Anda di halaman 1dari 13

MODUL 4

PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN


di RUMAH (PdPR)

PENDIDIKAN JASMANI
DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 3

: ___________________________________
NAMA MURID

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU ROSLAN BIN AG.SALLEH
SEKOLAH KEBANGSAAN NIBANG, PITAS
jun 2021
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 3

5: HEBAT BALINGAN, HEBAT


PUKULAN
Siapa pantas

2
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 3

UNIT 5: HEBAT BALINGAN, HEBAT PUKULAN

TAJUK SIAPA PANTAS

STANDARD 1.7 Melakukan kemahiran asas permainan kategori pukul dan memadang dengan lakuan yang betul.

KANDUNGAN 2.7 Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas
permainan kategori pukul dan memadang.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.

STANDARD 1.7.1 Melakukan balingan bola atas bahu.

PEMBELAJARAN 1.7.2 Menangkap bola pada pelbagai aras


2.7.1 Menyatakan kedudukan tangan yang paling sesuai (angle of release) semasa melepaskan bola
dalam kemahiran balingan.
2.7.2 Membezakan kedudukan tangan semasa menangkap bola pada pelbagai aras
5.1.2 Menentukan ruang yang selamat dalam aktiviti fizikal.

OBJEKTIF Pada akhir PdPC murid akan dapat :


PEMBELAJARAN 1. Melakukan kemahiran asas permainan kategori pukul dan memadang dengan lakuan yang
betul.

TEMPOH 1 HARI (1 JAM)

KAEDAH BERTULIS
PENTAKSIRAN

INSTRUMEN LEMBARAN KERJA


PENTAKSIRAN

PANDUAN 1. Murid membaca maklumat/nota berkaitan tajuk.


PELAKSANAAN 2. Merujuk Buku Teks PJPK muka surat 24 – 26.
3. Murid menyelesaikan tugasan pada lembaran kerja.

TAHAP PENGUASAAN (TP) TAFSIRAN

TP5
• Boleh membaling bola atas bahu, membaling bola dengan tangan lurus mengikut arah
pusingan jam dan melawan arah pusingan jam pada pelbagai arah dan jarak dengan lakuan
yang betul dan tekal.
• Boleh menangkap bola pada pelbagai aras, arah, jarak dan kelajuan dengan lakuan yang
betul dan tekal.

3
MEMBALING DAN MENANGKAP BOLA

PENGENALAN

Membaling dan menangkap bola merupakan dua lagi kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid dalam permainan kategori pukul dan memadang.
Menguasai kemahiran membaling membolehkan kamu menghantar bola
kepada rakan dengan mudah. Manakala kemahiran menangkap pula
membolehkan hantaran bola rakan dapat kamu terima dengan baik.

MEMBALING BOLA DI ATAS BAHU


• Balingan atas bahu merupakan cara yang sering digunakan dalam permainan pukul
dan memadang. Ia selalu digunakan apabila hendak melakukan hantaran jauh.
• Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di
atas bahagian dada dan di bahagian atau bahu penerima bola.

• Untuk melakukan balingan, pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki


yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke
hadapan. Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan
siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.

Tangan kanan

Kaki kiri

• Kedudukan tangan yang paling sesuai semasa melepaskan bola adalah ketika siku
tangan hampir lurus.

4
KEMAHIRAN Menangkap bola pada pelbagai aras SEMASA
MEMADANG
• Menangkap bola adalah merupakan satu kemahiran penting dalam permainan ini.
Pemadang hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada
berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret, tinggi dan
melantun berdasarkan aras ketinggian dan arah pergerakan bola.

Aras Aras
bawah lutut

Aras
dada Aras kepala

Aras menangkap bola semasa memadang

1. Menangkap bola aras bawah


a. Mata memandang ke arah bola.
b. Buka kaki luas dan fleksikan lutut
c. Kedua-dua belah tangan menghala ke hadapan di bawah paras lutut
d. Jari tangan dibuka dan tangan dirapatkan.
e. Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

2. Menangkap bola aras lutut


a. Mata memandang ke arah bola.
b. buka kaki luas dan fleksikan lutut
c. Kedua-dua belah tangan menghala ke hadapan pada paras lutut
d. Jari tangan dibuka dan tangan dirapatkan.
e. Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

3. Menangkap bola aras dada


a. Mata memandang ke arah bola.
b. buka kaki seluas bahu
c. Depakan kedua-dua belah tangan ke hadapan pada paras dada.
d. Jari tangan dibuka dan tangan dirapatkan.
e. Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan dan fleksi siku ke ara dada bagi
menyerap daya.

4. Menangkap bola aras tinggi;


a. Mata memandang ke arah bola.
b. Kedua-dua belah tangan di angkat ke atas kepala dengan siku fleksi.
c. Jari tangan dibuka dan tangan dirapatkan.
d. Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan dirapatkan.

