Anda di halaman 1dari 4

Ikan Jelawat- Penghuraian spesies

Leptobarbus hoevenii dikenali sebagai The Sultan Fish dan Mad Barb ataupun Jelawat di Malaysia. Ia dikatakan berasal dari bahagian utara Malaysia, Thailand dan kepulauan Borneo. Ikan jelawat merupakan ikan tempatan yang membiak secara semulajadi di Negara ini. Ia terdapat di beberapa buah sungai di Malaysia. Kadar hidup ikan jelawat adalah dianggarkan antara 95%-96%.Ikan jelawat merupakan ikan yang tahan lasak. Ikan jelawat juga sangat aktif dan bergerak pantas menyebabkan ia sukar ditangkap oleh musuh atau parasit dan mungkin sukar untuk dijangkiti penyakit. Ikan jenis ini adalah ikan air tawar yang berdiet omnivor iaitu ia memakan bahan-bahan makanan yang berunsur protein haiwan dan tumbuhan. Kebiasaannya ia berenang di antara bahagian pertengahan air kepada bahagian dasar secara berkumpulan.

RAJAH:

Ikan jelawat memiliki bentuk tubuh agak bulat dan memanjang, dan merupakan ciri-ciri yang dapat membantunya berenang dengan pantas. Kepala bagian sebelah atas agak mendatar, mulut berukuran sederhana, garis literal tidak terputus, bahagian punggung berwarna perak kehijauan dan bahagian perut putih keperakan. Pada sirip dada dan perut terdapat warna merah, urat sisi melengkung agak kebawah dan berakhir pada bagian ekor bawah yang berwarna kemerahmerahan, serta mempunyai 2 pasang sesungut. Panjang maksimum ikan ini dapat mencapai 100 cm dengan berat 10 kg.

RAJAH:

Ia mendapat gelaran The Sultan Fish kerana pernah menjadi santapan diraja pada suatu ketika dahulu, tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersialkan, ia menjadi hidangan orang ramai. Namun begitu, memakannya mampu mengundang nausea (muntah).

Dalam pembezaan jantina ikan jelawat, terdapat beberapa ciri yang boleh dikenalpasti: Betina : Perut membesar dan lembut. Apabila diurut ke arah anus akan keluar cairan kekuningan. Sirip dada halus dan licin

Jantan : Perut langsing. Apabila diurut akan keluar cairan putih (sperma) Sirip dada terasa lebih kasar bila diraba

RAJAH ???: ikan betina

Kawasan air tawar sebagai habitat ikan jelawat memerlukan keadaan fizikal dan kimia air yang optimal. Ikan jelawat biasanya hidup di perairan yang bersuhu 25-37o C, oksigen terlarut 4-9 mg/l (Pantulu, 1976) dan pH air antara 6.3 kepada 7.5. Namun demikian, untuk hidup normal dan tumbuh baik, ikan ini memerlukan suhu antara 26C hingga 28.5o C dan oksigen terlarut antara 5 hingga 7 ppm, dan pH air antara 7.0 hingga 7.5. (D.Alista , Zaldi, T.Suprapto, Herawati, 2010)

Dalam persenyawaan induk betina yang matang mempunyai perut yang besar dan cembung. Ketika ini induk betina akan membersihkan tempat pembiakan yang disediakan. Induk betina akan berenang menghampiri tempat pembiakan dan mengeluarkan sebaris telur . Manakala, induk jantan akan mengikuti di belakang induk betina dan mempersenyawakan telur dengan mengeluarkan sperma.

RAJAH : Telur dikeluarkan dari perut induk betina untuk disenyawakan secara langsung.

Anda mungkin juga menyukai