Anda di halaman 1dari 19

MASTER OF ISLAMIC STUDIES

SEMESTER 4 / 2023

METODOLOGI PENYELIDIKAN (AMRM5104)

PENGUASAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID DI SK


DARUL HIKMAH.
 Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan tulisan
Jawi dalam kalangan pelajar khususnya yang beragama Islam. Kajian ini
telah dijalankan secara ujian dan temubual . Sampel terdiri daripada 15
orang murid dikalangan Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah.

 Ujian secara lisan, bertulis dan temubual juga dilakukan terhadap guru
dan pelajar untuk digunakan mengukur tahap pencapaian penguasaan
tulisan Jawi. Data dianalisa secara statistik deskriptif yang menjuruskan
kepada huraian peratus.
 Kajian ini memberi satu alternatif untuk guru agama atau individu yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran di kelas serta meningkatkan kemahiran
penguasaan Tulisan Jawi untuk murid-murid tahap satu r.. Temubual
dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.
 Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang murid-
murid dan guru serta faktor yang boleh mempengaruhi kebolehan
pelajar menulis Jawi. Manakala ujian mengenal, menulis dan membaca
pula untuk mengetahui sejauh mana masalah kebolehan murid-murid
menulis
Soalan-soalan Kajian

1) Sejauh manakah murid tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi?

2) Sejauh manakah murid-murid tahap satu boleh menguasai kemahiran


menulis tulisan Jawi?

3) Sejauh manakah murid-murid tahap satu membaca huruf-huruf Jawi?

4) Apakah punca-punca murid-murid tahap satu tidak dapat menulis dan


membaca huruf Jawi?

5) Apakah bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai ?

6) Sejauh manakah penguasaan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan


murid-murid tahap 1?
7) Adakah terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian
pelajar dalam Pendidikan Islam?
Objektif Kajian

1) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap 1-


huruf Jawi.

2) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap 1


kemahiran tulisan Jawi.

3) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap 1 membaca huruf-


huruf Jawi.

4) Mengetahui punca-punca murid-murid tahap 1 tidak tahu menulis dan


membaca.
tulisan Jawi.

5) Mengetahui bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai


Tinjauan Literatur

Kajian ini adalah mengenai kebolehan murid-murid Tahap satu dalam


menguasai tulisan Jawi. Oleh sebab itu, dalam bab ini, pengkaji akan
membincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan seperti berikut :

1. Teori-teori mengenai tulisan dan bacaan .


2. Kajian terdahuu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam
dan di luar negara.

Justeru itu, bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian. Ia
akan memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian
dengan kajian ini.
Teori-teori

Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran


yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah kemahiran
mengingat ( menghafaz ), membaca dan menulis. Ia amat
berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu
objketif utama yang berkaitan dengan kajian.

Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan


unik ingatan manusia dalam pepatah masyhurnya :

‘Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam
derianya tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang
berlainan daripada dalam deria’
Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di
dalam dan luar negara.

 Ibnu Taimiyyah (1982) menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab


(Tulisan Jawi) sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan
kefahaman dalam bidang Islam.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd.
Rashid (1991) yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan
pelajar adalah rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi
yang diajar dan digunakan dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah. Atas
alasan inilah dikatakan pelajar lambat menguasai kemhairan Jawi.Alasan ini
disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad b.
Endut(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi
disebabkan ia hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam
sahaja.

 Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan
menyatakan kementerian Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi
sejak pengenalan kurikulum lama sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai
kanak-kanak sekarang tidak dapat membaca Jawi.Jika usaha tertentu tidak
diambil dari sekarang ramai generasi muda tidak akan dapat membaca dan
menulis jawi .(Berita Minggu, 18 Oktober ,1987)
 Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Menurut Majid
(2000) telah menyatakan bahawa kajian kes adalah penyelidikan yang
dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial
seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau
satu masyarakat.

 Pemerhatian akan dijalankan ke atas semua murid-murid Tahap satu yang


beragama Islam yang berbeza latar belakang keluarga. Penilaian dilakukan
semasa proses pembelajaran di dalam kelas.Setiap sesi mengambil masa
selama 20 – 30 minit.

 Sampel dan persampelan


Temu bual yang diberikan untuk memperolehi tahap penguasaan Jawi di
kalangan murid-murid Islam Tahap satu. Responden ini terdiri daripada 15
orang murid tahap 1 yang sedang belajar di sebuah sekolah yang dikenal pasti.
Jadual 1 berikut menunjukkan latarbelakang responden.
Pembolehubah Kekerapan Pembolehubah Kekerapan

Jantina Kelas
Lelaki 10 (66.6%) Tahun satu 3 (20%)
Perempuan 5 (33,3%) Tahun dua 6 (40%)
Tahun tiga 6 (40%)

Jumlah 15(100%) Jumlah 15(100%)


Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang murid Islam Tahap satu
di S.K Darul Hikmah Stras yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari
aspek kebolehan, taraf sosio ekonomi keluarga dan tahap kecerdasan otak
seperti yang dinyatakan dalam jadual 2

Bil Taraf Sosioekonomi (SES) Lelaki Perempuan JUMLAH

1 SES Tinggi 6 3 9

2 SES Sederhana 2 0 2

3 SES Rendah 2 2 4

JUMLAH 10 5 15
Pengkaji memilih sampel mengikut taraf sosioekonomi keluarga bagi mendapatkan
dapatan kajian untuk persoalan keempat iaitu adakah taraf sosioekonomi keluarga
menjadi punca murid-murid tidak dapat menulis dan membaca huruf jawi.