5
LEMBARAN KERJA
JAWAB SEMUA SOALAN YANG BERIKUT
A. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan rajah aktiviti yang betul

6
LEMBARAN KERJA
B. Namakan aras menangkap bola semasa memadang

7
PENDIDIKAN kesihatan
TAHUN 3

11. JAGA DIRI SIHAT EMOSI


FAHAMILAH DAKU

8
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 3

UNIT 11. JAGA DIRI SIHAT EMOSI

TAJUK FAHAMILAH DAKU

STANDARD
5.1 Kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan harian
KANDUNGAN

STANDARD 5.1.1 Menerangkan maksud konflik.

PEMBELAJARAN 5.1.2 Menganalisis tanda-tanda konflik dengan adik-beradik dan rakan sebaya.
5.1.3 Mengesyorkan idea sendiri cara mengurus konflik secara berhemah dalam perhubungan dengan
adik-beradik dan rakan sebaya.

OBJEKTIF Pada akhir PdPC murid akan dapat :


PEMBELAJARAN 1. Menerangkan maksud konflik.
2. Menganalisis tanda tanda konflik dengan adik-beradik dan rakan sebaya.
3. Menyatakan idea cara mengurus konflik secara berhemah dalam perhubungan dengan adik-
beradik dan rakan sebaya.

TEMPOH 1 HARI (1 JAM)

KAEDAH BERTULIS
PENTAKSIRAN

INSTRUMEN Lembaran Kerja


PENTAKSIRAN

PANDUAN 1. Murid membaca maklumat/nota berkaitan tajuk yang disediakan.


PELAKSANAAN 2. Murid menyelesaikan tugasan pada lembaran kerja mengikut arahan yang disediakan.
3. Murid menghantar modul yang telah lengkap mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

TAHAP PENGUASAAN (TP) TAFSIRAN

TP5 Mengesyorkan cara mengurus konflik secara berhemah dalam perhubungan dengan adik-
beradik dan rakan sebaya.

9
FAHAMILAH DAKU
PENGENALAN
Kadangkala Chin Ann berselisih faham atau berbeza pendapat dengan adiknya. Keadaan ini
menimbulkan konflik dalam diri Chin Ann. Konflik juga boleh berlaku dengan rakan
sebaya.

1 Maksud Konflik
Konflik bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan
dan lain-lain.

2 Punca-Punca Konflik

Barang-barang peribadi sering diambil orang:


• Terdapat rakan sekolah yang suka mengambil barang-barang
milik orang lain menyebabkan timbul rasa benci dan sakit hati
terhadap rakan tersebut terutama apabila mereka tidak berani
untuk memintanya semula.

Berebut barang mainan/barang peribadi


• Kanak-kanak biasanya memiliki mainan atau barangan
yang mereka anggap sebagai hak persendirian.
• Disebabkan ini, mereka gemar bergaduh sesama sendiri
demi mendapatkan hak menggunakan sesuatu mainan atau
barangan tersebut.

Rendah diri dan cemburu terhadap rakan:


• Seseorang boleh berasa rendah diri kerana rakannya lebih
pandai daripadanya, lebih gaya, atau yang lebih disukai oleh
orang ramai.
• Akibatnya ia melahirkan perasaan cemburu dan ingin
mengalahkan rakan tersebut.
• Maka berlakulah konflik dan persaingan tidak sihat.

Sering diganggu/dibuli rakan:


• Konflik juga berlaku disebabkan mereka sering diganggu atau
dibuli oleh rakan sekelas.
• Gangguan ini akan menyebabkan rasa sakit hati atau benci dan
akhirnya membawa kepada konflik pergaduhan.

10
3 Tanda-Tanda Konflik

Marah:
• Konflik akan menimbulkan perasaan marah terhadap
seseorang.
• Ketika sedang marah, suara sesorangt mungkin akan menjadi
terketar-ketar, pernafasan pendek dan pantas, ketegangan
saraf, ketegangan otot tertentu, menjerit ketika bercakap, serta
cepat berpeluh.

Murung:
• Konflik boleh menyebabkan seseorang menjadi murung.
• Murung adalah gangguan perasaan seseorang yang
menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan,
keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah, perasaan
bersalah, serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Bengis:
• Bengis bermaksud tiada belas kasihan, kejam atau zalim
dalam perbuatan atau percakapan.
• Seorang yang bengis sering menunjukkan tanda-tanda seperti
suka meninggikan suara apabila bercakap, sering berkasar
dalam perbuatan, tiada belas kasihan dan melakukan tindakan
kejam terhadap adik-beradik atau rakan sekolah

Kecewa:
• Kecewa adalah perasaan dukacita kerana tidak tercapai cita-
cita atau kehendak, perasaan hampa serta rasa diri gagal dan
tidak berhasil melakukan sesuatu usaha.
• Perasaan kecewa akan menyebabkan seseorang mudah
berputus asa.

11
4 Mengurus Konflik Secara Berhemah

• Konflik perlu ditangani secara berhemah supaya tidak mendatangkan kesan negatif
terhadap diri sendiri, hubungan adik-beradik dan hubungan sesama rakan sebaya.
• Berikut adalah beberapa langkah untuk menangani konflik.

12
Lembaran Kerja

A. Susun semula perkataan tentang cara menangani konflik.

13

Anda mungkin juga menyukai