Anda di halaman 1dari 76

koleksi kisah2 menarik

KISAH KUDA Alkisah seekor kuda. Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya Kuda berkata pada penciptanya. Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur ji ka Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik Pencipta membalas, Saya sedia memjadikan anda lebih cantik beritahu apa yang anda harap bertukar Kuda tersebut berkata, Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat. 30 saat berlalu, kuda pun membuka mata lalu melihat cermin di depannya Kuda terkejut siapa unta itu? Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut,

Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan. Penciptanya membalas, Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik tiada yang akan menghargai saya sebagai unta Pencipta itu menjawab: Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku. Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini. Walaupun ini sekadar cerita dongeng tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya Senyum Ahad. __________________________________________________________

KISAH PERANGAI BURUK Seorang yang kaya meminta seorang ustaz untuk membuang perangai buruk pada anak sulungnya. Ustaz tersebut membawa budak tersebut berjalan ke dalam hutan Budak yang nakal tersebut pun mengikut ustaznya Along, cuba cabut pokok itu, ustaz tersebut menunjukkan kepada satu anak pokok yang kecil di hutan Dengan mudah, budak tersebut mencabut pokok tersebut. Mudah saja ini ustaz. Saya guna dua jari dah boleh keluarkan Budak tersebut berkata dengan bangga. Ustaz kemudian menunjukkan kepada satu anak pokok yang lebih besar dan berkata, Cuba ini pulak. Tengok Along cukup kuat untuk keluarkan pokok ini pula.. Budak tersebut menggunakan dua tangan dan mengeluarkan pokok tersebut. Mudah saja juga pokok ini ustaz katanya dengan bangga. Kemudian ustaz untuk menunjukkan kepada satu semak Cuba ini pula... Budak tersebut tidak mahu mengaku kalah, menggunakan segala tenaganya untuk mencabut semak tersebut. Selepas 10 minit, budak tersebut berjaya HAHAHAHHA Ustaz, ini susah sikit, tapi tak kalah juga katanya dengan ketawa..

Kemudian ustaz menuding jari kepada satu pokok jambu batu yang tinggi daripada budak tersebut Cuba pokok tu pulak Budak itu mencuba, mencuba kerana tidak suka mengalah, ia mencuba sehingga putus asa Tak boleh ini ustaz tak mungkin Along dapat keluarkan, kata budak itu tercungap-cungap. Ini sama juga dengan perangai buruk, kata ustaz. Apabila ia masih muda, ia mudah untuk dicabut, tapi apabila tua, ia susah dicabut. Kata-kata ustaz tersebut mengubah hidup Along. Jangan biarkan perangai buruk berakar tunjang di dalam kita buangkannya ketika ia masih muda dan kita boleh mengawalnya jika tidak akar itu akan mengawal kita Senyum. _________________________________________________________ UBAT FIKIRAN NEGATIF Bagaimana seseorang boleh hentikan fikiran negatif bermain di minda? Jika anda pernah bertanya soalan ini, anda akan berasa sangat lega untuk mengetahui jawapannya, kerana ia sungguh mudah. Bagaimana kita boleh menghentikan fikiran negatif di minda? Dengan menanam fikiran positif. Apabila kita sedang cuba menghentikan fikiran negatif, sebenarnya kita sedang fokus kepada apa yang kita tidak ingi nkan iaitu fikiran negatif dan dengan itu, minda akan menimbulkan lebih banyak fikiran negatif. (Ingat apa yang kita fokus akan kembang). Maka, fikiran negatif tidak akan hilang jika kita memberikan fokus

kepadanya. Bahagian henti tidak membantu kerana fikiran negatif telah menjadi fokus kita. Tidak kisahlah kita hendak menghentikan fikiran negatif, mengawal atau menolaknya, kesannya adalah sama. Kerana apabila fokus kita ialah fikiran negatif, kita akan menarik lebih banyak fikiran negatif. Untuk menghentikan fikiran negatif, kita mula menanam fikiran positif. Dengan sengaja menanam fikiran positif. Mula menanam fikiran positif dengan bersyukur kepada Allah setiap pagi untuk segalanya yang ada di tangan. Bersyukur untuk kesihatan kita, kereta kita, rumah kita, kerja kita, kawan kita, persekitaran kita, makanan kita dan kecantikan semula jadi untuk hari tersebut. Puji, berkata yang baik dan berterima kasih kepada semua benda. Setiap kali kita mengucapkan Terima Kasih sebenarnya kita sedang menanam fikiran positif. Semakin banyak fikiran positif yang ditanam, akhirnya fikiran negatif akan menghilang. Kenapa? Kerana fokus kita berubah ke fikiran positif, dan apa yang kita fokus akan kembang. Jadi, petuanya mudah, jangan hiraukan fikiran negatif. Jangan rungsing mengenai fikiran negatif. Jika fikiran negatif datang, kita mempunyai pilihan pandang ringan

padanya atau memandang berat pada nya pilihlah pandang ringan dan tidak mengendahkannya, hanya jadikan fikiran negatif sebagai peringatan untuk memikirkan tentang yang positif. Jika kita mengambil setiap hari untuk berkata benda yang baik dan ucap terima kasih setiap kali peluang datang, Allah akan permudahkan hidup dan kita akan berasa riang. Menanam fikiran positif sama juga dengan menanam benih yang baik. Bayangkan menanam fikiran positif adalah seperti menanam benih yang baik di dalam diri kita, benih-benih itu akan dijelmakan menjadi satu taman syurga. Bagaimana taman syurga itu akan dijelmakan? Sebagai hidup kita di bumi sementara ini. Bagi yang suka berfikiran negatif benih yang ditanam adalah benih yang tidak baik apakah taman yang dijelmakan? Untuk renungan Jumaat. Senyum. _________________________________________________________ ANGIN DAN KITA Kita tak berupaya tukar arah angin, tapi kita mampu mengubah layar kapal. Perkara di atas perlu difahami oleh manusia yang selalu tertekan dengan pandangan orang lain terhadapnya. Ingat pandangan orang lain terhadap diri sendiri ialah angin - kita tidak mampu mengubahnya. Tapi kita mampu mengubah diri sendiri seperti layar kapal - ini di bawah

bidang kuasa kita dan untuk sendiri berasa gembira dan bukannya demi mengubah pandangan orang lain. Angin akan berubah secara sendiri bila sampai waktunya. Apa jua arah angin yang datang tidak perlu dirisau kerana kita dah pandai mengawal layar kapal untuk sampai destinasi yang diimpikan. Senyum.

. .. # gMMn oM oooG#

-----------------------Seorang wanita membawa sebuah buku dan sebalang kerepek pisang bersamanya di dalam keretapi. Dalam perjalanan panjang itu, wanita tersebut khusyuk membaca buku dan meletakkan balang tersebut antara dua bagnya di lantai. Wanita itu terlalu khusyuk dengan bukunya, tetapi tiba-tiba perasaan ada seorang lelaki di tepi dia, dengan beraninya, mengambil kerepek pisang daripada balang yang terletak di a ntara dua bag tersebut

Wanita itu marah, tapi membuat tidak tahu kerana tidak ingin situasi menjadi kecoh. Takut stoknya habis rugi dimakan pencuri terbabit, wanita tersebut pun cepat-cepat mengambil kerepek pisang dari balang yang sama. Setiap saat yang berlalu, wanita itu bertambah marah Jika saya ini nak kasar, pasti lebam mata pencuri itu. Setiap kerepek pisang yang wanita ambil, pencuri itu akan ambil satu. Sehingga kerepek pisang terakhir, wanita ingin melihat apa yang pencuri itu akan lakukan. Dengan senyuman, pencuri itu memecah kerepek pisang itu kepada dua dan memberi wanita itu separuh. Wanita itu merampas separuh itu dengan cepat, Teruknya lelaki ini, kasar, terus, sial dan lebih teruk langsung tidak beri sedikit penghargaan! Wanita itu tidak senang sepanjang perjalanan keretapi. Akhirnya apabila keretapi sampai, wanita itu ingin cepat-cepat meninggalkan keretapi dan pencuri itu. Semasa wanita itu mengambil bag-bagnya, wanita itu terkejut. Balang kerepek pisangnya tidak dibuka malah semua kerepek pisangnya tidak pernah disentuh Jika kerepek pisangnya ada di sini, bisik wanita itu, maksudnya yang saya makan tadi ialah kerepek lelaki itu rupa-rupanya dia nak berkongsi. Terlalu lewat untuk memohon maaf, wanita tersebut dengan sedihnya

sedar, bukan lelaki itu yang kasar, yang tidak sensitif dan pencuri. Sebaliknya dia. Senyum.

------------------------Aminah terus mengusap kepala anaknya yang masih koma setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Sudah dua hari siibu menanti anaknya sedar, namun harapan masih belum kunjung tiba. Sesekali ibu mengesat air mata bila merenungi muka anak kecilnya yang baru berusia lapan tahun. Aqilah anak manja ibu dilanggar sabuah motorsikal sewaktu melintas dihadapan rumah. Kemalangan memang tidak berbau. " Ya Allah, sembuhlah anakku, sedarlah ia. Ya Allah, jangan engkau ambil nyawa anak ku" air mata terus bercucuran serentak dengan doa dan munajat berpanjangan. Petang itu ramai pelawat datang menziarahi pesakit, tidak ketinggalan abang Qilah yang datang bersama ayah. " macamana bang, nampaknya Aqilah belum sedar lagi ni", " sabarlah, kita doalah harap ia sembuh" ucapan suami meyakinkan Aminah agar jangan putus asa. Aminah tidak henti hentinberdoa dan terus berdoa. Di hadapan katil Aqilah, orang ramai menziarahi seorang kanak kanak yang tercungap cungap berlawan penyakit asma. sangat menderita bila pernafasan tersekat sekat. Seorang wanita tua menghampiri kanak kanak tersebut, sambil mengucap kepala dan membaca sesuatu. " ini cucu saya" ucap wanita tua bila ditanya oleh seorang wanita yang turut menziarahi anak jirannya.

Aminah mengambil kesempatan meminta agar Wanita tua itu mendoakan anaknya. " Mak Cik, tolong doakan anak saya. Sudah dua hari dia koma. Tolonglah " rayu Aminah. " wanita tua itu menghampiri Aqilah sambil mendoakan sesuatu, sambil berpesan agar Aminah membaca sepotong doa setiap kali selepas solah fardu. ". Dalam hati Aminah mengakui dia seorang yang sering cuai solah. Tambahan pula bila Aqilah koma, dia langsung tidak mengerjakan solah. Payah, tak sempat dan macam macam alasan. Namun oleh kerana mengharapkan anaknya sembuh, dan yakin dengan doa yang diajar wanita tua itu, Aminah mula mendirikan solah, setiap kali solah dia terus membaca doa yang diajar, dan dalam linangan air mata dia terus merayu agar anaknya segera sembuh" Dua hari kamudian. Aqilah sedar dari komanya betul-betul di saat Aminah bermunajat dengan doa yang diajar wanita tua itu. Betapa gembiranya bila melihat anaknya sedar dan mulai bercakap. Terima kasih ya Allah. Syukur ya Allah. Petang itu wanita tua sekali lagi datang ziarah cucunya. Aminah meluru ke arah wanita tua itu, sambil bercucuran air mata kegembiraan " terima kasih Mak cik ajar doa pada saya, alhamdulillah anak saya dah sedar, terima kasih, terima kasih" luah Aminah bertalu talu. Wanita tua itu memegang bahu Aminah, sambil berpesan. " sebenarnya solah kamu itu lebih utama dari doa yang kamu baca. Doa itu hanyalah wasilah, solat itu sebenarnya membuka rahmat Allah, ramai orang hanya berdoa agar disembuhkan sakit, namun mereka tinggalkan solah. Macamanalah Allah nak perkenankan doanya". Aminah terpaku mendengar nasihat yang sangat berguna baginya.

----------------------

Seorang lelaki melalui sekumpulan gajah beliau tiba-tiba henti Bagaimana satu tali nipis yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak Dahlah tak pengikat besi, tiada pagar sangkar Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali nipis di kaki tapi mengapa mereka tidak? bisik hati beliau Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-g ajah tersebut tidak melarikan diri Hahahha semasa gajah ini kecil, kami dah gunakan tali yang sama untuk mengikat mereka dan pada masa itu sudah cukup untuk memerangkap mereka Apabila gajah ini besar, mereka sudah dilatih mereka tidak akan dapat melarikan diri. Mereka masih percaya tali nipis tersebut cukup untuk memegang mereka, jadi sebab itu mereka tak pernah terfikir untuk melarikan diri., terang pelatih tersebut. Lelaki tersebut terpegun dengan penjelasan tersebut gajah tersebut boleh melarikan diri bila-bila masa tapi kerana mereka terfikir mereka tidak dapat memutuskan tali tersebut, gajah itu terperangkap di tempat mereka diikat Berapa orang antara kita yang bersifat seperti gajah mempercayai bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu, oleh itu tidak mencuba hanya kerana kita pernah gagal sekali satu masa dulu? Kegagalan adalah cara Allah memberikan ilmu kepada kita jangan mudah berputus asa, percayalah Allah akan membantu mereka yang senantiasa berusaha.

Renungan untuk malam ini. Senyum. . . Oh lupa dalam politik, siapa yang nak rakyat berfikir sebagai gajah ya? Senyum

-----------------------Alkisah seorang wanita bermata satu. Tengok-tengok itu dia dah datang Lari hantu hantu.. Mail suruh mak kamu jangan kerja sini lagi kami takut tak lalu nak makan jerit rakan-rakan sekolah Ismail, yang berusia 8 tahun. Ismail, Ismail anak hantu parut bermata satu ejek rakan-rakannya. Itulah yang dialami Ismail setiap hari di sekolahnya oleh sebab demikian, Ismail amat membenci ibunya. Bagi Ismail, ibunya memalukannya. Ismail dibesarkan ibunya seorang diri setelah bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Ismail marah dan benci pada maknya kerana ejekan kawannya

Maknya bekerja di kantin sekolah Ismail, beliau memasak untuk semua guru dan rakan-rakannya. Makanan maknya sedap, disebabkan itu, beliau diambil bekerja. Namun muka mak Ismail mempunyai satu parut di sebelah kiri yang hodoh dan mata kanan yang hilang. Satu hari, Ismail sakit perut di dalam kelas, mak Ismail bergegas ke kelas untuk melihat anaknya Rakan-rakan Ismail mengejek lagi Ismail marah di hati, Mengapa dia datang? Mengapa hendak malukan saya? Ismail lari keluar daripada kelas apabila rakan-rakan sekolah mengejek, Eeee mak kamu bermata satu Pada usia 8 tahun, Ismail terasa ingin menghilangkan diri, dan ingin melarikan diri daripada maknya Mengapa saya ada mak begini? Lebih baik mak tak ada, katanya sambil melemparkan pandangan bengis pada maknya. Maknya selalu beredar apabila keadaan sedemikian tanpa berkata apa-apa asalkan Ismail gembira, tak apalah Semenjak itu, Ismail bertekad untuk melarikan diri daripada maknya. Ismail tidak mahu ibu sedemikian di dalam hidupnya. Ismail tekun belajar, mendapat tempat pertama, kemudian mendapat biasiswa, belajar luar negara, berkahwin dan beranak di tempat jauh daripada tempat maknya tinggal. Ismail masih tidak mahu bertemu dengan maknya anaknya tidak pernah berjumpa nenek mereka. Satu hari, mak Ismail tetiba datang melawatnya. Ketika membuka pintu, anak-anak Ismail berketawa dan terkejut melihat wajah mak Ismail yang juga nenek mereka. Ismail terus menarik maknya meninggalkan rumah sambil berleter,

Siapa suruh mak datang? Tengok anak saja dah terkejut melihat mak. MAK BALIKLAH nanti orang nampak mak, malu anakanda, BALIKLAH DULU ada masa Ismail akan balik jenguk mak Melihat reaksi Ismail, maknya terus berlakon, Mungkin saya datang salah rumah maaf saya beredar dulu. Emak Ismail seolah-olah buat tidak kenal pada Ismail dan beredar tapi bergembira melihat anaknya kini beranak tiga dan ada rumah besar dan bahagia. Ismail tidak balik menjenguk maknya seperti yang dijanjikan. Satu hari, sekolah Ismail menghantar jemputan Alumni untuk bekas pelajar sekolah meminta derma. Ismail balik ke sekolah itu dengan rasa bangga berkereta Mercedes mewah buat kali pertamanya setelah 10 tahun kali ini Ismail tidak takut, kerana emaknya sudah bersara lama dari kantin sekolah itu. Ismail terserempak bekas guru besarnya dan juga jiran maknya Mak Ismail meninggal minggu lepas, dan berpesan jangan kacau Ismail kerana Ismail sangat sibuk walaupun apa-apa tapi beliau ada tinggal sepucuk surat untuk Ismail dan berpesan kepada saya untuk serah sekiranya Ismail balik menjenguk satu hari nanti, kata bekas guru besarnya. Ismail tidak merasai apa-apa, tiada setitis air mata yang turun. Ismail hanya mampu tersenyum sepi. Ismail membuka surat itu Anakanda, Mak sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anakanda Maaf, hari itu mak datang tanpa memberitahu dan terkejut anak-anak kecil anakanda

Mak minta maaf juga kerana mak, anakanda sentiasa diejek dan dimalukan ketika membesar di kampung ini Mak redha ini adalah ujian Allah. Ketika anakanda masih kecil, kita kemalangan jalan raya Ayahanda Ismail meninggal, mak cedera di muka dan anakanda kehilangan satu mata Mak tidak sanggup membiarkan anakanda hidup dengan satu mata, maka mak bagi sebelah mata pada anakanda. Mak gembira dengan mata mak, Ismail sekarang boleh melihat seluruh dunia bagi pihak mak Allah tidak sia-siakan pengorbanan mak. Mak sentiasa sayang anakanda. P.S Dalam sebak, ingat senyum juga. Dan beritahu bonda dan ayahanda bahawa anda sayangnya ketika masih berpeluang Tunggu balik kampung dulu? Tunggu free dulu? Tunggu bila jumpa baru nak cakap? Bangun nanti guna handphone depan itu dah boleh laksana tak perlu tunggu-tunggu nanti menyesal. Senyum.

----------------------------SYUKUR Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi. Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.

Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masingmasing. Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya Abon, Abon lihat semua pokok bergerak ke belakang. Abonnya tersenyum, Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan? YA ayah, jerit anaknya dengan riang. Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak. Peliklah anak pakcik ini bisik mereka. Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya Abon tengok. Pakcik menjawab, Ya memang begitu anakku sambil tersenyum gembira. Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan.

Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital untuk terima rawatan Pakcik tua itu menoleh dan menjawab Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya. Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa. Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah. Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang? Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja tidak 360 darjah Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja. Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat. Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya. Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.

Senyum.

------------------DUN JUDGE A BOOK BY ITS COVER Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor. Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab? Dok tor tersebut tersenyum dan menjelaskan: Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya. Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!! jerit bapa budak itu lagi. Doktor tersebut bersenyum dan berkata : Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah. Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : Mudah

bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri. Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria. Alhamudillah. Anak saudara selamat! Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, Ada apa-apa tanya jururawat saya. Bapa budak tadi tersinggung, Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya? kata bapa itu ke jururawat Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, Anak doktor Hisham meninggal semalam accident beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya. Bapa budak tu tersengam. Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara. Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri. Adakah anda seorang daripadanya? Senyum.

-----------------------

ERTI NIKMAT Alkisah seorang anak yatim piatu buta Namanya Athirah, seorang anak yatim piatu. Athirah marah pada dirinya kerana buta akibat sebuah kemalangan. Athirah membenci semua di kelilingnya dan sering merungut - mengapa Allah tidak adil pada dirinya? Mengapa? Mengapa? Disebabkan rungutan tanpa henti, Athirah bertambah marah dan frust dengan kehidupannya. Satu hari, seorang jejaka Amin datang ke hidu p Athirah disebabkan Amin menjaga beliau dengan baik, Athirah tidak membencinya, malah merasakan hidupnya bertuah kerana ada Amin yang selalu melawatnya di rumah anak yatim. Di dunia Athirah, hanya Amin yang memahaminya namun Athirah enggan berkahwin dengan Amin kerana kata ia adalah tidak adil untuk Amin untuk mendapat seorang isteri yang buta Athirah memberitahu Amin, sekiranya saya dapat lihat semula, saya akan berkahwin dengan Amin. Satu hari, hospital memanggil Athirah dan berkata ada orang yang sudi mendermakan mata untuk pembedahannya. Athirah kegembiraan. Setelah berjaya membuka matanya, Amin bertanya pada Athirah, sekarang Athirah dah boleh melihat, sudikah Athirah berkahwin dengan Amin? Athirah terkejut melihat Amin juga seorang yang buta dan enggan berkahwin dengan Amin. Amin kesedihan, menangis dan beredar daripada bilik hospital Athirah dengan memakai cermin mata hitam dan tongkat. Athirah kemudiannya menekan loceng memanggil jururawat untuk

memapahnya ke tandas. Setibanya di tandas, Athirah menjerit tatkala terlihat wajahnya di cermin. Beliau seolah tak percaya wajahnya hodoh akibat parut kemalangan 6 tahun dahulu. Setelah tenang kembali, Athirah berkata seorang diri, Kalau Amin tak buta, pasti beliau juga tak nak berkahwin dengan saya yang hodoh ini. Doktor pun datang melawat Athirah Doktor, siapa yang menderma mata ini pada Athirah? Saya nak ucap terima kasih kepadanya. Dia ada datang tadi Saya lihat dia kesedihan meninggalkan bilik Athirah setelah Athirah berkata sesuatu kepadanya, kata doktor itu Athirah terus menangis rupanya Amin yang menderma matanya dan Aminlah orang yang sanggup mengahwininya walaupun selama ini nampak parutnya yang hodoh itu. Ya Allah, walaupun saya buta, Allah telah mengutuskan seorang untuk menjaga saya tapi saya tidak tahu menghargainya. Maafkan saya yang berdosa ini Athirah terus keluar mencari Amin. Inilah bagaimana minda manusia bertukar apabila status berubah. Hanya segelintir sahaja beringat kepada mereka yang di sisi mereka di saat paling sukar. Sebelum kita berkata sesuatu yang buruk, fikirlah pada mereka yang bisu. Sebelum kita merungut mengenai rasa makanan, fikirlah pada mereka yang tiada makanan.

Sebelum kita merungut mengenai kehidupan, fikirlah pada mereka yang telah menemui ajal lebih awal. Sebelum kita merungut mengenai suami atau isteri, fikirlah pada mereka yang sering berdoa pada Allah agar ditemukan jodoh. Dan apabila minda dibelenggu dengan fikiran murung, pandang cermin dan Senyum cepat-cepat dan bersyukur pada Allah, kita masih hidup di saat ini. Panjang sikit malam ini untuk Senyum bersama. Senyum.

---------------------DO THE BEST Al-kisah 'Kedai Goreng Keledek dan Pisang' Kedai ini diuruskan Pak Long dengan resipi tepung goreng tersendiri. Keledek dan pisang gorengnya cukup laris, menerima pujian ramai di Kampung Dusun. Setiap hari keledek dan pisang gorengnya mesti habis dijual... Selama 10 tahun Pak Long tidak menjual benda lain selain keledek dan pisang goreng. Satu hari, Pak Long mencuba resipi baru. "Kedai lain ada keropok ikan... tapi mereka goreng terus sj, tak ada yang special... ana cuba goreng keropok ikan dengan tepung special," bisik Pak Long.

Pak Long pun cuba untuk hari pertama selain keledek dan pisang goreng, kini ada keropok goreng dengan tepung... Pelanggan 1: Terbaik!!! Pak Long, hebat dapat fikir benda ini. Pelanggan 2: Pak Long, ini rosak imej Pak Long sebab nama kedai jual keledek dan pisang saja.... Pelanggan 3: Saya tetap sokong Pak Long. Pelanggan 4: Ini bukan masakan Pak Long. Pak Long tak mungkin guna tepung masak keropok... Pelanggan 5: Tak baik guna tepung goreng keropok... lebih baik goreng terus saja. Pelanggan 6: Jangan cemarkan nama Pak Long dengan masakan sedemikian... buat malu aje... Pelanggan 7: Pak Long, keropok ini nampak sedap. Luar keras isi lembut, tepung Pak Long serasi dengan keropok ini. Kreatif lah Pak Long. Pelanggan 8: Pak Long boleh ajar resipi? Pelanggan 9: (Setelah mendengar pelanggan 2 dan 4), jom pergi kedai lain - standard Pak Long dah lari... Pelanggan 10: (bisik di hati setelah melihat reaksi pelanggan 1-9) Manusia macam-macam... Setelah mendengar kesemuanya... Bisik Pak Long di hati, "Ini Kedai Goreng Keledek dan Pisang, bukannya Kedai Goreng Keledek dan Pisang Sahaja...." sambil

tersenyum. Pak Long kuatkan semangat untuk meneruskan kerjanya untuk memberi kepelbagaian dan para pelanggannya merasai resipi barunya di kedainya. Anda watak di mana dalam cerita ini? Pelanggan 1-10 atau Pak Long? Cerita santai untuk renungan malam ini. Senyum.

--------------------JANGAN 1. Jangan tunggu sehingga tatkala ingin kasih sayang seseorang barulah tahu berkorban. 2. Jangan tunggu sehingga tatkala keseorangan baru teringat para sahabat. 3. Jangan tunggu sehingga tatkala dah ada pangkat baru nak berusaha bekerja. 4. Jangan tunggu sehingga tatkala menemui kegagalan baru nak teringat nasihat orang lain. 5. Jangan tunggu sehingga tatkala kesakitan baru teringat badan kita ini rapuh. 6. Jangan tunggu sehingga tatkala berpisah baru tahu menghayati hubungan yang ada. 7. Jangan tunggu sehingga tatkala kepujian datang baru tahu mempercayai diri sendiri.

8. Jangan tunggu sehingga tatkala ditegur/dimarah baru sedar kesilapan diri sendiri. 9. Jangan tunggu sehingga tatkala kaya-raya baru ingin membantu mereka yang miskin. 10. Jangan tunggu sehingga tatkala ajal datang baru tahu mencintai masa yang diberi Allah di muka bumi ini. Yang paling penting, jangan tunggu sehingga terbaca Senyum, barulah Senyum. Senyum.

---------------------Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.... 1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang? 2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapak ah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita... 4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia. Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap? Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita? Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita? Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan? Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa. Untuk renungan hari ini. Senyum.

---------------------Apabila anda hidup kehidupan anda dengan sepenuhnya, anda mempunyai lebih banyak lagi untuk diberi kepada orang lain. Ingatlah rungutan kesakitan dan kesengsaraan anda tidak membantu dunia. Tetapi kegembiraan anda dan kehidupan anda yang berisi dapat menceriakan dunia sekeliling. Jangan sesekali menindas dan memijak orang lain apabila anda cuba mencapai tempat yang lebih tinggi sebaliknya cap ailah tempat yang tinggi bersama-sama mereka, anda akan mendapati perjalanan anda lebih mudah. Jangan sesekali mengecilkan pengalaman orang lain Ambillah pengalaman orang lain sebagai panduan, supaya anda tidak mengulangi kesilapan mereka, dan juga boleh dijadikan rujukan untuk belajar dan berkembang Sekadar berkongsi pengalaman. Senyum.

-----------------------Alkisah seorang penjual Ali seorang yang penjual yang tekun beliau menjual alat-alat pendidikan kanak-kanak. Setiap hari beliau berdoa agar dilancarkan urusan hariannya dipermudahkan Allah, diharap mudah dijual dan selamat dalam

perjalanan. Setiap pagi, Ali perlu melalui berpuluh km untuk menyelesaikan tugasnya. Pemanduannya cukup dijaga kerana jalan yang dilaluinya banyak roadblock polis set iap hari untuk mengelakkan saman trafik. Pelanggan Ali pula tidak menentu ada yang ok, ada yang cerewet, malah ada yang membuli beliau. Dengan keyakinan bahawa doa beliau akan dimakbulkan, Ali menekadkan semangat dan terus tekun bekerja mencari rezeki. Namun, setelah setengah tahun mencuba, prestasi jualan Ali tidak baik. Ada bulan yang prestasi jualannya jatuh merudum, Ali merungut bertanya mengapa Allah tidak membantu menguruskan urusan sehariannya. Ali bertanya mengapa Allah tidak membantunya sedangkan beliau tekun setiap hari berulang-alik sana sini untuk menjual barangannya. Ali seorang yang menjaga tindak-tanduknya berasa beliau seorang yang kurang berdosa jadi mengapa Allah merumitkan hidup beliau. Ali tidak faham dan terus merungut sendiri dan terus merasakan dirinya malang namun begitu, beliau meneruskan kareernya sebagai penjual dengan tekun Sehingga satu hari, beliau bertemu dengan taukeh pemborong alat-alat pendidikan kanak-kanak brand A yang kagum dengan ketekunan dan keazaman Ali cuba menjual produk brand B Berminat ke Ali nak join company saya? Saya menawarkan dua kali ganda gaji untuk Ali, tanya pemborong itu.

Ali seronok, tetapi berfikir, prestasi jualannya bukanlah baik sangat, mengapa pemborong ini berminat padanya Saya penjual yang tak seberapa mengapa tuan berminat pada saya? tanya Ali yang gembira, tapi seolah-olah tidak percaya pada nasibnya. Ali tahu produk syarikat yang Ali sedang jual ini namanya tidak berapa baik di pasaran, tapi Ali masih cuba dengan tekun dan berhemah sehinggakan kedai-kedai yang Ali cuba menjual produk Ali menyuruh saya mengambil Ali. Mereka rasa Ali ada potensi untuk cemerlang bekerja dengan saya kata pemborong tersebut. Ali menerima dengan gembira pujiannya ketekunannya akhirnya berhasil Ali seterusnya bertanya apa dokumen yang perlu untuk permohonan kerja baru ini IC dan lesen kereta cukup dan boleh join bulan depan, tak perlu interview, kata pemborong itu. Ketika Ali mengeluarkan IC dan lesen memandunya, Ali terkejut. Ali tersentak melihat tarikh 05/04/12. Rupa-rupanya lesen memandunya dah tamat tempoh 6 bulan yang lepas. Ali mengimbas kembali nasibnya 6 bulan, yang dalam perjalanan untuk menjual produk, sudah beberapa kali Ali melalui perangkap polis tanpa disiasat lesen memandu yang telah mati. Ali teringat bagaimana ada satu hari, kereta Ali di highway tetapi tingkap belakangnya tidak dapat ditutup, tetapi tetiba hujan lebat turun dan disebabkan takut produknya basah kuyup Ali memandu secara cepat sehingga ditahan polis Apabila polis itu hendak menyoal Ali dan suruh mengeluarkan lesen

kereta, tetiba polis itu menerima telefon kecemasan dan bergegas ke tempat yang lain. Tetiba, Ali berasa bersalah. Ali teringat segala rungutan dirinya terhadap Allah yang dia tuduh tidak menyayangi beliau. Hati Ali sayu sedih memikirkan sikapnya yang bersangka buruk pada Allah. Ali tersedar rupa-rupanya Allah menjaganya setiap hari sepanjang 6 bulan lepas ketika lesen memandu dia mati. Tiada satu hari pun yang Allah tidak menjaga hambanya, walaupun dia yang bersangka buruk pada-Nya. Segala tuduhan pada Allah adalah silap, Allah sebenarnya menjaganya setiap hari tanpa putus-asa. Rupa-rupanya Allah menjaga dan sayang saya selama ini segala doa saya didengari sehinggalah saya kini bertemu dengan taukeh yang lebih baik dan Allah melalui taukeh ini memberitahu saya lesen memandu dah mati dan saya silap bersangka buruk kepada-Nya selama ini. Ya Allah. Maafkan saya, bisik Ali di hatinya. Semoga kisah ini membawa sedikit keinsafan kepada kita semua, yang pernah bersikap seperti Ali dalam bersangka buruk kepada Allah ketika melalui liku-liku kehidupan yang mencabar. Senyum Jumaat.

-----------------------

Ya, Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan, ketawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hari hujan. Tapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari, ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan. Siapa kata Allah tidak sayang kita? Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga. Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit. Setel ah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat. Itu bukti kesayangan Allah pada kita. Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut. Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat. Senyum.

------------------------Mulakan hari kita dengan bersyukur. Bersyukur dengan katil yang kita tidur, Bersyukur pada bumbung di atas kita,

Bersyukur pada karpet atau lantai di bawah kaki kita, Bersyukur pada air yang mengalir, pada sabun, pada berus gigi, pada pakaian, pada kasut, pada peti sejuk yang menyejukkan makanan kita, kereta kita, pekerjaan kita dan sahabat. Bersyukur pada kedai-kedai yang memudahkan kita membeli barang keperluan, restoran, utiliti, servis dan peralatan elektrik yang menjadikan hidup kita mudah. Bersyukur pada majalah dan buku yang kita dapat baca. Bersyukur pada kerusi yang kita duduk, kaki lima yang memboleh kita berjaan. Bersyukur pada cuaca, matahari, langit, burung, pokok, rumput, hujan dan juga bunga. Bersyukur pada udara untuk meneruskan kehidupan. Jika kita pandai bersyukur pada segala ciptaan Allah, Allah akan memudahkan segala urusan harian kita. Insha-Allah. Kan dah tersenyum? Senyum.

------------------------Alkisah seorang petani -- kehidupannya diringkaskan seperti di bawah. Pendapatan --> Hasil tanaman bergantung pada harga pasaran

Apa yang diperlukan untuk mendapatkan pendapatan (kos) Tanah --> disewa daripada tuan tanah Air --> bil air dibayar ke tuan tanah Cangkul tempatan --> harga pasaran berdasarkan harga import cangkul luar negara oleh tuan tanah Baja --> harga pasaran berdasarkan tuan tan ah Makanan seharian --> harga pasaran bergantung pada nilai baja Petani ini hidup di tanah Tuan Tanah Lama yang juga pengeluar baja akan tetapi pemerintah tidak dapat mengurangkan harga baja, malah harga meningkat. Disebabkan itu, kos makanan seharian juga meningkat kerana kos tanaman sayur-sayuran dan hasil buah meningkat kerana harga baja. Kadar air pula tinggi dan tanah yang disewa tetap perlu dibayar sewa. Lebih sedih, harga cangkul tempatan tinggi disebabkan tuan tanah mengenakan cukai lebihan pada cangkul yang diimport daripada luar negara kononnya untuk melindungi pasaran harga cangkul tempatan. Apabila kos semakin meningkat, duit dalam tangan petani semakin berkurang. Pada satu hari, datang seorang Tuan Tanah baru untuk mengurangkan beban petani. Tuan Tanah Lama takut kehilangan petani ini mengisytiharkan: Imbuhan duit sekaligus RM500 untuk membeli cangkul. Imbuhan duit sekaligus RM250 untuk membeli baja. Mengurangkan sewa tanah sebanyak 1 peratus untuk tahun depan. Ingat, duit Tuan Tanah Lama datang daripada mana? Daripada petani

juga - daripada harga cangkul, harga baja, bil air dan sewa tanah - jadi imbuhan tersebut hanyalah menggunakan duit petani untuk dipulangkan kepada petani sebagai imbuhan. Tuan Tanah Baru pula memberitahu petani baru: Mengurangkan cukai pada cangkul, dengan ini harga cangkul tempatan akan jatuh. Free air - 20m3 pertama. Kurangkan harga baja secara sistematik dan kurangkan monopoli. Mereka tidak akan memberi imbuhan duit, tetapi mereka akan melaksanakan perubahan pada sistem... Petani menjadi sangat keliru dengan dua-dua tawaran terbabit. Tuan Tanah Lama asyik menghasut bahawa tawaran Tuan Tanah Baru tidak boleh dilaksanakan, dan imbuhan yang mereka berikan cukup lumayan. Tuan Tanah Baru pula mengingatkan petani, masalah mereka tidak dapat diselesaikan dengan menerima sejumlah duit - kerana duit yang diterima hanyalah sementara, pendapatan mereka tetap tidak cukup kerana kos akan sentiasa meningkat di bawah Tuan Tanah Lama. Tawaran mereka, ya, tidak diberi imbuhan wang, tetapi segalanya adalah berkisarkan untuk mengurangkan kos-kos yang menghimpit kehidupan mereka. Petani harus berfikir sejenak: 1. Jika mereka menerima tawaran Tuan Tanah Lama, adakah masalah yang mereka hadapi sekarang tidak akan lagi berulang pada tahun kedua? Ya, tahun pertama mereka akan berasa lega sedikit, tapi tahun kedua dan ketiga bagaimana pula? Dapatkah mereka menyewa lebih banyak tanah untuk diusahakan pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya? Sudah 50 tahun keadaan tidak berubah... apakah ini akan berubah? 2. Apa pula yang petani dapat daripada Tuan Tanah Baru? Kos baja yang semakin menurun maka kos makanan menurun, kos cangkul

menurun, lebih banyak pendapatan dapat disimpan pada tahun pertama, kedua dan ketiga, maka lebih banyak tanah yang disewa maka lebih pendapatan yang dapat dijana pada tahun-tahun berikutnya... Apabila lebih banyak tanah disewa, maka Tuan Tanah Baru juga mendapat untung yang lebih untuk cover pengurangan kos... Ya, ia tidak pernah dicuba, tapi apakah ia tidak berbaloi untuk dicuba untuk sekali ini? Jika anda adalah petani tersebut, siapa yang anda patut pilih? Ambillah analogi ringkas ini untuk bandingkan apa yang ditawar BN dan PR dalam belanjawan mereka - dan buatlah keputusan dengan bijak. Sekadar celoteh pagi Isnin. Jika ok, kongsilah dengan rakan-rakan di luar sana. Senyum.

---------------------Kesedihan dan ketidakgembiraan bukan berpunca daripada sesuatu situasi. Ia berpunca daripada tafsiran minda kepada sesuatu situasi. Situasi adalah nuetral. Hanya tafsiran minda menkategorikannya sebagai 'baik', 'tidak baik' dan sebagainya. Umpamanya, 2 orang sahabat naik motor di atas highway - tiba-tiba enjin mati. 2 orang sahabat itu tidak tahu mengapa enjin itu mati. Mereka merasakan hari tersebut ialah satu hari yang malang kerana mereka terhenti di satu tempat yang jauh daripada exit, dan tiada mekanik yang berdekatan.

Mereka merasa malang lagi apabila melihat langit bertukar menjadi gelap... Setelah setengah jam, enjin motor tetiba hidup kembali. Mereka meneruskan perjalanan. Selepas 10km, nampak polis dan JPJ yang bertugas memeriksa kenderaan di highway tutup kedai. Alangkah leganya 2 orang sahabat - kerana roadtax motor mereka dah tamat tempoh. Mereka tetiba merasa hari ini ialah hari bertuah mereka. Lihat bagaimana minda menafsir situasi. Situasi enjin mati, langit mendung dan polis dan JPJ tutup kedai sebenarnya nuetral. Tapi tafsiran minda terhadap semua benda nuetral ini menyebabkan manusia merasa cemas, sedih, frust dan gembira yang tidak menentu. Jadi, lepas ini, sekiranya anda mengalami apa-apa perasaan negatif, tanya balik diri sendiri - adakah disebabkan situasi, atau tafsiran minda terhadap situasi? Jangan diperangkap oleh minda sendiri. Itu yang manusia perlu pelajari untuk SENYUMAN berpanjangan sepanjang hayat. Senyum.

=======================
Setiap perjumpaan bukanlah kebetulan, tapi ketentuan Allah. Setiap orang yang kita berjumpa - pasti berpisah pada akhirnya.

Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka. Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah - dan ingat Allah tidak pernah melakukan apa yang sia-sia... maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri. Lihat di seba lik apa yang dapat dipelajari daripada setiap pertemuan. Dengan fikiran sedemikian, maka kita kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya, apalah yang perlu diumpatkan lagi. Cuba berfikir sejenak. Senyum.

====================
Dapatkah anda mengesannya tiga kesilapan tersebut? ............... ............... ............... ............... ............... ............... ............... ............... ............... ...............

Sudah dapat mengesannya? Banyak perkara di dunia ini yang Allah jadikan terang-bederang untuk dipelajari manusia - yang hati, mata dan minda boleh mengesannya dengan cepat seperti kesilapan pada "Terdepat" dan "dolam" pada ayat di atas. Ada sesetengah perkara yang Allah yang ingin ajarkan hanya boleh difahami apabila kita mencapai kematangan tertentu, melihat sesuatu perkara daripada sudut yang lain, membuka minda dan mata kita dalam melihat sesuatu perkara dalam skala yang lebih besar. Ini umpama mengesan kesilapan ketiga dalam ayat di atas: "Terdapat dua kesilapan ejaan di dalam ayat ini." (perkataan 'Tiga' adalah kesilapan ketiga yang dimaksudkan.) Boleh faham? Senyum Jumaat.

--------------------Al-kisah seorang pengadu kepada gurunya... "Banyak kerja kebelakangan ini ... dan Ana susah tidur. Pagi di ofis, ana mudah mengantuk sebab tak cukup tidur. Ana terpaksa minum kopi banyak-banyak untuk bertahan di waktu bekerja. Pada waktu malam, ana cuba tidur awal. Tak dapat. Kemudian besok pagi di tempat bekerja, ana mengantuk dan kopi terus menjadi teman... apa masalah saya?"

Guru tersebut me njawab: "Tiada masalah - itu normal." Pengadu itu terkejut dan bertanya balik, "Betul ke? Ana susah tidur, ini normal." Guru berkata: "Normal-la - itu yang sepatutnya." Pengadu itu bertanya lagi - "Jadi saya sepatutnya ada masalah tidak boleh tidur?" Guru berkata: "Betul-la kalau anta tak dapat tidur. Kalau dengan gaya hidup anta, anta dapat tidur barulah tak normal. Anta tak sedar anda berada di dalam satu bulatan. Anta tak boleh tidur malam sebab di sebelah pagi, anta minum terlampau banyak kopi. Disebabkan tak boleh tidur malam, maka pagi mengantuk... kemudian minum kopi lagi... dan benda ini terus berpusing... betullah simptom anta tak boleh tidur, apa yang tak normalnya?" Pengadu pun diam seribu bahasa.... Cerita di atas mengingatkan kita untuk sentiasa sedar dengan apa yang sendiri lakukan. Banyak perkara yang menimpa diri kita adalah hasil daripada perbuatan kita sendiri - cuma ramai antara kita yang tidak sedar.

Ramai antara kita yang mudah terhanyut dalam masalah kehidupan seharian dan memasuki perangkap bulatan "kopi-tak dapat tidur-kopi" tanpa sedar. Oleh itu, apabila berlaku sesuatu perkara, jangan mudah menyalahkan orang lain, lihat dahulu pada diri sendiri, hitung dosa sendiri dengan Allah, dan tanya mengapa ini berlaku dan mengapa Allah hendakkan ini berlaku? Setiap yang berlaku dan dibiarkan berlaku oleh Allah adalah bertujuan untuk memberi kesedaran. Apabila kita sedar, maka kita akan bertambah matang dan keluarlah diri dengan penuh kesedaran daripada perangkap bulatan "kopi-tak dapat tidur-kopi" yang kita masuk secara tak sedar. Sekadar berkongsi - Senyum.

----------------------Apa kelebihan masa? Mengapa ada waktu? Bayangkan dunia tanpa waktu dan masa. Apa waktu sembahyang? Kelam-kabut Apa waktu nak pergi kerja? Kelam-kabut Bila nak berpuasa? Kelam-kabut Masa diwujudkan untuk manusia mempunyai waktu tertentu untuk melakukan sesuatu - untuk memudahkan urusan seharian.

Begitu juga agama - manusia tidak boleh hidup tanpa panduan - jikalau setiap benda yang dicipta manusia ada manual penggunaan, mana mungkin Allah mencipta manusia tanpa meninggalkan panduan untuk diikuti. Cuba fikir sejenak. Senyum.

--------------------Ada yang kata sebelum ambil langkah seterusnya, pijaklah dulu tengok lantai itu keras ataupun lumpur. Betul... bagaimana pula dengan langkah kedua dan langkah ketiga? Apakah jaminan langkah kedua juga keras selepas langkah pertama yang juga keras? Tiada. Apakah jaminan langkah pertama keras akan membawa kita ke destinasi yang diilhamkan? Juga tiada. Apakah langkah pertama terkena lumpur satu p etanda yang buruk? Tidak juga. Sekurang-kurangnya kita dah mengenal lumpur, dah berpengalaman dengan lumpur dan ini mungkin mempercepatkan kita ke langkah kedua dan ketiga dengan lebih bijak. Tiada yang dapat prediksi apa masa depan kita - Allah yang tentukan qada dan qadar... percayalah jika kita berpegang teguh pada Allah, Allah akan menjaga rezeki kita. Hidup ini sekejap aje - buat apa membazir masa. Senyum.

P.S. Tapi ramai juga yang terlupa. 50 tahun tak berubah tetap dengan kerajaan yang sama walaupun sudah terserlah isinya yang sudah mereput. Katanya mereka tak tahu langkah seterusnya keras atau berlumpur. Kerajaan sekarang memberitahu bahawa langkah seterusnya berlumpur. Tapi mereka terlupa, tapak asal bukan sahaja berlumpur dan kini sudah bertukar menjadi pasir hanyut. Cuba pula kerajaan baru - kalau tidak, manalah kita dapat bandingkan siapa yang lebih baik. Betul tak? Kalau dah tersenyum, betul la tu, kan?

--------------------------Ajal kita dah ditentukan. Dengan itu, jumlah masa kita di bumi Allah ini juga sudah ditentukan. Maka, setiap saat yang berlalu, ialah setiap saat yang hilang daripada kita. Oleh yang demikian, setiap saat perlu dihargai kerana ia hanya datang sekali saja dalam hidup kita. Anda tidak membazirkan saat anda ketika membaca benda ini, anda hanya membazirkan saat anda sekiranya anda tidak melakukan apa-apa yang berfaedah selepas ini. Hargai masa sebelum ajal yang diberi Allah. Setiap saat hanya diberi sekali dan setiap saat yang hilang menandakan ajal semakin

menghampiri. Untuk peringatan semua. Senyum.

-----------------------Terasa malas ambil sampah di rumah ke luar rumah? Terasa malas nak keluar ke masjid? Terasa malas nak cuci tandas? Terasa malas nak buat kerja sekolah/assignment? Terasa malas nak membersihkan pasu? Terasa malas nak berzikir? Ini petuanya untuk melawan bisikan syaitan malas ini... Tanya balik syaitan di minda: Berapa lama untuk ambil sampah keluar? 2 minit... sekejap aje... Berapa lama untuk pergi ke masjid + sembahyang? 20 minit... sekejap aje Berapa lama untuk cuci tandas? 10 minit... sekejap aje Berapa lama nak siap kerja sekolah? 30 minit... sekejap aje Letakkan perkara yang malas dibuat itu dalam bentuk waktu - melihat masa yang singkat untuk menyiapkan perkara tersebut, minda akan

mempunyai kekuatan untuk melawan kemalasan bisikan syaitan. Sekadar petua untuk dikongsikan. Senyum.

0000000000000000
Mengapalah Allah cipta nyamuk? Apalah fungsi nyamuk kepada dunia ini? Cantik ciptaan Allah ini, pandai terbang tapi mengacau... mengapa diciptanya? Tahukah berapa ramaikah yang mendapat rezeki kehidupan kerana adanya nyamuk di dunia? Disebabkan ada nyamuk, ada kilang ubat nyamuk, adanya syarikat spray nyamuk dan sebagainya. Berapa orang yang dapat kerja kerana nyamuk kekal di dunia ini? Disebabkan kita tidak tahu hikmahnya, jangan pula kita kata ciptaan Allah sia-sia. Sesuatu itu mungkin mengganggu, mungkin haram untuk orang Islam, tapi jangan pandang hina dan pertikaikan Allah dan kebijaksanaan ciptaanya. Begitu juga apa yang terjadi, lihat ke belakang samada disebabkan dosa yang kita lakukan, kemudian jalan ke depan dengan bertaqwa pada Allah - hikmah-Nya akan muncul jua. Setiap perkara yang Allah lakukan mesti

bersebab dan tidak sia-sia. Jangan sangsi, dan sangka buruk sama sekali. Percaya pada Allah. Senyum.

==================
Anak-anak kadang-kala tidak faham mengapa ibubapa mereka mempunyai dua pembaris yang berbeza. Satu pembaris berskala inci digunakan pada anak-anak rakan mereka -tapi menggunakan pembaris berskala cm (lebih kecil) digunakan pada anak-anak sendiri. Contohnya kebenaran untuk bermain bola pada waktu petang - ibubapa merasa ok jika anak-anak rakan mereka bermain melepasi masa, tapi sekiranya anak-a nak sendiri tidak balik sebelum waktu Maghrib, ibubapa akan melenting. Dalam hal keputusan peperiksaan juga sama, bila mendengar ibubapa rakan lain merungut anak-anak mereka mendapat 'B', ibubapa sendiri pandai memujuk kata keputusan itu dah ok, suruh berusaha lagi. Apabila anak-anak sendiri mendapat 'B', ibubapa pula terasa sedih dan kecewa. Tapi ingatlah semakin kecil skala pembaris yang digunakan oleh ibubapa pada anda, menandakan semakin sayang mereka pada kamu. Skala pembaris yang lebih kecil menandakan mereka lebih memberi perhatian kepada segala yang anda lakukan dan hati mereka adalah lebih dekat bersama anda berbanding dengan anak-anak rakan lain. Situasi yang sama juga berlaku di politik negara. Rakyat nampaknya

menggunakan skala pembaris yang lebih kecil ketika menilai Pakatan Rakyat. Perkara yang sama - tapi rakyat merasa sakit hati apabila kesilapan itu datang daripada Pakatan Rakyat. Ini sebenarnya petanda yang bagus kepada Pakatan Rakyat kerana ini menandakan hati rakyat adalah lebih dekat dengan Pakatan Rakyat bagaikan ibubapa kandung yang lebih cemas terhadap anaknya sendiri. Senyum.

------------------Lihat kelebihannya agar anda mengharganya, tutupi kekurangannya kerana sebahagian kekurangan itu bukan kehendaknya. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, andai engkau membesarkan kelebihannya maka engkau sebenarnya telah membesarkan kasihsayang, kecintaan dan penghargaan. sebaliknya andainya engkau membesarkan kekurangannya, maka engkau melebarkan kebencian kemarahan dan permusuhan. Kecin taan kamu kepada sesaorang menyebabkan engkau akan sentiasa bersangka baik kepadanya, dan sedia memaafkan kesilapannya. Mencari jalan mendekaktkan diri padanya, dan merasai kerinduan, thiqah dan keinginan bersamanya. Kecintaan juga menyebabkan engkau akan merasa bangga boleh melakukan apa jua yang disuruhnya, dan engkau tidak akan merasa bebanan dengan tugas tersebut semata mata kerana kasihsayang yang teramat mendalam kepadanya. Demikianlah orang beriman, kecintaan kepada Allah menyebabkan ia

merasa disayangi, dihargai dan merinduiNya. Kasihsayang itulah menyebabkan ia merasa sangat bahagia dapat menunaikan apa jua yang Allah perintahkan, dan ia tidak merasai bebanan dalam melakukan apayan Allah perintah. Ia menunggu nunggu perontah baru, kalau ada dan sedia melakukan arahan dan perintah itu. Seumpama pembantu kepada aja raja sentiasa membuka mata dan telinga untuk menunggu apa yang dititah oleh rajanya dan dan ia segera melakukan kehendak taja tersebut. Tentulah ia akan tunaikan secepa mungkin kerana ketaatan dan kepatuhannya. Ia gembira bila dapat menunaikannya dan ia cemas bilamana ia gagal melaksanakannya. Demikianlah orang beriman, ia gembira dapat segera tunai perintah Tuhannya dan tidak merasai terbeban denganarahan dan perintah, bahkan merasa gembira bila ia dapat segera menunaikannya. Samada solah lima waktu, puasa, zakat dan apa juga kewajipan.ia sedih bilamana gagal menunaikan dan akan merasa tidak puas hati kalau ia sekadar menunaikannya sambil lewa. Maka terhadap perintah Allah atau hubungan dengan sahabat handai, kasih sayang, kecintaan menyebabkan segala persepsi kitayerhadapnya akan berubah. Bahkan hasih kasih sayang dan kecintaan inilah melahirkan pengorbanan yang tinggi, sehingga ada yang sedia mengorbankan nyawa, harta, masa dan tenaganya demi membuktikan kasih sayangnya. Tanamlah kecintaan kepada Tuhanmu, nescaya akan berbungga kasih sayangmu kepada mahkluknya. Andainya ini dapat diujudkan anda telah mempunyai "kekasih" yang tidak kan mengecewakan. Senyum pagi ahad bersama keluarga. Sayangi keluarga anda, nescaya mereka akan menyangi anda.

0000000000000000
Dua orang menyertai kem perkhemahan - Ali dan Abu. Mereka berdua diberitahu akan diberi bahan-bahan kemudahan untuk survival mereka untuk tempoh satu malam. Dalam pemikiran Ali: "Asalkan ada air dan api dah cukup untuk satu malam." Dalam pemikiran Abu: "Patutnya mereka beri telur 2 biji, tin sardin satu, roti atau mee maggi, air mineral 1.5 litre, lighter, periuk, selimut, ubat nyamuk" Bila pegawai datang, hanya mancis, periuk dan jala diberi bersama khemah di tepi sungai... Ali berasa bersyukur dan malam itu mudah dilalui - kerana apa yang diperlukan sudah mencukupi. Ali meneruskan kerjanya - mendirikan api, menangkap ikan, memasak air dan mengharungi malam itu dengan penuh semangat. Abu pula terasa susah bagi hidup neraka untuk melalui malam tersebut kerana apa yang sepatutnya diterima tidak dapat dan menyalahkan pegawai perkhemahan atas kesusahannya - kebanyakan masa sepanjang malam dihabiskan merungut, ikan tak dapat ditangkap, api tidak dapat dihidupkan maka air pula tidak dimasak. Dlm cerita ringkas ini, fahamilah kebanyakan kesusahan dalam kehidupan yang dirasai oleh hati adalah akibat minda sendiri, bukan kerana orang lain. Biasanya kesusahan datang apabila benda yang dihajat tidak kesampaian - mengharapkan benda yang tiada, dan bukan

menghayati benda yang ada dalam tangan. Ramai kita suka menjadi Abu, mengganggap merungut itu boleh menggembirakan atau keluarkan diri daripada kemelut - walhal cara Ali ialah cara paling berkesan untuk kekal SENYUM dan mencapai sesuatu dalam kehidupan. Bila terasa susah, henti berfikir, henti merungut, buat saja apa kerja yang patut, fokus, dan nescaya anda akan jadi seperti Ali yang tidak merasa susah dalam mengharungi malam yang berpanjangan. SENYUM.

oooooooooooooooooo
Berasa bosan? Berasa terlalu lapang? Berasa tiada benda nak buat? Berasa tak tahu nak buat apa? Punca anda malas bergerak ialah kerana sibuk melayan bisikan syaitan di minda. Bisikan syaitan akan menyebabkan air liur teracun terhasil sehingga badan terasa berat untuk bergerak. Jika ini berlaku... Bacalah sesuatu. Belajarlah sesuatu. Mengajilah Quran. Fitrah manusia suka pada ilmu.

Tiada manusia yang tidak bersenyum selepas mendapat ilmu dan menyelesaikan sesuatu yang berfaedah. Tak percaya? Mudah saja, cuba bersihkan tandas dengan baik, atau bawa sampah dari rumah ke luar atau membaca sebuah buku/artikel berfaedah untuk 5 minit atau belajar sesuatu ilmu seperti menukar tayar kereka... anda akan tersenyum secara sendirinya setelah mendapat ilmu. Sekadar petua peribadi. Senyum.

00000000000000000
Se-positif mana pun seseorang, akan ada hari yang moodnya tidak berapa baik. Mungkin kerana tidak cukup tidur, mungkin kerana terlampau banyak kerja dan tekanan, mungkin kerana sesuatu yang berlaku dan sentiasa terfikir masalah sehingga kita terkaku dan terkasar bahasa pada orang tersayang. Yang penting, ialah cara mengawal minda untuk mengesan mood yang tidak baik dan mengendalikan mood itu den gan menukar pemikiran daripada sudut lain. Kita bersetuju bahawa bukan setiap hari ialah hari yang baik. Itu sudah tentu kerana ada hari yang hujan. Tapi kita kena bersetuju juga pada pada setiap hari ada kebaikan yang wujud dalam perjalanan kita menghampiri akhirat. Allah dah buat segalanya begitu, kan selepas ribut, kita terasa lebih tenang, nyaman, selesa dan bersih persekitaran kita...

Mood tak baik? Cuba tengok di cermin dan senyum. Nescaya senyuman itu membuatkan mood yang negatif itu berkurang. Senyum selalu.

---------------------Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia. Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara dan nada, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan... ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan sehingga tidak dapat dihubungi lagi barulah nak selamatkan kembali. Sebab itu, disarankan diam ketika marah supaya hati tidak berjauhan

juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya akan menjauhkan hati. Masa tetap berjalan - jadi pilihlah yang mudah, senyum selalu ketika waktu berjalan menghampiri akhirat. Buat apa hidup dalam marahmarah. Senyum.

0000000000000000
Banyak perkara yang kita tidak tahu - tapi itu bukan perkara terpenting untuk mencari rezeki dan alasan untuk hanya duduk menunggu pertolongan Allah tanpa melakukan apa-apa. "Alat" wajib untuk mencari rezeki hanya dua - "rajin" dan "tidak berputus asa" - asalkan anda gunakan kedua-dua alat dalaman ini secara berterusan, percayalah Allah akan murahkan rezeki kita jika iman dan ketaqwaan kita pada Allah kuat. Jangan dok malas dan mudah berputus asa - dan kemudian untuk berdoa untuk dimurahkan rezeki. Berusaha dulu dan doa - bukan sebaliknya tanpa melakukan apa-apa selain menunggu pertolongan daripada Allah. Ingat balik bahawa kerajinan Rasullulah dan semangat tidak berputus asa beliaulah yang menjadi antara kunci terpenting kepada perkembangan Islam sehingga kini selain iman yang kuat. Jadilah umat yang rajin hari ini! Senyum.

=-----------------Ramai yang tunggu sehingga dah terlantar di hospital, baru teringat nak bersenam dan menjaga pemakanan. Ramai yang tunggu dilukai dengan teruk, baru teringat menyayangi diri sendiri. Ramai yang tunggu sehingga tersesat menyesal, baru teringat Allah dan al-Quran. Ramai yang tunggu sehingga kehilangan, baru teringat masa terbazir tidak bersama orang tersayang. Manusia, lumrahnya, hanya akan beru bah bila keadaan menjadi sangat tidak selesa, sakit, mengalami kesedihan melampau atau menyesal. Perlukah setiap kali sampai ke tahap itu? Dalam konteks negara pula, perlukah tunggu negara hancur, baru rakyat teringat nak buat perubahan? Sekadar renungan untuk malam ini. Senyum.

000000000000000

Semasa anda menilai orang lain, ingatlah juga ada orang lain sedang menilai kita juga. Semasa anda mengata orang lain, fikirlah juga bahawa ada orang lain sedang mengata kita. Semasa anda mengutuk orang lain, fikirlah juga bahawa ada orang lain sedang mengutuk kita. Kita semua ini makhluk ciptaan Allah, terimalah seadanya - sekiranya tidak sesuai, jauhkan diri, tidak perlu untuk berkata apa-ap a yang buruk untuk meracuni diri sendiri dengan air liur beracun. Semasa anda ingin melakukan apa-apa yang buruk, ingatlah Allah dah tahu apa kamu nak buat - samada anda akan terselamat daripada melakukannya atau tidak itu terpulang pada iman dan ketaqwaan seseorang. Jika iman dan taqwanya kuat, hati dan minda akan menyelamatkan dirinya daripada nafsu yang bergelora, perasaan sesal akan datang sebelum perkara buruk dilakukan. Jika iman dan taqwanya rapuh, nafsu akan mengawal hati dan minda, perasaan sesal akan datang selepas perkara buruk dilakukan. Senyum Jumaat

-------------------

Untuk mengelakkan luka pada orang lain, dua perkara mudah ini perlu dijaga: 1. pastikan mulut tidak lebih cepat daripada minda 2. pastikan emosi tidak lebih daripada minda Untuk mencapainya, belajar puasa "berkata-kata" iaitu bercakap hanya bila perlu dan jadilah pendengar yang baik. Pernahkah terfikir mengapa Allah membuat telinga dua, mulut satu dan bukan sebaliknya? Sekadar renungan malam ini. SENYUM.

Memilih untuk berbelas kasihan terhadap diri kita sendiri dalam menghadapi: 1. tabiat sendiri yang menjengkelkan, 2. pilihan yang bodoh dan 3. kesilapan yang menyakitkan adalah antara perbuatan yang paling berani. Pilihlah untuk menyayangi Allah dan diri sendiri. Belajar untuk memaafkan diri sendiri sambil memohon ampun pada Allah.

Dengan ini, perubahan yang diharapkan pasti datang. Senyum.

------------------Berjanji pada diri sendiri: Jangan mudah buat kesimpulan terhadap seseorang. Jangan terus menghukum dan membuat kesimpulan kerana seseorang betul atau tersalah cakap sesuatu. Jangan terus meletakkan label pada seseorang semata-mata si dia membuat sesuatu yang anda sukai atau anda tidak sukai. Jangan terus membuat rumusan terhadap sesuatu isu kerana perbezaan atau persamaan pendapat. Apabila ke simpulan dibuat - akan timbul dua perkara, satu ialah 'expectation' dan satu ialah 'sangka buruk'. Yang baik, menjadi expectation - resipi mencari nahas dalam hubungan manusia. Yang buruk, menjadi sangka buruk - resipi mencari musuh dalam hubungan manusia. Ambil masa, ambil keberanian untuk bertanya, dan menyatakan kehendak kita dan berkomunikasilah dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelakkan salah faham, kesedihan dan drama.

Setelah segalanya di tangan - kesimpulan tidak lagi perlu dibuat kerana kesefahaman telah dicapai. Hidup akan penuh dengan senyuman sekiranya kita dapat melakukan perkara yang mudah ini. Senyum.

--------------------Apa yg kita dpt, kita dapat daripada alam ciptaan Allah. Apa yg diberi pd kita, diberi drpd alam ciptaan Allah. Apa yg kita ambil, kita ambil drpd alam ciptaan Allah. Apa yg kita beri, kita berikan kembali kepada alam ciptaan Allah. Berapakah yg dpt menyelami ayat di atas? Sekiranya faham, tanyalah diri, apa yg kita hilang, yg menyebabkan kita sedih? Apa yg kita beli yg kita telah kehilangan? Apa yg kita buat yg sudah dimusnahkan? Ramai yg menganggap harta adalah kepunyaan / milik dia sendiri. Namun, mereka lupa apa yg ada di tangan hari ini, sebenarnya adalah ada di tangan org lain pd waktu silam, dan akan di tangan org lain pd waktu depan. Ramai merasakan itu adalah miliknya, sehingga wujudnya attachment

terhadap sesuatu benda tersebut. Inilah punca segala kesedihan manusia. Ingatlah, kita datang dgn tangan kosong, dan kita bakal jenazah ini akan pergi juga dgn tangan kosong. Segalanya milik Allah, dan hanya pinjaman di duniawi utk melalui ujian di hidup ini. Apa yg kita buat, buatlah utk Allah, dan ingatlah Allah selalu -nescaya kita akan jumpa ketenangan. SENYUM.

=================
Manusia menguatkan kekuatan fizikalnya dengan bersenam. Jika kita sentiasa berlari naik bukit, lambat-laun otot kita akan bertambah kuat. Bagaimana pula dgn kekuatan mental? Kita menguatkan minda kita dgn berdepan dengan masalah. Setiap kesusahan yg diharungi dgn kesabaran akan menguatkan minda. Kita tidak akan menjadi seorang yg kuat mentalnya dgn selalu menyorokkan diri di dalam bilik. Kita mesti menghadapi kehidupan dgn berdepan, mengambil sikit risiko - merasai kegagalan dan cuba semula. Hari ke hari, kita akan bertambah yakin, kita akan bertambah positif dan membina sikap yg positif.

Hidup yg senang tidak semestinya menjadikan seseorang itu gembira namun sebaliknya adalah benar... Hidup pada saat ini, nikmati waktu kini - sebagai contoh, pd malam Ahad, ramai yg mengeluh, rasa malas di Isnin kerana nampak hari Jumaat tu jauh... Jikalau kita dpt menguasai konsep hidup dlm saat ini, kita tidak akan terfikir hari Jumaat yg akan tiba lama lagi, sebaliknya apa yg perlu dibuat utk memanfaatkan masa yg dikurniakan Allah hari ini. Sekadar perkongsian ringkas utk malam ini. SENYUM.

