Anda di halaman 1dari 8

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN

EMPLOYABILITY SKILLS

KOLEJ VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
EDISI 2014

Edisi November 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN...............3

2.0

LATAR BELAKANG .....................................................................................4

3.0

OBJEKTIF......................................................................................5

4.0

KAEDAH PERLAKSANAAN
Modul Asas ....5
Kaedah Penyampaian .................................................................................5
Pentaksiran dan Penilaian.....................................................................6
Kaedah Penilaian ........................................................................................6
Bukti Pencapaian Pelajar - Rekod Bukti Pencapaian .......................6
Penglibatan guru......................6
Cadangan aktiviti7
Portfolio murid.7
Kehadiran7

5.0

JALUR MASA PELAKSANAAN ..7

6.0

TEMPOH PELAKSANAAN...........................................................................8

7.0

KESIMPULAN.8

Edisi November 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAKSANAAN KURIKULUM EMPLOYABILITY SKILLS DI KOLEJ


VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Employability Skills (ES) atau Kemahiran Kebolehkerjaan adalah elemen
penting yang perlu ada dalam diri setiap pekerja bagi melahirkan seorang
pekerja yang fleksibel, berinisiatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan
tugas yang berbeza.

1.2 Dalam sistem pendidikan di Malaysia, antara kemahiran kebolehkerjaan


yang dikenal pasti perlu dimiliki oleh pelajar adalah kemahiran
berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang
dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisa
maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik dan
kemahiran memahami budaya. Rajah 1 menunjukkan elemen
kebolehkerjaan yang dipelajari oleh pelajarbag melahirkan dan membina
modal insan generasi muda yang berdaya saing dan mampu berdikari
seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

1.3 Keupayaan pelajar untuk berada dalam pasaran pekerjaan di kalangan


lepasan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Malaysia merupakan
satu isu utama yang perlu diambil perhatian. Kebolehkerjaan dan
kebolehpasaran pelajar dinilai bukan sahaja pada pencapaian akademik
yang cemerlang tetapi juga kemahiran insaniah yang tinggi termasuk
komunikasi secara berkesan, ciri kepimpinan, etika kerja berpasukan,
keupayaan berfikir secara kritis dan ciri keusahawanan .

Edisi November 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

R
d
B
O
lm
a
P
e
tA
is
S
n
y
E
r
u
g
M
v
k
jp
K
o
T
h
F

Employabil
ity Skills

Rajah 1 : Elemen Employability Skills

2.0

3.0

LATAR BELAKANG
2.1

Transformasi
Pendidikan
Vokasional
melibatkan
langkah
menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej
Vokasional (KV) yang menawarkan Diploma Vokasional Malaysia
(DVM) bermula dengan 15 buah Kolej Vokasional Rintis pada tahun
2012.

2.2

Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) merangkumi bidang


akademik, vokasional dan soft skills digubal untuk dilaksanakan di
Kolej Vokasional (KV).

2.3

KSKV Employability Skills adalah bagi program pra diploma


(semester 2 hingga semester 4) sahaja.

OBJEKTIF

Edisi November 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Kurikulum Employability Skills bagi Kolej Vokasional dilaksanakan


bertujuan

4.0

3.1

Memberi kemahiran asas kebolehpekerjaan sebagai persiapan


kepada lepasan pelajar sebelum mereka memasuki alam pekerjaan
sebenar.

3.2

Melahirkan modal insan generasi muda yang berdaya saing serta


mampu berdikari untuk memasuki pasaran kerja di dalam dan luar
negara.

3.3

Mewujudkan tenaga mahir yang serba boleh dan mempunyai


pengetahuan teras selain kemahiran dalam bidang yang diikuti.

KAEDAH PELAKSANAAN
Pelaksanaan KSKV Employability Skills adalah seperti berikut:

Dilaksanakan di peringkat program pra diploma (Semester 2


Semester 4) dalam Semester Pendek.

Perkara asas yang perlu di kuasai oleh pelajar dalam Modul


Employability Skills adalah seperti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix
x
xi
xii

Keselamatan di Tempat Kerja


Struktur Organisasi
Kerja dalam Sistem
Budaya dan Etika di Tempat Kerja
Pengendalian Maklumat Asas
Fungsi Komunikasi
Asas Pengendalian Masalah
Aplikasi Teknologi Maklumat (IT)
Mengurus Aktiviti Kerja
Pengurusan Sistem
Mengurus Maklumat
Bekerjasama dengan Rakan Sekerja

Penyampaian modul Employability Skills di Semester Pendek


adalah tertakluk kepada budi bicara dan keperluan pihak Kolej
Vokasional samada modul dilaksanakan serentak atau secara
urutan berdasarkan kepada kesesuaian merangkumi pelbagai cara
untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran dan jam
kredit dalam setiap semester yang ditetapkan. Kaedah
penyampaian modul Employability Skills boleh menggunakan
pelbagai cara antaranya:
Edisi November 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pengajaran dan pengajaran ( Teaching and Learning)

penasihatan dan bimbingan (advisory and guiding), bimbingan dan


pemantauan (guidance and mentoring) dan pembelajaran
kolaboratif, maklum balas dan pentaksiran, perancangan
pembangunan personal dan tutoran, pembangunan kemahiran dan
latihan adalah pelbagai proses yang terlibat.

