Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis -

Beberapa orang penduduk kampung datang ke rumah Tuk Penghulu untuk


mengadu masalah jalan sempit kerana lorong kiri sudah berpagar dan
sebelah kanannya terdapat sawah padi. Kamal dan Azman mewakili
penduduk kampung mengadu mengenai padang permainan yang tidak boleh
digunakan lagi. Joyah membuat aduan mengatakan bahawa Dolah mahu
melanggarnya semasa dia berjalan di jalan sempit itu. Murali dan Ah Chong
datang untuk mengadu masalah antara mereka yang tidak ada tolak ansur
ketika melalui lorong sempit itu. Munirah dan Pak Leman mengadu mengenai
Husin yang cuba berkelakuan tidak senonoh kepada Munirah. Mereka sedar
bahawa segala masalah ini berpunca daripada jalan sempit itu. Bagi
mengatasi masalah tersebut, mereka bersetuju untuk memperlebarkan jalan
tersebut. Namun begitu, Lebai Dahaman berkeras membantah rancangan itu
dan mengatakan sudah menjadi tanggungjawabnya bagi memelihara harta
pusaka nenek moyangnya. Menurutnya juga, jalan yang sedia ada telah
dibina di atas batas petak sawah miliknya.

Tema - Kepincangan hidup masyarakat sesebuah kampung dalam


menyelesaikan masalah.

Persoalan -

1. Peranan ketua dalam masyarakat berbilang kaum.


2. Permuafakatan dalam masyarakat.
3. Kesan pembangunan yang menjejaskan alam sekitar.
4. Kesukaran dalam menerima kemajuan.

Nilai dan Pengajaran -

1. Tanggungjawab
Kita mestilah peka dan bertanggungjawab terhadap masalah
masyarakat.
2. Bertolak ansur
Masyarakat hendaklah bersifat tolak ansur dalam menyelesaikan
masalah.
3. Muafakat
Kita hendaklah bermuafakat semasa melakukan sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai