Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT, TERENGGANU

JABATAN KAJIAN SOSIAL UNIT PENGAJIAN MUZIK

TAJUK TUGASAN :

SKOR DAN PERKUSI

DISEDIAKAN OLEH:

AZIZAH BINTI DIN MAISARAH BINTI ABDUL RAZAK NOORDIANA BINTI IBRAHIM ZALIFAH BINTI MOHD RAZALI

771122-11-5304 830819-11-5010 820407-11-5488 770106-11-5086

UNIT :

KPLI-KDC-PRASEKOLAH (YIT)

DISEDIAKAN UNTUK:

EN. MOHD ROZLAN BIN ISMAIL

PENDAHULUAN

Permainan perkusi dalam tugasan ini merupakan perkusi asas untuk prasekolah. Permainan perkusi untuk prasekolah adalah di dalam komponen Kreativiti dan Estetika, yang mana di dalam komponen ini, guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni. Antara alat-alat perkusi asas ini ialah dari jenis ketukan seperti Kayu Tik Tok, Kastanet, Kerincing, Dram Samping dan Dram Tenor. Manakala jenis gesekan adalah seperti Simbal, dan jenis goncangan pula seperti Loceng dan Tamborin. Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul. Murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar menunggu giliran mengikut skor, menyebut, menepuk dan mengetuk bersama-sama. Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan. Memulakan dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik. Alat-alat perkusi untuk prasekolah ini dibahagikan kepada beberapa warna ton seperti bunyi ringan, bunyi berat, bunyi lanjut dan bunyi tidak lanjut (padat). Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciriciri yang tersendiri. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Penggunaan skor ikonik adalah untuk mengantikan notasi dan biasanya digunakan di peringkat awal pengajaran dan pembelajaran dalam permainan perkusi.

REFLEKSI

Setelah mempelajari permainan perkusi dan skor ikonik, kami rasa begitu teruja kerana mendapat pengalaman baru dalam menghasilkan sendiri lagu dengan menggunakan pelbagai alat perkusi. Setelah mengaplikasi sendiri apa yang telah dipelajari, kami mendapati bahawa pemilihan alat perkusi yang sesuai dapat menghasilkan bunyi yang lebih menarik. Pengetahuan dalam warna ton juga penting kerana ia akan membantu kita dalam membuat pemilihan alat perkusi yang sesuai untuk sesebuah lagu. Kesan bunyi yang berlainan menunjukkan perbezaan dalam penggunaan alat perkusi. Alat perkusi yang menghasilkan bunyi yang ringan dan padat sesuai digunakan sebagai mewakili melodi dan detik. Manakala alat perkusi yang menghasilkan bunyi yang berat sesuai digunakan untuk mewakili tekanan. Jadi secara tidak langsung ini membolehkan kami mempelbagaikan penggunaan alat dengan menggunakan apa yang ada di sekeliling bagi menghasilkan bunyi lagu lebih menarik. Selain itu ia mengajar kami supaya berdisiplin dan bekerjasama serta lebih fokus. Kami juga dapat merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra. Bagi memudahkan untuk membuat perbezaan dalam menggunakan alat perkusi, skor ikonik digunakan untuk menggantikan notasi. Skor ikonik yang diaplikasikan mengikut sukukata lirik lagu memudahkan kami dalam membuat sesuatu persembahan yang menarik, Kami berasa begitu bertuah kerana dapat memahami dan mengaplikasi sendiri penggunaan alat perkusi dalam beberapa buah lagu. Seterusnya membolehkan kami mengaplikasikannya di pra sekolah masing-masing. Kami begitu berterima kasih kepada pensyarah yang telah mengajar kami dengan jayanya. .

PENUTUP Cara penggunaan alat yang betul pada masa yang tepat membantu dalam menjadikan proses P & P lebih berkesan. .Pemilihan lagu dan pemilihan gabungan alat perkusi yang sesuai dapat menghasilkan bunyi yang lebih menarik dan sedap didengar. Oleh itu, guru seharusnya tahu dan faham akan kelebihan setiap alat perkusi yang digunakan. Guru juga harus kreatif dalam mempelbagaikan alat perkusi dengan menciptanya sendiri. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat akan menjayakan lagi sesuatu persembahan itu.

Anda mungkin juga menyukai