Anda di halaman 1dari 41

ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/1

ASAS LUKISAN
JENTERA

OBJEKTIF
AM

Memahami asas-asas lukisan kejuruteraan dan melukis


bentuk-bentuk geometri mudah dengan pelbagai
kaedah.

Un

2
OBJEKTIF
KHUSUS

it
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

 Membina garisan sempadan dan kotak tajuk.

 Melukis garisan, membina dan membahagi sudut


tertentu dengan menggunakan alat – alat lukisan
kejuruteraan.

 Membina bentuk geometri mudah dengan pelbagai


kaedah.

Semua rajah dalam unit ini dipetik dari bahan:


i. Latihan dalam lukisan teknik untuk SAP,
(Reginald Buss)
ii. Lukisan KejuruteraanTingkatan 4 & 5, Dewan
Bahasa dan Pustaka
iii. Lukisan Geometri, Md. Nasir Abd. Manan
iv. Lukisan Kejuruteraan Geometri, Nota Panduan
Politeknik Malaysia
v. Lukisan Geometri, Ong Kok Seng, Fajar Bakti

INPUT
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 2

2.0 PENGENALAN

Asas lukisan kejuruteraan ialah pembinaan garisan, sudut, bulatan,


lengkok dan sebagainya. Lukisan ini dihasilkan dalam dua dimensi, iaitu
yang mempunyai ukuran lebar dan tinggi.

Dalam unit ini kita akan mempelajari pembinaan kotak tajuk dan garisan
sempadan dengan garisan yang piawai diatas kertas lukisan. Kita juga
akan melukis garisan , membina dan membahagi sudut tertentu dengan
menggunakan alat-alat lukisan kejuruteraan.

Selain itu juga kita akan melukis bentuk geometri mudah dengan pelbagai
kaedah terhadap bentuk-bentuk berikut:
i. Bulatan
ii. Segitiga
iii. Segiempat
iv. Poligon
v. Elips

2.1 GARISAN SEMPADAN DAN KOTAK TAJUK


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 3

Kotak tajuk ialah ruangan khas yang disediakan pada setiap kertas
lukisan untuk memberikan keterangan tentang sesuatu lukisan yang
dilukis pada kertas lukisan itu.
Rajah 2.1 menunjukkan garisan sempadan dan kandungan kotak tajuk
mengikut ukuran piawai.

Ruang garisan sempadan = 15 mm

8 MM TAJUK
8 MM POLITEKNIK KOTA KINABALU

6 MM NAMA 10 MM

6 MM NO. PEND 10 MM
6 MM JABATAN 10 MM

240 MM
140 MM
40 MM 40 MM 40 MM 40 MM 40 MM

TAJUK NAMA KELAS BIL.LUK


NO.PEND TARIKH
POLITEKNIK KOTA KINABALU JABATAN SKALA 1

Rajah 2.1 Garisan Sempadan dan kandungan kotak tajuk

2.2 PEMBINAAN GARISAN DAN PEMBAHAGIAN SUDUT TERTENTU

A. Membina garisan selari.

Langkah – langkahnya:
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 4

i. Satu garis AB dilukis.


ii. Dari sebarang dua titik pada garisan AB, dua lengkok
dengan jejari yang sama dilukis.
iii. Selepas itu satu garis CD yang bersentuhan dengan kedua-
dua lengkok dilukis.
iv. Akhirnya AB dan CD adalah dua garisan selari seperti dalam
rajah 2.1.

C D

B
A
Rajah 2.1 Membina garisan selari

B. Membina garisan tegak.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Dari mana-mana titik ( C ), satu lengkok dibina yang
memotong garisan AB di D dan E.
iii. Dari D, sebarang lengkok dibinadi atas dan di bawah AB.
iv. Dari E juga, sebarang lengkuk dibina yang sama memotong
lengkok dari D.
v. Akhirnya bina satu garisan dari titik C merentasi kedua-dua
titik persilangan lengkuk seperti dalam rajah 2.2.
C

A B
D E

C. Membahagi dua garisan.


Rajah 2.2 Membina garisan tegak
Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dilukis.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 5

ii. Dari hujung A, sebarang lengkok dibina di atas dan di bawah


garis AB.
iii. Dari hujung B juga satu lengkok dibina yang memotong
lengkok A.
iv. Akhirnya garis yang memotong AB dari titik persilangan
kedua-dua lengkok dibina seperti dalam rajah 2.3.

A B

Rajah 2.3 Membahagi dua garisan

D. Membahagi dua sudut.

Langkah – langkahnya:
i. Satu sudut ABC dilukis.
ii. Dari B, satu lengkok dibina yang memotong AB dan BC di D
dan E.
iii. Dari D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina dan
dari E juga, satu lengkok dibina yang akan memotong
lengkuk dari D.
iv. Akhirnya satu garis dari titik B dibina kepada titik persilangan
lengkok di F seperti dalam rajah 2.4.

D
F

E C
E. Membahagi dua sudut yang terbentuk.
Rajah 2.4 Membahagi dua sudut
Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dan CD adalah dua garis yang membentuk
satu sudut.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 6

ii. Langkah seterusnya, dua garis selari dibina di antara AB dan


CD dimana garis FE selari dengan AB dan FG selari dengan
CD.
iii. Selepas itu, sudut EFG dibahagikan kepada dua.
iv. Akhirnya FH adalah garis yang membahagi dua sudut
tersebut seperti dalam rajah 2.5.

Rajah 2.5 Membahagi dua sudut yang terbentuk

F. Membina sudut 600.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisAB dilukis.
ii. Dari titik C, satu lengkok dibina yang memotong AB di D.
iii. Dari titik D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina
yang memotong lengkok dari C di E.
iv. Selepas itu, titik C dan E disambung.
v. Sudut ECB adalah sudut 600 seperti dalam rajah 2.6.

Rajah
0
2.6 Membina sudut 600
G. Membina sudut 30 .

Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dilukis.
ii. Langkah seterusnya sudut 600 dibina.
iii. Selepas itu sudut 600 tadi dibahagi kepada dua.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 7

iv. Sudut FCB adalah sudut 300 seperti dalam rajah 2.7

Rajah 2.7 Membina sudut 300

H. Membina sudut 900.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisAB dilukis.
ii. Dari titik C, satu lengkok dibina yang memotong AB di D.
iii. Dari titik D, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina
yang memotong lengkok dari C di E.
iv. Dari E dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang
mana akan memotong lengkok dari C di F.
v. Selepas itu, titik ECF dibahagikan kepada dua bahagian.
vi. Akhirnya satu garis dibina dari titik C ke titik persilangan
pembahagian E dan F di G.
vii. Sudut GCB adalah sudut 900 seperti dalam rajah 2.8.

E
F

D
A B
C
0
Rajah0 2.8 Membina sudut 90
I. Membina sudut 45 .

Langkah – langkahnya:
i. Sudut 900 dilukis terlebih dahulu.
ii. Selepas itu, sudut GCB dibahagikan kepada dua.
iii. Akhirnya HCB adalah sudut 450 seperti dalam rajah 2.9.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 8

E
F

A B
C D

Rajah 2.9 Membina sudut 450

2.3 PEMBINAAN BENTUK GEOMETRI DENGAN BERBAGAI KAEDAH

2.3.1 Bulatan.

A. Membina bulatan melalui tiga titik yang diberi.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garis lurus dilukis yang menyambungkan A ke B
dan B ke C.
ii. Garisan pembahagi dua sama bagi setiap garisan AB
dan BC di bina supaya kedua-duanya bersilang di O.
iii. Dengan menggunakan O sebagai pusat jejari dan
jejari OA, satu bulatan dilukis yang melalui titik A , B,
dan C seperti dalam rajah 2.10.

A O

Rajah 2.10 Membina bulatan melalui tiga titik yang diberi


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 9

B. Membina bulatan terterap dalam satu segitiga.

Langkah – langkahnya:
i. Satu segitiga ABC dilukis.
ii. Selepas itu, kedua – dua sudut segitiga itu
dibahagikan kepada dua bahagian yang sama dan
akan bersilang di titik O.
iii. Dari O , satu garisan OP dilukis yang berserenjang
kepada mana – mana satu sisi segitiga itu.
iv. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejarinya
OP, satu bulatan dilukis seperti dalam rajah 2.11.

