Anda di halaman 1dari 6

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

Topik 6 Penukuran Kecergasan Fizikal 2 6.1 Pengukuran Kardiovaskular Carrol (1994) - kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang (kecergasan aerobic), Matlamat - seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu. Objektif : a. Ke arah kecergasan seumur hidup; b. Memahami cara-cara mengukur komponen kecergasan diri; dan c. Melahirkan minat terhadap kecergasan diri yang optima. Fungsi : a. Menaikkan kapasiti fizikal untuk berkerja pada semua peringkat umur; b. Menurunkan kadar obesiti dan masalah yang berkaitan dengan obesiti; c. Mengurangkan risiko penyakit coroneri arteri dan stroke; d. Mengurangkan risiko menghidap diebetes; e. Dapat membantu di dalam pengurusan stres dan kemurungan; f. Dapat memberi persediaan daripada segi fizikal dan mental. Berikan jenis Pengukuran Kardiovaskular/Bateri Ujian a. Ujian Larian 1 Batu / 1.5 batu -mengukur tahap kecergasan kardiovaskular b. Ujian 12 minit dan 9 minit Larian ( AAHPERD 1980 ) -mengukur tahap kecergasan fizikal c. 3 Batu Jalan Kaki Cooper 1982 - mengukur tahap kecergasan kardiovaskular d. 12 minit Ujian Berenang Cooper -mengukur tahap kecergasan kardiovaskular 6.2 Pengukuran Komposisi Tubuh Badan Matlamat dan Obj: a. Satu perangsang penting mengetahui kandungan lemak badan b. Membantu menyelesaikan masalah kegemukan c. Mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya diabeties Fungsi: a. Untuk memperkembangkan kecergasan fizikal yang sempurna pada semua orang; b. Untuk memantau perkembangan pembangunan otot-otot dan jumlah lemak badan yang hilang hasil daripada bersenam; c. Untuk menyediakan data untuk rawatan kepada masalah obesiti dan memberi kaunseling tentang pemakanan; d. Untuk menggambarkan perubahan yang berlaku pada tubuh badan berpunca daripada pertumbuhan tubuh badan, pembangunan tubuh badan, kematangan dan faktor usia; e. Ia juga dilihat sebagai satu alat untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet. Berikan jenis Pengukuran Komposisi Tubuh Badan/Bateri Ujian a. Menimbang Badan di dalam air- mengukur tahap komposisi badan b. Ujian Lipatan Kulit mengukur lemak di badan Perempuan Ukuran Triceps,Suprailium, Perut ( Abdomen ) Lelaki Bahagian Dada,Bawah Bahu, bahagian Paha 6.3 PENGUKURAN LIPATAN KULIT ATAU SKIN FOLD Prosedur bagi pengukuran profil lipid yang betul: a. Kesemua ukuran hendaklah diambil daripada bahagian sisi badan; b. Caliper hendaklah diletakkan 1 cm daripada jari. Pastikan caliper dipegang dengan posisi bersudut tepat dengan bahagian kulit yang hendak diukur; c. Cubitan perlu dikekalkan semasa mengambil bacaan caliper; d. Sebelum mengambil bacaan caliper, tunggu 1 hingga 2 minit dan tidak lebih daripada itu; e. Ambil 2 bacaan untuk setiap bahagian, dan lakukan sekali lagi jika ukuran tidak dalam skala 1 hingga 2 mm; dan f. Sekiranya ingin mengulangi ujian ini, berikan masa bagi kulit untuk kembali ke tekstur asal sebelum melakukannya semula. Topik 7 Pengukuran Lakuan Motor 1 7.1 Pengukuran Kuasa Konsep: kebolehan yang berupaya memaksimumkan daya dengan mengambil masa yang minimum Matlamat:Kuasa individu dalam olahraga dan kuasa kerja Obj: kebolehan untuk menghasilkan daya yang maksimum dalam masa yang singkat

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

Fungsi Ujian dan Pengukuran Kuasa Kuasa selalunya dianggap sebagai ciri-ciri untuk menjadi atlet yang bagus, tetapi ia selalunya memerlukan keupayaan kuasa apabila melakukan aktiviti seharian. Oleh kerana itu, ia tidak dianggap menjadi komponen yang mustahak dalam kesihatan dan kecergasan fizikal. Kadangkala, penglibatan dalam sukan senggangan akan meningkatkan kuasa mereka dalam persembahan sukan. Berikan jenis Pengukuran Kuasa/Bateri Ujian a. Lompatan Menegak ( Sargent 1921 )- mengukur kuasa kaki b. Lompatan Berdiri Penuh AAHPERD - mengukur kuasa kaki 7.2 Pengukuran Ketangkasan Konsep: kebolehan untuk kerap kali bertukar kedudukan dan arah badan. 3 jenis: Larian menukar arah Menukar kedudukan badan Menukar arah bahagian badan Matlamat: - mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus Obj:- peningkatan ketangkasan dalam persekitaran pembelajaran Fungsi : Koefisien objektiviti dan norma-norma tidak dilaporkan bagi kesemua ujian. Norma-norma boleh ditingkatkan untuk mencapai keperluan anda yang lebih spesifik. Untuk memperolehi keputusan yang konsisten dan tidak berbeza-beza, ujian ketangkasan hendaklah dilakukan di atas permukaan yang tidak licin dan kesemua individu hendaklah memakai kasut yang sesuai.. Berikan jenis Pengukuran Ketangkasan/Bateri Ujian a. Larian Boomerang Kekanan -mengukur ketangkasan berlari b. Larian Kesisi mengukur ketangkasan , ketahanan dan kelajuan pergerakan bahagian sisi c. Larian Zigzag Barrow ketangkasan semasa berlari dan mengubah arah 7.3 Pengukuran Imbangan Konsep: kebolehan untuk mengekalkan equilibrium menentang daya gravity Imbangan static kebolehan untuk mengekalkan equilibrium Imbangan dinamik- kebolehan untuk mengekalkan equiliebrium sementara dalam gerakan Matlamat: mengenal pasti individu yang mempunyai masalah keseimbangan Obj: diperlukan untuk keseimbangan sukan dan melakukan aktiviti harian Fungsi Ujian dan Pengukuran Keseimbangan Ujian keseimbangan diklasifikasikan dalam statik atau dinamik. Rumusan ujian tersebut adalah praktikal, tidak mahal untuk dilakukan dan memuaskan kedua-dua jenis jantina yang melakukannya. Berikan jenis Pengukuran Imbangan/Bateri Ujian a. Ujian Imbangan Statik ( Johnson dan Nelson ) - mengukur keseimbangan yang tidak bergerak sambil berat badan ditampung atas tapak kaki yang dominan. b. Ujian Kayu Bass ( Kaedah Kepanjangan ) mengukur keseimbangan apabila berat badan ditampung di atas kaki c. Ujian Kayu Bass ( Kaedah Silang ) d. Ujian Keseimbangan Dinamik- mengekalkan kesimbangan semasa pergerakan dan semasa mendarat dari lompatan Topik 8 Pengukuran Lakuan Motor 2 8.1 Pengukuran kepantasan dan masa tindak balas Konsep: Kepantansan -kebolehan untuk melaksanakan pergerakan dalam jangka masa yang pendek. Kelajuan masa tindak balas dan masa bergerak Kepantasan = jarak langkah x kekerapan melangkah Def: masa tindak balas masa yang diambil untuk reaksi terhadap yang mendorong (stimuli) Fungsi: a. Mengukur kemampuan atlet melakukan sesuatu pergerakan atau mengatasi sesuatu jarak dalam jangka masa singkat atau kemampuan otot-otot menguncup dengan pantas. b. Meningkatkan tahap kemahiran dengan menghasilkan satu gerak kerja yang efisien. c. Dapat membantu dalam pencapaian kecergasan keseluruhan (total fitness). Berikan jenis Pengukuran Kepantasan dan Masa TindakBalas/Bateri Ujian a. Kepantasan Pecut 40 Meter- mengukur kelajuan memecut

