Anda di halaman 1dari 9

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

1.0

Penyakit-penyakit Berkaitan

Merujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, berikut adalah antara kawalan penyakit yang dijalankan. Antaranya adalah seperti: I. II. III. IV. V. Kawalan penyakit berjangkit Kawalan penyakit bawaan vektor Kawalan penyakit leprosy dan tuberculosis Kawalan penyakit berjangkit melalui seks / AIDS Kawalan penyakit tidak berjangkit

1.1

Kawalan penyakit berjangkit

Objektif untuk program kawalan penyakit adalah untuk mengurangkan morbidity dan mortality penyakit samada berjangkit atau tidak berjangkit melalui system pemantauan penyakit yang cekap serta berkesan dan mempertingkakan

penyiasatan, diagnose, rawatan dan kawalan penyakit tersebut.

Objektif Umum Membuat pemantauan kejadian penyakit berjangkit terutama penyakit bawaan makanan dan air, penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui suntikan (immunisable disease), penyakit timbul dan timbul semula (REIDS) yang berlaku di Sarawak khasnya, di negara ini dan juga di seluruh dunia supaya dapat memberi maklumat dengan cepat dan tepat agar dapat mencari penyelesaian atau menilai strategi-strategi kesihatan awam untuk mengenalpasti ancaman dan mengambil langkah untuk mengawal perebakannya.

Objektif Khusus I. Selaku perantara di antara pejabat-pejabat kesihatan bahagian dan daerah, hospital, agensi-agensi lain dan juga kementerian dalam menyebarkan maklumat, polisi dan apa-apa perkara yang perlu dibentangkan. II. Mewujudkan satu sistem pemantauan bagi penyakit berjangkit dan

menjalankan langkah-langkah intervensi dengan cepat dengan menyalurkan maklumat dengan cepat dan tepat. III. Mengurangkan kejadian kes penyakit berjangkit ke suatu tahap yang paling minima dengan mencari penyelesaian dan merangka strategi-strategi kesihatan awam
1

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

IV. V.

Mengurangkan kekerapan dan jangkamasa wabak kes penyakit berjangkit Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kejadian sesuatu penyakit berjangkit dan cara pencegahannya melalui program pendidikan kesihatan

Seksyen ini diketuai oleh Pakar Kesihatan Awam UD54 dengan Pakar Kesihatan Awam UD52, DUA orang Pegawai Kesihatan Persekitaran U42, dan disokong oleh DUA orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32 serta TUJUH orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29; seorang pembantu tadbir N17 dan seorang pemandu kenderaan bermotor.

Aktiviti dalam unit ini termasuk : I. i. ii. iii. Pemantauan penyakit yang perlu di notifikasi Pemantauan penyakit bawaan makanan dan air Pemantauan penyakit boleh cegah melalui vaksinasi Pemantauan Penyakit Zoonotik

II. III.

Pemantauan penyakit muncul dan muncul semula Kesihatan antarabangsa

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

1.2 Pengenalan

Kawalan penyakit bawaan vektor

Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor di Sarawak terdiri daripada pelbagai pelan strategik dan program yang dianjurkan untuk pembasmian kawalan dan pencegahan insiden dan kematian yang disebabkan olen penyakit malaria, filariasis, demam denggi dan demam denggi berdarah, chikungunya, Japanese ensefalitis (JE), tifus hutan, hawar dan demam kuning. Secara amnya, objektif RKPBV adalah untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit bawaan vektor supaya penyakit-penyakit ini tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam di negeri Sarawak. Objektif khusus program RKPBV untuk pelbagai penyakit berkaitan adalah seperti berikut: I. II. III. IV. V. Untuk membasmikan penyakit malaria menjelang 2017 Untuk membasmikan penyakit filariasis menjelang 2018 Untuk mengurangkan insiden penyakit dan kematian akibat demam denggi Untuk mengelakkan penyebaran dan wabak penyakit chikungunya Untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti penduduk berisiko kepada penyakit JE VI. VII. VIII. Untuk mengurangkan morbiditi penduduk berisiko kepada penyakit tifus hutan Untuk mengelakkan kemasukan semula penyakit hawar Untuk mencegah pengimportan penyakit demam kuning