Rajah 2.11 Membina bulatan terterap dalam satu segitiga

C. Membina bulatan terterap luar satu segitiga.

Langkah – langkahnya:
i. Satu segitiga ABC dilukis.
ii. Selepas itu, garisan lurus AB dipanjangkan ke P dan
garisan AC hingga ke Q. Q
iii. Selepas itu sudut PBC dan sudut BCQ dibahagikan
kepada dua bahagian yang sama dan bersilang di O.
iv. Dari O, satu garisan OR dilukis yang berserenjang
kepada sisi BC.
v. Dengan menggunakan
C O sebagai pusat dan jejarinya
OR, satu bulatan dilukis seperti dalam rajah 2.12.

R
A P
B
Rajah 2.12 Membina bulatan terterap luar satu segitiga
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 10

D. Membina bulatan terterap lilit.

Langkah – langkahnya:
i. Satu segitiga ABC dilukis.
ii. Selepas itu garisan AC dan BC dibahagikan kepada
dua bahagian yang sama dan bersilang di O.
iii. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejarinya
OA, satu bulatan dilukis seperti dalam rajah 2.13.

A B

Rajah 2.13 Membina bulatan terterap lilit


2.3.2. SEGITIGA.

A. Membina segitiga sama diberikan ukuran sempadan.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisan BC = 70 mm.
ii. Dari B, dengan jejari 70 mm, satu lengkok dibina
pada garisan BC.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 11

iii. Dari C, dengan jejari yang sama, satu lengkok lagi


dibina yang memotong lengkuk dari B di A.
iv. Garisan BA dan AC disambungkan.
v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga sama seperti
dalam rajah 2.14.

B C
70
Rajah 2.14 Membina segitiga sama diberikan ukuran sempadan

B. Membina segitiga diberi ukuran tiap – tiap sempadan.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisan AB = 80 mm dilukis.
ii. Dari A, dengan jejari 75 mm, satu lengkok dibina dari
garisan AB.
iii. Dari A juga, dengan jejari 65 mm, satu lengkok lagi
dibina yang memotong lengkok dari A di C.
iv. Garisan BC dan AC disambungkan.
v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga yang diberi
sempadan seperti dalam rajah 2.15.

75 65

A C
80
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 12

Rajah 2.15 Membina segitiga diberi ukuran tiap-tiap sempadan

C. Membina segitiga dua sisi sama diberi ukuran tapak dan


ukuran tinggi.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisan tapak AB = 60 mm.
ii. Garis tegak CD dibina tepat di garisan AB..
iii. Dari D, ketinggian 70 mm ditanda pada CD.
iv. Garis AC dan BC disambungkan.
v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga yang diberi ukuran
tapak dan tinggi seperti dalam rajah 2.16.

70

A 60 B

Rajah 2.16 Membina segitiga dua sama sisi diberi


ukuran tapak dan ukuran tinggi

D. Membina segitiga diberi dua ukuran sempadan dan


salah satu sudut tapak.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisan tapak AB = 70 mm dilukis.
ii. Dari A, satu sudut BAX = 600 dibina.
iii. Dari A, jejari 60 mm, satu lengkok lagi dibina yang
memotong lengkok dari AX di C.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 13

iv. Titik B dan C disambungkan.


v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga yang diberi dua
sempadan dan salah satu sudut tapak seperti dalam
rajah 2.17.

X
C

A B

Rajah 2.17 Membina segitiga diberi dua ukuran sempadan


dan salah satu sudut tapak.

E. Membina segitiga diberi ukuran tapak dan kedua-dua


sudut tapak.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisan tapak AB = 65 mm dilukis.
ii. Dari A, sudut BAY = 320 dilukis dengan menggunakan
jangka sudut.
iii. Dari B, sudut ABX = 480 dilukis dengan menggunakan
jangka sudut.
iv. Akhirnya kedua-dua binaan garisan tersebut akan
bersilang di C.
v. ABC adalah segitiga yang diberi ukuran tapak dan
kedua-dua sudut tapak seperti dalam rajah 2.18.

