Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS :

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang
toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem
imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari
Amerika, Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang
membabitkan perut. Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan
menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan
puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat
juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak
tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu
kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai
terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa
mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada
otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada
diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang
berkesan.
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap
penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan
seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan
sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa
orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam
ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres
antarabangsa bertemakan Kesihatan dan Ramadhan telah diadakan di Casablanca,
Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah
membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan
puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi

manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut
kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat
badan.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit
yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap
berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan
sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2)
Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti.
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan
dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah
penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :Yang banyak membunuh manusia
adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan
dalam perut dicerna.
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi
penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan
berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut
yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara
waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula
untuk bekerja kemudiannya.
Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika
dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu
bagi ianya bisa berjalan lancar dan tanpa gangguan.Begitu jua dengan tubuh manusia
yang amat kompleks daripada kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya
setahun sekali selama sebulan,malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan
berpuasa.Wallah Huaalam.

Anda mungkin juga menyukai