Anda di halaman 1dari 2

Zikir dan Doa Hari Asyura (dibaca selepas

menunaikan Fardhu Asar pada Hari Asyura) :


)ZIKIR (dibaca 70 kali




Cukuplah aku hanya ALLAH itulah sahaja sebaik-baik tempat berserah, dan
sebaik-baik tuan dan sebaik-baik yang menolong

)DOA (dibaca 7 kali

Segala puji itu bagi ALLAH Tuhan pentadbir seluruh alam dan
semoga ALLAH mencucuri rahmat dan sejahtera atas penghulu
kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat
baginda sekelian. Maha Suci ALLAH sepenuh timbangan (Mizan
di Hari Qiamat). Sejauh-jauh pengetahuan, sehabis-habis redha,
seberat Arash, tiada tempat berlindung, tiada tempat selamat
daripada azab seksa ALLAH, melainkan hanya kepada ALLAH.
Maha Suci ALLAH sebilangan angka genap dan ganjil, sebesar
bilangan kalimah-kalimah (perintah) ALLAH yang sempurna
sekeliannya. Aku bermohon kepadaMU Ya ALLAH akan selamat
sejahtera, mohon limpah rahmatMU jua Wahai Tuhan sebaik-baik
yang mengurniakan rahmat. Tiada daya dan tiada upaya
melainkan dengan kehendak ALLAH Tuhan yang Maha Tinggi
lagi Maha Besar. Dialah yang mengira-ngira aku, dan sebaik-baik
tempat berserah, sebaik-baik tuan dan sebaik-baik yang
menolong. Barang dicucuri rahmat dan sejahtera apalah kiranya
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan
sahabat-sahabat baginda sekelian.
Amin

Anda mungkin juga menyukai