Anda di halaman 1dari 6

PERMAINAN BAHASA

DAM BAHASA

BAHAN
Strawboard Karpet Tali/reben Gam Kad gambar Kad perkataan zap on Dadu

Cara membina bahan


Sekeping papan strawboard di balut dengan karpet Tali/reben dipasang untuk membuat petak dam. Jumlah petak dam adalah mengikut kesesuaian.

Kad-kad gambar dan kad-kad perkataan telah siap


dibina dan belakang kad tersebut ditampalkan zap on Dadu boleh dibeli dipasaran atau dibuat sendiri dengan menggunakan kad board.

Cara Permainan
Permainan ini boleh dimainkan seramai 4-6 orang. Bentuk permainan adalah seperti permainan dam biasa.

Pemain pertama akan membalingkan dadu dan bergerak mengikut jumlah dadu.
Apabila telah sampai di tempat tersebut, pemain perlu mencari kad perkataan yang betul berdasarkan gambar di tempat hentian dalam tempoh 30 saat. Sekiranya pemain tersebut berjaya maka kad perkataan akan ditampalkan bagi menggantikan kad gambar dan memberikan dadu kepada pemain kedua. Tetapi jika gagal pemain akan hilang satu pusingan.

Permainan ini berterusan sehingga tamat permainan. Jika terdapat pemain terkena kepada kad yang telah ditukarkan menjadi perkataan, maka

pemain tersebut harus mengeja dan mencari gambar bagi perkataan tersebut..
Pemenang dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul dan pemain yang pertama menamatkan permaianan.

Contoh Dam Bahasa

Kad-Kad Perkataan

Anda mungkin juga menyukai