Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

DISEDIAKAN OLEH : FAZRINA BINTI MOHD TAMIRI : 820418-12-5614 : 1 PPISMP PM/PJ/SEJ

Sepanjang saya mengikuti Persatuan Bola Baling IPGKTB dalam tempoh 3 bulan lebih, saya berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik, peralatan, dan peraturan permainan ini serta ilmu yang berkaitan dengan permainan bola baling mengikut piawaian Kesatuan Bola Baling Asia. Pengalaman ini telah membantu saya melihat kepentingan bola baling terhadap pembangunan sukan Negara. Sebenarnya sukan ini telah menempa nama di peringkat antarabangsa, ia telah terbukti kerana wujud Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1926. Pada tahun ini juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudgedi Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Bola baling sebenarnya salah satu permainan yang boleh memberi satu imej yang membanggakan pada sesebuah institusi-institusi yang melibatkan diri dalam sukan permainan ini. Bola baling juga tidak terhad tempat permainannya dan ia boleh juga berlangsung walaupun di hari hujan. Ini kerana ia dapat dimainkan di dalam dewan tidak seperti permainan lain contohnya bola sepak yang memerlukan kawasan yang berumput sahaja. Ini kerana gelanggang bola baling adalah dua kali lebih kecil daripada keluasan bola sepak. Lantaran itu permainan ini bebas dimainkan di mana sahaja, tetapi di Negara kita bola baling kerap kali dijalankan di kawasan padang yang berumput.

Secara keseluruhannya, saya rasa bahawa permainan bola baling ini mampu membawa nama Negara keperingkat tinggi sekiranya pendedahan diberikan pada peringkat awal seperti permainan bola sepak. Pada pandangan saya, tidak ada salah sekiranya diwujudkan kelab cilik seperti socker kids dan kelab kenari yang mana merupakan pendedahan awal pada kanak-kanak untuk permainan bola sepak.

Anda mungkin juga menyukai