Anda di halaman 1dari 3

Kaitan Puasa dan Sains dari segi Perubatan

Puasa dan sains juga dapat dikaitkan dengan perubatan. Terdapat banyak jenis
perubatan yang boleh dikaitkan iaitu perubatan moden dan perubatan tradisional Melayu.
Perubatan tradisional Melayu merupakan perubatan yang diamalkan oleh para bomoh dan
Tok Dukun sejak beberapa abad yang lalu. Perubatan ini banyak menggunakan bahan-
bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba. Kaedah ini digunakan oleh
masyarakat Melayu kerana ia merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan
sampingan kepada tubuh badan manusia. Kaedah rawatan ini juga lebih murah berbanding
dengan perubatan yang lain. Perubatan moden pula merupakan campuran antara seni
merawat dengan berbagai-bagai sains. Perubatan moden mempunyai bidang-bidang yang
lebih luas seperti perubatan klinik, penyelidikan perubatan dan pembedahan. Walaupun
kedua-dua jenis perubatan ini menggunakan cara yang berlainan, tujuannya adalah sama
iaitu untuk mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

Maksud perubatan itu pula adalah sains dan satu amalan berkenaan analisis,
rawatan dan pencegahan penyakit. Kepentingan perubatan ini adalah untuk mengekalkan
kesihatan melalui pencegahan dan menyembuhkan sesuatu penyakit. Skop perubatan ini
luas seperti perubatan kontemporari iaitu perubatan yang menggunakan sains bioperubatan,
genetik dan teknologi perubatan untuk mengkaji, merawat, dan mencegah sesuatu penyakit.
Perubatan ini sering digunakan melalui farmaseutikal seperti pil, tablet dan kapsul, dan juga
proses pembedahan.

Antara contoh kaitan puasa dan sains dari segi perubatan adalah dari sudut psikologi
yang melibatkan minda. Dengan berpuasa, ia dapat memberi ketenangan dan kedamaian
kepada minda. Sebagai contoh, Dr Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat
melaporkan penyelidikan psikologi yang membuktikan bahawa puasa mempengaruhi
kecerdasan seseorang. Ujian ini dikategorikan kepada dua bahagian, bahagian pertama
ialah sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa.
Hasil keputusan menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor yang
jauh lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. Dengan penyelidikan ini,
mereka berpendapat bahawa ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak
tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini kerana, tenaga dan pengaliran darah tertumpu
kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan
lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Selain Itu, ia dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang melibatkan perut. Ketika
berpuasa, perut akan mengeluarkan bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan
melalui proses detoksifikasi. Amalan makan secara berlebihan, diet yang tidak seimbang
dengan kuantiti karbohidrat yang tinggi dan makanan berlemak, semasa berbuka boleh
menyumbang banyak masalah kesihatan seperti pertambahan berat badan dan
ketidakselesaan perut. Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa
dapat membuang toksik serta racun-racun dari badan dan secara langsung dapat
meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari
Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang
membabitkan perut”. Beliau berjaya mengubati pesakit-pesakitnya dengan meminta mereka
berpuasa sebagai alternatif kepada ubatan moden.

Di samping itu, kaitan puasa dan sains dari segi perubatan ialah dapat membantu
memperbaiki keadaan perubatan. Ketika berpuasa, ia dapat membantu memperbaiki
beberapa keadaan dalam tubuh badan kita. Puasa dan juga disertai dengan diet yang sihat
seperti pengambilan karbohidrat, pengambilan lemak, pengambilan vitamin dan
pengambilan protein mengikut kandungan yang ditetapkan dapat membantu memperbaiki
keadaan arthritis, colitis dan penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis. Penyakit psoriasis
ini adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit pesakit berganti dengan cepat
berbanding dengan kulit yang normal menjadikan ia lebih tebal. Kawasan yang biasa
diserang penyakit ini adalah kulit kepala, lutut dan siku. Sel-sel akan berkumpul, kemudian
mengelupas, bersisk dan kemerah-merahan pada permukaan kulit. Punca penyakit ini masih
tidak dapat ditentukan. Namun, kajian menunjukkan sistem imunisasi dan genetik
memainkan peranan utama dalam perkembangannya. Puasa dapat meningkatkan sistem
imunisasi manusia dengan cara membuang toksik serta racun-racun dari badan. Oleh itu,
jika kita mengamalkan berpuasa, kita tidak akan mudah berjangkit dengan penyakit-penyakit
ini.

Seterusnya, ia sebagai satu potensi mencegah dan mengurangkan risiko kanser.


Apoptosis atau proses dinamik yang berlaku dalam organisma multiselular, iaitu perubahan
dalam pelbagai proses dan biokimia sel yang membawa kepada pemusnahan diri dan
kematian sel. Ia dapat mengehadkan pengumpulan sel-sel tumor. Pakar perubatan telah
membuat banyak kajian berkaitan pencegahan kanser melalui haiwan dan beberapa kajian
awal kepada manusia. Hasil kajian ini menunjukkan penurunan risiko kanser dan penurunan
kadar pertumbuhan kanser dengan berpuasa. Kelaparan dalam jangka pendek membuat
sel-sel kanser sensitif terhadap kemoterapi sambil melindungi sel-sel normal, menyebabkan
sel kanser lebih terdedah kepada apoptosis.
Akhir sekali, kaitan puasa dan sains dari segi perubatan juga dapat melambatkan
proses penuaan. Kerosakan DNA (Deoxyribonucleic Acid) yang disebabkan oleh cahaya UV
dapat membahayakan kulit manusia dengan pendedahan cahaya matahari seterusnya
menyebabkan jeragat, kulit juga akan menjadi berkerut dan kendur. Orang yang kerap
berpuasa menunjukkan pengurangan kerosakan DNA yang memberangsangkan berbanding
yang tidak berpuasa. Oleh itu, dengan berpuasa, proses penuaan akan mengambil masa
yang lama untuk berlaku berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Rujukan

 Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Psikologi (Cott. A, 2004)

Anda mungkin juga menyukai