Anda di halaman 1dari 5

ANTARA KEMUDAHAN PEMBELAJARAN KENDIRI Media cetak Dalam pembelajaran kendiri pengunaan bahan bercetak bukanlah sesuatu yang

asing . Malah ia adalah sesuatu bahan pembelajaran yang amat penting dalam pembelajaran jarak jauh di USM . Media cetak yang dimaksudkan ia bukan bahan bercetak seperti sebuah buku cerita tetapi telah diolah dalam bentuk kendiri .Ini bermakna bahan pembelajaran telah direka supaya berkebolehan menyampaikan pelajaran kepada para pelajar jarak jauh malah media cetak yang dibekalkan kepada pelajar PJJ boleh mendorong dan mengajar kepada pelajar yang sedang membaca bahan tersebut .Dengan itu bahan bahan tersebut berbentuk Interaktif dan mempunyai komunikasi dua hala .Antara contoh media yang digunakan bahan bahan bacaan ,buku buku teks dan ,pita video dan lain lain.Maka dengan kemudahan yang didibekalkan maka seseorang pelajar itu dapat belajar dengan sistematik dan lebih berkesan lagi . Kemudahan yang kedua ialah Teknologi ISDN ,yang mana meletakkan sumber sumber pegajaran dihujung jari pegajar dan pelajar . Teknologi ISDN dimana pengajar di Desktop workstation (DW) boleh menjadi suatu saluran apa sahaja arahan langsung contohnya seperti teks , grafik ,video filem sisipan yang boleh disimpan didalam fail computer boleh menjadi bahan atau sumber untuk pegajaran . dengan pelancaran ISDN ini maka sebagai pelajar jarak jauh ( pjj) dapat maengunakan peluang ini sebaik yang mungkin yang mana kos talian menjadi lebih rendah dan memberi input yang tinggi kepada pjj .

Teknologi komputer juga adalah salah satu kemudahan yang dapat digunakan oleh pelajar pjj . Sebagaimana yang diketahui pembelajaran kendiri pjj banyak bergantung kepada komputer . Contohnya dalam membuat tugasan dan mencari bahan bahan melalui intenet malah komputer boleh digunakan pada bila bila masa ,tempat dan keadaan yang sesuai .Ini kerana amatlah bersesuaian dengan pelajar jarak jauh yang masa pembelajaran mereka amatlah terhad kerana mempuyai kotmitmen dengan tugas seharian dan pelajaran adalah sama pentingnya . Disamping itu juga , penggunaan portal membolehkan pelajar jarak jauh USM dapat bertukar tukar maklumat dan pendapat membuat perbincangan . Malah pengunaan portal juga penyarah dapat memasukan bahan bahan syarahan mereka dan soalan soalan tahun sebelumnya sebagai panduan para pelajar pjj . Kemudahan yang ke empat ialah kelas siding video di pusat wilayah . Pelajar jarak jauh dapat menghadiri kelas kelas tutorial . Suasana penbelajaran dapat dirasakan sama seperti pelajar sepenuh masa .Sebelum menghadiri kelas siding video pelajar pjj perlu bersedia terlebih dahulu dengan tajuk tajuk yang akan diterangkan dalam siding video . Ini memudahkan pembelajaran dan pemahaman dapat diterima dengan baik . Kelas siding video yang diadakan dipusat wilayah berdekatan dengan tempat tinggal pelajar itu sendiri . ini dapat menjimatkan kos dan pelajar jarak jauh tidak perlu berulang alik ke Universiti untuk megikuti kelas tutorial . Ini merupakan satu kemudahan yang amat baik yang disediakan oleh pihak Universiti Sains Malaysia yang tidak tersedia oleh mana mana universiti di Malaysia ini malah pengalaman USM selama 22 tahun megadakan program pjj amatlah sistematik .

Selain menhadiri kelas siding video pelajar pjj USM juga boleh berkunjung ke Perpustakaan dipusat wilayah masing masing .Pelajar jarak jauh boleh membuat rujukan di Perpustakaan dipusat wilayah ini yang mana boleh menghubungi tutor residen sekiranya ingin membuat kunjungan ke Perpustakaan tersebut .Walaupun buku buku yang ada diperpustakaan ini tidaklah sebanyak di Perpustakaan induk Hamzah senat di USM tetapi ini banyak membantu para pelajar jarak jauh USM dalam membuat sebarang Rujukan .Dengan menghadiri kelas siding video juga pelajar jarak jauh dapat bertemu rakan rakan sepegajian malah dapat membuat perbincangan dalam hal hal berkaitan dengan pembelajaran .Kemudahan kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti USM banyak membantu pelajar jarak jauh dalam pembelajaran mereka ,dengan kemudahan yang disediakan ini membolehkan pelajar menjadi pelajar cemerlang sekiranya dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar itu sendiri . Pensyarah pensyarah kursus juga merupakan pensyarah yang terlatih dalam bidang masing masing . Pelajar jarak jauh USM amatlah beruntung kerana mempunyai pensyarah mereka sendiri yang mana ,mahir dalam bidang berkaitan tidak seperti disebuah intitusi yang mengamalkan pendidikan jarak jauh ,seseorang pelajar yang mendaftar dalam sesuatu kursus yang tertentu akan dibekalkan dengan tiga perkara sahaja iaitu ; kurikulum kursus , senarai buku dan bahan rujukan dan jadual peperiksaan kursus tersebut itulah sahaja dibekalkan .Tidak ada sokongan selain bahan yang dibekalkan .Ini bermakna , jika pelajar tersebut perlu akan bantuan tenaga pengajar ,pelajar itu bolehlah mencari tutor secara sendirian dan membayar tutor dengan wangnya sendiri .Sebagai pelajar jarak jauh USM amatlah beruntung ,ada pensyarah sendiri malah pelajar pjj boleh

berinteraksi dengan pensyarah pjj ketika dalam portal , kelas siding video dan juga ketika sewaktu kursus intensif pada setiap hujung tahun iaitu pertengahan bulan November dan Disember . Pelajar jarak jauh USM juga amatlah beruntung ,kerana berpeluang menghadiri kelas intensif yang diadakan sebulan pada setiap peghujung tahun . Pelajar jarak jauh dapat mengunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti seperti membuat rujukan di perpustakaan induk ,menghadiri kelas tutorial secara bertatap muka ,menjalankan latihan amali bagi pelajar sains dan dapat menggunakan peralatan yang cangih yang tidak terdapat dipusat wilayah .Para pelajar juga dapat merasakan suasana sebagai seorang pelajar universiti ketika kursus intensif ini .Tidak seperti di intituisi lain , kemudahan . tempat tinggal disediakan oleh pihak USM itu sendiri . Selain itu juga , sumber kewangan merupakan sesuatu perkara yang penting bagi pelajar jarak jauh ini . Salah satu kemudahannya ialah dalam pembayaran yuran tahunan amatlah berpatutan . Pelajar boleh membayar secara ansuran malah mendapat subsidi dari kerajaan . Ini tidak terdapat dimana mana pusat pegajian lain . Kemudahan yang disediakan ini tidaklah membebankan pelajar jarak jauh ,maka dengan ini akan timbul minat yang mendalam dalam pengajian mereka .

Hai kawan kawan saya inilah isi yang dapat saya bagi untuk assiment ini . Kalau ada sape nak tabah atau perbaikinya tengoklah ..Saya rasa kita boleh masukan juga difinasi PJJ .pada pembukaan ass. Lepastu terangkan ciri ciri pembelajaran kendiri bawah tajuk kecil seperti ; 1 Jarak antara pengajar dan pelajar 2. buat nota sendiri 3 . pegurusan masa pelajaran dan kerjaya itu lah yang saya rasa setakat disini saja dulu saya nak buat assiment biologi pula ni naksiap sebelum 12 hb ni nak hantar

Anda mungkin juga menyukai