Situasi Semasa Penyakit Malaria dan Demam Denggi adalah dua jenis penyakit bawaan vektor yang paling penting yang secara tradisinya menyumbang kepada morbiditi dan mortaliti yang tinggi di negeri Sarawak. Pada tahun 2012, sejumlah 1,571 kes dengan tiga kematian akibat malaria dan 1,519 kes dengan satu kematian akibat demam denggi dilaporkan. Penyakit-penyakit bawaan vektor lain yang dilaporkan pada tahun 2012 adalah empat puluh satu (41) kes filariasis, dua belas (12) kes Japanese enchepalitis, dua (2) kes chikungunya dan tiada kes penyakit tifus hutan. Tiada kes penyakit hawar dan penyakit demam kuning telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak sepanjang tahun lepas.

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

Jadual berikut menunjukkan bilangan kes penyakit-penyakit bawaan vektor yang dilaporkan di negeri Sarawak selama tiga tahun yang lepas dari 2009 hingga 2012..

Jernis Penyakit Malaria

Kes/Kematian 2009 2010 Kes 2,158 2,802 Kematian 8 5 Kes 4,564 4,240 Dengue Kematian 7 14 Kes 3 4 J. Encephalitis Kematian 1 0 Kes 83 0 Filariasis Kematian 0 0 Kes 2,502 550 Chikungunya Kematian 0 0 Kes 1 0 Scrub Typhus Kematian 0 0 Note: Tiada kes penyakit hawar dan demam kuning dilaporkan

2011 1,761 2 974 0 9 2 10 0 6 0 1 0

2012 1,571 3 1,519 1 12 1 41 0 4 0 0 0

Perbandingan bilangan kes yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-14 tahun 2013 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2011 dan pada tahun 2012 adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jernis Penyakit Malaria Demam Denggi J. Enchepalitis Filariasis Chikungunya

ME 1-14, 2011 566 333 1 1 1

ME 1-14, 2012 392 286 1 8 2

ME 1-14, 2013 243 538 3 9 1

1.3

Kawalan penyakit leprosy dan tuberculosis

Pengenalan dan Sejarah Rawatan Penyakit Tibi. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Diketahui sejak 2400 sebelum masihi. 1882 Robert Koch menemui kuman Mycobacterium TB 1895 - X ray ditemui 1921- BCG digunakan kepada manusia 1949- streptomycin, p-aminosalicylic acid (PAS) 1952 isoniazid 1954-pyrazinamide 1962-Ethambutol 1963-Rifampicin

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

Fakta Global Penyakit Tibi i. Epidemik Tibi dan respon

Penyakit Tibi (TB) boleh berjangkit melalui udara. Ia merupakan penyakit penduduk yang berpendapatan rendah yang menjangkiti orang dewasa yang masih aktif. 95% kematian akibat TB adalah di negara membangun. 3,800 kematian akibat TB di seluruh dunia setiap hari Pada tahun 2009, 9.7 million kanak-kanak menjadi yatim piatu oleh kematian akibat TB. Kematian di kalangan wanita dalam lingkungan umur 15-44 tahun pada tahun 2010 adalah nombor tiga tertinggi. 320,000 orang wanita mati akibat Tibi pada tahun 2010. Secara global, 87% pesakit berjaya di rawat sehingga sembuh pada tahun 2009.

Latar belakang program Di lancarkan pada tahun 1961. Bertujuan untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan masalah Tibi. Program adalah berbentuk vertikal. Berpusat di PTN (NTBC). Pengarah PTN bertindak sebagai ketua program. Penyelarasan di peringkat negeri oleh Pasukan Pengurusan Tibi negeri (State TB Managerial Teams)

Polisi Berkaitan Program i. ii. Membuat notifikasi kes mengikut tempat tinggal semassa pesakit Memberi rawatan regim anti-tibi kepada pesakit mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. iii. iv. v. vi. vii. Membuat saringan TB ke atas semua pesakit HIV Membuat saringan HIV ke atas semua pesakit TB Membuat saringan TB ke atas semua pesakit Diabetes. Saringan kontak Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakt Berjangkit, Akta 342 viii. ix. Propilaxis INH untuk esakit HIV HAART untuk pesakit TB/HIV

Objektif Program TB i. ii. Tibi tidak lagi tersenarai dalam 10 penyebab kematian utama Kadar kematian kurang drpd kurang dari 3 per 100,000 penduduk
6

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

iii. iv.

