Anda di halaman 1dari 5

Item Penyelesaian masalah Pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran lain untuk sesuatu masalah dan situasi baru

u Prinsip yang menjadikan dasar pembentukan sesuatu fenomena daripada kajian, penyelidikan atau pemerhatian Kebolehan menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai (angka) Contoh 1 Rajah 1 menunjukkan litar skema pengelip elektronik.

Rajah 1 Kadar kerlipan LED akan berubah jika .. I R1 dan R2 digantikan dengan perintang yang lebih tinggi II R1 dan R2 bertukar tempat III C1 dan C2 digantikan dengan pemuat yang lebih rendah nilainya IV C1 dan C2 bertukar tempat A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Maklumat penting Biasanya soalan aras tinggi yang memerlukan kemahiran berfikir dan kenal faham teknologi elektronik Pelajar mesti faham fungsi semua komponen yang ada serta kendaliannya Sifat perintang ialah semakin tinggi rintangannya maka sedikit arus yang dapat mengalir melaluinya. Kapasitor pula semakin besar kapasitannya (ruang ) semakin lama masa untuk dicas penuh. Kapasitor hanya bertindak buang cas apabila kapasitannya mencukupi/cas penuh.

Tindakan Pilih kunci jawapan berdasarkan pertimbangan anda terhadap fungsi setiap komponen. Komponen yang memainkan peranan penting ialah perintang dan kapasitor. Contoh 2 Rajah 2 menunjukkan perintang tetap dan kod warnanya.

Rajah 2 Berapakah nilai perintang tersebut? A B C D 62 k 623 k 620 k 62000 k

Maklumat penting Sekiranya kod warna perintang tidak disertakan bersama soalan, maka pelajar harus menghafal kod tersebut. Faham dan tahu mengira hasil atau dapatan berdasarkan kod warna dan cara betul menggunakannya Ingat bacaan nilai perintang dimulai dengan ohm(), K dan seterusnya M sekiranya bacaan terlalu besar untuk nilai . Tindakan Pilih jawapan yang paling tepat berdasarkan metodologi yang menjadi prinsip pengiraan nilai perintang.

Contoh 3 Rajah 3 menunjukkan litar skematik satu projek.

Rajah 3 Antara berikut pernyataan manakah benar? I Sambungan litar adalah siri selari II Jumlah rintangan litar adalah 13 III Jumlah rintangan litar adalah 28 IV Voltan yang merentasi perintang 3 dan 5 adalah sama A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Maklumat penting Pelajar mestilah kenal dan faham jenis-jenis litar ( siri, selari dan siri selari) Tahu rumus/ hukum ohm, litar siri dan selari Mahir dalam pengiraan Tindakan Berdasarkan pilihan pelengkap, kenalpasti jenis litar (litar siri selari) Kira jumlah rintangan dalam litar mulakan pengiraan perintang dalam litar selari dahulu dengan menggunakan rumus perintang dalam litar selari Kira jumlah rintangan kemudian pilih pernyataan yang berkaitan Berdasarkan penemuan anda pilih kunci jawapan yang betul Item Pengiraan kos/ penghasilan projek Menentukan implikasi, akibat, hasilan, kesan dan sebagainya

Contoh 1 Jadual 1 menunjukkan kos untuk menghasilkan 100 unit kotak serbaguna. BUTIRAN JUMLAH (RM) Kos Bahan 420.00 Kos Upah 80.00 Kos Overhed 50.00 Jadual 1 Berapakah harga jualan seunit jika peniaga inginkan keuntungan RM2.00? A RM 5.50 C RM 7.50 B RM 5.52 D RM 7.52 Maklumat penting Untuk item ini, pelajar mesti mahir dalam pengiraan Biasanya pelajar diberi kelonggaran untuk menggunakan alat-alat elektronik seperti kalkulator. Kesilapan anda membuat pengiraan akan mengakibatkan kunci jawapan salah Tindakan Buat pengiraan berulangkali dan berpandukan format yang betul Pilih jawapan yang paling tepat Contoh 2 Berikut adalah bacaan meter kilowattjam. Bacaan meter bulan Jun 3 6 2 7 0 4

Bacaan meter bulan Mei 3 6 1 6 0 2

Kadar tarif domestik 0.218 sen bagi 200 unit pertama 0.258 sen bagi 800 unit berikutnya 0.278 sen bagi setiap unit tambahan Berdasarkan bacaan meter kWj , berapakah bayaran bil elektrik bulan Jun ? A B RM 278.36 RM 284.32 C D RM 294.36 RM 306.36

Maklumat penting Aras soalan tinggi Memerlukan kemahiran dalam pengiraan Tahu dan fahan format pengiraan yang telah ditetapkan Menggunakan alat mengira boleh membantu pengiraan yang tepat Tindakan Pilih jawapan berdasarkan cara dan hasil pengiraan yang tepat. TIP YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA PEPERIKSAAN BACA DAN FAHAM SOALAN DENGAN TELITI BERI TUMPUAN ITEM YANG DITAKSIR JAWAB SOALAN YANG SENANG DAHULU JANGAN TERTIPU DENGAN SOALAN YANG MENGELIRUKAN PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT

SEMOGA BERJAYA

Anda mungkin juga menyukai