Anda di halaman 1dari 6

Penerangan Rekabentuk Produk Industri Sesi Julai 2012

PENERANGAN KURSUS KEMAHIRAN


(PELATIH)

PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PUSAT KEMAHIRAN IT BASE

(H 312 2 JURUTEKNIK REKABENTUK PRODUK INDUSTRI) (H 312 3 JURUTEKNIK KANAN REKABENTUK PRODUK INDUSTRI) (MC 040 4 PEMBANTU REKABENTUK PRODUK INDUSTRI)

KERJASAMA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

URUSETIA PUSAT KEMAHIRAN IT BASE SESI JULAI 2012

Pusat Kemahiran IT BASE, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Penerangan Rekabentuk Produk Industri Sesi Julai 2012

PENGENALAN PROGRAM
Program H-312 adalah kod kemahiran Rekabentuk Produk Industri. Ia terdiri daripada tahap 2, 3 dan 4. H-312-2 Juruteknik Rekabentuk Produk Industri. H-312-3 Juruteknik Kanan Rekabentuk Produk Industri dan MC-040-4 Pembantu Rekabentuk Produk Industri. Program ini adalah salah satu diantara 772 program mengikuti tahap yang disenaraikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Bahagian Sumber Manusia, Malaysia untuk tahun 2008 dalam daftar standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau Registry Of National Occupational Skil Standard (NOSS). Program ini juga antara program yang dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

APA DIA PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA


Ia adalah satu kaedah di mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dianugerahkan kepada pelatih yang layak mengikuti syarat-syarat yang digariskan dalam PANDUAN DAN PERATURAN PERATURAN PERLAKSANAAN SISTEM PERNILAIAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA.

APA DIA SKPK (NOSS)


Daftar Standard Kemahiran pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau Registry Of National Occupational Skil Standard (NOSS) SKPK (NOSS) adalah dokumen yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang atau tahap pekerjaan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Program ini berteraskan pendekatan Latihan Berasaskan Keterampilan iaitu satu konsep latihan yang menekankan apa yang sepatutnya calon boleh laksanakan (buat) di alam perkerjaan hasil daripada latihan.

Pusat Kemahiran IT BASE, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Penerangan Rekabentuk Produk Industri Sesi Julai 2012

TAKRIF TAHAP
SKM TAHAP 1 Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja, sebahagian besarnya adalah lazim dilakukan dan boleh dijangka. SKM TAHAP 2 Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, sebahagiannya adalah tidak lazim dilakukan serta memerlukan tanggungjawab dan autonomi diri. SKM TAHAP 3 Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja didalam pelbagai konteks, kebanyakannya adalah kompleks dan tidak lazim dilakukan. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi, di samping mengawal dan memberi panduan kepada yang lain. SKM TAHAP 4 Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja teknikal dan profesional yang luas skop dan konteksnya. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi, di samping lazim bertanggungjawab juga terhadap kerja orang lain dan agihan sumbersumber. SKM TAHAP 5 Terampil mengunakan pelbagai prinsip asas dan teknik yang kompleks, di dalam konteks yang luas serta selalu tidak dijangka. Mempunyai tanggungjawab terhadap kerja orang lain dan agihan sumber-sumber. Bertanggungjawab juga terhadap analisis, diagnosis, rekabentuk, perancangan, pengendalian dan penilaiaan

PENILAIAN
1. Penilaian dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia adalah satu proses menilai tahap kemahiran dan pengetahuan serta sikap kerja seseorang calon yang mengikuti program pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Penilaian dilakukan dengan pelbagai kaedah yang sesuai yang dapat menilai keterampilan seseorang calon seperti yang dikehendaki. 2. Sistem penilaian ini perlu dilaksanakan untuk melayakkan seseorang calon yang telah mencapai tahap keterampilan yang telah ditetapkan dalam NOSS

dianugerahkan Sijil

Pusat Kemahiran IT BASE, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Penerangan Rekabentuk Produk Industri Sesi Julai 2012

