Teknik Belajar
Teknik Belajar
MENGINGATI PELAJARAN
Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji. BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN? Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan. TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA
Buat nota ringkas Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru Wujudkan kata kunci Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati. Ulangkaji di rumah secara berterusan. TIP MENGUAT INGATAN Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Berfikiran positif. Fikir perkara berf.aedah saja Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera. Jangan minum minuman bergas.
MENGHAFAL @ MEMAHAMI Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting. Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu. LANGKAH MENGULANGKAJI Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji. Baca tajuk besar terlebih dahulu. Baca tajuk kecil. Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut. Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail. Tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas. Cari @ reka sendiri kata kunci. Pada masa yang sama mengingat. Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan. KAEDAH MEMAHAMI Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh. Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal. Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda. Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.
Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan. Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! Dan BUKAN atau. Jangan belajar last minute. Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun korbankan benyak masa jika anda mahu cemerlang.Minta bantuan guru apaapa yang tidak difahami.
TETAPKAN TEKNIK BELAJAR. Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan.Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan didalam peperiksaan dengan senang & mendapat keputusan yang cemerlang. PERANAN SOALAN RAMALAN & SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS
Soalan ramalan biasanya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern & kekerapan sesuatu topik itu keluar.Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting.Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat.Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya. Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar.Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan.Dari soalan tahun-tahun lepaslah
Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat & perbincangan yang mantap.Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik. Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami .Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain. Suatu perkara yang kami sentiasa pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan & tidak terlalu banyak bermain & ketawa .ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak di capai di dalam jangka masa yang di tetapkan. PERANAN NOTA Paling banyak membantu pembelajaran,jadi beri keutamaan. Mengelakkan membaca buku teks yang tebal Mengukuhkan kefahaman. Pembelajaran yang cepat & tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja. Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan. Mudah menghubungkaitkan sesuatu peristiwa dengan yang lain. Ketika menyediakan nota,bina kata kunci & hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain. Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei @ menjawab soalan peperiksaan. PERANAN PETA MINDA
Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan.Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan.Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar @ mengulangkaji untuk memahami urutan,proses @ peristiwa Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk.Gunakan warna @ dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar.Ini akan merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat. Ketika mengulangkaji pula,peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas,padat & mengikut turutan @ aliran .Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.
MENGULANGKAJI
Semua pelajar perlu mengulangkaji pelajaran.Pelajaran hendaklah diulangkaji sebelum 24 jam berlalu.Jika dilewatkan lebih daripada itu, 80% daripada bahan yang dipelajari di dalam kelas akan hilang @ lupa.Gunakan masa pada sebelah petang & malam untuk mengulangkaji hingga selesai. Untuk menghadapi peperiksaan ,ulangkaji harus dimulakan lebih awal untuk mengelakkan kesibukan di saat-saat akhir.
PENGURUSAN MASA
Masa yang efektif adalah suatu perkara yang selalu dibincangkan.Ramai orang menganggap bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi.Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya,peruntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak.Cuba kita lihat tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing.Semuanya adalah manusia dan diperuntukkan masa sama dengan kita. Jadual harian adalah termasuk: Membaca buku atau mengulangkaji Bermain atau beriadah Mnonotan televisyen Menyelesaikan kerja sekolah Membantu ibu & ayah Menziarahi rumah kawan Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti dan perlakuan itu berlaku.Ianya perlukan disiplin yang jitu daripada kita.Perkara ini bukan perkara remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas & ianya mesti dipaatuhi. Selalunya kita mendengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-seolah kita tidak mendapat apa-apa dari pembelajaran tersebut.Berbeza kadang-kadang kita belajar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan yang cemerlang.Perbezaan antara individu ini adalah kualiti masa yang digunakan.Oleh sebab itu pentingnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa & kualiti masa yang anda gunakan.