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

Peralatan: Jam randik dan penanda untuk lorong larian pada jarak 40 m. Kawasan: Padang atau permukaan rata yang kering berjarak 60-80 m. Tanda garisan permulaan dan penamat. Prosedur: Peserta bersedia dengan kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. Penguji memberi isyarat sedia, lari di samping melepaskan tangan yang diangkat sebelum itu. Masa dimulakan oleh seorang penguji yang lain di garisan penamat dan berhenti apabila peserta melepasi garisan penamat. Dua percubaan diberikan dengan masa terpantas diambil. b. Ujian Masa Respon Nelson dengan Tangan Peralatan: Alat masa respons Nelson. Prosedur: Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan atas lengan kerusi. Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2.5cm) bersedia untuk menangkap alat pengukur tersebut. Lihat Rajah 8.2. Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada zon tumpuan yang ditandakan pada hujung alat pengukur. Alat itu digantung dengan jarak hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk peserta. Isyarat sedia diberikan oleh penguji sebelum melepaskan alat itu untuk ditangkap oleh peserta dengan ibu jari dan jari telunjuk. Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh penguji untuk mengelakkan peserta meramal dan bertindakbalas terhadap jatuhan alat itu. 20 percubaan diberikan dengan 5 masa terpantas dan 5 masa terlambat disingkirkan. 10 masa yang lain dijumlahkan dan dibahagikan dengan 10 untuk mendapat purata masa. c. Ujian Masa Respon Nelson dengan Kaki respon kaki 8.2 Pengukuran Kemahiran Sukan Objektif ujian kemahiran sukan i. Mempertingkat dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan. ii. Meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakan dengan tepat. Ini adalah unsur utama dalam sukan, iaitu perlaksanaan kemahiran dengan cara berkesan. iii. Memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap pelbagai kemahiran sukan. b. Fungsi ujian dan pengukuran kemahiran sukan i. Ujian kemahiran dapat menentukan kekuatan dan kelemahan murid. Dengan ini, guru dapat membuat atau mengubah perancangan objektif pembelajaran. Ia juga membantu mengenalpasti murid-murid yang memerlukan perhatian yang lebih bagi menguasai kemahiran sukan. ii. Ujian kemahiran sukan juga dapat memberi motivasi kepada murid-murid bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam sesuatu kemahiran sukan. Cabaran untuk mengatasi skor sendiri lebih memberi motivasi dan kepuasan daripada mengatasi skor orang lain. iii. Semasa melakukan ujian, murid juga sebenarnya sedang melakukan latihan bagi kemahiran dalam sukan tersebut. iv. Keputusan ujian atau maklumat berkaitan ujian dapat menunjukkan kepada pentadbir, ibubapa dan orang ramai tentang objektif dan nilai Pendidikan Jasmani itu sendiri. Berikan jenis Pengukuran Kemahiran Sukan/Bateri Ujian a. Badminton mengukur kemahiran membuat servis secara tepat b. Bola Keranjang AAHPERD- mengukur kemahiran mengelecek bola c. Bolasepak mengukur koordinasi kaki melalui mengelecek bola d. Menimbang Bolasepak e. Bola tampar membuat servis 8.3 Penukuran pergerakan dan ritma -meningkatkan kecergasan dan menyeronokkan Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas, iaitu pergerakan lakomotor, pergerakan bukan lakomotor dan pergerakan manipulatif. Pergerakan lakomotor memerlukan individu itu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Manakala pergerakan bukan lakomotor tidak melibatkan perubahan tempat di mana pelaku tidak mengubah dasar yang menyokong pelaku pergerakan. Kemahiran manipulatif pula melibatkan kemahiran asas sukan di mana pelajar sering menggunakan alatan seperti apparatus reben, tali, belantan, bola, dan gelung. Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut: a. Melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan menggunakan alatan yang sesuai. b. Satu cara bagi meningkatkan tahap kardiovaskular seseorang. c. Ia dapat mengurangkan berat badan, mengekalkan bentuk badan pada tahap terbaik dan meningkatkan keyakinan diri. d. Aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya stres. Fungsi ujian dan pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut:

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

a.

b. c. d.

Menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan ko-operatif dengan menekankan tiga konsep. Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan dan penglibatan aktiviti pelajar secara langsung. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan kecergasan untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan. Mengenalpasti kemampuan tahap kemampuan dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.

Berikan jenis Pengukuran Pergerakan dan Ritma/Bateri Ujian a. Lompat Setempat ( Ritma Sekata ) menilai ketangkasan, imbangan dinamik dan koordinasi b. Kemahiran Melontar menilai kemahiran manipulatif Topik 9 Pengukuran Lakuan Motor 3 9.1 Pengukuran Persepsi Motor Konsep : menguji kebolehan kanak-kanak menyatukan maklumat pancaindera dengan pengalaman untuk membuat keputusan Matlamat: komponen persepsi lebih tepat Obj: sebelum ujian rasmi terhadap kurang upaya biasakan diri dengan bentuk / cara lakuan motor asas Fungsi Ujian dan Pengukuran Persepsi Motor Persediaan jenis penilaian mungkin menghindarkan masalah semasa melakukan penilaian secara rasmi. Kebanyakan ujian pesepsi motor boleh didapati dengan mudah, tetapi hanya tiga sahaja dilakukan sebagai contoh untuk digambarkan jenis-jenis komponen ujian yang mungkin dimasukkan ujian persepsi motor. Berikan jenis Pengukuran Persepsi Motor / Bateri Ujian a. Tinjuan Persepsi Motor Purdue - tinjauan Had umur: 6 hingga 10 tahun. Peralatan: Borang pencapaian gambaran, papan hitam, kapur, kayu pengukur, penlight. Bahagian ujian: i. ii. iii. iv. v. Keseimbangan dan posisi badan. Berjalan ke hadapan, ke belakang dan ke sisi di atas papan berjalan dan lakukan tugasan seperti lompatan, loncatan dan langkauan sambil mengekalkan keseimbangan. Gambaran badan dan perbezaan. Mengenalpasti bahagian badan, peniruan pergerakan dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti rintangan. Pertandingan persepsi motor. Lukis bulatan dan garisan di atas papan hitam dan lakukan lapan bentuk tulisan yang berbeza-beza. Kawalan okular (berkaitan mata). Tugasan pengejaran mata melibatkan pergerakan mata seseorang dan pergerakan mata dengan serentak. Borang persepsi. Lukiskan kepelbagaian bentuk geometrik di atas sehelai kertas.

b. Tinjauan Persepsi Motor Ayres Southern California memahami arahan mudah Had umur: 4 hingga 8 tahun. Peralatan: Jam, meja, kerusi. Bahagian ujian: i. Peniruan posisi badan. Tiru 12 posisi badan yang akan ditunjukkan oleh pengajar. ii. Lakukan lintasan garisan tengah badan. Tandakan atau sentuh, telinga atau mata yang di lakarkan, menggunakan tangan kanan atau kiri. iii. Koordinasi dua hala motor. Gunakan tapak tangan untuk menyentuh paha dengan pergerakan berirama. iv. Perbezaan kiri dan kanan. Mengenalpasti sendiri kiri dan kanan bagi pelajar yang lain atau kepelbagaian objek. v. Keseimbangan berdiri dan mata dibuka. Kekalkan keseimbangan sementara berdiri di atas sebelah kaki, kemudian tukar kepada kaki satu lagi. Keseimbangan diambil bagi setiap kaki. vi. Keseimbangan berdiri dan mata tutup. Sama seperti bahagian (v), melainkan mata mestilah ditutup. c. Tinjuan Persepsi Motor Andover - mengukur bahagian asas persepsi motor yang diperlukan bagi pembangunan biasa dan pembelajaran motor. Ujian tersebut hendaklah digunakan sebagai alat halangan segera, bukan sebagai peralatan diagnostik. Ia boleh dilakukan dalam kumpulan seramai 25 kanak-kanak dan 30 minit dalam dua sesi kelas. Had umur: 4 hingga 7 tahun. Peralatan: Dasar keseimbangan, dua bola 8 inci, pita penanda, pasak atau kayu. Bahagian ujian: i. Keseimbangan; Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan statik dan dinamik. ii. Koordinasi mata dan tangan; Kebolehan untuk koordinasi mata dan tangan bagi melengkapkan tugasan. iii. Pergerakan Loko; Kebolehan untuk berjalan dengan badan melalui ruang, kombinasi kekuatan, koordinasi dan keseimbangan diperlukan untuk melakukan tugasan ini.