SISTEM PENILAIAN
Sistem penilaian mengikut tahap adalah seperti berikut:

Tahap 2 dan 3
a) Kerja Kursus 40 % Pemarkahan sebanyak 40% seperti berikut: Teori Praktikal 15% 25%

b) Peperiksaan Akhir - 60% Permarkahan sebanyak 60% seperti berikut: Teori Praktikal 20% 40%

Tahap 4
a) Kerja Kursus 40 % Pemarkahan sebanyak 40% seperti berikut: Teori Praktikal b) Projek akhir 20 % c) Peperiksaan Akhir - 40% Permarkahan sebanyak 40% seperti berikut: Teori Praktikal 15% 25% 15% 25%

d) Latihan industri Lulus

PEPERIKSAAN ULANGAN
Sekiranya pelajar mengulang semula peperiksaan akhir pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM 100. Bagi ulangan peperiksaan setiap modul pula bayaran RM 10.00 dikenakan.

Pusat Kemahiran IT BASE, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Penerangan Rekabentuk Produk Industri Sesi Julai 2012

PORTFOLIO PELATIH
Definisi:

Kaedah dokumentasi untuk mengumpul/menyimpan maklumat-maklumat keterampilan yang telah dimiliki dan bukti-bukti keterampilan yang telah disempurnakan dan disahkan bagi tujuan mendapatkan SKM atau PC. Semua bukti-bukti penilaian yang dibuat untuk kerja kursus di dalam satu fail. Secara ringkasnya Kandungan @ susunan dokumen dalam fail pelatih mestilah mengandungi perkara berikut: Rekod penilaian kumulatif (RPK). Carta Profil Pekerjaan. Laluan Latihan (Training Pathway). Bukti-bukti pencapaian bagi semua duti-duti dan tugasan yang telah di nilai berdasarkan modul. Disediakan oleh pelatih dengan bimbingan PP Disemak dan disahkan oleh PPD Disahkan oleh PPL

CORE ABILITIES
Pengenalan 1. National Competency Standard (NCS) Core Abilities merupakan program pembelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua calon Sijil mulai 01 Jun 2006. 2. Standard ini hendaklah digunakan sebagai pelengkap kepada NOSS sedia ada untuk menjadikan pekerja di Malaysia lebih relevan dan berdaya saing dalam era globalisasi. 3. Program menerapkan kemahiran genetik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan.

Pusat Kemahiran IT BASE, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Penerangan Rekabentuk Produk Industri Sesi Julai 2012

PROSES MEMPEROLEHI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA


1. 2. Mendaftar dan menjalani kursus mengikuti tempoh yang telah di tetapkan. Pelatih dibimbing oleh Pegawai Pnilai sepanjang tempoh kursus di Pusat Latihan berfokus kepada modul pembelajaran dan tuntutan NOSS 3. Bimbingan matlamat membantu pelatih menguasai dan mengamalkan konsep prinsip kemahiran. Pegawai Pengesahan Dalaman akan

mengesahkan prestasi pelatih sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Pegawai Penilai 4. 5. 6. Penilaian akan dijalankan untuk setiap modul Sentiasa mengemaskini kandungan bukti keterampilan dalam fail portpolio. Menyediakan portpolio untuk National Competency Standard (NCS) Core Abilities untuk setiap tahap. 7. 8. Menduduki peperiksaan akhir. Pegawai Pengesahan Luaran akan menyemak dan mengesahkan portfolio pelatih dan peperiksaan akhir. Pegawai Pengesahan Luaran mengesahkan permohonan pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia.

TANGGUNGJAWAB CALON
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memahami keperluan NOSS mengikut bidang yang di ambil. Mengetahui keparluan dan kaedah penilaian . Menjalani semua penilaian yang diperlukan . Mengumpulkan bukti keterampilan dan menyediakan portpolio. Membuat catatan dalam RPK. Menduduki peperiksaan akhir. Kedatangan ke kelas hendaklah mencapai 80%.

Pusat Kemahiran IT BASE, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Anda mungkin juga menyukai