Anda di halaman 1dari 17

BMCO 2107

PRAGMATIK DAN WACANA

DR ARINA JOHARI

JABATAN BAHASA MELAYU, KLM, UIAM.


PENGENALAN PRAGMATIK DAN WACANA

• Dalam teori full system semantic (FSS), pragmatik


diberikan tempat istimewa dalam pentafsiran makna

• dalam teori FSS - kedudukan pragmatik bukan


opsyenal tetapi bertaraf wajib.

• tanpa pragmatik, interpretasi makna akan menjadi


pincang.
PENGENALAN PRAGMATIK DAN WACANA

ilmu Pragmatik mendapat perhatian


para ahli linguistik yang tidak bersetuju
dengan cara bahasa dianalisis
menggunakan rumus-rumus yang
padat.

Levinson (1983) dalam bukunya


Pragmatics memberikan alasan kukuh
mengenai situasi ini, iaitu:
1. Pragmatik lahir sebagai reaksi terhadap Chomsky - menjadikan
bahasa sebagai satu alat yang abstrak, atau menyifatkan bahasa
sebagai keupayaan mental semata-mata. Teori bahasa Chomsky
telah memisahkan penggunaan bahasa, pengguna dan fungsi bahasa.

*Untuk melemahkan pengaruh Chomsky, golongan semantik


generatif telah bekerjasama dengan golongan pemikiran falsafah
bahasa dan mereka mencuba menunjukkan peri pentingnya bahasa
dengan memahami sifat semula jadi bahasa (Strawson, Austin, Grice
dan Searle). Sebab itulah banyak istilah pragmatik disecok daripada
falsafah bahasa.
2. Jurang yang besar wujud di antara teori
linguistik mutakhir dengan penjelasan
tentang komunikasi. Semantik hanya
mampu memberikan sedikit sahaja makna
dalam memahami bahasa. Jika semuanya
diserahkan pada semantik maka hampalah
harapan orang yang berminat dalam
komunikasi bahasa.
3. Penerangan secara fungsional boleh diberikan
keutamaan untuk menerangkan fakta linguistik.
Didapati bahawa cara fungsionalis memberikan
penerangan berasaskan prinsip-prinsip pragmatik
amat berkesan dan menyakinkan.

Berdasarkan 3 alasan yang dikemukakan inilah maka


ilmu pragmatik muncul dan sehingga kini, ilmu ini
terus wujud dan mendapat tempat dalam bidang
linguistik sendiri.
PERTELINGKAHAN DEFINISI

Ilmu pragmatik mula mendapat perhatian serius pada tahun 1967 - H.P. Grice
dlm ceramah umumnya di Universiti Havard. Beliau mengemukakan konsep
implikatur dalam perbincangannya.

Kemudiannya, didapati perbincangan mengenai pragmatik telahpun mula


dibincangakan pada zaman semantik falsafah lagi. Namun, kerancakannya
hanya bermula pada tahun 60-an. Masalah utama yang timbul ialah
bagaimana harus mendefinisikan bidang ilmu ini. Hal ini terjadi disebabkan:

a. pragmatik ialah istilah yang baru diperkenalkan.

b. tidak banyak bahan bertulis tentang pragmatik

c. tidak ada bidang khusus yang berpadu dalam ilmu ini


Ada beberapa tokoh yang cuba memberikan definisi dan kefahaman tentang bidang ini agar
ia tampak lebih formal dan berfaedah untuk dibicangkan:

a. Morris (1938) dan Carnap (1955) - pragmatik ialah hubungan lambang dengan
penggunanya atau pengkajian penggunaan bahasa dengan tidak melibatkan struktur
bahasa.

b. Searle (1979) dan Bierwisch(1980) - pragmatik ialah perkataan-perkataan yang


memasukkan unsur-unsur sosial dan kognitif yang menarik perhatian kita tentang sesuatu
yang agak khusus dan teknikal sedang diperbualkan; walaupun kita sendiri meragui apakah
makna pragmatik sebenarnya.

c. Katz (1977) yang disokong oleh Kempson (1977), Smith dWilson (1979) - tatabahasa
ialah teori tentang jenis-jenis struktur ayat. Teori pragmatik berbeza dpd tatabahasa kerana
teori ini tidak terlibat dalam penjelasan struktur pembinaan linguistik atau ciri-ciri
tatabahasa dan hubungannya. Pragmatik - bagaimana penutur dan pendengar mengaitkan
konteks sesuatu ayat dengan proposisinya. Dalam hal ini, pragmatik boleh dianggap sebaga
sebahagian dpd perlakuan pertuturan (performance).
RUANG LINGKUP ILMU PRAGMATIK

Selain masalah definisi, ahli linguistik juga menghadapi masalah


ruang lingkup ilmu pragmatik.