KOMUNIKASI Komunikasi adalah fakor amat penting dalam pengurusan masa.Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan & terbaik. Kita sering membazirkan masa kita,kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak baik.Sebagai contoh:Semasa guru tiada di dalam kelas,kita sering berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan & perkara yang sia-sia yang mana tiada kaitan langsung dengan pelajaran.Semasa ketiadaan guru juga bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya suatu pembaziran masa yang amat ketara & begitu merugikan.Ramai pelajar tidak mengetahui & menganggap ini suatu perkara yang ringan.Jika diteliti kita banyak membuang masa dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran.Kita sepatutnya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain @ mengulangkaji pelajaran.Ini sebenarnya tidak memberi tekanan & bebanan di rumah nanti. Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Ssungguhnya masa mencukupi tetapi cara kita manguruskan masa menyebabkan masa tidak mencukupi.Sebagai contoh lagi,semasa berada di dalam bas kita merasa bosan.Kerana apa?kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah @ ke tempat yang dituju. Sepetutnya semasa di dalam bas @ tempat menunggu bas,kita menggunakan peluang ini untuk kita mngingat fakta apa yang diajar oleh guru.Pada masa ini juga kita boleh membaca nota-nota kecil agar masa di dalam bas & sebagainya digunakan dengan berkesan & terbaik. Dari segi komunikasi perkara yang penting juga adalah tentang perasaan malu.Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan kawan-kawan tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan hal pelajaran.Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan komunikasi untuk bertanya kepada guru-guru @ rakan tentang topik yang tidak diketahui.
Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam diri). Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru,sebenarnya ini adalah suatu perkara yang baik.Masalah yang wujud adalah komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri.Komunikasi intrapersonal seolaholah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh.Jika kita bertanya,mungkinkawan-kawan menganggap kita pelajar lemah.Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita.Ini yang membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar.Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan& ditentang. Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal(bertanya guru)dengan sebaik mungkin.Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam diri. PENUMPUAN Selalunya kita akan merasa bosan & jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila guru-guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajarankita sememangnya jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya,semuanya itu kita dapat beri tumpuan walaupun kita di dalam keletihan.Oleh sebab itu,ubah susana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran.Jika guru sedang memberikan pengajaran,berikan tumpuan.Gangguan yang lain perlu dielakkan. REHAT Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara.Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur.Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Kita sering menganggap bahawa tidur cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan.Dalam hal ini terdapat pelbagai definisi tentang masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari.Sebenarnya apabila kita
berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti.Maksudnya kita tidur @ berehat adalah apabila kita benar-benar terasa bahawa kita perlu tidur.Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada waktu petang selama 3 jam & waktu malam selama 8 jam.Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik.Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan. Sebagai contoh;kita perlu rehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan untuk menyegarkan kembali daripada keletihan.Setelah itu kita akan lebih bertenaga & segar.Pada malamnya pula kita umpamanya tidur pada 11.30 malam & bangun pada awal pagi & setelah kita menunaikan solat Subuh,maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca bukubuku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama ini (selesai solat Subuh)sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar,tapi melakukan perkara yang sia-sia.Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran & mengingat.Pengurusan waktu rehat & tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan. Jelaslah kepada kita bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita.Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisisplinkan diri & membuat jadual waktu untuk aktiviti pembalajaran.
Teknik Belajar Secara Pembayangan Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan & otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak akademik seperti perkataan,nombor,kebolehan saintifik,matematik,bahasa,analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama,imaginasi,warna,khayalan,ilham,corak,dimensi dan penggunaan tangan kiri. Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana.Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk mengkhayalkan pelajaran @ adakah kita selalu digunakan untuk mengkhayalkan & mengimaginasi masalah peribadi,angan-angan kosong,dendam, hasad dengki,amalan ilmu hitam,& perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak kanan belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajajaran,maka masanya telah tiba kita mengikis semua khayalan & imaginasi kosong & segerakan menggunakan setiap saat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran. Teknik pmbayangan perlu penumpuan.Penumpuan yang serius amat perlu.Sebaikbaik suasana adala sunyi sepi seperti berehat,semasa berbaring sebelum tidur malam,semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran,semasa menunpang bas & teksi,semasa di stesen bas & lain-lain. Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur.Bilik sudah gelap>Keadaan sunyi sepi.Dalam suasana ini,tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan,raja,sifir,graf,& apa jua yang telah dipelajari.Bayang ia satu demi satu.Untuk menguatkan tumpuan tuli,lukis apa yang ingat di atas tilam menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam.Soal diri anda,satu ke satu soalan,mata pelajaran ke mata pelajaran,hinggalah anda tertidur.Ulangi bila terbangun di tengah malam.Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu,sebulan ke sebula bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat,anda akan rasakan hasil usaha ini.Bagi anda yang belum mengamalkanya,cuba mula dari sekarang. Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. 1. Masa sebelum tidur-masa berbaring sebelum tidur.Amalkan teknik belajar secara bayangan.Menulis @ menyelesaikan masalah dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. 2. Masa terbangun di tengah malam (Belajar seperti no. 1) 3. Masa bangun tidur.Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam. 4. Masa ke tandas waktu pagi(ingatkan perkara yang telupa) 5. Masa ke tandas waktu malam(sama seperti no. 4) 6. Masa bercermin(lekatkan nota penting dekat cermin) 7. Masa sarapan pagi(baca selembar dua surat khabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir & formula) 9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota @ bayangkan) 10. Masa di dalam bas @ kereta(Ulangkaji harian/cepat) 11. Masa berjalan ke sekolah(Tanya diri pasal sifir/formula/lain-lain) 12. Masa sampai awal ke sekolah(ulangkaji harian @ cepat) 13. Masa menunggu guru yang terlewat(Ulangkaji cepat) 14. Masa rehat (ke perpustakaan(baca ringkas buku) 15. Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah) 16. Masa berjalan pulang (Tanya diri pasal sifir) 17. Masa berada dalam bas (Baca kad nota) 18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 19. Masa rehat selepas makan malam (baca renacana akhbar & lain-lain) 20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah,peta,tulis formula & lain-lain) MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG Masa Belajar Waktu Subuh Masa yang perlu diurus: 1) Semasa ditelefon(Pendekkan perbualan) 2) Semasa membantu ayah & ibu(Belajar teknik bayangan) 3) Semasa menunggu doktor(Ulangkaji kad nota) 4) Semasa berjalan di persekitaran sekolah(Tanya/jawab diri anda) 5) Semasa mesyuarat(Ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat) 6) Semasa mendengar radio(kurangkan masa) 7) Semasa menunggu kawan(Ulangkaji kad nota) 8) Semasa pelawat ke rumah(jika ramai,belajar di perpustakaan) Jika anda mangamalkan masa-masa belajar ini dengan betul,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang. Teknik belajar PV3R: 1. Tinjauan awal 2. Soal diri 3. Baca,garis,dan tanda 4. Lafaz dan tulis nota 5. Tinjauan akhir 6. Ringkaskan 7. Uji diri anda
8. Gunakan 9. Bayangkan AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN Faham Pecahkan masa belajar Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat Percaya pada diri sendiri Ulang berkali-kali Reka kata kunci,kata isyarat,kata rahsia,dan ungkapan lucu. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur @ semasa bangun tidur. Ulangkan selalu(20 peringkat masa cemerlang)
Mengulangkaji
Merujuk
Membuat latihan
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu mendatangkan kesan.Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar @ berapa banyak perkara yang dapat.Belajar secara berkesan perlulah mempunyai 3 konponen tindakan yang terdapat di rajah berikut(ada rajah motivasi). 1. Mengulangkaji:Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad kepada pembacaan sahaja.Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari,memahami konsep,menghafal formula yang penting,menganalisis isi-isi penting @ mengenalpasti kelemahan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas peta minda konsep @ pengurusan grafik. 2. Merujuk:Merujuk bahan tambahan,bertanya dengan guru @ berbincang dengan rakan amatlah penting dalam proses mengulangkaji.Rujukan boleh dilakukan melalui seperti buku rujukan,akhbar & majalah.Pendidikan Utusan merupakan satu bahan yang baik untuk pelajar membuat rujukan.Rujukan juga bolah dijalankan melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan(www.tutor.com.my) yang secara langsung memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan umum.Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui ejen pencari maklumat seperti(www.yahoo.com). 3. Membuat latihan:Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi,kuiz,soal jawab,menganalisis soalan tahun-tahun lalu serta merangka jawapannya. Ketiga-tiga komponen diatas perlulah di integrasikan agar proses belajar dapat dialami dengan lebih berkesan tanpa berasa bosan,mengantuk @ tertekan.
LANGKAH A-ANALISIS TOPIK 1. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari. 2. Senaraikan semua topik seperti ysng terdapat dalam sukatan pelajaran(anda bolah dapat dari buku teks @ sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru @ membelinya di kedai buku . 3. Buatkan perbandingan & kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari @ belu difahami. LANGKAH B-MENCARI MAKLUMAT 1. Topik-topik yang belum difahami sila cari mklumat sama ada dari guru atau membuat nota @ berbincang dengan rakan-rakan. 2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting. 3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda @ lain-lain cara yang mudah diingati.Rujukan @ membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan isi-isinya tepat.Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan Kementerian Pendidikan. LANGKAH C-MENGULANGKAJI 1. Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks @ buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths & sains. 2. Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan @ lain-lain mata pelajaran,pilih soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas @ soalan-soalan dari buku teks & buku kerja ,kemudian catatkan isi-isinya dalam kertas latihan. 3. Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang dibuat.Latihan-latihan ini adalah merupakan nota bagi anda.
Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati. Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera & dapat diingat dengan cepat. 3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE) Ianya merupakan satu analisis @ rumusan sepanjang minggu pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tujuannya adalah mencatat & mengenalpasti topik-topik & juga bahagianbahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu. Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya pada guru,membuat latihan lanjutan & sebagainya. Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA PELAJARAN,TOPIK,ISI /HURAIAN TOPIK /BAHAGAN YANG TIDAK DIFAHAMI & TINDAKAN. Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap pelajar untuk menuju kearah kecemerlangan. Untuk maklumat ibu bapa,perancangan diatas adalah merupakan sebahagian daripada Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS) yang dijalan kan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
menghadapi cabaran.Cabaran dapat menggerakkan kita kearah kehidupan yang lebih dinamik.Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran.Oleh itu,ia mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya. T (Tanggungjawab) Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu.Sesetengah orang yang bertanggungjawaqb akan berusaha untuk melakukan sesuatru tindakan yang dapat memberi faedah pada dirinya,keluarga,masyarakat & negara.Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kerugian serta keburukan. Dari huraian yang ringkas `tadi kita dapati seseorang yang SMART adalah mereka yang setiasa mahu berjaya & bertanggungjawab. Sebagai pelajar,anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu.Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran. Sebagai seorang insan anda harus cekal menhadapi cabaran.Cabaran adalah merupakan mainan dalam kehidupan.Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran & kesabaran adalah separuh iman. Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan.Anda perlulah yakin terhadap diri sendiri.Sekiranya anda yakin & bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan,maka InsyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah. Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur & ikhlas,tanpa dipaksa & dengan tanggungjawab.Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko & tanggungjawab adalah yang paling mulia.Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko & tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka. Risiko & tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan & aktiviti yang dijalankan di sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang.Mereka lakukan ini tanpa mengira masa & tenaga. Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiyi yang berfaedah kepada mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma. Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang SMART?Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri yang dihuraikan di atas.
PECAHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL. Sekiranya anda terpaksa hafal terlalu banyak fakta,jamgan hafal kesemuanya serentak.Tidak perlu terburu-buru.Pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil & hafal setiap fakta dalam kumpulan itu. Misalnya,kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat,pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.Setiap kumpulan mempunyai 5 fakta.Baik,sekarang mana yang lebih mudah dihafal,kumpulan yang 15 fakta @ kumpulan yang mengandungi 5 fakta?Lihat!mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.Sekali lagi jangan terburu-buru.Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran & ketekunan yang tinggi. SERING MEMBUAT IMBASAN. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% apa yang dipelajari akan lupa dalam 24 jam.Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat,maka jangan pelik kalau anda terpakasa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif,anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.Petu di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan: Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam. Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. Imbas 5 setiap 2 minggu. Imbas 5-10 minit dimusim peperiksaan. GUNAKAN TEKNIK-TEKNIK INGATAN. Untuk memudahkan lagi mengingati fakta,anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik nemonik,teknik menggambar cara,teknik ceraian & pelbagai lagi.Pastikan anda kemali kesini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa. ELAKKAN DARI TIDUR PETANG. Ini lagi satu penyakit.Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat Zuhur.Ini sunnah Rasulullah S.A.W. badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti. AJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang anda ketahui kepada orang lain.Libatkan diri secara aktif dalam perbicangan kumpulan.Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.Raikan setiap soalan & hujah daripada rakan.Galakkan mereka bertanya kepada anda.Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.
7.
Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.Setakat mana anda jayakan perancangan anada?Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai to do anda. 8. Ganjari anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan. 9. Gunakan teknik membaca yang berkesan.Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang. 10. Fokus sekurang-kurangnya 50% dari masa belajar anda terhadap proses RECALL.Iaitu proses memanggil semua maklumat. 11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas,ketika menunggu selepas rehat sebelum masuk kelas,& lainlain.Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati julahnya 1-2 jam dalam sehari.Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil. 12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari,ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari saja dalam setahun?Kemana perginya lagi 350 hari masa anda? TAHUKAH ANDA? Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun,anda menghabiska 30 dari usia anda hanya untuk tidur.