Anda di halaman 1dari 5

DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2 BAND 5 Band 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji Deskriptor 1 Memberi respon kepada elemen muzik secara kreatif dengan betul dan tepat Soalan Aktiviti B5D1E1 Mengenal pasti mud sedih, riang dan takut dengan betul dan tepat. 1. Guru memperdengarkan sebuah lagu yang pernah dipelajari murid. 2. Murid mengangkat kad imbasan ikon mud untuk menunjukkan mud yang terdapat di dalam lagu tersebut. 3. Murid melabel tanda pada ikon yang mud yang bersesuaian dengan lagu yang diperdengarkan. Lampiran Lembaran Kerja B5D1E1

BBB

Soalan Aktiviti

BBB

B5D1E2 Mengenal pasti tekstur tebal dan nipis dengan betul dan tepat. 1. Guru memainkan lagu suara solo (nipis) dan lagu suara ramai (tebal 2. Murid menyatakan tekstur tebal atau nipis pada lagu yang didengar secara lisan. 3. Guru membuat pemerhatian 4. Murid menandakan ( ) pada lembaran kerja berdasarkan muzik yang diperdengarkan. Lampiran lembaran kerja B5D1E2

Soalan Aktiviti

BBB

B5D1E3 Mengenal pasti dinamik kuat dan lembut dengan betul dan tepat. 1. Guru memperdengarkan beberapa bunyi untuk membezakan dinamik kuat dan lembut. (Bunyi kucing, harimau, burung pipit, gajah dan lain-lain) 2. Murid mengenal pasti dinamik kuat dan lembut dengan mengangkat kad warna yang berlainan. Kad Merah: Dinamik kuat Kad Kuning: Dinamik lembut 1. Kad Merah dan Kad Kuning

Soalan Aktiviti

B5D1E4 Mengecam 3 not yang berbeza pic dengan betul dan tepat. 1. Guru memainkan 3 not yang berbeza pic dengan piano. 2. Murid menyusun kad bernombor mengikut aras pic di atas meja masingmasing. 1 2

Pic rendah Pic tengah Pic tinggi

3 BBB 1. Kad Nombor

Soalan

B5DIE5 Mengenal pasti warna ton suara dan perkusi dengan betul dan tepat.

Aktiviti

BBB

1. Guru perdengarkan lagu kepada murid. (CD 2 Track 06) 2. Murid membanding beza warna ton ; suara lelaki dan suara perempuan. 3. Guru perdengarkan 2 perkusi berbeza yang mempunyai warna ton p dan f kepada murid. 4. Murid membanding beza warna ton perkusi. 5. Murid mengangkat kad ikon p untuk bunyi lembut dan kad ikon f untuk bunyi kuat. 1. CD 2 Track 06 Lagu Joget Malaysia 2. Kad ikon p dan f

Soalan

B5DIE6 Melakarkan grafik menunjukkan tempo cepat dan lambat dengan betul dan tepat.

Aktiviti

BBB

1. Guru memberi contoh lakaran yang melambangkan tempo cepat atau lambat. 2. Guru perdengarkan lagu kepada murid dan meminta murid melakar grafik yang sesuai untuk menunjukkan tempo lambat atau cepat berdasarkan lagu yang didengar. 1. Lakaran grafik tentang tempo.

Soalan

B5DIE7 Mengenalpasti bunyi detik panjang dan pendek dengan betul dan tepat.

Aktiviti

1.Guru memperdengarkan bunyi kastanet dan kerincing . 2. Murid membuat langkah panjang untuk bunyi kerincing dan langkah pendek untuk bunyi kastanet.

BBB Soalan

Alat perkusi kerincing dan kastanet. B5DIE8 Membezakan ton suara dengan betul dan tepat.

Aktiviti

1. Guru memperdengarkan CD 2 track 6. 2. Murid mengangkat kad icon gambar lelaki apabila mendengar suara lelaki dan mengangkat icon gambar perempuan apabila mendengar suara perempuan pada cd yang diperdengarkan. 3. Murid dapat mengajuk suara ton yang diperdengarkan.

BBB

CD2 track 6, kad icon.

Band 5 Deskriptor 2 ( Kemahiran Muzik ) Menunjuk cara nyanyian dan permainan alat perkusi dengan betul dan tepat. Soalan B5D2E1 Bermain perkusi mengikut detik dengan betul dan tepat. Aktiviti 1. Guru memperdengarkan lagu Tidurlah Adik. 2. Murid bertepuk tangan untuk merasa detik dalam lagu tersebut. 3. Murid memainkan perkusi mengikut detik dengan betul dan tepat dalam lagu tersebut. BBB Soalan 1. CD1 Track 09, Kerincing B5D2E2 Bermain alat perkusi dengan dinamik yang betul dan tepat. Aktiviti 1. Guru menunjukkan beberapa instrumen perkusi iaitu dram bes, kerincing, kastenet dan loceng. 2. Guru memainkan dram bes dan loceng untuk dinamik kuat. 3. Guru memainkan kastanet dan kerincing untuk dinamik lembut. 4. Guru menghendaki murid memainkan instrumen perkusi mengikut dinamik kuat dan lembut. BBB 1. Alat perkusi

Soalan

B5D2E3 Bermain perkusi atau menyanyi dinamik kuat dan lembut dengan betul dan tepat.

Aktiviti

1. Guru memperkenalkan alat alat perkusi loceng dan kayu tik tok. 2. Guru meminta murid membezakan bunyi kuat dan lembut 3. Memainkan alat perkusi denga iringan lagu Main Muzik cd 1 track 07 (Lambat) 4. Memainkan alat perkusi dengan iringan muzik cd 1track 08 (cepat) 5. Menyanyi lagu Main Muzik sambil memainkan alat perkusi dengan tempo cepat dan lambat dengan tepat dan betul.

BBM

Radio,cd 1 track 08,09

Soalan

B5D2E4 Menyebut lirik lagu dengan jelas dan tepat

Aktiviti

1.Guru memperkenalkan laguTidurlah Adik . 2.Guru meminta murId murid membaca lagu. 3.Murid-murid membaca lagu dengan sebutan berirama. 4.Guru memainkan iringan lagu Tidurlah Adik.murid-murid menyanyi lagu dengan Sebutan yang betul dan jelas.

BBM

Radio.cd 1 track 09

Soalan

B5D2E5 Bernafas dengan betul pada frasa lagu yang ditetapkan dengan betul dan tepat.

Aktiviti

1. Guru memberikan lirik lagu (lembaran B5D2E5) 2. Guru memasang lagu See See See (CD 1 Track 30) 3. Murid menyanyi lagu See See See mengikut teknik pernafasan yang betul dan tepat pada frasa lagu yang ditandakan () 4. Contoh lirik lagu: See see see three birds up on the tree One can sing and one can chirp One is just a tiny bird See see see three birds up on the tree ( ) ( ) ( )

BBB

1. Lembaran B5D2E5 dan CD 1 Track 30

Soalan

B5D2E6 Menyanyi bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah dengan tepat dan betul.

Aktiviti

1. Guru memperdengarkan lagu Ayam Didik (CD1 Track 12) 2. Murid menyanyi lagu Ayam Didik dengan pic yang tepat dan betul berpandukan CD Ayam Didik. 3. Guru membuat penilaian.

BBB

1. CD 1 Track 12

Anda mungkin juga menyukai