Kadar prevalens kes Tibi yang infeksus kurang drpd 1 per 1,000 penduduk Risiko jangkitan Tibi kurang daripada 1% setahun

1.4 Pengenalan

Kawalan penyakit berjangkit melalui seks/AIDS

Seksyen AIDS/STI adalah di antara beberapa Seksyen/Unit di

bawah Bahagian

Kesihatan Awam JKN Sarawak. Program Kawalan dan Pencegahan AIDS/STI di Negeri Sarawak telah bermula semenjak tahun 1985 dimana ujian saringan ke atas setiap unit darah yang didermakan . Jawatankuasa Teknikal AIDS Negeri Sarawak telah telah dibentuk pada tahun 1991 bagi menyemak segala polisi berkaitan serta membentuk strategi dan aktiviti bagi kawalan dan pencegahan penyakit AIDS/STI .

Sejarah Penubuhan Seksyen AIDS/STI JKN Sarawak telah terbentuk dengan rasminya pada tahun 1994 , dimana jawatan Pegawai Kesihatan AIDS/STI telah diluluskan untuk semua negeri. Dengan adanya Seksyen ini maka aktiviti telah dapat dijalankan dengan lebih lancar dan teratur.

Strategi Lima strategi telah dikenalpasti dalam perlaksanaan segala aktiviti Program Pencegahan dan Kawalan AIDS/STI iaitu : I. II. III. IV. V. Survelan Pencegahan Penjagaan Kesihatan Latihan Penyelidikan

Objektif Seksyen AIDS/STI Terdapat lima objektif utama yang meliputi : I. II. III. IV. Mencegah transmisi dan penularan jangkitan HIV dan penyakit kelamin (STI) Mengurangkan insiden penyakit HIV/AIDS dan STI Mengurangkan morbidit dan kesengsaraan kepada mereka yang dijangkiti Mengurangkan impak HIV/AIDS ke atas individu, keluarga dan masyarakat

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

V.

Mewujudkan kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai

agensi kerajaan

serta bukan kerajaan dalam usaha menangani penyakit HIV/AIDS dan STI

Perkhidmatan yang disediakan Antara perkhidmatan yang disediakan adalah: I. Saringan HIV secara sukarela dan tanpa nama, pra perkahwinan, dikalangan ibu mengandung (PMTCT), di Penjara, Depo Tahanan dan PUSPEN serta bagi kes TB dan penyakit kelamin. II. Perkhidmatan kaunseling sebelum dan selepas ujian serta kaunseling bagi rawatan ARV. III. IV. V. VI. Notifikasi kes HIV/AIDS dan penyakit kelamin serta menjalankan siasatan kes Rawatan bagi kes HIV/AIDS dan penyakit kelamin Promosi serta pendidikan kesihatan. Program pencegahan dan kawalan AIDS melalui Program Pengurangan kemudaratan.

Gambar-gambar Aktiviti

PKE 3104 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

2013

1.5

Kawalan penyakit tidak berjangkit

Seksyen Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit memainkan peranan yang amat penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit yang menjadi bebanan di Negeri Sarawak. Program kita adalah merangkumi aktiviti bagi memperkukuhkankan program yang sedia ada dan pelaksanaan berbagai program baru yang baru saja diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa. Aktiviti saringan faktor risiko penyakit kardio vascular, program kawalan penyakit diabetes, program pencegahan kebutaan dan kesihatan mental masih lagi merupakan focus utama. Walau bagimanapun program baru seperti Program NCD 1 Malaysia yang lebih menfokuskan penyertaan masyarakat dalam memperkasakan diri bagi pencegahan penyakit tidak berjangkit telah mendapat sambutan yang luar biasa.

Seksyen ini di kendalikan oleh 7 anggota yangyang terdiri dari perbagai disiplin, diketuai oleh Dr. Hashimah Bt. Basri selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan. Anggota kesihatan lain yang melaksanakan program ini adalah terdiri dari 2 orang Penolong Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, seorang Ketua Jururawat, seorang Pembantu Rekod Perubatan dan seorang Pembantu Tadbir.

Anda mungkin juga menyukai