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

iv. v.

ruang.

Kesedaran ruang; Kebolehan untuk membuat pengadilan dan pengertian badan dalam kaitan objek lain dalam

Irama; Kebolehan untuk mendengar, menaksir bunyi yang didengar dan tindak balas terhadap apa yang ditaksirkan. 9.2 Pengukuran Kinestetik Konsep: kebolehan untuk fahami kedudukan posisi badan dalam ruang. Proprioseptor meningkatkan pancaindera organ yang terletak di otot, tendon dan sendi; dan membentuk peningkatan sistem sensitif terhadap persepsi kinestetik. Ia menyediakan otak dengan maklumat tentang apa yang dilakukan oleh badan apabila melakukan kemahiran. Kinestetik merujuk kepada pergerakan badan. Mastlamt: Mempunyai kebolehan dalam kinestetik juga melibatkan lima deria rasa. Sebagai contohnya, dengan kebolehan dalam kinestetik, boleh membuat sesuatu model yang beliau belajar. Obj: mempunyai koordinasi tangan dan mata dan teknologi adalah peralatan yang bagus sewaktu belajar. Permainan dan simulator membenarkan pelajar untuk melibatkan fizikalnya dalam proses pembelajaran melalui berlatih subjek dalam pelbagai senario dan keadaan. Fungsi - Kinestesik adalah pusat kepada perlaksanaan kemahiran motor, tetapi ia tidak boleh diukur dengan tepat. Berikan jenis Pengukuran Kinestetik/Bateri Ujian a. Pengukuran terhadap Proprioseptif Tangan b. Penilaian Kesan latihan Kenistetik terhadap tulisan tangan terhadap pelajar gred Satu Topik 10 Bidang Lain pengukuran a. Konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran aptitud Penilaian aptitud tidak selalunya mudah untuk dibezakan daripada ujian pencapaian kerana atas permukaan, isinya dilihat dapat ditukar. Ujian aptitud adalah untuk mengukur kebolehan atau potensi kebolehan dan tanda-tanda kejayaan terhadap tugas berkait dalam masa hadapan. Tujuannya adalah ramalan dan fokus mereka adalah sempit bagi kebolehan pertama atau koleksi kecil terhadap kebolehan yang berkait b. Fungsi ujian dan pengukuran aptitud Borang yang selalunya digunakan untuk menilai ujian aptitud adalah untuk menghakimi perjanjian persekolahan dan sesiapa yang menggunakan pekerjaan dan pendidikan kaunseling - ujian ini untuk meramalkan persembahan masa depan 10.2 Pengukuran Atitud a. Konsep Attitud merujuk kepada perasaan tentang objek sosial yang khusus, fizikal objek, jenis-jenis manusia, pengkhususan manusia, institusi sosial dan polisi kerajaan (Nunnally 1978). b. Matlamat Attitud secara amnya diukur dengan menggunakan skala yang memerlukan pelajar bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan, perkataan sama ada positif atau negatif. Tidak bersetuju Bersetuju sepenuhnya 1 : 2 : 3 : 4 : 5 : 6 : 7 : sepenuhnya c. Objektif Dalam memberi markah mereka, markah kenyataan positif selalunya mudah ditambah seperti penampilan mereka; nilai untuk kenyataan negatif, walau bagaimanapun hendaklah bertentangan dengan menolak markah daripada jumlah nombor terhadap peringkat pertama. d. Fungsi ujian dan pengukuran attitud Alat psikologi yang selalunya digunakan adalah dengan kenyataan perkataan yang positif dan negatif. Ia akan bernilai 8 untuk digambarkan dalam skala bergrafik. Formulanya adalah: Item Permarkahan Berbeza Nilai Terakhir = [( 1 + Nilai Skala Tinggi) Nilai Di rekodkan] e. Contoh Pengiraan Nilai Terakhir = [(1+7) 2 ] = 6 Proses ini sukar untuk dilengkapkan dengan tangan, tetapi mudah diselesaikan menggunakan komputer. Berikan jenis Pengukuran Aptitud/Bateri Ujian a. Skala Attitud Pendidikan Jasmani Adams mengukur atitud individu dan kumpulan b. Skala Attitud Wear mengukur attitude terhadap PJ c. Skala Attitud Kenyon Objektif ujian: Untuk mengukur enam attitud terhadap Pendidikan Jasmani. Had umur: Sekolah menengah hingga kolej. Kesahan: Secara amnya, markah skala berbeza di antara atlet dan bukan atlet dan pandangan individu yang mahir mamastikan bahawa 6 dimensi amat berbeza dengan aktif dan pasif penglibatan dalam aktiviti fizikal. Kebolehpercayaan: Jarak koeffisien di antara .72 hingga .89 untuk skala yang pelbagai.

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

Pentadbiran dan arahan: Kesemua skala ditadbirkan. Enam skala tersebut adalah seperti berikut: Meramalkan persembahan masa depam dan berasaskan pada isi kandungan yang dipelajari dalam atau di luar sekolah. Ujian pencapaian dilakukan untuk menerangkan keadaan sebenar bagi pembelajaran. Pengalaman social Kesihatna dan kecergasan Perasaan kepelbagaian dalam aktiviti fizikal Pengalaman estetik Kelegaan emosi Pengalaman perasaan yang tenang 10.3 Pengukuran personality Konsep, matlamat dan objektif Tujuan adalah bagi individu menyokong program bersenam yang kompleks dan tidak difahami sepenuhnya. Ini termasuklah sumbangan peribadi sebelumnya dan selepas, faktor persekitaran dan ciri-ciri aktiviti fizikal menentukan perangai bersenam bagi orang dewasa. Sesetengah penentu bagi kelakuan bersenam dilaporkan oleh Dishman (1990), yang di rumuskan seperti berikut: Tabiat merokok Tahap pekerjaan Komposisi badan Sejarah penglibatan dalam bersenam Motivasi kensdiri Tahap pengetahuan Kesan positif Merasi kapasiti bersenam Fungsi Ujian dan Pengukuran Personaliti Memotivasikan diri sendiri adalah sifat personaliti yang berkait dengan tabiat bersenam. Sifat psikologi adalah bentuk yang kukuh. Mempunyai pengukuhan dalam pembentukan psikologi, ia menyediakan maksud dapat meramalkan kelakuan masa hadapan. Pembentukan seperti pengawalan emosi, keyakinan diri, motivasi, agresif, keazaman, ketenangan dan ketahanan mental akan diukur dalam senarai berikut. Berikan jenis Pengukuran Personaliti/Bateri Ujian a. Skala Perangai Kedudukan Blanchard 1936- mengukur perangai dan personality pelajar b. Senarai memotivasikan Diri Sendiri @ SMI (Dishman dan Ickes 1981) - mengukur motivasi kendiri.

Anda mungkin juga menyukai