Anda di halaman 1dari 1

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" (yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah: o o o "Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun." "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan." "Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah." "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya." Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."

Ulama pernah berkata: o o o "Surah Al-Fatihah sunat dibaca semasa masuk dan keluar masjid." "Pahala orang membaca surah Al-Fatihah seperti pahala diberi kepada orang yang membaca dua pertiga Al-Quran." "Barangsiapa yang disenaraikan sebagai ahli neraka, jika anaknya membaca surah AlFatihah, diberhentikan seksaannya selama 40 hari."

Anda mungkin juga menyukai