Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1 500g batu dan 500g kapas, yang manakah lebih berat?

Jawapan murid 500g batu lebih berat.

Sebab berlakunya masalah Masalah ini berlaku kerana murid terpengaruh oleh pengalaman sedia ada mereka bahawa batu lebih berat daripada kapas.

Cara mengatasi Guru membawa alat penimbang, batu dan kapas. Guru membimbing murid menimbang 500g batu dan 500g kapas. Guru memberitahu murid bahawa walaupun seunit batu lebih berat daripada seunit kapas, tetapi 500g batu sama berat dengan 500g kapas.

Soalan 2 Apakah jisim buah-buahan yang ditunjukkan?

Jawapan sebenar 0.8kg

Jawapan murid 1.2 kg

Sebab berlakunya masalah Masalah ini berlaku kerana murid ternampak bacaan 1kg berdekatan dengan jarum penunjuk. Mereka akan membaca 1kg terlebih dahulu lalu tambah dengan 0.2kg.

Cara mengatasi Guru mengangkat semua buah-buahan di atas alat penimbang. Jarum penunjuk akan menunjuk 0kg. Guru meletakkan buah-buahan ke atas alat penimbang semula dan meminta murid memerhatikan gerakan jarum. Guru mengingati murid cara membaca skala.

Soalan 3

20kg + 1.6kg = ? kg

Jawapan sebenar 2 1 . 6 kg

Jawapan murid 20 + 1.6 3.6 kg kg kg

Sebab berlakunya masalah Murid sebenarnya membuat kesilapan semasa menambahkan nombor bulat dan perpuluhan dan tidak faham tentang konsep.

Cara mengatasi Guru mengedarkan kertas berpetak dan menggalakkan murid menulis nombor dan titik perpuluhan seperti berikut: 2 + 2 0 1 1 0 6 6 kg kg kg

Guru mengingati murid bahawa jika jisim 20kg ditambah lagi 1.6kg, jumlahnya akan lebih daripada 20kg. Soalan 4

4kg800g + 3kg300g= ______kg______g

Jawapan sebenar 8kg100g

Jawapan murid 7kg1100g

Sebab berlakunya masalah Murid terus nambah kg dengan kg, dan g dengan g. Murid mungkin tidak sedar bahawa 1000g kena tukar kepada 1kg dalam proses penambahan.

Cara mengatasi Guru menunjukkan cara menyelesaikan masalah dan mengingati murid jika jawapannya merangkumi 2 jenis unit, dan jawapan bagi g melebihi 1000, mesti ditukar kepada kg. 4kg + 3kg 7kg 800g 300g 1100g

+ 1kg -1000g 8kg 100g

Anda mungkin juga menyukai