Katz dan Fodor (1963) - mengehadkan ruang lingkup pragmatik


dengan menggunakan sempadan semantik. Pragmatik dianggap
sebagai ilmu yang berada di bawah sempadan semantik.

Anggapan ini dipersetujui oleh Levinson dan beliau menambah, iaitu


dengan mengatakan bahawa di bawah sempadan pragmatik pula
terdapat ilmu sosiolinguistik dan psikolinguistik. Pembahagian
batas ini secara tidak langsung akan memudahkan kita encari garis
pemisah yang jitu antara ilmy pragmatik dengan ilmu-ilmu linguistik
yang lain.
PRAGMATIK DAN TATABAHASA

Bolehkah pragmatik dimasukkan sebagai sebahagian


daripada tatabahasa?

Leech (1983)- hubungan antara tatabahas dan pragmatik


ialah hubungan yang saling melengkapi. Namun, kedua-dua
ilmu ini mempunyai garis pemisah dan tidak boleh
dicampuradukkan.

Pragmatik - kajian tentang bagaimana ujaran mendapat


makna dalam satu-satu situasi. Ia berorientasikan matlamat
yang bersifat penilaian goal-oriented dan evaluative.
Leech (1983:25) menyenaraikan beberapa perbezaan yang nyata antara tatabahasa
dengan pragmatik:

1. Semantik yang dikatakan berkait rapat dengan pragmatik ialah ilmu yang
termasuk ke dalam komponen tatabahasa semantara pragmatik TIDAK. Buktinya,
semantik lebih terikat pada rumus-rumus tatabahasa. Contohnya; daripada
ayat aktif menjadi ayat pasif, ada rumus-rumus tertentu yang dapat
memastikan sama ada ayat itu betul atau tidak dari segi struktur maknanya:

a. The moquito was killed by Suzy. Ayat aktifnya ialah : b. Suzy


killed the musquito.

Tanpa morfem by, ayat itu menjadi tidak gramatis - membuktikan bahawa
semantik dikuasai rumus tatabahasa.
TETAPI dalam ilmu pragmatik, bukan kegramatisan ayat
yang dicari tetapi unsur-unsur niat pengucapan yang
mempunyai makna yang dicari. Contoh:

c. If I were you, I’d leave this town now.

Ayat yang diujarkan ini boleh mempunyai berbagai-bagai


tafsiran bergantung pada intonasi dan mimik muka orang
yang menuturkannya. Ayat ini boleh bermaksud atau
mempunyai unsur niat pengucapan sebagai memberikan
arahan, nasihat atau ugutan.
2. Rumus tatabahasa bersifat konvensional tetapi pragmatik dimotivasikan oleh
matlamat perbualan. Makna ayat yang dikongkong oleh tatabahasa akan
bersifat harfiah sementara pragmatik tidak begitu. Contoh:

d. I’ll pay you back tomorrow.

Dari segi tatabahasa yang bersifat konvensional, ayat ini menerangkan lakuan
masa depan (future act) penutur. Maknanya begitu harfiah dan tiada tafsiran lanjut
yang diperlukan. TETAPI jika dianalisis dari sudut pragmatik, faktor-faktor seperti
konteks, rasional ayat itu diujarkan, prinsip perbualan yang terlibat akan
membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa ayat yang diujarkan betujuan
sebagai JANJI.

Di sinilah perbezaan antara konvensional dengan motivasi!


3. Tatabahasa lebih bersifat pemetaan (mapping) sementara
pragmatik bersifat penyelesaian masalah. Pemetaan ialah wujudnya
interaksi antara fonologi, sintaksis dan semantik untuk membentuk
ayat yang bermakna dan boleh diterima serta difahami oleh umum.

Ayat-ayat ini mempunyai sebutan dan sistem yang dipetakan


dengan ilmu fonologi. Sintaksis selalu dikatakan mempunyai set
pemetaan yang paling kompleks. Ada pula formula yang sempurna
yang dapat menentukan kegramatisan representasi bagi setiap tahap.

Bagi pragmatik, segala ayat yang diujarkan mempunyai fungsi


yang tersendiri dan segala masalah tafsiran makna yang wujud
akan dapat diselesaikan.
4. Tatabahasa bersifat formal tetapi
pragmatik bersifat fungsional.

Maknanya, tatabahasa yang mempunyai


rumus yang konvensional sudah tentu
memiliki ciri-ciri yang formal, sementara
pragmatik yang berorientasikan matlamat goal-
oriented dan bersifat penilaian evaluative
akan lebih bersifat fungsional.
Kesimpulannya, Leech (1983) menegaskan
bahawa kedua-dua tatabahasa dan pragmatik
harus bergandingan dan bekerjasama untuk
mendapatkan interpretasi makna yang sebenar.

Semantik akan beroperasi di tahap tatabahasa


dan pragmatik bertindak sebagai pelengkapnya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai