Anda di halaman 1dari 3

Detox Terapi Ion Kaki: Benar Atau Penipuan

9:06 AM detox, ionic foot therapy, terapi ion 36 comments

Benarkah terapi ion kaki dengan merendamkan kedua belah kaki di dalam larutan garam yang dilalukan caj elektrik dapat mengeluarkan toksik di dalam badan kita? Sehingga hari ini masih tiada bukti saintifik yang mengesahkan kaedah ini berkesan membuang toksik dari tubuh anda. Apa yang kita dengar dari testimoni pesakit adalah berbentuk hipotesis di mana perbezaan yang dirasai setelah menjalani terapi ion mungkin dalam bentuk psikologi sahaja, tidak lebih dari itu. Sambil mendakwa kaedah seperti ini adalah semulajadi tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan, ia sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap tubuh anda sama ada tambah memburukkan atau memperbaiki tahap kesihatan tubuh anda. Sebenarnya larutan garam yang diberikan caj elektrik dengan menggunakan 2 besi elektrod positif dan negatif memang akan menukar warna larutan menjadi partikel kehitaman, hijau, coklat perang, kuning dan sebagainya dalam tempoh beberapa minit - tanpa merendamkan kaki anda di dalamnya. Ini dianggap sebagai 'bukti' kehadiran 'toksin' dari kaki anda. Sebenarnya saya telah mencuba sendiri eksperimen ini di rumah dengan menggunakan bateri kereta - terbukti 'kehadiran' toksin pelbagai warna seperti disebut di atas dalam larutan garam - tetapi tanpa perlu saya merendamkan kaki ke dalam larutan itu. Perubahan warna larutan adalah disebabkan proses pengoksidaan besi (karat) iaitu proses yang disebut elektrolisis. Bagaimana mereka boleh mendakwa itu semua datang dari kaki anda? Jika anda masih belum yakin, boleh cuba sendiri dengan pergi ke pusat terapi ion tetapi jangan rendamkan kaki anda ke dalamnya. Pemilik pusat terapi pasti akan 'memaksa' anda meletakkan kaki anda ke dalamnya. Dalam sebuah kajian, sampel larutan diambil untuk melihat unsur-unsur 'toksik' yang hadir di dalamnya. Penemuan mendapati tiada kesan logam berat ataupun unsur biologi dari tubuh manusia sebaliknya ia hanya datang dari logam elektrod yang digunakan.

Sakit kepala, lemah-lemah badan, masalah hati dan buah pinggang tidak boleh dirawat dengan kaedah ini atau berbagai kaedah detox seperti menggunakan pad kaki atau rawatan spa. Ramai doktor, saintis dan pakar perubatan percaya produk sebegini tidak mencuci apa-apa dari tubuh anda kecuali 'mencuci' poket anda. Jika benar, mengapa pad kaki tidak memerlukan caj elektrik untuk membuang toksin dari kaki anda? Cara yang sebenar untuk membuang segala toksin di dalam tubuh disebabkan gaya hidup anda selama ini seperti merokok, alkohol, makanan yang tak menyihatkan dan berlemak, kandungan gula dan garam yang tinggi atau kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan ialah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang positif dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa yang singkat seperti merendamkan kaki atau melekatkan pad pada kaki semalaman.

Khasiat Buah Jambu: sambungan


9:18 PM vitamin C 3 comments

Jambu Batu Sebiji jambu batu atau guava mengandungi 5 kali ganda vitamin C berbanding buah oren dan adalah paling tinggi vitamin C di kalangan buah-buahan sitrus. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan potassium bagi mengawal tekanan darah. Selain itu, jambu batu mengandungi zat besi, fosforus, Pengambilan 90gram sudah lebih dari cukup untuk keperluan vitamin C untuk orang dewasa. Ia juga membantu pertumbuhan tisu kulit yang licin dan sihat. Jambu batu juga berfungsi sebagai anti-oksidan seperti buah-buahan yang lain. Beginilah bagaimana hebatnya khasiat buah-buahan tempatan yang tidak dipedulikan oleh orang ramai. Malah tinjauan saya di pasar-pasar Ramadan beberapa hari mendapati masyarakat Malaysia terutama sekali orang Melayu lebih memilih minuman campuran pewarna kimia dan berasaskan susu yang berlemak dan kandungan gula yang tinggi. Antara air minuman kegemaran mereka ialah air sirap bandung (pewarna merah dicampur susu pekat manis), air jagung (pewarna kuning terang) yang dicampur susu menghasilkan warna dan bau jagung yang menyelerakan, air

oren tiruan dari bahan pewarna dan perasa seperti rasa buah oren. Tiada satupun minuman yang disebutkan di atas adalah dari bahan buah-buahan asli. Air jagung bukan diperbuat dari jagung, air sirap ros tidak terhasil dari bunga ros, air oren bukan diperbuat dari buah oren, dan air mangga bukan diperbuat dari buah mangga sebaliknya semuanya dihasilkan di makmal. Diet yang buruk ini telah terbukti dengan kecenderungan rakyat Malaysia membeli-belah di pasar Ramadan. Saya bertemu dengan seorang penjual air minuman, menurutnya pada hari pertama dan kedua beliau menjual air buah-buahan asli yang dikisar. Tapi ia tidak mendapat sambutan, membuatkan beliau terpaksa menukar menu jualannya kepada air bancuhan bahan pewarna dan perasa seperti perasa oren, perasa jambu batu, perasa mangga dan berbagai perasa lagi kerana modal lebih murah dan lebih menguntungkan malah mendapat sambutan. Amat malang sekali melihat kecenderungan rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu yang lebih suka memasukkan racun ke dalam perut mereka dari memilih penawar. Mereka terdiri dari pelbagai golongan dan taraf hidup. Ada yang nampak seperti berpelajaran tinggi, ada yang nampak bergaya seperti mempunyai kerjaya yang hebat, tetapi sayangnya mereka memilih pewarna yang bertoksik dan kimia perisa. Bahan-bahan inilah yang akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh secara perlahan-lahan. Maka tidak hairan semakin ramai rakyat Malaysia semakin berpenyakit. Bukan kerana mereka tidak mendapat cukup maklumat, tetapi mereka mengikut kemahuan hawa nafsu. Rasa dahaga berpuasa sejak dari awal pagi tentu 'sia-sia' jika tidak berbuka dengan minuman yang manis, berwarna 'cantik' serta nampak 'lazat'. Kelazatan air pewarna dan perasa mengalahkan rasa buah-buahan sebenar. Buah-buahan sebenarnya adalah penawar penyakit. Kita tidak perlu minum minuman campuran 3 dalam 1 atau 10 dalam 1 jika kita mengamalkan minuman air buah-buahan segar. Buah-buahan menduduki tempat kedua dalam jadual piramid makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang kerap selepas bijirin tetapi jadual itu tidak mudah diikuti oleh rakyat Malaysia kerana adanya berbagai produk minuman pewarna, perisa dan minuman berkarbonat yang lebih sensasi dan kononnya lebih 'glamour'.

Anda mungkin juga menyukai