X Y

A B

Rajah 2.18 Membina segitiga diberi ukuran tapak


dan kedua-dua sudut tapak.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 14

F. Membina segitiga diberi ukuran tapak, ketinggian dan


salah satu sudut tapak.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garisan tapak AB = 75 mm dilukis.
ii. Dengan berjejarikan ketinggian 60 mm, satu lengkok
dibina di atas garis tapak AB dan satu garis selari
dilukis di atasnya.
iii. Dari A, satu sudut BAX = 700 dibina dengan
menggunakan jangka sudut, yang mana akan
memotong garisan selari di C.
iv. Titik B dan C disambungkan.
v. Akhirnya ABC adalah satu segitiga yang diberi ukuran
tapak, ketinggian dan salah satu sudut tapak seperti
dalam rajah 2.19

Rajah 2.19 Membina segitiga diberi ukuran tapak,


ketinggian dan salah satu sudut tapak.

AKTIVITI 2A
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 15

2.1 Dengan menggunakan kaedah geometri, lukiskan :


i. Garisan tegak
ii. Membahagi garisan AB = 50 mm kepada dua bahagian yang
sama.
iii. Membahagi sudut ABC = 450 kepada dua sudut yang sama.
iv. Sudut 600.

2.2 Lukiskan satu bulatan yang melalui tiga titik seperti dalam rajah A2.1.

65 mm
40 mm
900
A
C
Rajah A2.1

2.3 Lukiskan satu bulatan terterap lilit pada sebuah segitiga seperti dalam
rajah A2.2.

40 mm 55 mm

70 mm
Rajah A2.2

2.4 Lukiskan satu segitiga diberi ukuran tapak AB = 75 mm dan tingginya = 60


mm.

2.5 Lukiskan satu segitiga diberi AB = 70 mm, AC = 60 mm dan sudut BAC =


600.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 16

SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS


BERIKUT!
TETAPI…….., JIKA ANDA GAGAL MENDAPAT JAWAPAN
YANG BETUL SILA BUAT ULANG KAJI ATAU
MENDAPAT PENJELASAN DARI PENSYARAH ANDA!…
…..

MAKLUM BALAS

2.1 i. Membina garisan tegak


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 17

ii. Membahagi garisan AB = 50mm kepada dua bahagian yang sama

50 mm

iii. Membahagi sudut ABC = 450 kepada dua sudut yang sama

450
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 18

iv. Membina sudut 600

600

2.2 Membina satu bulatan yang melalui tiga titik.

65 mm

900

40 mm

2.3 Membina satu bulatan terterap lilit pada sebuah segitiga.

55 mm

40 mm

70 mm
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 19

2.4 Membina satu segitiga diberi ukuran tapak AB=75mm dan tingginya =
60mm

2.5 Membina satu segitiga diberi Ab=70mm, AC=60mm dan sudut=600


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 20

TAHNIAH!
SAYA PASTI ANDA DAPAT

MEMBERI JAWAPAN YANG

INPUT

2.3.3. SEGIEMPAT.

A. Membina segiempat sama diberi panjang sempadan.

Langkah – langkahnya:.
i. Satu sempadan AB di lukis.
ii. Dari A, satu garisan tegak dibina.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 21

iii. Berjejarikan AB, sempadan AD di tanda.


iv. Berpusatkan di B dan D dan berjejarikan panjang
sempadan, lengkok-lengkok persilangan dibina
pada C.
v. Akhirnya ABCD adalah segiempat sama seperti
dalam rajah 2.20.

D C

A B
Rajah 2.20 Membina segiempat sama diberi panjang sempadan

B. Membina segiempat sama diberi pepenjuru.

Langkah – langkahnya:.
i. Satu pepenjuru PR yang diberi dilukis.
ii. Seterusnya garis tengah PR dibina.
iii. Dengan berjejarikan TP ( TP = TR ), TQ dan TS
ditanda.
iv. Seterusnya titik-titik tersebut disambung dan
membentuk segiempat seperti dalam rajah 2.21.

P T Q

S
Rajah 2.21 Membina segiempat sama diberi pepenjuru
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 22

C. Membina segiempat bujur diberi pepenjuru dan salah


satu sempadan.

Langkah – langkahnya:.
i. Satu pepenjuru PR dilukis.
ii. Seterusnya garis tengah PR dibina.
iii. Berjejarikan TP ( TP = TR ) dan berpusatkan T, satu
bulatan dibina.
iv. Dengan berjejarikan panjang sempadan yang diberi,
lengkuk dilukis yang memotong lilitan bulatan di Q
dan S.
v. PQRS adalah segiempat bujur seperti dalam rajah
2.22.

P T R

Rajah 2.22 Membina segiempat bujur diberi pepenjuru


dan salah satu sempadan
D. Membina rombus diberi pepenjuru dan sempadan.

Langkah – langkahnya:.
i. Satu pepenjuru PR dilukis.
ii. Dari P dengan berjejarikan ukuran sempadan yang
diberi, satu lengkok dibina di atas dan di bawah
supaya kedua – duanya bersilang di Q dan S.
iii. PQRS adalah rombus seperti dalam rajah 2.23.
S

P R

Rajah 2.23 Membina rombus diberi pepenjuru dan sempadan


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 23

E. Membina segiempat selari diberi dua sempadan dan


satu sudut.

Langkah – langkahnya:.
i. Salah satu sempadan yang diberi PQ dilukis
ii. Dari Q, satu sudut yang diberi dilukis.
iii. Dengan panjang sempadan yang satu lagi ditandakan
QR.
iv. Dari R, berjejarikan PQ, satu lengkok dilukis.
v. Dari P, berjejarikan QR. Satu lengkok dilukis yang
memotong lengkuk dari R di S.
vi. PQRS adalah segiempat selari seperti dalam rajah
2.24.

S R

P Q

Rajah 2.24 Membina segiempat selari diberi


dua sempadan dan satu sudut

F. Membina sebuah trapezoid diberi sempadan-sempadan


yang selari, tinggi tegak dan salah satu sudut.

Langkah – langkahnya:.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 24

i. Satu sempadan PQ dilukis.


ii. Dengan berjejarikan tinggi tegak trapezoid , lengkuk-
lengkok dibina untuk mendapatkan garisan yang
selari dengan PQ.
iii. Seterusnya sudut dibina dari Q supaya memotong
garis yang selari dengan PQ di R.
iv. Akhirnya tandakan panjang RS yang diberi.
v. PQRS adalah trapezoid seperti dalam rajah 2.25.

Rajah 2.25 Membina sebuah trapezoid diberi sempada-sempadan


yang selari, tinggi tegak dan salah satu sudut

2.3.4 POLIGON

A. Membina segilima sama diberi ukuran sempadan.

Langkah – langkahnya:
i. Satu sempadan AE dilukis.
ii. Garis AE tersebut dibahagikan kepada dua.
iii. Dari A, sudut 450 dibina supaya memotong garis
tengah AE di 4. C
iv. Dari E pula, sudut 600 dibina supaya memotong garis
tengah AE di 6.
v. Selepas itu, garis antara 4 dan 6 dibahagikan kepada
dua iaitu titik 5.
vi. B Dengan berpusatkan titik 5, satu bulatan
D dibina yang
menyentuh titik A dan E.
vii. Akhirnya dengan menggunakan jejari sempadan yang
diberi, setiap sempadan ditandakan iaitu, A ke B, B ke
C, C ke D dan D ke E sehingga membentuk segilima
sama seperti dalam rajah 2.26.

A
E
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 25

Rajah 2.26

Rajah 2.26 Membina segilima sama diberi ukuran sempadan

B. Membina segilima sama dalam sebuah bulatan diberi


ukuran garispusat.

Langkah – langkahnya:
i. Satu bulatan dilukis dengan garis pusat AP.
ii. Selepas itu, AP dibahagikan kepada bilangan
Q
mengikut sempadan segibanyak. Untuk segilima,
ianya dibahagikan kepada 5 bahagian yang sama.
iii. Dengan menggunakan pusat P dan A, dan
berjejarikan AP, sebarang lengkok dibina dan kedua-
duanya akan bersilang di Q.
iv. E Q disambungkan ke nombor 2 sehingga
Selepas itu,
memotong lilitan bulatan di B.
v. Akhirnya AB adalah D
sempadan. Dengan
menggunakan jejari AB, setiap sempadan ditandakan
A ke B, B ke C, C ke D dan D ke E sehingga
membina segilima seperti dalam rajah 2.27.
P
A

B
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 26

Rajah 2.27 Membina segilima sama dalam sebuah


bulatan diberi ukuran garis pusat

C. Membina segienam diberi ukuran sempadan.

Langkah – langkahnya:
i. Satu bulatan dilukiskan dengan berjejarikan
sempadan yang diberi.
ii. Dengan berjejarikan sempadan tersebut, dari
sebarang titik pada lilitan bulatan ditandakan
kepada enam bahagian di sekeliling bulatan di
A, B, C, D, E, dan F.
iii. Selepas itu, titik-titik A, B, C, D, E dan F
disambungkan dan berakhir di A sehingga
membentuk segienam sama seperti dalam
B
rajah 2.28. C

A
D

F
E
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 27

Rajah 2.28 Membina segienam diberi ukuran sempadan

D. Membina segienam diberi ukuran garis pusat.

Langkah – langkahnya:
i. Satu bulatan dengan garis pusat yang diberi dibina.
ii. Dengan menggunakan sesiku 300, garis sentuh
dilukiskan kepada bulatan tersebut sehingga
membentuk segienam sama.
iii. Akhirnya ABCDEF ialah segienam sama yang diberi
ukuraan garispusat seperti dalam rajah 2.29.

C E

B
F

Rajah 2.29 Membina segienam diberi ukuran garis pusat


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 28

E. Membina segitujuh sama diberi ukuran sempadan.

Langkah – langkahnya:
i. Satu garis AB dengan ukuran sempadan yang
diberi dilukis .
ii. Berpusatkan di B dan berjejarikan BA, separuh
bulatan dilukis supaya bersilang di Q.
iii. Selepas itu, separuh bulatan itu dibahagikan
pada jumlah bilangan sempadan poligon( 1800
/ 7 ).
iv. Dari B garisan ke 2 dilukis untuk membentuk
sempadan yang seterusnya.
v. Seterusnya AB dan B2 dibahagikan kepada
dua supaya bersilang di P.
vi. Berpusatkan P dan berjejarikan PA satu
bulatan dilukis.
vii. Akhirnya dengan ukuran AB, setiap sempadan
ditanda sehingga membentuk segitujuh sama
ABCDEFG seperti dalam rajah 2.30.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 29

Rajah 2.30 Membina segitujuh sama diberi ukuran sempadan

F. Membina segilapan sama diberi ukuran pepenjuru.

Langkah – langkahnya:
i. Satu bulatan dilukis yang bergaris pusatkan
pepenjuru yang diberi iaitu AE.
ii. Garis tepat CG dibina dengan garis AE.
iii. Selepas itu keempat-empat sukuan dibahagikan
kepada dua bahagian sehingga memotong lilitan
bulatan di B, D, F, dan H.
iv. Selepas itu kesemua titik-titik A, B, C, D, E, F, dan G
disambungkan sehingga membentuk segilapan
seperti dalam rajah 2.31.

Rajah 2.31 Membina segilapan sama diberi ukuran pepenjuru


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 30

2.3.5 ELIPS

A. Membina elips dengan menggunakan dua bulatan pada


satu pusat.

Langkah – langkahnya:
i. Dua bulatan dilukis dengan jejari yang diberi pada
satu pusat.
ii. Selepas itu, bulatan tersebut dibahagikan kepada 12
sektor yang sama.Ini bergantung kepada besarnya
elips tersebut.
iii. Garisan-garisan pembahagi sektor itu akan
memotong bulatan kecil dan bulatan besar.
iv. Seterusnya, garisan mendatar dan garisan menegak
dilukis pada titik-titik persilangan tadi.
v. Akhirnya, titik-titik persilangan antara garisan
mendatar dan garisan menegak disambung sehingga
membentuk elips yang lengkap seperti dalam rajah
2.32.

Rajah 2.32 Membina elips dengan menggunakan


dua bulatan pada satu pusat

B. Membina elips diberi segiempat tepat.


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 31

Langkah – langkahnya:
i. Satu segiempat tepat dibina dengan panjangnya
sebagai paksi besar dan lebarnya sebagai paksi kecil.
ii. Paksi besar dan paksi kecil tadi dibahagikan kepada
bilangan yang sama.
iii. Seterusnya dari titik A dan B akan disambung kepada
titik pembahagi paksi besar dan paksi kecil.
iv. Akhirnya titik – titik persilangan disambung sehingga
membentuk sebuah elips seperti dalam rajah 2.33.

Rajah 2.33 Membina elips diberi segiempat tepat

C. Membina elips diberi paksi besar dan paksi kecil.

Langkah – langkahnya:
i. Satu paksi besar dan paksi kecil dibina iaitu CD
dan AB.
ii. Selepas itu, separuh bulatan dilukis dengan
berjejarikan ½ paksi besar dan berpusatkan di
T.
iii. CA dan AD disambungkan.
iv. Berjejarikan AS, satu lengkok dibina yang
memotong AC dan AD di E dan F.
v. Selepas itu, CE dan FD dibahagikan kepada
dua supaya memotong CT dan TD di G dan H
serta bersilang di I.
vi. Berjejarikan IA, satu lengkok dibina diantara
dua garisan pembahagi.
vii. Berjejarikan GC dan HD dan berpusatkan G
dan H, satu lengkok dibina untuk
melengkapkan separuh elips.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 32

viii. Akhirnya langkah iii hingga vii diulang bagi


melengkapkan elips yang separuh lagi seperti
dalam rajah 2.34.

Rajah 2.34 Membina elips diberi paksi besar dan paksi kecil

D. Membina elips dengan gambarajah segiempat sama


isometrik.

Langkah – langkahnya:
i. Satu segiempat sama ABCD dibina yang diberi
dalam pandangan isometrik.
ii. Keempat - empat sempadan segiempat
dibahagikan dua di P, Q, R dan S.
iii. Berjejarikan BS ( BS = Br ) dan berpusatkan B,
satu lengkok dibina dari S ke R, berjejarikan
DQ ( DQ = DP ) dan berpusatkan D, satu
lengkok dibina dari Q ke P.
iv. Akhirnya berpusatkan T dan U dan berjejarikan
TP ( TP = TS ) dan UQ ( UQ = UR ) satu
lengkok lagi dibina bagi melengkapkan bentuk
elips seperti dalam rajah 2.35.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 33

Rajah 2.35 Membina elips dengan gambarajah segiempat


sama isometrik

AKTIVITI 2B

2.6 Lukiskan satu segiempat bujur diberi pepenjuru PR = 60 mm dan


sempadan PQ = 25mm.

2.7 Lukiskan satu segilima diberi ukuran sempadan AB = 50 mm.

2.8 Lukiskan satu segienam diberi garispusat = 30 mm.

2.9 Lukiskan satu segilapan diberi ukuran pepenjuru AE = 70 mm.

2.10 Lukiskan satu elips dengan menggunakan kaedah:


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 34

i. Kaedah dua bulatan


ii. Kaedah segiempat sama isometrik.

SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS


BERIKUT!
TETAPI…….., JIKA ANDA GAGAL MENDAPAT JAWAPAN
YANG BETUL SILA BUAT ULANG KAJI ATAU
MENDAPAT PENJELASAN DARI PENSYARAH ANDA!…
…..

MAKLUM BALAS 2B

2.6 Melukis satu segiempat bujur diberi pepenjuru PR = 60 mm dan


sempadan PQ = 25 mm.

P T R

Q
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 35

2.7 Melukis satu segilima diberi ukuran sempadan AB = 50 mm


C

B D

50 mm

A E

2.8 Melukis satu segienam diberi garispusat = 30 mm.

30 mm

2.9 Melukis satu segilapan diberi ukuran pepenjuru AE = 70 mm.


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 36

2.10 Melukis satu elips dengan:

i. kaedah dua bulatan

ii. kaedah segeiempat sama isometrik


ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 37

TAHNIAH!
SAYA PASTI ANDA DAPAT

MEMBERI JAWAPAN YANG

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA

1. Rajah P1 menunjukkan enam bulatan yang sama besar terletak dalam


satu heksagon sekata. Lukiskan saiz penuh rajah yang diberi.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 38

Rajah P1

2. Rajah P2 menunjukkan sebuah bentuk profil satu sesondol. Lukiskan


bentuk tersebut dalam ukuran penuh.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 39

Rajah P2

Tahniah !

Anda telah berjaya menyelesaikan


semua soalan dalam penilaian
kendiri. Sila semak jawapan anda
pada maklumbalas untuk
memastikan jawapan anda betul.

MAKLUM BALAS

1.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/ 40

Rajah P1

2.
ASAS LUKISAN JENTERA J1001/2/41

Rajah P2

Anda sudah puas hati dengan unit ini


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau sudah mari kita ke unit 3

Anda mungkin juga menyukai