Anda di halaman 1dari 1

Sekolah Menengah Montfort Peperiksaan Lisan BAHAGIAN B : PERBUALAN Peringatan: (i) Dapatkan kedua-dua penerangan dan respons peribadi

daripada calon dengan menggunakan rangsangan utama/topik yang diberikan. (ii) Gunakan rangsangan tambahan yang diberikan jika perlu. Ungkapkan rangsangan tambahan tersebut dengan cara yang berbeza jika perlu. ____________________________________________________________________ Bahagaian 1 : Perbualan berdasarkan gambar Rangsangan utama Ceritakan gambar yang disediakan dan berikan pendapat kamu mengenainya. Rangsangan tambahan Apakah yang dilakukan oleh orang-orang di dalam gambar ini? Jika kamu salah seorang daripada mereka, apakah perasaan kamu mengambil bahagian dalam aktiviti ini? Mengapa? Jelaskan manfaat yang dapat diraih melalui perbuatan yang dipaparkan.

Bahagian 2 : Perbualan berdasarkan topik Pentingnya hidup berjiran Rangsangan tambahan Cerita serba sedikit tentang jiran kamu. Berikan contoh-contoh perbuatan yang boleh merosakkan hubungan antara jiran. Apakah yang boleh dilakukan untuk memperbaik hubungan antara jiran? Pada pendapat kamu, mengapakah jiran penting?

Anda mungkin juga menyukai