Anda di halaman 1dari 5

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW JPM 2012

1.

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri.

2.

PERATURAN PERTANDINGAN 2.1 UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) serta UndangUndang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Sepak Takraw Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tarikh: Tempat: 17 Mac 2012 (Sabtu) Gelanggang Sepak Takraw, Taman Pancarona Presint 18 Putrajaya. 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Masa:

2.2.2 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 15 Mac 2012 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya pada jam 11.00 pagi. 2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

3.

SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. Permainan akan dijalankan secara regu Semua pemain diwajibkan membawa bersama pas pekerja/surat tawaran pekerjaan pada hari pertandingan (bagi tujuan pengesahan);

3.2

4.

FORMAT PERTANDINGAN 4.1 4.2 4.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja; Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati) Kiraan mata adalah berdasarkan kepada sistem baharu 15 mata.

5.

KELEWATAN Mana-mana regu yang datang lewat selepas dari masa permainan yang ditetapkan, maka regu itu dianggap telah memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawannya.

6.

MENARIK DIRI 6.1 Jika sesebuah regu menarik diri dalam mana-mana perlawanan, maka regu tersebut tidak dibenar meneruskan pertandingan.
2

6.2

regu tersebut dianggap tidak menyertai pertandingan ini dengan semua mata dibatalkan.

7.

BANTAHAN 7.1 Jika ada apa-apa bantahan ianya hendaklah dibuat secara bertulis tidak lewat dari 30 minit selepas perlawanan yang dibantah itu tamat kepada Jawatankuasa Penganjur kejohanan berserta dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) sebagai cagaran. Jika bantahan diterima wang cagaran akan dikembalikan jika tidak perkara sebaliknya akan berlaku. Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Penganjur dan Pengadil. Keputusan adalah muktamad.

7.2

7.3

8.

HADIAH Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Juara, Naib Juara dan dua pasukan layak ke separuh akhir seperti berikut: Bil. 1. 2. 3. Tempat Johan Naib Johan Ketiga Keempat Hadiah RM700.00 RM500.00 RM200.00 RM200.00

9.

PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
3

10.

BAYARAN DAN BORANG PENYERTAAN 10.1 Bayaran penyertaan bagi setiap regu ialah RM30.00 (Ringgit malaysia: Tiga Puluh Sahaja). Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai. 10.2 Semua penyertaan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan kejohanan dan mestilah lengkap diisi sepenuhnya setiap butiran yang terdapat dalam borang tersebut. 10.3 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan beserta bayaran masuk bertanding pada atau sebelum 14 Mac 2012 (Rabu) kepada: Setiausaha Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p. Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad) Tel. No: 03-8872 3431 Faks No: 03-88883106 Email: mohdsuhaimi@pajpm.gov.my

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW JABATAN PERDANA MENTERI 2012

Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: .................................................................................. Nama Ketua Pasukan : ................................................................................................... No. Tel: ................................................. (Pej.) ....................................................... (H/P) No. Faks: ............................................... (e-mel): ............................................................ Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Nama Penuh Pemain Posisi Tekong Apit kanan Apit kiri Simpanan Simpanan No. K/P

PENGAKUAN: Saya dengan ini bersetuju dan faham akan segala syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar dan pihak penganjur berkuasa penuh untuk membatalkan penyertaan sekiranya saya melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur atau agennya di atas sebarang musibah ke atas diri saya sebelum, semasa atau selepas menyertai acara ini.

Tarikh: .....................................

....................................................... (Tandatangan Ketua Pasukan)

Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 14 Mac 2012 kepada Setiausaha Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri, Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM, 62502 Putrajaya. (No.Tel : 03-88887939 Fax : 0388883106, emel: mohdsuhaimi@pajpm.gov.my)

Anda mungkin juga menyukai