Anda di halaman 1dari 2

HIMPUNAN CERITA-CERITA NASIHAT DAN TELADAN

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang
pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,
tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia
terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada

suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil
menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis
yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya
diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu
kejahatan". Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

BAJU ANAK KHALIFAH Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar b. Khattab pulang dari sekolah sambil
menangis. Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."

Mendengar pengaduan anaknya itu, timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap
anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham dengan jaminan gajinya bulan depan di potong.

Maka Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi : "Wahai Omar,
adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?. Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu?. Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?."

Membaca

surat itu maka Omar tersungkur menangis lalu berkata kepada anaknya: Pergilah engkau wahai anakku kesekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."

Anda mungkin juga menyukai