Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN SISTEM PENDAFTARAN ONLINE BERASASKAN MyKAD MESYUARAT AGUNG KOOP JPM TAHUN 2013 I. 1.

TUJUAN Kertas ini bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga KOOP JPM, mengenai perancangan untuk menggunakan Sistem Pendaftaran Online Berasaskan MyKad semasa Mesyuarat Agung KOOP JPM yang dirancang diadakan pada 29 Jun 2013.

II. 2.

LATAR BELAKANG Sepanjang Mesyuarat Agung Koop JPM yang telah dijalan sejak mula dahulu sehingga sekarang ini, sistem pendaftaran kehadiran ahli telah menggunakan cara tradisional iaitu cara manual dengan menyemak senarai keahlian Koop JPM dengan kad pengenalan ahli yang hadir.

3.

Kemajuan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta peningkatan pelaksanaan program pengkomputeran di kebanyakan badan-badan koperasi telah wujud keperluan penggunaan komputer dalam sistem pendaftaran kehadiran secara atas talian (online) dalam mesyuarat-mesyuarat agung atau majlis-majlis yang memerlukan pendaftaran ahli.

III. OBJEKTIF SISTEM 4. Sistem pendaftaran secara atas talian (online) berasasakan MyKad adalah bertujuan untuk:
1

i.

Membantu urusetia pendaftaran mesyuarat agung koperasi dalam penggunaan teknologi dan maklumat dalam usaha

meningkatkan pendaftaran; ii.

produktiviti

melicinkan

kerja-kerja

Meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendaftaran dimana rekod mengenai kehadiran dan bilangan ahli yang hadir dapat dikesan dengan tepat dan cepat; dan

iii.

Menggunakan ICT sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjang tanpa keraguan ahli.

IV. SISTEM PENDAFTARAN KEHADIRAN AHLI SECARA ONLINE 5. Sistem ini dirancang untuk digunakan semasa pendaftaran kehadiran ahli semasa mesyuarat agung dan lain-lain kegiatan yang memerlukan pendaftaran kehadiran. seperti berikut: i. Sistem dan Peralatan: a. b. c. d. e. ii. Sistem Pendaftaran Beraasaskan MyKad Komputer / Notebook MyKad Reader Pencetak Sistem Rangkaian/Network Perkara-perkara yang diperlukan adalah

Ahli perlu membawa Kad Pengenalan untuk pendaftaran

V. 6.

ANGGARAN KOS Perbelanjaan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti seperti yang dinyatakan di para 5 di atas adalah dianggarkan sebanyak RM50,000.00 seperti dilampirkan.

VI. PENUTUP 7. Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga KOOP JPM.

Lampiran A 1. Sistem ( versi sekuriti) lesen 2. Mykad Reader 3. 4 jam latihan(termasuk, setup, install,testing) Anggaran Kos RM 500 x 2 = RM 250 x 2 = 1000 500

RM 300 x1 = 300 -------------RM1,800 ========

Anda mungkin juga menyukai