGGUNAKAN TANGAN, KAKI DAN ALATAN BAGI
PERMAINAN KATEGORI JARING.

Seterusnya, kita akan belajar bagaimanakah lakuan dan titik


kontak semasa melakukan servis bola dengan menggunakan
tangan, kaki dan alatan?
Titik kontak ialah titik pertemuan atau sentuhan di antara anggota badan atau
alatan dengan bola semasa menghantar atau menerima bola

1 Servis dengan menggunakan tangan


Kontak tangan pada bahagian bawah bola
supaya melepasi jaring. Saya perlu bekerjasama
untuk menang

Semasa melakukan servis menggunakan tangan, kita perlu tetapkan kontak tangan di
bawah bola supaya bola boleh melepasi jaring.

2 Servis dengan menggunakan kaki


Sesuaikan titik kontak kaki pada
bola ketika servis.

Semasa melakukan servis menggunakan kaki, kontak kaki dengan bola ditetapkan pada
bahagian sisi kaki.
8
MELAKUKAN SERVIS MENGGUNAKAN TANGAN, KAKI DAN ALATAN BAGI
PERMAINAN KATEGORI JARING.

3 Servis dengan menggunakan alatan

Kontak alatan pada bahagian bawah bola


supaya melepasi jaring.
Kontak alatan pada
bahagian atas bola
supaya servis
menjunam.

INFO TAMBAHAN
• Servis merupakan satu lagi kemahiran asas dalam permainan kategori jaring.
• Semasa melakukan servis menggunakan alatan, kita perlu ayun tangan dengan laju
untuk mendapatkan jarak yang jauh.
• Pukulan yang kuat menghasilkan jarak sasaran yang jauh.

Semasa melakukan servis menggunakan kaki, kontak kaki dengan bola ditetapkan pada
bahagian sisi kaki.
9
LEMBARAN KERJA 1
JAWAB SEMUA SOALAN YANG BERIKUT
1. Nyatakan kemahiran asas yang terdapat dalam permainan kategori jaring.

2. a. Tandakan titik kontak pada bola supaya dapat melepasi jaring.

b. Mengapakah kamu memilih titik kontak tersebut?

3. Warnakan bola tempat kontak pada kaki kamu semasa melakukan servis.

10
PENDIDIKAN kesihatan
TAHUN 3

11. JAGA DIRI SIHAT EMOSI

YAKIN BOLEH

11
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 3

UNIT 11. JAGA DIRI SIHAT EMOSI

TAJUK YAKIN BOLEH

STANDARD 3.1 Kemahiran mengurus mental dan emosi dalam kehidupan harian
KANDUNGAN

STANDARD 3.1.1 Menjelaskan maksud keyakinan diri.

PEMBELAJARAN 3.1.2 Mengaplikasikan cara meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan harian.
3.1.3 Menjana idea cara meningkatkan keyakinan diri melalui amalan positif.

OBJEKTIF Pada akhir PdPC murid akan dapat :


PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan maksud keyakinan diri.
2. Mengaplikasikan cara meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan harian.
3. Menyenaraikan cara meningkatkan keyakinan diri melalui amalan positif.

TEMPOH 1 HARI (1 JAM)

KAEDAH BERTULIS
PENTAKSIRAN

INSTRUMEN Lembaran Kerja


PENTAKSIRAN

PANDUAN 1. Murid membaca maklumat/nota berkaitan tajuk yang disediakan.


PELAKSANAAN 2. Murid menyelesaikan tugasan pada lembaran kerja mengikut arahan yang disediakan.
3. Murid menghantar modul yang telah lengkap mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

TAHAP PENGUASAAN (TP) TAFSIRAN

TP5 Mengesyorkan cara meningkatkan keyakinan diri melalui amalan positif.

12
YAKIN BOLEH
Nyanyikan dan hayati lirik lagu di bawah

LAGU “FIKIRKAN BOLEH”

Jika kau fikirkan kau boleh


Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu
tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan


Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan Kau
hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung


dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan Fikirkan
boleh

Percaya apa kau lakukan


Tabah apa kau usahakan Bertindak atas
kemampuan Engkau boleh

Penulis lirik: Megat Ismail


Penyanyi: MetropolitanIhsan: Sony Music
Publishing Sdn. Bhd.

Anda boleh minta bantuan ibu bapa/penjaga untuk menonton video lagu tersebut di Youtube
melalui pautan: https://bit.ly/2QJpRAM

13
MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI MELALUI AMALAN
POSITIF
Secara umum keyakinan diri bermaksud kemampuan individu
mempercayai dan yakin di atas kemampuan dirinya untuk
melakukan sesuatu. Ianya tidak bergantung kepada penampilan diri,
suara yang lantang atau pakaian yang boleh menarik perhatian orang
ramai.

Seseorang yang mempunyai keyakinan diri tidak bergantung


kepada penerimaan orang lain. Mereka tidak peduli apa yang orang
lain mungkin akan katakan. Orang yang mempunyai keyakinan diri
memanfaatkan peluang yang datang kepada mereka.

Berikut adalah beberapa contoh amalan positif yang boleh meningkatkan keyakinan diri.

14
Lembaran Kerja

Jawab Semua Soalan

15
BONUS UNTUK MURID

Dengan menyempurnakan/menyiapkan Modul PdPR ini, semua murid adalah berpeluang


untuk menuntut hadiah galakan daripada cikgu.

Sila lengkapkan butiran pada Keratan A dan Keratan B.

Keratan A mestilah kekal dan dihantar bersama modul ini. Manakala Keratan B mesti
disimpan oleh murid dan ditunjukkan kepada cikgu apabila persekolahan dibuka kelak.

Modul 2 PJPK KERATAN A

Nama Murid: ……………………………………………………………………….

Kelas: ………………………………………………

Tarikh Ambil Modul: ……………………………………..

Tarikh Hantar Modul: ………………………….…………..

Modul 2 PJPK KERATAN B

Nama Murid: ……………………………………………………………………….

Kelas: ………………………………………………

Tarikh Ambil Modul: ……………………………………..

Tarikh Hantar Modul: ………………………….…………..

16

Anda mungkin juga menyukai