Anda di halaman 1dari 1

SELASA Baca petikan dibawah.

BAHASA MELAYU

16 APRIL 2013

Warisan Budaya Kita

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, komponen ini sangat perlu di titik beratkan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam di dalam jiwa kanak-kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga generasi akan datang.

Kandungan pengajaran warisan budaya merangkumi menyambut perayaan masyarakat Malaysia, mengenali pakaian tradisional masyarakat Malaysia, menghayati lagu dan muzik tradisional, mengenali permainan tradisional, menyatakan idea dan menceritakannya, mengenali kraf dan peralatan tradisional

Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.

Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai