Anda di halaman 1dari 7

BAND 4 :

B4D1E1 :

DESKRIPTOR

-Mengenal pasti mud sedih,riang dan takut BBB : CD lagu KBSR Soalan: Tunjukkan pergerakan yang betul seperti yang ditetapkan mengikut mud lagu yang diperdengarkan ARAHAN : 1. Guru menerangkan padanan mud dan pergerakan seperti berikut: a) Sedih = Peluk tubuh dan tunduk b) Riang = tepuk tangan c) takut = menekup muka dengan tangan 2. Guru perdengarkan lagu a) Kalau anda gembira ( mud riang) b) Selamat Tinggal ( mud sedih) c) Gergasi ( mud takut) 3. Murid melakukan pergerakan yang betul mengikut mud lagu yang diperdengarkan

B4D1E2 -Mengenal pasti tekstur nipis dan tebal BBB : Dua kad Imbasan a) Gambar satu alat perkusi ,b) Gambar beberapa alat perkusi Soalan: Tunjukkan kad imbasan yang betul mengikut tekstur lagu yang diperdengarkan. ARAHAN: 1. Guru menerangkan padanan tekstur dan kad imbasan seperti berikut : a) Tekstur nipis Kad Imbas A b) Tekstur tebal Kad Imbas B 2. Guru perdengarkan lagu instrumental Beethoven. 3. Murid mengangkat dan menunjukkan kad imbasan yang betul pada frasa-frasa yang terdapat tekstur nipis dan tebal.

B4D1E3 -Mengenal pasti dinamik kuat dan lembut

BBB : Lembaran kerja,bunyi guruh dan titisan air

Soalan : Bulatkan gambar yang betul pada lembaran kerja mengikut dinamik bunyi yang diperdengarkan. Arahan : 1. Guru terangkan padanan dinamik dan gambar seperti berikut: a) dinamik kuat bulatkan gambar guruh b) dinamik lembut - bulatkan gambar titisan air 2. Edaran lembaran kerja (3 soalan) 3. Guru perdengarkan tiga bunyi mengikut turutan a) bunyi 1 dinamik kuat b) bunyi 2 dinamik lembut c) bunyi 3 - dinamik kuat 4. Murid mengenal pasti dinamik bunyi yang diperdengarkan dan memilih ( membulatkan) gambar yang betul.

B4D1E4 -Mengecam bunyi pic tinggi,rendah dan pic tengah BBB- Kibod Soalan : Buat pergerakan seperti yang telah ditetapkan mengikut pic pada lagu yang diperdengarkan. Arahan : 1. Guru terangkan pic dan bunyikan tiga pic yang mewakili pic tinggi (Not G) pic rendah (Not C) dan Tengah ( Not E) 2. Guru terangkan pergerakan untuk menunjukkan pic tinggi,tengah,dan rendah iaitu dengan situasi seperti berikut: Kamu sedang berada di bawah pokok rambutan yang buahnya sudah masak ranum sambil memegang sebuah raga. a) Jika terdengar pic tinggi Jengkitkan kaki,petik buah dan masukkan kedalam raga b) Jika terdengar pic rendah tunduk sambil kutip buah dan masukkan kedalam raga c) Jika terdengar pic tengah- ambil buah dalam raga dam makan. 3. Guru perdengarkan muzik demo pada kibod sambil menekan not sama ada not C.E atau G.Pada masa yang sama ,murid melakukan pergerakan mengikut pic yang di perdengarkan.

B4D1E5 -Mengenalpasti warna ton suara dan perkusi BBM : Lembavran kerja,audio suara lembut,suara nyaring,suara serak,bunyi loceng,bunyi kerincing dan bunyi tik-tok. Soalan : Tulis warna ton suara dan perkusi yang diperdengarkan dengan betul. Arahan : 1. Guru terangkan kepada murid supaya mengenal pasti dan menulis warna ton suara dan nama alat perkusi yang diperdengarkan dengan betul. 2. Edaran lembaran kerja. 3. Guru perdengarkan tiga bunyi warna ton suara mengikuti urutan a) bunyi 1 : suara lembut b) bunyi 2 : suara nyaring c) bunyi 3 : suara serak Murid menulis warna ton suara pada tempat kosong dalam lembaran kerja. 4.Guru perdengarkan tiga bunyi warna ton perkusi mengikut urutan: a) bunyi 1 kerincing b) bunyi 2 kayu tik tok c) bunyi 3 loceng Murid tulis nama alat perkusi berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.

B4D1E6 -Melakar grafik menunjukkan tempo cepat dan lambat BBB- Lagu pelbagai tempo,lembaran kerja. Soalan : Dengar lagu yang diperkenalkan.Kenalpasti tempo.Buat lakaran 10 gambar bulatan kecil untuk menunjukkan tempo cepat dan 5 gambar bulatan besar untuk menunjukkan tempo lambat pada lembaran kerja diberi. Arahan : 1. Guru beri penerangan iaitu melakar 10 bulatan kecil untuk menunjukkan tempo cepat dan 5 bulatan besar untuk menunjukkan tempo lambat pada lembaran kerja mengikut no lagu (3-10).Lagu 1 dan 2 adalah sebagai contoh. 2. Edaran Lembaran kerja. 3. Guru perdengarkan lagu satu persatu.Murid dengar dan buat lakaran ( di ulang sehingga lagu ke sepuluh.

