Anda di halaman 1dari 18

ADAB MEMBACA AL-QURAN

WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-


Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya.
Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak
terhadapnya.
Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu
memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan
kesempurnaan pahala dalam membacanya.

- Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada


najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang.
Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran
dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal
yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu
utama".

- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat


agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja
yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari,
bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan
penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama


membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam
berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan
Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran
setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini
dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin
Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam
seminggu.

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis


kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang
menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak
menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang
engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat


hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang
bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil
menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka
khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda


Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan
suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-
Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk
umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis
Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan


susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya,
panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada
ketentuan kaedah Tajwid.

- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah


berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan
membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada
Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.”
(Surah An-Nahl: Ayat 98)
- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas
isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di
awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat
At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu
membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah
saja.
-Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui
ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca
dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di
dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah
mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati
mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang


sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan
suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak
orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara
khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang
terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-
Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam
sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap


hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka
janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang
lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh
mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca
(al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i,
Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana


kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam
melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut


malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat
dan solat malam.

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca


al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan
tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala
dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah,
semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat
204)

- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-


Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang
mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah
berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka
membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali
akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi
oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan
Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat)
yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat


selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja,
baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum
batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai
daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca
“Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang
Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud
Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir
dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi
s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu
dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia
bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah


riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam
membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa
dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas
selesainya membaca al-Quran.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin


Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam
membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya
dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai


dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian
dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-
ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman


kepada al-Quran.
Adab Membaca al-Qur'an
ANTARA ibadah sunat yang digalakkan dalam bulan
Ramadhan, selain sembahyang
tarawih, ialah bertadarrus membaca (tilawah) al-Qur'an
al-Karim. Seperti ibadah yang
lain, tilawah al-Qur'an juga punya peraturan dan
adabnya. Pembaca al-Qur'an (qari` /
qari`ah) sebaik-baiknya mengetahui dan mematuhi
peraturan dan adab membaca kitab
suci itu. Perlu diketahui bahawa yang lebih utama (awla)
bagi ibadah tilawah al-Qur'an
ialah kefahaman terhadap maksud atau tafsiran ayat-
ayatnya lalu mengamalkannya. Di
samping itu pembacaannya hendaklah mengikut hukum
tajwid dan peraturan-peraturan
yang tertentu. Allah Taala berfirman, mafhumnya,
"Orang-orang yang telah kami
datangkan al-Kitab sedangkan mereka membacanya
dengan bacaan yang sebenar-
benarnya, maka mereka itulah yang beriman
kepadanya, dan barangsiapa ingkar
terhadapnya maka merekalah orang-orang yang rugi".
(al-Baqarah : 121).
Mengikut Ibnu 'Abbas, ayat "membacanya dengan bacaan
yang sebenar-benarnya" dalam
di atas itu bermaksud: "memepelajarinya dan benar-benar
patuh mengamalkannya".
Mengikut Imam al-Ghazali : Bacaan al-Qur'an dengan
sebenar-benar bacaan itu ialah
adanya persepaduan antara lidah, akal dan hati. Lidah
mentashihkan segala hurufnya,
akal mentafsirkan segala maknanya dan hati menerima
pengajarannya, kesannya,
tegahannya dan suruhannya. Tersebut dalam sebuah
kitab : Wajib ke atas qari / qariah
ikhlas membaca al-Qur'an dengan mengqasadkan
semata-mata kerana Allah. Janagan
diqasadkan kerana selain-Nya. Dalam kitab lain tersebut
: Makruh diambil al-Qur'an
sebagai usaha untuk kehidupan (mata pencarian),
kerana mengikut satu riwayat,
Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa
membaca Qur'an, maka hendaklah
meminta
(balasan) daripada Allah. Bahawa sesungguhnya nanti
akan datang satu kaum yang
membaca Quran untuk mendapat balasan daripada
manusia".
Berikut adalah adab-adab membaca al-Qu'an sebagaimana
yang tersebut dalam kitab
Mawradul-Zham`aan :
Sebelum membaca al-Qur'an hendaklah membersihkan
badan dan mengambil wudhuk.
Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan.
Rasulullah bersabda, mafhumnya :
"Sesungguhnya mulut kamu itu laluan al-Qur'an, maka
bersihkanlah ia dengan bersugi".
Apabila wudhuk terbatal, segeralah memberhentikan
bacaan dan mengambil wudhuk
semula. Sunat berpakaian yang elok, bersih dan
menutup aurat serta memakai bau-bauan.
Tempat membaca al-qur'an hendaklah suci. Afdhalnya di
masjid. Makruh membaca di
jalanan atau di tepi jalan, di dalam bilik mandi, di pasar
atau tempat perhimpunan orang
yang dungu ataupun di tempat yang tak selayaknya
dengan kesucian dan kemuliaan al-
Qur'an. Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan
penuh ta'zhim, kepala tertunduk dan
tidak di dalam keadaan bersila. