Anda di halaman 1dari 21

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUTORIAL 5

SENI BONEKA
DISEDIAKAN OLEH: ~ AIZA HUSNA A. RAHIM ~ NADIA SABRI ~ SITI MARLIYANA LATIP

DEFINISI BONEKA
Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.

Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain
Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan.
Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah:
Pendedahan komunikasi Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita Merangsang daya imaginasi

Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.

JENIS BONEKA
Boneka sarung tangan

Boneka tongkat

Boneka jari

Wayang kulit

Boneka mobail

PENGGUNAAN SENI BONEKA DALAM KURIKULUM


CONTOH AKTIVITI :
Judul Cerita : Kenapa Gagak Hitam Nilai : Sikap tidak sabar membawa padah Objektif : Kanak-kanak dapat i) mengenal burung merak dan gagak ii) membezakan pelbagai warna

Peralatan : Boneka gagak Boneka merak Pentas boneka Pita rakaman Warna Bangkai binatang

Teks : Merak dengan gagak

BABAK 1
Suatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan baik.
Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik Gagak : Macam mana caranya? Merak : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis. Gagak : Oh begitu. Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Sabarlah. Aku akan pergi jumpa dengan pemuda itu esok. Gagak : Elok benar cadangan awak. Esok kita berjumpa di tebing sungai ini ya! Merak : Baiklah, kau tunggu aku ya!

BABAK 2
Merak membawa berus dan warna. Merak : Inilah warna-warna yang aku dapat. Gagak : Cantik. Tentu berseri-seri. Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang hendak diwarnakan dahulu. Gagak : Baiklah aku warnakan badan kau. Merak : Hmmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya? Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula. Merak : Baiklah, aku akan warnakan lebih cantik lagi. Gagak : Nanti dulu, aku laparlah. Merak : Sabar la. Bukan lama, sekejap sahaja.

BABAK 3
Seekor bangkai ayam terapung di permukaan air yang dibawa arus. Gagak yang lapar itu tidak sabar lagi apabila melihat bangkai di sungai. Gagak : Cepatlah, aku tak sabar lagi. Merak : Baiklah, warna apa yang awak mahu? Gagak : Warnakanlah apa sahaja. Cepatlah. Merak : Baiklah ( lalu mencurah warna hitam ke seluruh badan gagak) Gagak terus terbang dan menyambar bangkai ayam itu. Apabila mereka bertemu semula, Gagak terkejut melihat rupanya yang hitam, sedangkan merak sangat cantik. Gagak terbang menjauhkan diri.

PROSES DAN PERALATAN


Pemilihan cerita a) Contoh cerita : berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa dll 2 pilihan : Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita

b)

Skrip
- tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanak-kanak. - skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. Pencerita - Menggunakan teknik menggerak lakonkan boneka. - Dialog ditutur selaras dengan gerak laku. - Menggunakan pelbagai variasi suara. - Boleh mendapatkan khidmat pembantudalam menggeraklakonkan boneka.

Membina boneka mudah


Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak. Cth: Boneka beg kertas

Alat dan bahan:


Gunting Kertas berwarna Gam kanji Cat air atau krayon Dawai kokot Dua beg kertas Pita selofan Rot kayu Kertas tisu lembut

Cara membuat:
1. Gumpalkan surat khabar pada hujung rod kayudan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot. 2. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita selofan. Ratakan bucu beg kertas tersebut. 3. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. 4. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut. 5. Warnakan muka dengan menggunakan cat air 6. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain perca.

Pentas
Terdapat dua kategori pentas iaitu:
Pentas
Pentas kerusi Pentas meja Pentas tingkap Pentas pintu Pentas lipat OHP

Tiada pentas
Pencerita dalam keadaan duduk Pencerita dalam keadaan berdiri Pencerita menggunakan apron sebagai latar aktiviti bercerita

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA

Anda mungkin juga menyukai