Anda di halaman 1dari 1

Manfaat berpuasa kepada kesihatan . Puasa bukan sekadar kegiatan keagamaan yang wajib dilakukan umat Islam.

Lebih dari itu, puasa memberikan kesan luar biasa bagi peningkatan kesihatan tubuh. Jika disertai dengan diet yang benar (mengambil karbohidrat kompleks, protein, serat dan air putih saat sahur dan berbuka), anda boleh mendapatkan manfaat dari puasa yang lebih maksimum. Seperti dilansir ygoy, berikut ini enam manfaat puasa bagi kesihatan tubuh. 1. Puasa membantu menghilangkan racun-racun yang berbahaya dalam tubuh. Oleh kerana itu, puasa sering dijadikan sebagai kaedah untuk detoksifikasi tubuh secara alami. Hal ini kerana, keadaan perut yang kosong saat puasa akan bekerja lebih optimum ketika berbuka. Ketika perut kosong, penyerapan nutrisi akan berjalan lebih efektif sehingga dapat mengurangkan risiko pengumpulan bahan makanan atau nutrisi yang tidak berjaya diserap sempurna oleh tubuh. Sehingga tubuh pun tidak lagi menyimpan tumpukan sisa makanan yang boleh membusuk. 2. Dengan berpuasa, memberi waktu bagi tubuh dan sistem pencernaan untuk berehat. Dengan begitu, organ pencernaan seperti kerongkong, perut serta usus boleh bekerja lebih baik dan maksimum ketika anda mula mengambil makanan lagi. 3. Puasa juga membantu meredakan sakit pada sendi, bagi orang yang menderita arthritis atau radang sendi. Sebuah kajian menunjukkan, adanya hubungan antara membaiknya radang sendi dan peningkatan kemampuan sel netrofil dalam membasmi bakteria. Netrofil, atau sel penetral merupakan unsur yang mampu meneutralkan racun mahupun bakteria penyebab radang sendi. 4. Puasa boleh mengatasi tekanan darah tinggi tanpa rawatan perubatan. Selain itu juga menurunkan kadar gula dalam darah dan kolesterol. Semasa berpuasa, automatik kita akan lebih sedikit mengambil makanan terutama yang mengandung lemak, gula dan kolesterol tinggi. Hal ini yang kemudian memberi kesan pada penurunan kolesterol dan gula darah. Jika disertai dengan diet makanan sihat saat sahur dan buka puasa, manfaatnya akan diperolehi dengan lebih optimum. 5. Pengurangan pengambilan air selama puasa, boleh membantu mengatasi akumulasi cecair yang berlebihan pada tubuh. Proses 'pengeringan' ini akan mengatasi pembengkakan pada perut, kaki dan lutut yang sering dialami ketika seseorang mengalami haid. 6. Walaupun tidak terlalu signifikan, puasa juga bermanfaat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan berlebihan. Dengan berpuasa, automatik kita akan menahan keinginan untuk ngemil dan frekuensi makan juga berkurang. Tapi ingat, proses penurunan berat badan saat berpuasa sukar terjadi jika saat berbuka, anda lebih banyak mengambil makanan tinggi gula dan kalori berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan.

Anda mungkin juga menyukai