Anda di halaman 1dari 2

Laporan Benchmarking Laporan Ciri-Ciri Kepimpinan Dan Jenis Kepimpinan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima,Klang Pada

27 Februari 2012 kami seramai 22 orang guru pelatih IPRM dan 2 pensyarah pembimbing telah mengikut lawatan Benchmarking ke sekolah tersebut. kami dapat mengumpul banyak maklumat dan dapat memperoleh banyak pengalaman melalui lawatan ini. Kami juga dapat melihat ciri-ciri kepimpinan guru besar, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah tersebut. Melalui maklumat tersebut kami dapat mencontohi ciri-ciri tersebut dalam kehidupan seharian harian dan juga ia membantu kami sebagai seorang guru cemerlang pada masa akan datang. Antara ciri-ciri kepimpinan pihak pentadbiran yang kami dapat melihat melalui lawatan ini adalah pengurusan diri, perhubungan dengan guru-guru lain , guru, rakanrakan dan masyarakat umum. Dengan lain perkataan cirri-ciri kepimpinan ini mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketerampilan, berwawasan dan mewujudkan kesejahteraan diri dan kemakmuran Negara.

Laporan Benchmarking Ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu aktiviti merupakan elemen yang penting dalam aspek kepimpinan. Setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah itu dapat juga memupuk pendedahan dan peluang untuk mendapat ilmu seperti ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains dan sebagainya kepada murid-murid tersebut. Manakala, dalam bidang akademik tumpuan diberikan pada ilmu-ilmu yang dapat merangkumi dan menerokai rahsia sesuatu kejadian, peristiwa atau

permasalahan untuk memberi ruang penyelesaian.

Tambahan pula, pihak pentadbiran sekolah tersebut juga melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti supaya mereka dapat Ilmu. Ilmu yang dipelajari ini akan

melibatkan proses penerokaan, pengaplikasian, penganalisisan, penyelidikan dan penilaian kepada mereka pada masa akan datang. Murid juga mempelajari banyak ilmu melalui aktiviti kokurikulum seperti melalui kelab dan persatuan, sukan dan unit beruniform. Akhir sekali, kami dapat mempelajari banyak perkara melalui lawatan ini antaranya ialah ciri-ciri kepimpinan pihak pentadbiran sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai