Anda di halaman 1dari 9

Cara membuat full backup windows dengan Macrium Reflect

Posted by cyberfly at 7:04 pm

Jika anda sudah bosan memformat windows kerana pelbagai masalah yang dihadapi, sudah tiba masanya anda menggunakan software untuk membackup windows anda.Seperti saya, selepas saya baru format windows, install semua driver dan software yang penting,saya akan backup windows tersebut sebagai image dan boleh direstore kembali sekiranya windows saya menghadapi masalah.Malah jika windows saya tidak dapat boot sekali pun, saya tetap dapat restore dengan menggunakan Rescue CD.Oleh itu, sudah sangat lama saya tidak format windows saya ;) Software yang popular bagi tujuan ini ialah Norton Ghost, tetapi malangnya Norton Ghost merupakan software berbayar.Oleh itu saya akan menggunakan alternatif lain yang percuma untuk tutorial ini iaitu Macrium Reflect. Langkah untuk backup: 1.Download dan install Macrium Reflect Free Edition 2.Run software Macrium Reflect.

3.Klik pada menu Backup->Create Image

4.Pilih partition yang mengandungi windows anda.

5.Pilih lokasi untuk backup image anda.Anda boleh pilih untuk simpan dalam hard disk, dalam dvd atau dalam network folder.Dalam tutorial ini saya memilih untuk backup dalam folder K:Vista System

6.Klik Finish dan proses membackup akan bermula.

Langkah untuk restore:

1.Klik menu Restore->Restore Image

2.Klik Next 3.Cari dimana image backup terletak dan klik Next

4.Klik Next

5.Pilih partition yang mengandungi Windows yang sedang gunakan.Atau jika anda mahu restore ke partition lain, tick pada partition yang anda mahu.

6.Pilih option 3 jika anda menghadapi masalah ini.Pastikan anda telah membuat Recovery CD.Tutorial ada dibawah.

Langkah membuat Recovery CD:

1.Klik pada menu Other Tasks

2.Jika anda menggunakan Window XP,pilih BartPE.Anda juga boleh memilih Linux.

3.Jika anda menggunakan Windows Vista, pilih option Linux.

4.Klik Finish dan proses burn Rescue CD akan bermula.

Sekiranya windows anda menghadapi masalah yang sangat teruk dan tidak dapat boot, anda hanya perlu boot Rescue CD dan restore kembali image yang telah dibackup. Selamat mencuba ;)

Anda mungkin juga menyukai