-----------------------Bilamana berlaku gempa bumi, orang ramai akan bimbang berlakunya thunami, sedangkan gempa tersebut telah meranapkan sebahagian rumah dan harta. Namun mereka akan bimbang kepada apa yang lebih besar dan lebih dahsyat akan berlaku. Seluruh perhatian tertumpu kepada keadaan laut, apakah ianya akan mengulungkan ombak besar yang akan membawa sama thunami. Orang ramai akan terus berada dalam kebimban gan sehingga diyakini thunami itu tidak kan berlaku, lalu mereka menafik nafas lega dan bersyukur. Demikianlah ingatan Allah kepada manusia " apakah penduduk sabuah desa akan merasai aman, tetakala mana mereka masuk kerumah mereka lalu mereka tidur dengan nyenyak pada waktu malam, atau apakah mereka merasa aman (dari bala Allah) diwaktu dhuha ( siang hari ) tetakala mereka sedang seronok berman main! , apakah mereka merasa aman dari kemurkaan Allah dengan dosa yang mereka lakukan. Tentulah tidak akan merasa aman selesa melainkan kaum itu akan menempah kerugian".

Hati ini akan menarik nafas lega bila tiadanya thunami selepas gempa bumi berskala besar itu, ada yang senyum, sujud syukur, saling tahniah dan gembira. Alangkan indahnya kalau suasana ini dapat dinikmati nanti di Akhirat bilamana setiap kita terlepas dari kemurkaan Allah. Sekadar perkongsian waktu dhuha - SENYUM.

---------------------Setiap orang dengan tabienya akan sayang hartanya, sehingga ada yang sanggup mati dalam mempertahankan hartanya, sedangkan apa yang dipertahankan itu hilang selepas kematiannya. Mungkin yang akan mewarisi hartanya ialah orang yang dimusuhinya selama ini samada bapa saudaranya atau warisnya yang lain. Apabila kita memberi infak, derma atau sumbangan wang ringgit, kita akan terasa berat untuk menge luarkannya pada jumlah yang agak besar. Umpamanya kalau anda menderma satu ribu, kita akan merasai besarnya jumlah tersebut. Perasaan itu disebabkan kita merasai umur kita yang masih panjang dan lama untuk hidup. Sebaliknya seandainya kita menyedari usia kita bertambah hampir, atau andainya kita mati tentulah jumlah yang kita dermakan itu sebenarnya terlalu sedikit berbanding harta yang kita ada. Seperti gempa bumi semalam yg berlaku tiba-tiba, jika betul ia menimpa kita, adakah kita akan terasa apa yg kita lakukan selama ini cukup? Bila gempa bumi, ramai tetiba sedar kebesaran Allah, Allah murka kerana byk benda yg disuruhnya tidak dibuat, dilanggar... Kalau di pejabat, patuh pula segala arahan kerana bos akan marah depan-depan - perkara yg disuruh Allah, tidak pula mereka terfikir akhirat. Itulah manusia...

Lantaran itu benarlah sabda Rasulullah bahawa orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati matinya, manakala orang yang jahil, ialah mereka yang langsung tidak memikirkan kematiannya. Keyakinan kepada kehidupan di alam akhirat tentu akan merubah segala amalan, tindakan, pemikiran dan perancangan. Sekadar perkongsian ringkas utk pagi ini. SENYUM.

-----------------------Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan... 1. Risau pasal kerja 2. Risau pasal anak 3. ... ada yg risau pasal apa yg jiran mereka fikirkan.... Malah ada kawan-kawan kita yg suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu.... Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu utk melayan bisikan syaitan utk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yg bakal berlaku..." Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan utk hidup dalam kebimbangan. Seperti yg diceritakan semalam, apabila krisis datang, hadapinya sejenak sejenak, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit....

Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang jauh ke seberang sungai, kita terasa bimbang kita akan jatuh ke sungai semasa menyeberangi titi tersebut.... Org yg merasa bimbang akan diri di tepi sungai membayangkan apa yg berlaku sekiranya beliau jatuh ke sungai... ada yg terfikir sg ini ada buaya... bimbang kepada kedalaman air... bimbang kalau jatuh terkena besi, akan luka dan mati... jika mati, siapa yg nak jaga anak, ibubapanya... dan segala jenis bayangan yg menakutkan. Org yg menangguh bimbangnya mereka akan fokus mata dia pd langkah seterusnya satu persatu melintas titi tanpa melihat ke seberang... akhirnya dia akan berjaya melintasi titi tersebut tanpa masa utk merasa bimbang, krn segala tenaga dan fokus dia diberikan kepada pd langkah kecil seterusnya semasa menyeberangi titi. Sama juga menghadapi kemelut kehidupan, kita akn hancur sekiranya kita memberikan lesen kpd bisikan syaitan utk membawa minda kita ke masa depan dgn pelbagai bayangan yg menakutkan seperti org yg berdiri di tepi sungai membayangkan segala kemungkinan semasa naik ke titi. Apa yg perlu dibuat utk mengatasi masalah risau/bimbang pintu ke gangguan bisikan syaitan? Tangguhkan dahulu. Tangguh kebimbangan kita. Buat sesuatu dulu (lintas titi dgn langkah pertama), tangguh bimbang kita. Jangan dok bimbang, bangun dan pergi buat sesuatu utk selesaikan masalah yg ada. Utk hindar drpd menghabiskan masa dalam bimbang dan risau, hiduplah dalam keadaan semasa. Buat segalanya yg kita mampu hari ini, dan biar esok utk hari esok.

Lihatlah kembali kehidupan kita, tanyalah diri, apakah ada situasi yg anda pernah tidak survive sehingga hari ini? Tidak kan? Kerana kalau ya, anda tidak mungkin dpt membaca mesej ini. Sesungguhnya kita mampu menghadapi keadaan semasa, hanya masa depan bayangan minda saja yg mengacau kita. Sekadar berkongsi motivasi utk pagi ini. SENYUM dan ingat Allah selalu.

----------------------Ramai yg terkejut dengan sikap tidak mengenang budi sesetengah pihak, walhal perkara ini ada disebut di dalam Quran: Quran 10:12 Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah m erayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. Ketika beramal, usahlah mengharapkan org yg dibantu kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita. Semasa beramal, buangkan harapan bhw org yg menerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bhw kita pernah membantunya.

Jangan sesekali mengharapkan balasan drp org yg dibantu, dalam apa jua keadaan - terutamanya dlm keadaan kita memerlukan pertolongan semula. Ingatlah beramal dan berbuat baik adalah utk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bhw beramal adalah utk mendapat keredhaan Allah, org yg tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan melukai hati kita. Dalam Quran juga disebut bhw jgn mengharapkan apa-apa balasan drpd org yg dibantu. Quran 76:9 (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih. Ingatlah juga yg memberi adalah lebih baik drpd yg menerima. Jika anda memahami bahawa semua makhluk adalah ciptaan Allah, maka anda akan faham bhw Allah yg akan menilai perbuatan kita dalam membantu makhluk ciptaannya dan bukan org yg kita bantu. Jgn berasa susah hati sekiranya tongkat yg diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan utk memukul kita. Apa yg nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yg tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jd apakah layanan balasan yg kita nak harapkan? Sekadar renungan utk malam ini. SENYUM.

===============

Ada yg bertanya bagaimana nak mengharungi kehidupan apabila hidup semakin bertambah susah? Bagaimana nak bertahan tatkala kita sedih, keseorangan dan tinggal duit tak seberapa? Ingatlah, mengharungi ujian kehidupan ialah bagaikan merentasi hutan yg tidak pernah diterokai. Ketika merentasi hutan, kita menebas pokok .... dan tiba-tiba kita terserempak dengan sekumpulan binatang buas... tiba-tiba minda kita tidak memikirkan benda lain, selain sekarang.. Kita lupa mengenai hal masa depan. Semua usaha dan tenaga kita adalah utk langkah seterusnya, langkah satu lagi, satu inci satu inci sehinggalah kita melepasi kumpulan binatang buas tersebut. Strategi yg sama adalah berkesan utk kehidupan seharian. Apb ujian kehidupan bertambah sukar, kita fokuskan segala tenaga dan usaha pd apa yg ada di depan, langkah seterusnya. Kita selesaikan masalah satu per satu. Ambil satu langkah kecil demi langkah kecil... apabila kita bertambah keyakinan... kita ambil langkah seterusnya. Insha-Allah, tanpa sedar, anda akan keluar dr kemelut kehidupan yg ditentukan Allah. Buang sikap berasa bimbang terhadap apa yg perlu dilakukan bulan depan, apa yg akan tersilap pd masa depan - itu adalah pintu utk bisikan syaitan menguasai minda kita dengan pelbagai bayangan khayalan menakutkan. Jika 24 jam terlalu sukar utk anda harungi, harungilah 5 minit setiap

langkah dengan senyuman dan fokus 100% tenaga. Insha-Allah tenaga positif akan menyelubungi jiwa dan minda disebelungi awan gelap akan nampak cahaya matahari dengan kadar segera. Ingatlah, dalam setiap ujian Allah, bagi kita yg kerdil ini, apa yg boleh dilakukan ialah memberikan segalanya yg ada sebelum kita tidur semula. Biarlah esok utk hari esok. SENYUM.

=================
Tahukah anda apa yg membunuh jiwa dan hati nurani manusia? Iaitu kejahilan, kekufuran kerana ego merasa dirinya pandai dan sikap malas menimba ilmu. Quran 11:46 jelas menyebut Allah tidak ingin melihat umatnya jahil. Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil". Sebab itulah Allah menurunkan kitab al-Quran - utk membasmi kejahilan manusia dan umatnya. Quran 4:113

Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar. Ilmu adalah cahaya kehidupan, pintu kepada kematangan dan kebijaksaan. Ia adalah nadi kepada jiwa seseorang dan petrol utk sifat seseorg manusia. Namun, semakin ramai antara kita yg malas menimba ilmu. Ada yg henti membaca setelah mereka menjadi seseorang dlm masyarakat, kerana mereka ego, rasa mereka tahu semua perkara. Ramai guru yg berhenti menimba ilmu baru kerana merasakan tiada ilmu lain diperlukan asalkan yg perlu utk diajar pd pelajar, akhirnya pelajarnya jg mengikut rentak yg sama, belajar sekadar perlu utk peperiksaan tanpa inisiatif menimba ilmu lain. Ini termasuklah juga guru agama yg memberi kuliah dan pengikut yg hanya mendengar di masjid-masjid utk mendapatkan ilmu. Sekiranya guru tidak berkembang keluasan ilmunya, begitulah jg dgn pengikutnya... Ingatlah perasaan gembira, tenang, bersyukur dan puas yg lahir dr hati setiap kali kita menimba ilmu baru. Itulah ganjaran istimewa dari Allah kepada mereka yg menimba ilmu. Setua-tua manusia, kita wajib memastikan nadi jiwa kita sentiasa hidup dengan menimba ilmu yg baru. Setiap perkara, setiap situasi, setiap manusia walaupun berpuluh tahun muda daripada kita ada membawa ilmu yg boleh dipelajari - itulah kehebatan Allah dalam pengajarannya.

Oleh itu, jgn berhenti menimba ilmu. Teruskan menimba ilmu sehingga saat terakhir kita di muka bumi ini. Sekadar perkongsian utk malam ini. SENYUM. ----------------------Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri tatkala menghadapi kekecewaan di tempat kerja: 1. Mengapa anda tengah melakukan kerja bodoh ini? 2. Terasa diri anda tersepit? Jika anda merasa kecewa dan tidak gembira... anda sebenarnya bukan mencari penyelesaian, tapi mencari lebih byk masalah. Penyelesaian mudahnya ialah SENYUM dan BERIKANLAH SEGALANYA YANG ANDA MAMPU. Mengapa? 1. Manusia yg berusaha kuat dan rajin akan merasa yakin dan selesa pd dirinya sendiri. 2. Kita dapat mengasah dan menambah kemahiran kita. 3. Kita dapat membina reputasi sbg org rajin dan sanggup berkorban. 4. Atas sebab itu, ada kala dan ada org yang terlihat kita dan memberikan kita kerja yg lebih baik. 5. Satu hari nanti, kita akan berasa yakin utk melakukan perkara diri sendiri. Bagilah segalanya yg anda mampu, kerana ini kunci utk membuatkan diri berasa positif dan menghindari pemikiran yg negatif. Ini juga adalah kunci utk membuka peluang lain supaya kita boleh memperbaiki situasi yg ada. Jikalau anda seorang yg berfikiran sedemikian:

"Kalau saya dpt satu kerja yg bagus, saya akan bekerja kuat... disebabkan saya dpt kerja teruk mcm ini, lebih baik saya tidur sj." Anda silap besar dan tidak akan ke mana-mana. Di mana-mana shj, ingatlah asalkan kita memberikan segalanya dan terbaik, insha-Allah ia akan membantu membuka peluang yg lain utk kita. Kadang-kala ia memakan masa, tapi yg pasti ia akan dtg. Sesungguhnya, mereka yg berusaha, rajin akan lebih berjaya drpd mereka yg sering mencari alasan. Sekadar motivasi utk pagi Isnin, yg biasanya ramai yg merasakan ia adalah hari terpanjang dalam satu-satu minggu. SENYUM.

0000000000000000000
Fakta mengenai susah hati: 1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita menghilang - namun ia tidak mengubah hakikat bhw anak kita gagal di sekolah. 2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula? 3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam bisnes, susah hati kita tidak akan men jadikan hasrat kita tercapai dan bisnes kita mencapai keuntungan. 4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus

asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik. 5. Ada yg sedih kerana berasa sendiri miskin, dia menjadi pahit hati terhadap kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya? 6. Ada yg terkilan kerana apa yg dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pd diri sendiri. 7. Ada yg merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yg dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yg dihajatkan tidak kunjung sampai. 8. Org yg susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yg luas ini. Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jgn susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih byk situasi yg tidak diingini krn air liur beracun yg ditelan bertambah dlm keadaan kita sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian drpd ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita. Apa yg perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yg sihat? Quran 55:13 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Ingatlah tiada istana yg boleh melindungi anda akibat dan musibah yg melanda akibat kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai ank dan isteri yg baik.

SENYUM senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dlm menghadapi ujiannya.

=============
Situasi A.... 1. Hari ini janji nak membersih rumah, tapi minda memberitahu rumah tak kotor sebenarnya. 2. Janji nak ke perpustakaan lepas Zohor, tapi minda memberitahu tak perlu, boleh buat di rumah aje. 3. Janji nak berpuasa sunat besok, tapi bangun terlewat, minda memberitahu batalkan sj kerana ia bukan wajib. 4. Janji nak siapkan assignment/tulisan/kerja penting, minda mengklik di laman Facebo ok, kejap-kejap balik ke Facebook melihat ada tak org respon apa yg kita taip... 5. Ada azam nak berniaga, tapi sebelum mula, minda mula menakutkan hasrat itu dgn persoalan - 'apa kata kalau tak de bisnes?' - 'kalau tak dpt bayar pinjaman macammana?' - 'kalau keluarga tiba-tiba perlukan duit?' 6. Janji nak sembahyang subuh di masjid, minda berkata nampak nak hujan dan pelbagai jenis alasan lain utk sembahyang di rumah... 7. Janji nak bersenam, rasanya ini tak perlu hurai... Situasi B.... Janji nak pergi a. tgk wayang b. karaoke c. kedai kopi mengumpat d. aktiviti yg mendekati maksiat, ia selalu menjadi, dan minda tidak lupa, bahkan segala jenis halangan tak dpt hindarkan seseorang itu tiba di tempat sepatutnya. Apabila anda terfikir nak buat sesuatu kebaikan, syaitan akan selalu

membisik dan menangguhkan dgn perkara remeh. Apabila anda terfikir hendak melakukan perkara yg membuang masa dan maksiat, syaitan akan membisik utk menggalakkannya. Org yg kuat imannya dan taqwa kpd Allah apabila di situasi B, akan timbul perasaan bersalah, jiwanya akan melawan bisikan syaitan. Org yg kuat imannya dan taqwa kpd Allah apabila di situasi A, jiwanya akan memberitahunya usah melayan bisikan syaitan yg menggalakkan kemalasan dan membazir waktu, dan menggalakkannya menjadi seorg yg rajin. Org yg tidak kuat imannya dan mentalnya akan mengalah pd bisikan syaitan, akhirnya menjadi umat yg malas, suka membazir masa dan mudah terjebak dalam maksiat. Sedarlah tentang peranan syaitan dan kuatkan ibadah dan rapatkan diri dgn Allah utk melawan bisikan syaitan ini. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Banyakkan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat. Rajin, disiplin, konsisten, sabar dan SENYUM senantiasa adalah nilai yg sentiasa kelihatan pd mereka yg beriman. Sekadar perkongsian utk pagi ini.

00000000000000000
Ramai antara kita yg pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman. Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yg tukang memberi nasihat

ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga utk menyampaikan nasihat yg sama balik kpd kita. Jika anda adalah salah seorg di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yg dtg drpd anda, hanyalah dr mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dgn jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dpt membezakan realiti dgn bisikan syaitan. Jgn jadi org yg pandai menasihat tetapi sendiri tidak pernah mengikuti nasihat sendiri... itu adalah mirip ciri-ciri munafik. Ingatlah pd Allah, sentiasa pastikan minda berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah utk dilakukan. Dan SENYUM di mana-mana shj anda berada. Sedikit petua utk dikongsikan bersama: Pandanglah cermin dan senyum pd diri sekali-sekala ketika minda melayang, inshaAllah minda akan kembali ke masa kini.

---------------------Mengapa Allah bezakan antara halal dan haram? Pernahkah Allah menyuruh umatnya menghapuskan segala yg haram? Atau sekadar menghindarkan benda yg haram? Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama umat Islam boleh diuji akalnya utk mendekati yg halal dan menjauhi yg haram? Ingatlah, benda haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah. Setiap yg dicipta ada tuj uannya, ada sbg sumber makanan, ada sbg ujian kpd manusia, menguji iman dan samada kita akan ingkar pd ajaran Allah dan sebagainya.

Pemimpin dan pengikut Islam boleh berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jgn sekali meletakkan objektif utk menghapuskannya sama sekali, kerana ia tidak mgkn berlaku. Sbg contoh, anggota badan seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah - dan Allah melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut Islam yg ingkar arahan-Nya... mulut digunakan utk menipu, tangan diguna utk mencuri, kaki digunak utk melukakan org lain, alat kelamin digunakan utk berzina dan sbgnya... Seperti juga seorg bapa yg takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sbgnya - si anak sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dr rumah, anak ini tidak mengenal apa yg bahaya dan tidak krn bapanya tidak pernah mengajarnya, dan hanya melindunginya secara buta-buta.... Sebagai satu contoh lagi, antara memilih utk menonton wayang atau menghadirkan diri ke kursus agama, anak kita perlu dididik membuat keputusan yg betul, drpd hanya memaksannya menghadiri kursus agama shj. Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri juga boleh berlaku hubungan yg haram sekirannya bisikan syaitan menguasai minda kerana kekuatan agama yg nipis. Hanya didikan agama yg cukup shj dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam membezakan yg halal drpd haram, dan yg haram daripada yg halal. Yg perlu ditekankan ialah cara pemimpin dan pengikut Islam utk mengenal dan membezakan apa yg haram, dan belajar menguatkan iman dengan didikan agama yg cukup utk menghindarinya. Itu adalah lebih baik sebenarnya.

Sekadar renungan bersama. SENYUM.

00000000000000000
Sebagai ibubapa, kita sememangnya bimbang anak kita tidak menjadi anak yg soleh, menjadi nakal dan jahat, bergaul dgn org yg tidak dipertikaikan perangainya, terpesong akidahnya dan pelbagai. Ketika anak kita masih bayi, kita takut dia digigit nyamuk, maka kita pasang kelambu, dan bukan bermusuh dgn nyamuk dan sentiasa mencarinya utk dibunuh. Ketika anak kita masih kecil, kita bimbang dia jatuh sakit, maka kita pastikan dia makan yg sihat, didik dia apakah itu cara hidup yg sihat supaya dia pandai menjaga diri, dan bukannya mengajarnya bermusuh dgn kuman di luar sana dan sentiasa mencari segala jenis racun utk membunuh kuman... Utk memastikan anak kita sentiasa soleh, perangainya elok, akidahnya kuat kita mengajarnya agama Islam, memahamkannya mengapa agama Allah turunkan ini adalah panduan hidup yg lengkap... kita sendiri pula perlu menunjukkan tauladan sebagai umat Islam yg baik utk membuatkan anak kita lebih mencintai Islam - bukannya dengan mengajarnya menjauhkan diri daripada bukan Islam dan lebih teruk lagi menjadikan segala agama lain sbg musuh utk menguatkan akidahnya. Cinta kpd Islam tidak akn bertambah dgn mencari permusuhan. Cinta kita terhadap Islam adalah kerana kebaikannya, dan ini dikuatkan lagi dgn umatnya yg menunjukkan tauladan yg baik dan Islam yg syumul rahmatan lil 'alamin.

Sekiranya anda seorang pemimpin masyarakat & keluarga, lagilah perlu utk anda cermin kehidupan diri dan renung adakah cara hidup anda terlalu mewah, bongkak, dibiayai pendapatan tidak halal seperti rasuah sehingga masyarakat sekeliling kita termasuk saudara Islam sendiri merasakan ada sesuatu tak kena pd anda yg mengikut ajaran Allah? Cerminlah diri sentiasa dan renungkanlah samada tingkah-laku kita sedang mencerminkan dan memartabatkan agama Allah atau memalukan-Nya... Ingatlah Allah senantiasa dan SENYUM. Sekadar pandangan peribadi utk renungan bersama malam ini.

Anda mungkin juga menyukai