Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum saya ucapkan pada

hakim yang bijaksana.


Nama saya Muhammad Fatih dari
kelas 1 Jaya
Saya ingin menyampaikan sebuah
kisah iaitu ..

Kisah Perang Khandak dan


makanan sedikit menjadi banyak.
• Perang Khandak atau Perang Ahzab ialah perang
ketiga yang berlaku dalam sejarah Islam.
• Dinamakan juga Perang Khandak kerana
tentera Islam telah menggali parit di sekeliling
kota Madinah untuk menghalang tentera musuh
dari menceroboh dan menyerang Madinah.
• Bilangan tentera musuh ialah 10,000 orang.
• Angkatan tentera Islam pula berjumlah 3,000
orang sahaja.
• Semasa kerja menggali parit dilakukan, kaum
Muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana
kekurangan makanan.
• Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sendiri mengikat perut
dengan ketulan batu untuk menahan lapar.
• Seorang sahabat bernama Jabir berasa kasihan
melihat keadaan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan kaum
Muslimin menahan lapar.
• Dia memberitahu isterinya yang dia hendak
menyediakan makanan kepada Nabi Muhammad
‫ ﷺ‬dan beberapa orang sahabat.
• Lalu Jabir menyembelih kambing lalu
memasaknya.
• Dia mengisar gandum dan menguli tepung untuk
dibuat roti.
• Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menjemput orang Muhajirin
dan Ansar datang ke rumah Jabir.
• Mereka duduk menghadap makanan yang sedikit.
• Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬mencubit-cubit roti dan
meletakkan gulai kambing diatas cubitan roti.
• Mereka semua makan dengan berselera kerana
lapar.
• Dalam masa yang sama, gulai kambing di dalam
periuk di dapur masih bertambah walaupun
beberapa kali dicedok.
• Gandum yang di adun oleh Jabir bertambah juga.
• Penggali-penggali parit semuanya kenyang.
• Orang Muhajirin dan Ansar mengucapkan terima
kasih kepada Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬serta Jabir dan
isterinya.
• Mereka kembali menggali parit dengan bertenaga.
• Jabir dan isteri kembali ke dapur dan mendapati
baki roti masih banyak.
• Tepung gandum masih berbaki untuk dibuat roti.
• Jabir dan isteri berasa hairan kerana makanan
yang sedikit dapat mengenyangkan ramai orang.

Sekian sahaja cerita saya. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai