Anda di halaman 1dari 20

1 . 0 P e n g e n a l a n Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seniper g e r a k a n . M a t a p e l a j a r a n s e n i k h u s u s n ya P e n d i d i k a n S e n i V i s u a l l e b i h m e n e g a s k a n a s p e k p e m a h a m a n , p e n g h a y a t a n d a n k r i t i k a n .

P r o s e s i n i menye ntuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dankonsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamikserta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karyaseni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakanrefleksi pemikiran kanak-kanak.Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusundan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaanmenyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuatk e p u t u s a n . M u r i d b o l e h m e m p e r t i n g k a t k a n d a n m e n a j a m k a n p e n g g u n a a n pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objekyang terdapat di sekeliling mereka. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyait i g a t u g a s u t a m a i a i t u t u g a s p r o f e s i o n a l , t u g a s m a n u s i a w i d a n t u g a s kemasyar akatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorangguru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua danketiga pula berkaitan dengan etika. Tugastugas profesional seorang guru ialahmenyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anakdidik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalahtugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti.Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegaraya n g b a i k s e r t a m e l a k s a n a k a n t a n g g u n g j a w a b ya n g t e l a h d i g a r i s k a n o l e h bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yangdiberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Terdapat pelbagai peranan Guru Pendidikan Seni Visual perlu lakukan. Diantaranya adalah sebagai : 1. PENGURUS * Merancang aktiviti * Bertanggungjawab terhadap peralatan * Mengawal kelas/ studio * Membuar penilaian * Menjalankan aktiviti luar 2. PEMUDAHCARA * Pengajaran berteraskan ansur maju * Pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan murid * Mengaitkan unsur luar dalam P&P

3 PEMBIMBING *Membimbing murid * Membuat aktiviti pemulihan kepada yang memerlukan * Melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan 4. INISIATOR * Merangsang pemikiran murid * Memberi soalan yang kreatif dan kritis * Menyokong aktiviti penyelesaian masalah * Menyarankan kolaboratif dan koperatif dalam kerja berkumpulan
5. MOTIVATOR * Menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan murid. * Merangsang dan menggalakkan murid * Membawa perubahan * Sebagai dorongan dan memberi bimbingan * Menyelesaikan masaalah

Ciri-ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang


ABSTRAK: Seringkali ungkapan kecemerlangan diperkatakan kepada guru-guru pendidikan seni. Indikator kecemerlangan kebanyakannya tertumpu pada sifat umum, Tulisan ini memberi fokus indikator guru pendidikan seni yang cemerlang. Kecemerlangan dalam konteks pengajaran-pembelajaran, Keilmuan, kualiti peribadi, pengurusan kokurikulum, sumbangan dan hasil karya dan perhubungan sejawatan. Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat dan tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Justru itu guru sebagai 'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih dahulu sebelum menentukan 'output' yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN. Jika kita amati matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah menjadi agenda utama. Penegasan wawasan pendidikan ialah budaya kerja cemerlang perlu dibina berlandaskan sikap amanah, bertanggungjawab dan akauntabiliti terhadap tugas. " Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya cemerlang ialah amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga penaggungjawab (akauntabiliti) terhadap sesuatu yang telah ditugaskan atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah" (Wan Zahid.13) Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan. Ciri-ciri Cemerlang Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan

kecemerlangan seeorang guru terutama guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira : 1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. 2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran. 3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan kebolehan menyelesaikan masalah. 4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak) komitmen, ikram, adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan. 5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja, pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid). 6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh, penganalisisan, kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran. Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu diamalkan pekerja kerajaan, antaranya: 1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan. 2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan. 3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan. 4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur. 5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan. 6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan. 7. Tidak melakukan pembaziran sumber. (Ahmad Sarji.210) Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan amalan yang berterusan. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi indikator-indikator di atas. Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya: 1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni. 3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan. 4. Pengurusan Ko-kurikulum. 5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan. 6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar. Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton (1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor persekitaran . Yang dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu kepada muridmuridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid, pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam model yang dikemukan oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning'; menghuraikan lima elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu: 1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar. 2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada pada murid. 3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk belajar. 4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep. 5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar.

(Wan Fatimah .19) Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa. Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang berkesan: pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam. pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid. berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid. guru menggunakan contoh-contoh yang mudah. pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada murid. guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni. guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan pelajaran pendidikan seni berjalan. guru bersifat humor dan penyayang. Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran. guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid. guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid semasa pengajaran berlaku. guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan murid. pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas. Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja-kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif. Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni. Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya. Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran. Kualiti Peribadi Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan muridmuridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain. Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif. Pengurusan Ko-kurikulum Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke pusat-pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.

Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka. Subangan dan Hasil Kerja Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah. Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja. Komunikasi dan hubungan Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik. Penutup Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerjakerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban. Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121)

Pendidikan & Pengajaran Seni


Dalam alam persekolahan yang formal sifatnya, tiga perkara yang perlu wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru, pelajar dan bilik darjah. Peranan dan tanggungjawab setiap guru tentulah berkisar kepada pelaksanaan menyampaikan ilmu dan pengajaran kepada pelajar yang menjadi khalayaknya. Peranan dan tanggungjawab setiap pelajar pula tentulah untuk menerima ilmu dan pengajaran yang disampaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran ini lazimnya berlaku di dalam sebuah ruang khusus iaitu bilik darjah. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 99) dalam buku mereka yang berjudul Budaya dan Pembelajaran mentakrif bilik darjah seperti berikut

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. (Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon, 2010: 99)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa medan utama perjuangan seorang guru adalah bilik darjahnya. Bilik darjah yang dimaksudkan bukan sekadar merujuk kepada fizikal sesebuah bilik darjah tetapi paling utama ialah pelajar-pelajar yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah itu. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 99) menyatakan bahawa pengurusan fizikal bilik darjah yang dinamik mampu membangunkan keempat-empat aspek dalam diri pelajar iaitu jasmani, intelek, emosi dan rohani pelajar. Chua Tee Teo dalam artikel beliau yang berjudul Helping Bored Children: The Dawn of Spiritual Intelligence turut memperkatakan bahawa pembangunan menyeluruh seseorang individu melibatkan keempat-empat aspek iaitu jasmani, intelek, emosi dan rohani.

Holistic development may be classified into the four main areas of intellect (mind), emotions (heart), physical heart (body), and morality or spirituality (soul/spirit) (Teo, 2000). (Chua Tee Teo, 2002: 27)

Dalam pengurusan bilik darjah, salah satu perkara asas yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar ialah disiplin. Namun untuk mencapai nilai ini, para pelajar hendaklah dibentuk dan dicorak ke arah itu. Atas dasar itu, seorang guru haruslah mampu mengurus pelajar-pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Tidak kira sama ada guru itu mengajar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual atau mata pelajaran yang lain. Namun, boleh dikatakan bahawa guru Pendidikan Seni Visual mempunyai dinamik untuk membentuk dan mencorak jati diri pelajar agar menjadi individu yang berdisiplin kerana mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri mengandungi falsafah dan nilai yang sangat dekat di hati. Pendapat penulis dapat disokong dengan pernyataan Mohd Johari Ab. Hamid (2004: 33) dalam bukunya yang berjudul Falsafah dan Kritikan Seni iaitu

Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan sahaja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia.Seni harus dilihat sebagai subjek yang mampu mengubati permasalahan yang berlaku dalam jiwa manusia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1452-1453), mendefinisikan seni dengan cakupan yang luas iaitu karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan) atau hasil daripada sesuatu ciptaan. Selain itu, seni juga ditakrif sebagai kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran dan lain-lain) yang indah-indah. Oleh sebab seni adalah bidang yang luas, salah satu kategori seni yang akan disentuh oleh penulis ialah seni visual. Istilah seni visual digunakan untuk merujuk kepada karya-karya indah yang dapat dinikmati atau dihayati oleh deria penglihatan. Chang Hon Woon (2008: xv) iaitu seorang guru siswazah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ada menerangkan secara ringkas tentang pengertian seni visual atau dikenali juga sebagai seni tampak dalam buku beliau yang berjudul Teori Seni Visual Edisi Kedua iaitu

Seni visual atau seni tampak merupakan salah satu daripada cabang seni. Seni visual terdiri daripada karya dua dimensi (lukisan, catan, cetakan, seni grafik) dan karya tiga dimensi (arca, anyaman, tembikar), yang lazimnya dihayati serta dinikmati oleh deria penglihatan. (Chang Hon Woon, 2008: xv)

Dalam hal ini, peranan dan tanggungjawab guru Seni Pendidikan Visual (PSV) boleh dikatakan lebih menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain. Dalam usaha menggerakkan pelajar menghasilkan karya-karya seni visual, guru PSV sebenarnya perlu terlebih dahulu mengenal pasti minat pelajar kerana kecintaan mereka kepada sesuatu adalah motivasi utama untuk pelajar. Sekalipun pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran PSV, mereka tidak harus terus dimarahi apatah lagi dihukum. Sebaliknya, guru PSV perlu bijak dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya seni yang berkait rapat dengan minat atau kecintaan mereka. Pelajar tidak perlu dipaksa atau digesa agar mereka tidak berasa tertekan atau terkongkong. Memadailah andai guru dapat mengenal pasti minat mereka sebagai permulaan.

Berdasarkan pengetahuan guru PSV tentang minat pelajar, guru PSV perlu bijak dan kreatif dalam mengolah set induksi sesebuah pelajaran. Set induksi seperti yang difahamkan oleh Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 112) dalam buku mereka yang berjudul Budaya dan Pembelajaran merujuk kepada beberapa minit pertama suatu perkara itu diperkenalkan kepada para pelajar dengan tujuan menarik perhatian dan menimbulkan minat mereka terhadap isi pengajaran. Lantas, kejayaan pertama yang penting bagi guru PSV terletak pada set induksi yang pelbagai dan berkesan. Guru PSV boleh menayangkan klip video, memperdengarkan lagu, memperlihatkan gambar, menyediakan kuiz atau permainan, membuat persembahan dan sebagainya. Tentulah bahan yang digunakan sebagai set induksi perlu berhubungan rapat dengan minat pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran.

Pengetahuan guru PSV tentang Teori Kecerdasan Pelbagai[1] yang dipelopori oleh Howard Gardner pasti akan membantu guru yang mempunyai khalayak yang ramai dan berbeza-beza minat dan kecerdasan. Set induksi yang menarik tentulah perlu menggabungkan beberapa perkara yang diminati pelajar dan beberapa kecerdasan yang dimiliki pelajar. Lachlan E.D. Crawford (2002: 2) dalam artikel beliau yang berjudul Towards an Ability Driven Education System in Singapore: Problems and Opportunities memaparkan lapan dimensi kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.

Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru PSV hendaklah memperkayakan lagi minda dan emosi pelajar dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman bermula daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, hubungan dua hala antara guru PSV dan pelajar haruslah berlaku agar minat murid yang telah berjaya ditarik melalui set induksi dapat dikekalkan. Dalam proses menyampaikan isi pelajaran, kemahiran guru dalam berinteraksi amat perlu dan sebaik-baiknya, proses ini seharusnya berpusatkan pelajar dan bukan guru semata-mata. Guru harus membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu kerja seni berdasarkan minat dan kreativiti mereka.Guru PSV tidak harus menjadikan kerja seni sebagai alat untuk menghukum atau mendenda. Di samping melibatkan pelajar dalam interaksi dan aktiviti yang dijalankan, galakan dan pujian hendaklah diberikan kepada pelajar agar mereka rasa dihargai. Perkara ini adalah peneguhan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Andai kata, pelajar menimbulkan masalah dan menggugat disiplin dalam kelas, guru PSV tidak harus menghukum pelajar sertamerta apatah lagi mendenda mereka dengan menyuruh mereka menghasilkan karya-karya seni.

Guru PSV hendaklah berkelakuan matang, tenang dan profesional dalam menghadapi cabaran ini. Peneguhan positif hendaklah diberi melalui teguran dan dendaan yang tidak bertujuan membalas dendam atau memalukan pelajar kerana tentunya perkara ini akan semakin memburukkan keadaan dan menjejas emosi pelajar. Bak kata pepatah Melayu, Marah itu parah. Lantas, guru PSV perlu bijak mengurus emosi terlebih dahulu agar tidak membina jurang dengan pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pelajaran seperti klip video yang lucu, lagu yang menghiburkan, lukisan yang mengagumkan dan lain-lain dapat dimanfaatkan untuk merehatkan minda dan menenangkan emosi pelajar serta guru selagi bahan-bahan itu mempunyai nilai dan unsur pengajaran.

Seorang guru PSV, Encik Firdaus yang telah lima tahun menjalankan bengkel-bengkel seni dan motivasi di sekolahsekolah rendah dan menengah di Singapura menyatakan bahawa mata pelajaran PSV mempunyai faktor didikan terhadap jasmani, emosi, intelek dan rohani individu. Setiap tugasan seni melibatkan kerja tangan dan tumpuan mata sekaligus mengasah kekreatifan minda. Emosi dan rohani terdidik agar bersabar, tekun dan tidak putus asa terhadap percubaan-percubaan yang kurang memuaskan hati hinggalah terhasil kerja seni yang indah. Pada pandangan Encik Firdaus, proses inilah yang mendidik para pelajar untuk mendisiplinkan diri. Apabila terdapat pelajar yang menimbulkan masalah disiplin, Encik Firdaus tidak serta-merta menghukum apatah lagi mendenda mereka dengan menyuruh mereka menghasilkan karya-karya seni. Sebaliknya, Encik Firdaus mendekati dan mengambil berat tentang mereka agar komunikasi dua hala antara guru PSV dengan pelajar dapat dipelihara. Encik Firdaus berpendapat bahawa guru PSV hendaklah mengenal pasti punca permasalahan yang dihadapi pelajar. Pelajar yang bermasalah tidak harus diketepikan kerana mereka perlu perhatian dan bimbingan dalam hidup.

Selain itu, Encik Firdaus menyemai semangat setiakawan dan sikap bekerjasama iaitu esprit de corp dalam kalangan pelajar-pelajarnya kerana berpendapat bahawa setiap pelajar mempunyai bakat dan keistimewaan yang berbeza. Melalui kerja berkumpulan, bakat dan keistimewaan individu yang berbeza-beza digabungkan dan perkara ini menghasilkan sinergi. Kerja kumpulan yang dikendalikan oleh Encik Firdaus biasanya diwakili empat orang individu yang mempunyai peranan penting untuk melengkapkan kerja seni mereka berdasarkan bakat dan keistimewaan masing-masing. Keempat-empat individu ini akan melalui proses perbincangan awal yang dipantau oleh Encik Firdaus sendiri. Perbincangan awal ini akan melibatkan proses mengenal pasti kemampuan, kesanggupan dan tugas setiap individu. Sebagai contoh adalah projek lukisan dinding di salah sebuah sekolah menengah yang perlu dipikul tanggungjawab itu oleh pelajar secara berkumpulan. Lantas, dalam pembahagian peranan dan tanggungjawab, individu A telah ditugaskan untuk merangka draf lukisan kerana individu A dikenal pasti mempunyai bakat melukis yang menyerlah. Individu B pula ditugaskan untuk mengurus bahan-bahan yang diperlukan agar projek mereka dapat dilaksanakan dengan lancar.Individu C pula ditugaskan untuk mengambil

gambar dan merakam video untuk menyiapkan pembentangan dalam bentuk Powerpoint agar proses gerak kerja mereka dapat didokumentasikan dan dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Individu D yang cekap berbahasa pula ditugaskan untuk membantu menyiapkan persembahan Powerpoint di samping tampil di hadapan kelas sebagai penyampai sewaktu pembentangan kumpulan mereka dijalankan. Namun, tugasan paling utama iaitu melukis dan mengecat dinding itu dilaksanakan bersama-sama.

Begitulah Encik Firdaus menerapkan disiplin bekerjasama dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar diberi kepercayaan untuk memikul peranan tertentu agar sikap tanggungjawab dapat dipupuk. Perkara paling penting, setiap pelajar sekalipun yang mempunyai masalah disiplin tidak diketepikan agar mereka masih dapat merasakan bahawa diri mereka diperlukan dan dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah projek seni. Secara langsung, Encik Firdaus telah membuktikan bahawa Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner terlaksana melalui kerja berkumpulan yang dipantau sebegini.

Sebagai kesimpulan, mata pelajaran PSV sebenarnya mampu membentuk individu-individu yang terbina emosi, jasmani, rohani dan intelek mereka kerana pelbagai kemahiran dapat diasah melalui mata pelajaran ini. Peranan dan tanggungjawab guru PSV untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin dan berbakat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan andai guru PSV terlebih dahulu peka terhadap minat dan bakat pelajar agar potensi mereka dapat digilap. Antara perkara paling penting, guru PSV perlu bijak mengendalikan emosi diri sendiri dan emosi pelajar agar mereka sentiasa diberi galakan dan teguran positif kerana perkara itu lebih berkesan sedangkan hukuman dan dendaan tanpa hikmah mampu mematahkan semangat pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja seni. Bak kata pepatah Inggeris[2] iaitu Making and appraising are both of equal and fundamental importance in art education: each is important in itself.

BIBLIOGRAFI

Chang Hon Woon. (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Teo. (2002). Helping Bored Children: The Dawn of Spiritual Intelligence. Review of Educational Research and Advances for Classroom Teachers, 21 (1), 25-33. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lachlan E.D. Crawford. (2002). Towards an Ability-Driven Education System inSingapore: Problems and Opportunities. Review of Educational Research and Advances for Classroom Teachers, 21 (1), 1-12. Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini posted by sss1042 @ 8:23 PM0 comments

KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN


Kreativiti bukanlah perkara baru pun di dalam sukatan. Pada sukatan yang lama unsur kreativiti ini sudah dimasukkan. Unsur kreativiti ini muncul di dalam pelbagai bentuk seperti aktiviti nyanyian, memperkembanglebarkan dialog, menulis khat dan segala makneka aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Sekiranya hendak dilakukanlah. Sekiranya kita hanya berkreativiti dengan majalah Avon, berkreativiti dengan ibu kutu, berkretiviti dengan berpotpetpotpet, berkreativiti dengan tudung bawal dan tudung indon, berkretiviti dengan Hai-O atau upline dan downline, memang tidak sempatlah kita hendak berkreativiti di dalam kelas pun. Unsur kreativiti ini telah disebutkan oleh William Jordan serta rakan-rakannya. Unsur kreativiti ini dugunakan untuk menyelesaikan masalah. Beliau telah mencipta beberapa aktiviti kreatif berdasarkan prinsip-prinsip berikut: 1. Kreativiti adalah aktiviti yang penting di dalam kehidupan seharian kita. 2. Kreativiti bukanlah sesuatu yang kabur, tersembunyi dan tidak boleh dinyatakan dengan spesifik. Kreativiti boleh

dijelaskan, ditentukan sifat-sfatnya, boleh diajar secara langsung untuk menambah kuasa kreativiti murid. 3. Kreativiti di dalam apa bidang sekalipun termasuklah di dalam bidang sains, matematik, bahasa, ekonomi, perubatan dan bidang-bidang lain mempunyai persamaam iaitu hasilnya mempunyai sifat kreatif apabila dijelmakan. 4. Kreativiti boleh dikerjakan secara individu, kelompok dan berkumpulan. Kretiviti boleh diajar kepada murid dengan syarat-syarat berikut: 1. Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan berkumpulan. Tugas guru adalah membantu murid sedar akan kepentingan kreativiti dan membekalkan bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang kreativiti dengan jelas. 2. Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur kognitif di dalam kretiviti. 3. Perkara yang tidak logik lebih penting daripada perkara yang logik di dalam proses kreativiti. 4. Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi peluang untuk dijelaskan supaya menambah keberhasilan di dalam penyelesaian masalah. William Jordan menambah bahawa unsur kreativiti ini diserapkan kepada murid melalui kaedah majas atau personafikasi supaya wujud perkaitan di antara dua perkara. Misalnya meminta murid membandingkan kerusi dengan air batu atau kasut atau sekirnya kerusi iatu dapat bercakap apa yang akan dia adukan sekiranya murid duduk di atasnya dalam tempoh masa yang lama. Aktiviti-aktiviti majas ini boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk: 1. Perbandingan kendiri: Membandingkan diri mereka dengan tumbuh-tumbuhan, benda hidup dan benda bukan hidup, haiwan tertentu atau individu tertentu. Mislanya dengan meminta mereka menerangkan kesan yang akan berlaku sekiranya mereka merupkan huruf-huruf Hijaiyyah. Atau sekiranya kamu nombor Wahid, apa yang kamu akan lakukan? 2. Perbandingan langsung: Membandingkan dua benda yang padz zahirnya berbeza. Misalnya membandingkan pisau dengan pen. Atau membandingkan air dengan rumah. 3. Perbandingan Kontras: Membandingkan dua benda yang nampak berlawanan seperti membandingkan musuh dengan kawan, air dengan api, madu pahit dan siang malam. Di antara strgategi yang boleh digunakan untuk mengajar kreativiti adalah dengan menjadikan sesuatu yang biasa itu luar biasa. Misalnya apa yang berlaku sekiranya kamu diminta datang ke sekolah pada waktu malam? Strategi yang kedua ialah menjadikan yang pelik itu biasa seperti meminta murid mencari persamaan di antara kapal terbang dan nasi. Setiap strategi ini mengandungi langkah-langkah tertentu. 1. Langkah pertama: memberikan maklumat asas. 2. Langkah kedua: menggunakan perbandingan langsung. 3. Langkah ketiga: menggunakan perbandingan majas. 4. langkah keempat: membuat kesimpulan. Guru tidak berperanan sebagai pengkritik apatah lagi menghina pendapat murid. Setiap pendapat diterima dengan tangan dan hati yang terbuka. Murid diberi kebebasan mutlak menentukan hasil. Di dalam pembinaan idea kreativiti ini hubungan murid dan guru merupakan hubungan di alam permainan yang diselaputi oleh semangat cinta dan kasih sayang. Teknik ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar penulisan, penyelesaian masalah, mencari konsep baru, meletakkan konsep nahu baru menurut kefahaman murid, murid menulis semula konsep saraf, murid menyusun semula tajuk-tajuk nahu dan saraf mengikut kefahamannya, mencipta semula konsep hubungan manusia dengan alam serta pencipta menurut idea mereka. Sebagai kesimpulannya, murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang ingin dipelajari. Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar. Murid yang melakukan kesalahan tidak harus didenda bahkan dibimbing. Mendenda murid menyalin buku teks kerana bising atau tidak mahu murid membuat bising adalah kaedah pengajaran yang paling buruk dan tidak membina kreativiti murid. Begitu juga mendenda murid menyalin semula

kesalahan matematik yang dilakukannnya sebanyak seratus kali sehingga habis buku latihannya. Kreativiti tunjangnya adalah emosi, perasaan dan kasih sayang. Tanpa emosi, cinta kasih dan sayang kreativiti itu hanyalah garis-garis hitam di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah yang tidak dapat direalisasikan pun. posted by sss1042 @ 8:19 PM0 comments

Thursday, March 25, 2010

Pendidikan Seni Di Malaysia Antara Harapan Dan Realiti..


artikel dari: Prof. Madya Hj. Iberahim Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini. Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan. Pendidikan Seni Visual- Seni Halus Seni Kraf : Kecelaruan Konsep Art Education kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagaibagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual ? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni . Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus masingmasing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan keparcayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali. Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau

ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses p&p Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teoriteori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut. Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini: Siapa yang kita ajar Mengapa kita mengajar Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978) Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka. Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah : Beberapa unsur terlibat dalam proses ini , pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah kekurangan Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guruguru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah

melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain. Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan . Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersamasama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula. Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah : peningkatan ilmu dalam membuat gubahan peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan yang baik) peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin berkembang pelajar lebih berasa yakin terhadap kebolehannya, kerana guru telah merancang pelajaran dengan memfokuskan kepada prosidur (Lansing 1971, Efland 1977)

Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masingmasing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.

Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru berehat setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang lebih berat. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih glamour. Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang) Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini berbaloi untuk belajar Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguhsungguh. Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu

pun sama iaitu tiga waktu seminggu. Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan. Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran. Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni ? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni.

Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni. Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan Seni ? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni ? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk? Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes . Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Programprogram perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan,

menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni. Kesimpulannya: Banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya. Sekian.

Rujukan: Abelson, R.P. & Rosenberg, M.J. (1958). Symbolic Psychology A Model of Attitudinal Cognition. Behavior Science. Al Hurwitz , Day, Michael (1996). Children and Their Art, (Sixth Ed.) New York: Havcourt Brace College Pub Arnhem. R. (1974) Art and Visual perception. L.A. University of California Press. Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace Jovanovich Inc. Day. D. Micheal (1998 ). Art Education: Essential for a balanced education , Arts Education Bulletin, April 1998 Day. D. Micheal , E-mail: mday@burgoyne.com Degge, M. Rogena, E-mail : redgge@aaa.uoregon.edu Dewey, John (1934). Art As Experience. New York: Minton Balco and Company.

Eisner,E.W. (1972)Educating artistic vision. NY. Macmillan Efland,Arthur (1977). Planning Art Education. Middle/Secondary School Of Ohio: State of Ohio Dept. of Education. Feldman, Edmund 1997, Art Its Image and Idea. New York. Prentice Hall. _______________ 1997, Beaming Human Throung Art. New York.Prentice Hall. Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan, Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Langsing, Kennet M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York: Mc Grraw-Hill Book Company. Laniear, Vincent (1975). Objektives of Art Education. The Impact of Trans: Peabody Jurnal of Education. Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970). Creative and Mental Growth. 5 th. ed. New York: Macmillan Company. Mc Fee, June King (1972). Preparation For Art. San Francisco: Wadswath Publishing Company, Incorperation. Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985). Bukankah Seni Untuk Masyarakat. Dewan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Zainon Ismail (1989). Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Edmund Burke Feldman(1996). Philosophy of Art Education. Prentice Hall, New Jersey Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

htpp://www., artsdnet@getty.edu 1999 J. Paul Getty Trust.

Anda mungkin juga menyukai