 Keluarga yang dikategori bertaraf sosioekonomi tinggi ialah yang berpendapatan


RM 2000.00 dan ke atas sebulan. Bagi keluarga yang dikategorikan bertaraf
sosioekonomi sederhana ialah yang berpendapatan RM 701.00 hingga RM 1999.00
dan ke atas sebulan. Manakala keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi
rendah ialah yang berpendapatan RM 700.00 dan ke bawah sebulan. Rujuk jadual
3 untuk melihat pendapatan keluarga sampel secara lebih terperinci.
Jadual 3 : Pendapatan Keluarga Sampel mengikut Nilai tertinggi

Bil Bilangan murid Pendapatan Keluarga Taraf Sosioekonomi ( SES)

1 7 orang RM 2000.00 ke atas Tinggi

2 2 orang RM 701.00 – RM 1999.00 Sederhana

3 6 orang RM 700.00 ke bawah Rendah


 Jadual 3 menunjukkan bahawa daripada 15 responden yang dipilih,
7 orang daripada mereka adalah daripada keluarga yang
mempunyai taraf sosioekonomi tinggi iaitu berpendapatan lebih RM
2000.00 sebulan. Manakala 2 orang responden daripada mereka
adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi
sederhana iaitu berpendapatan lebih RM 701.00 sehingga RM
1999.00 sebulan dan akhirnya seramai 6 orang responden adalah
dalam kategori berpendapatan rendah iaitu berpendapatan kurang
RM 700.00 sebulan.
Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan 65.4% murid tidak tahu dan tidak
boleh menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja murid boleh
menulis huruf Jawi. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan
Jawi di kalangan murid-murid tahap satu amat rendah. Ini terdapat dalam rajah 2
di bawah.

Rajah 2 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu menulis


huruf-huruf Jawi
Punca-punca yang mempengaruhi pelajar menengah rendah tidak dapat
menulis dan membaca huruf-huruf Jawi

 Hasil dapatan kajian membuktikan taraf sosioekonomi keluarga


mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Ibu bapa yang
berpendapatan dan berpendidikan tinggi tidak menekankan aspek agama
iaitu mengajar mengaji al-Quran pada anak-anak mereka di rumah kerana
lebih mementingkan mata pelajaran lain . Manakala ibu bapa yang
berpendapatan rendah juga tidak memberi perhatian khusus kepada anak-
anak mereka di dalam penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos kehidupan
yang tinggi dan kedaifan di dalam pendidikan Islam.
 Bagi murid-murid yang berpendapatan sederhana, kebolehan mereka dalam
tulisan Jawi amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang
cemerlang. Ini menunjukkan ibubapa yang dari sosioekonomi sederhana amat
mementingkan pendidikan Islam terhadap anak-anak mereka. Kajian juga
membuktikan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan hidup
(aqidah) dalam pendidikan Islam amat mempengaruhi pencapaian akademik
murid.
Implikasi dan cadangan

 Berdasarkan kajian yang dijalankan , jelaslah bahawa tahap penguasaan


tulisan Jawi murid-murid hanya 48.1% sahaja secara keseluruhannya. Separuh
daripada murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya tulisan Jawi.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja seandainya tiada tindakan
susulan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
 Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua pihak
seperti guru, keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat keseluruhannya
untuk sama-sama meningkatkan tahap kebolehan murid-murid dalam
penguasaan tulisan Jawi.

 Bagi murid-murid dari taraf sosioekonomi rendah pula agar mendapat


kemudahan belajar sama seperti murid-murid lain. Guru juga perlu menarik
minat murid-murid untuk belajar dan memahami kemahiran yang diajar.
Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dapat digunakan untuk meningkatkan
lagi kebolehan murid dalam tulisan Jawi.
Cadangan untuk kajian lanjut

 Subjek kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja.


Pengkaji pada masa akan datang disarankan agar menggunakan sekolah
dari seluruh negeri supaya dapatan kajian lebih lengkap dan dipercayai.

 Kajian tentang penggunaan bahan bantu belajar untuk


meningkatkan lagi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan
Jawi. Kajian mengenai penggunaan bahan bantu belajar ini banyak
dijalankan tetapi tidak banyak berkaitan dengan penguasaan tulisan Jawi.

 Kajian tentang teknik yang digunakan untuk murid menyelesaikan


masalah penguasaan tulisan Jawi. Penggunaan teknik yang telah gunakan
terhadap murid-murid boleh dipelbagaikan mengikut tahap kematangan
mereka Melalui kajian ini mungkin guru boleh memikirkan teknik yang
berkesan bagi mereka membantu murid-murid menyelesaikan masalah
penguasaan tulisan Jawi dengan lebih berkesan.
Kesimpulan
Hasil kajian telah menerangkan tentang kebolehan murid-murid di dalam
menguasai tulisan Jawi. Kajian ini juga dapat mengenalpasti bahagian-
bahagian apa yang paling lemah dan perlu diberi perhatian.
Kaedah dan teknik pengajaran juga hendaklah dipelbagaikan mengikut
peredaran masa.Strategi yang lebih dekat dengan murid haruslah diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,supaya murid-murid
benar-benar tertarik dan teruja untuk terus mempelajari matapelajaran ini.

Kesimpulannya, setiap orang Islam sewajarnya mengambil berat tentang


tulisan Jawi sebagai satu tanggungjawab di dalam memartabatkan tulisan Jawi
sebagai satu tulisan yang lebih ke arah huruf-huruf hijaiyah yang perlu
dikuasai dengan betul dan baik. Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu
dan warisan bangsa Melayu yang mesti dikekalkan hingga ke akhir zaman
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai