Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN BAGI TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN, ELAUN MAKAN, ELAUN HARIAN DAN BAYARAN SEWA HOTEL

Asas perubahan kadar tuntutan, sebaranag potongan atau pertambahan kadar tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa tidak akan dimaklumkan. Penghantaran borang tuntutan hendaklah dibuat secara bulanan, iaitu sebelum 10hb pada bulan berikutnya. Jika borang tuntutan tidak dapat dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan maka, surat tunjuk sebab kelewatan perlu disertakan. Perkiraan jarak perjalanan perlu merujuk kepada kadar sebenar seperti di dalam Google Maps.

ELAUN PERJALANAN KENDERAAN


Jarak perbatuan adalah merujuk kepada jarak pada Google Maps. Panduan :-

1) Pergi ke lama web http://maps.google.com.my 2) Klik pada Get Direction (by car) 3) Isi ruangan A dan B A nama tempat: dari mana B nama tempat : ke mana Contoh: A = Jalan Cenderasari, Kuala lumpur B = Hospital Kuala Lumpur

4) Klik pada Get Direction semula 5) Pilihan jalan akan dipaparkan

Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.

Elaun Perbatuan :-

Jarak perjalanan rasmi bagi tiap-tiap satu bulan 500 kilometer pertama 501-1,000 km 1,001-1,700 km 1,701 km dan seterusnya

A 70 65 55 50

Kelas B 60 55 50 45

(sen/km) C D 50 45 45 40 40 35 35 30

E 40 35 30 25

Penentuan kelas adalah bergantung kepada kadar gaji atau sukatan silinder (mengikut mana yang terendah) Kelas dan sukatan silinder :Kel as A B C D E Gaji Tidak kurang dari RM 2,323.41 sebulan Tidak kurang dari RM 2,064.60 sebulan Tidak kurang dari RM 1,611.28 sebulan Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Sukatan Silinder Kenderaan (s.s) 1400 s.s ke atas 1000 s.s ke atas Di bawah 1000 s.s Tidak kurang 175 s.s Di bawah 175 s.s

Jika perjalanan melalui tol, maka laluan tol perlu dinyatakan pada kenyataan tuntutan dan disertakan dengan resit asal atau salinan Touch & Go. Tarikh dan masa perjalanan tugas rasmi/berkursus perlu dicatatkan. Tugas rasmi di luar waktu pejabat, pada hari minggu dan cuti umum Lampiran A perlu disertakan. Tugas rasmi di luar ibu pejabat Lampiran P15 perlu disertakan.

ELAUN MAKAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar seperti berikut :-

Gred Utama/Khas A dan ke atas Utama/Khas B dan C 53 dan 54 45 hingga 52 41 hingga 44 17 hingga 40 1 hingga 16

Semenanjung Malaysia (RM) 115.00 100.00 85.00 60.00 45.00 40.00 35.00

Sabah, Labuan dan Sarawak (RM) 165.00 130.00 115.00 80.00 65.00 55.00 50.00

Catatan: Hilang Kelayakan Tuntutan Elaun Makan 1. Elaun makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.

2. Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut sebahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :a) Sarapan pagi 20% daripada Elaun Makan b) Makan tengah hari 40 % daripada Elaun Makan c) Makan malam 40% daripada Elaun Makan

ELAUN HARIAN
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian. Perkiraannya adalah : daripada Elaun Makan

BAYARAN SEWA HOTEL


Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar seperti berikut :-

a) Semenanjung Malaysia

Gred Utama/Khas A dan ke atas Utama/Khas B dan C 53 dan 54 45 hingga 52 41 hingga 44 27 hingga 40 17 hingga 26 1 hingga 16

Sewa Hotel (Maksimum) (RM) Sebenar (Standard Suite) Sebenar (Bilik Superior) Sebenar (Bilik Biasa) 180.00 160.00 140.00 130.00 120.00

Elaun Lojing (RM) 80.00 75.00 70.00 60.00 55.00 45.00 40.00 35.00

b) Sabah, Labuan dan Sarawak

Gred Utama/Khas A dan ke atas Utama/Khas B dan C 53 dan 54 45 hingga 52 41 hingga 44 27 hingga 40 17 hingga 26 1 hingga 16 Catatan :

Sewa Hotel (Maksimum) (RM) Sebenar (Standard Suite) Sebenar (Bilik Superior) Sebenar (Bilik Biasa) 200.00 170.00 160.00 150.00 140.00

Elaun Lojing (RM) 85.00 80.00 75.00 70.00 60.00 50.00 45.00 40.00

1. Tuntutan Bayaran Sewa Hotel bagi pegawai-pegawai hendaklah berpatutan dan munasabah.

2. Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.

3. Seseorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada maksimum kelayakannya.

4. Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika tempat penginapan disediakan oleh pihak Kerajaan atau Penganjur.

5. Jadual program sepanjang tugas rasmi tersebut perlu disertakan.

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA BERKURSUS ( KECUALI KURSUS PRA PERKHIDMATAN) DI DALAM NEGERI
a) Semenanjung Malaysia

Gred Utama/Khas A dan ke atas atau Yang Setaraf Utama/Khas B dan C atau Yang Setaraf 53 dan 54 atau Yang Setaraf 45 hingga 52 atau Yang Setaraf 41 hingga 44 atau Yang Setaraf 17 hingga 40 atau Yang Setaraf 1 hingga 16 atau Yang Setaraf b) Sabah, Labuan dan Sarawak

Elaun Makan (RM) 90.00 90.00 70.00 60.00 45.00 40.00 35.00

Sewa Hotel (RM) Bilik Biasa Bilik Biasa Bilik Biasa 145.00 130.00 80.00 65.00

Lojing (RM) 80.00 75.00 70.00 60.00 55.00 35.00 30.00

Gred Utama/Khas A dan ke atas atau Yang Setaraf Utama/Khas B dan C atau Yang Setaraf 53 dan 54 atau Yang Setaraf 45 hingga 52 atau Yang Setaraf 41 hingga 44 atau Yang Setaraf 17 hingga 40 atau Yang Setaraf 1 hingga 16 atau Yang Setaraf

Elaun Makan (RM) 120.00 120.00 90.00 80.00 65.00 55.00 50.00

Sewa Hotel (RM) Bilik Biasa Bilik Biasa Bilik Biasa 160.00 140.00 100.00 80.00

Lojing (RM) 85.00 80.00 75.00 70.00 60.00 40.00 35.00

Perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke tempat latihan sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian adalah sekali sehari tidak melebihi 6 hari.

Jadual program sepanjang tempoh berkursus perlu dilampirkan bersama.

Anda mungkin juga menyukai