Pentaksiran atau penilaian modul Employability Skills boleh


berbentuk formatif atau sumatif. Walaupun kebanyakan tugasan
pentaksiran melibatkan elemen formatif dan sumatif seperti tugasan
yang perlu disemak dan dipulangkan semula kepada pelajar dengan
ulasan.

Kaedah penilaian untuk modul Employability Skills adalah seperti


berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Markah KOMPETEN adalah minimum 60% bagi setiap


modul.
Pelajar yang gagal dibenarkan membuat ulangnilai sehingga
kompeten.
Markah perlu direkodkan ke dalam Rekod Penilaian
Kumulatif (RPK).
Keputusan KOMPETEN akan diberi jika pelajar memenuhi
penilaian teori (Kertas Penilaian Pengetahuan) dengan
mendapat markah minimum 60% bagi setiap modul.
Hanya pelajar yang KOMPETEN sahaja yang boleh
menyambung pelajaran ke peringkat Diploma Vokasional
Malaysia (DVM)
Employability Skills adalah merupakan modul yang WAJIB
KOMPETEN
bagi melayakkan pelajar ke Diploma
Vokasional Malaysia (DVM).

Bukti pencapaian penilaian pelajar untuk teori modul Employability


Skills hendaklah disemak oleh tenaga pengajar mengikut modul dan
disahkan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Umum (KJPU). Semua
bukti hendaklah direkodkan dalam Rekod Penilaian Kumulatif (RPK)
dan disimpan dalam Portfolio pelajar.

Edisi November 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Modul Employability Skills ini boleh dilaksanakan oleh semua


pensyarah dan kaunselor kerana garispanduan pelaksanaan dan
modul terbimbing telah disediakan.

Aktiviti dalam pelaksanaan modul Employability Skills yang


dijalankan adalah bersesuaian dengan modul dan soft skills murid.
Cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Ceramah mengenai keselamatan di tempat kerja, ceramah


5S dan ceramah mengenai etika di tempat kerja.
Lawatan dalaman (bengkel atau pejabat) dan lawatan luaran
(industri atau institusi yang berkaitan).
Hari Terbuka Kolej Jualan dan pameran bagi program.
Program Ko Akademik seperti Kem Solat, pidato, kuiz dan
perkhemahan.
Pertandingan sukan dan permainan.

* Mana-mana aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.


* Sebarang kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh kolej masing-masing

5.0

Portfolio Employability Skills murid perlulah disimpan sehingga


murid tamat sepenuhnya pengajian di kolej. Kandungan portfolio
adalah terdiri daripada resume pelajar, Rekod Penilaian Kumulatif
(RPK), Kertas Penerangan, Kertas Tugasan, Kertas Kerja dan
Kertas Penilaian Pengetahuan

Sijil pencapaian Employability Skills perlulah disediakan mengikut


format yang telah diberikan dan perlu ditandatangani oleh
Pengarah kolej.

Kehadiran murid perlulah sekurang-kurangnya 80% untuk


melayakkan mereka menduduki kertas penilaian pengetahuan
(PP).

JALUR MASA PELAKSANAAN

Pelaksanaan Modul Employability Skills adalah pada Semester


Pendek bagi semester 2, semester 3 dan semester 4 mengikut
semester yang telah ditetapkan.

Jam pertemuan untuk pelaksanaan modul Employability Skills


adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 :

Edisi November 2014

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Semester Pendek

Jam kredit
Jam
Pertemuan
Kursus

Minggu
Bilangan Hari
Face to Face
Non Face to Face

Semester
2

Semester
3

Semester
4

20

15

20

160 jam

120 jam

160 jam

80 jam

40 jam

80 jam

Jadual 1 : Jam Pertemuan


*Jam pertemuan 160 jam termasuk pdp, aktiviti dan penilaian akhir

6.0

TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanaan modul Employability Skills adalah selama 3 hingga 4
minggu bergantung kepada takwim pengajian kolej vokasional.

7.0

KESIMPULAN
Kurikulum Employability Skills adalah penting dilaksanakan bagi
menyokong hasrat Transformasi Pendidikan Vokasional dalam
menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan seimbang serta
menyeluruh dari aspek jasmani, rohani, sahsiah dan emosi.

Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan Employability Skills di Kolej


Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dikemukakan terus kepada :
Timbalan Pengarah
Pengurusan Akademik
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. Tel. : 03 88845160
No. Faks : 03 88845195
E - mail : rosman.bahri.moe@1govuc.gov.my

Edisi November 2014

Anda mungkin juga menyukai