B4D1E7 -Mengenal pasti bunyi detik panjang dan pendek. BBB : Buku tulis ,Audio 10 bunyi ( 5 bunyi panjang dan 5 bunyi pendek. Soalan : Tulis simbol not minim untuk bunyi detik panjang dan simbol not krocet untuk bunyi detik pendek yang diperdengarkan. Arahan : 1. Guru perdengarkan murid satu bunyi.Murid kenal pasti dan tulis pada buku latihan Jika bunyi detik panjang ,lukis simbol not minim.Jika bunyi detik pendek ,lukis simbol not krocet. 2. Langkah 1 di ulang sehingga audio yang ke sepuluh. B4D1E8 -Membezakan Ton Suara. BBB :Lagu Satu Malaysia.,lembaran kerja(lirik lagu) Soalan : Bulatkan sama ada P untuk warna ton suara perempuan dan L untuk warna ton suara lelaki di hujung setiap baris lirik lagu pada lembaran kerja diberi berdasarkan lagu yang di perdengarkan. Arahan : 1. Guru beri penerangan kepada murid supaya mendengar dengan teliti lagu duet yang diperdengarkan. 2. Edaran lembaran kerja. (Lirik lagu yang setiap hujung baris ditulis huruf L dan P) 3. Guru perdengarkan lagu.Lagu diberhentikan pada setiap hujung baris lagu . 4. Murid kenal pasti sama ada baris tadi dinyanyikan oleh lelaki ataupun perempuan . Jika lelaki bulatkan L dan jika perempuan bulatkan P. 5.Langkah 3 hingga 4 di ulang-ulang sehingga baris lirik lagu yang terakhir.

B4D2E1 -Bermain perkusi mengikut detik. BBB- Alat-Alat Perkusi (Kastenet.Kayu Tik-Tok) Soalan : Memainkan alat perkusi mengikut corak irama meter 4an Arahan: 1. Guru memperdengarkan contoh corak irama meter 4an. 2. Murid memainkan alat perkusi mengikut detik berdasarkan corak irama yang ditetapkan. 3. Contoh corak irama yang ditetapkan (meter 4an : krocet krocet minim dalam 4 bar)

B4D2E2 -Bermain alat perkusi dengan dinamik BBB- Alat-alat perkusi (Dram Bes,Kerincing), lirik lagu Dan Audio lagu (Ayam Didik) Soalan : Mainkan alat perkusi mengikut dinamik p (piano) dan f ( forte) Arahan : 1.Guru menerangkan pada murid supaya membunyikan alat perkusi mengikut dinamik p(piano) atau f (forte) yang telah ditetapkan dalam lagu oleh guru. 2. Guru memperdengarkan lagu kepada murid. 3. Murid memainkan alat perkusi mengikut kumpulan a) Kumpulan Dram f (forte) b) Kumpulan loceng - p( piano)

B4D2E3 -Bermain perkusi atau menyanyi dinamik kuat atau lembut BBB : CD KBSR ( See Saw) Soalan : Menyanyikan lagu mengikut dinamik kuat atau lembut Arahan : 1. Guru menerangkan pada murid tempat yang perlu dinyanyikan menggunakan dinamik kuat dan lembut. 2. Murid menyanyikan lagu mengikut dinamik yang telah ditetapkan oleh guru. B4D2E4 -Menyebut lirik dengan jelas BBB : CD KBSR Vokal a e i o u Soalan : Nyanyikan lagu pilihan guru dengan sebutan lirik yang jelas. Arahan : 1. Murid membacakan lirik lagu yang di paparkan dengan sebutan yang jelas. 2. Murid menyanyikan lagu tanpa iringan muzik 3. Murid menyanyikan lagu dengan iringan dengan sebutan lirik yang jelas.

B4D2E5 -Bernafas dengan betul pada frasa lagu yang ditetapkan . BBB : Lagu Ibu Engkaulah Ratu Hatiku. Soalan : Nyanyikan lagu mengikut frasa dengan teknik pernafasan yang betul Arahan : 1. Murid membaca lirik lagu mengikut frasa demi frasa dengan bimbingan guru. 2. Murid menyanyikan lagu mengikut frasa demi frasa dengan bimbingan guru. 3. Murid menyanyikan lagu mengikut frasa demi frasa tanpa bimbingan guru. B4D2E6 -Menyanyi bunyi pic tinggi,rendah, dan pic tengah. BBB: Piano Soalan :Bunyikan pic tinggi,rendah dan pic tengah dengan sebutan LA. Arahan : 1. Guru memperdengarkan bunyi pic tinggi,rendah dan pic tengah dengan menggunakan piano. 2. Murid membunyikan pic tinggi,rendah dan pic tengah menggunakan sebutan LA dengan iringan piano.

Anda mungkin juga menyukai