Anda di halaman 1dari 37

FAKTOR -FAKTOR

TERCETUNYA
PERANG
KEMERDEKAAN
NAWARAH FARZANAH
6 FISIO 24
PEPERANGAN
TUJUH TAHUN
(1756-1763)
Menjelang pertengahan abad ke -18, England dan Perancis mempunyai koloni
di Amerika Utara.

Orang Inggeris mempunai koloni di sepanjang panti timur di Amerika Utara.

Manakala orang Perancis mempunyai wilayah di kawasan pedalaman yang


menganjur dari Teluk Mexico di selatan hingga Kanada di bahagian utara.
Pada tahun 1756, tercetus peperangan antara Perancis dengan England di
Eropah. Peperangan ini juga dikenali sebagai Peperangan Tujuh Tahun ( 1756-
1763 ).
Peperangan ini bukan sahaja berlangsung di Eropah tetapi tesebar ke bahagian-
bahagian lain di di dunia. Peperangan sengit berlaku di koloni-koloni Inggeris
dan Perancis di Amerika Utara dan India.
Pada tahun 1763, orang Perancis telah dikalahkan oleh England dalam Perang
Tujun Tahun.
Ekoran kekalahan tersebut, Perancis terpaksa menandatangani perjanjian Paris
pada tahun 1763. Menerusi Perjanjian Paris, Perancis menyerahkan Kanada dan
wilayah pedalaman Mississippi-Ohio kepada England.
Peperangan ini menelan pembelanjaan yang besar bagi kerjaan England.
England menuntut koloni-koloni di Amerika membayar sebahagian daripada
perbelanjaan peperangan tersebut.

Namun demikian, penduduk-penduduk di 13 buah koloni tidak bersetuju


dengan tindakan tersebut. Perkembangan ini telah mencetuskan peperangan
antara koloni-koloni tersebut dengan England.
PENGENALAN
AKTA-AKTA
BAHARU
Sejak awal abad ke-17, raja-raja di England mengamalkan dasar tidak campur
tangan dalam hal ehwal koloni-koloni mereka di Amerika Syarikat.
Namun demikian, perubahan besar
berlaku apabila Raja George III
ditabalkan menjadi Raja England pada
tahun 1760. Raja George III mula
mengamalkan dasar campur tangan
dalam hal ehwal penduduk koloni-
koloni di Amerika.
Penduduk di koloni-koloni tidak berpuas dengan dasar campur tangan kerajaan
England dalam hal ehwal mereka. Mereka membantah tindakan kerajaan
England yang menuntut supaya koloni-koloni membayar sebahagian daripada
perbelanjaan Perang Tujuh Tahun.
Raja George III tidak meghiraukan bantahan yang dikemukan oleh penduduk di
koloni-koloni Amerika. Sebaliknya, baginda mengambil langkah-langkah yang
lebih tegas untuk mendapatakan wang daripada penduduk koloni-koloni
tersebut.
Baginda menguatkuasakan
empat akta, iaitu Akta
Pelayaran, Akta Gula,
Akta Setem, dan Akta Teh
untuk memungut cukai
daripada penduduk di
koloni-koloni tersebut.
Selain itu, undang-undang yang memerlukan penduduk koloni membayar
perbelanjaan tentera England yang berkhidmat di Amerika turut diluluskan.
BANTAHAN
KOLONI-KOLONI
Penduduk- penduduk koloni membantah akta-akta yang diluluskan oleh
Parlimen England di London.

Mereka berpendapat bahawa parlimen tidak berhak untuk mengenakan cukai


kerana koloni-koloni tersebut tidak diwakili di parlimen.

Slogan yang dilaungkan oleh mereka ialah “Tiada cukai tanpa perwakilan”

Bantahan daripada penduduk-penduduk koloni- menyebabkan kerajaan England


bimbang kekacauan akan berlaku. Perkembangan ini menyebabkan kerajaan
England menarik semua akta kecuali Akta Teh
PERISTIWA
PEMBUANGAN TEH
BOSTON
Pada tahun 1773, Lord North
yang merupakan seorang
menteri kerajaan England
telah meluluskan Akta Teh.
Akta ini membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris menjual teh kepada
penduduk di koloni-koloni Amerika tanpa membayar cukai.

Penduduk di koloni-koloni Amerika dipaksa membeli teh daripada England


melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris. Akta ini juga tidak membenarkan
penduduk di koloni tersebut daripada mengimport teh.
Perkembangan ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni terhadap
kerajaan England.

Pada bulan Disember 1773, beberapa orang penduduk koloni yang memakai
pakaian Red Indian menaiki sebuah kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris di
pelabuhan Boston.
Mereka bertindak membuang kotak-kotak yang berisi teh ke dalam laut.
Peristiwa ini dikenali sebagai
Peristiwa Pembuangan Teh Boston.
Sebagai tindak balas terhadap peritiwa tersebut, kerajaan England mengambil
keputusan untuk menutup pelabuhan Boston pada tahun 1774.
Penduduk koloni-koloni
jajahan mengambil
keputusan untuk
memperjuangkan
kemerdekaan negara mereka
daripada England.
PERANG
KEMERDEKAAN
Pada bulan September 1774,
pemimpin-pemimpin daripada
13 koloni mengadakan
pertemuan di Philadelphia.
Mereka mengambil keputusan
untuk menubuhkan sebuah
Kongres (Parlimen Bersatu).
Pada pertengahan tahun 1775, George
Washington telah dilantik untuk memimpin
tentera Amerika Syarikat.
Pada 6 Julai 1775, Kongres membuat
keputusan untuk mengisytiharkan
peperangan terhadap England.

Pada bulan April 1776, pasukan


tentera koloni bertempur dengan
tentera England di Lexington.
Pada 4 Julai 1776, Kongres
dalam persidangan yang
diadakan di Philadelphia
meluluskan Pengisytiharan
Kemerdekaan yang ditulis
oleh Thomas Jefferson
Menerusi pengisytiharan ini, 13
buah koloni digabungkan menjadi
Amerika Syarikat yang merdeka.
Pada tahun 1777, angkatan tentera England yang dipimpin oleh Jeneral
Burgoyne mengalami kekalahan di Saratoga.
Pada tahun 1781, tentera England di bawah pimpinan Jeneral Cornwallis
dikalahkan di Yorktown.
Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan termeterainya
Perjanjian Versailles.

Antara syarat Perjanjian Versailles ialah :

(a) England menyerahkan kesemua 13 tanah jajahan

(b) England mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat


SEKIAN
TERIMA KSIH
SOALAN
SENARAIKAN FAKTOR -
FAKTOR TERCETUNYA
PERANG KEMERDEKAAN
SOALAN
SIAPAKAH YANG MULA
MENGAMALKAN DASAR
CAMPUR TANGAN DALAM
HAL EHWAL PENDUDUK
KOLONI-KOLONI DI
AMERIKA?
SOALAN
NAMAKAN AKTA YANG
DIKUATKUASAKAN OLEH
RAJA GEORGE III

Anda mungkin juga menyukai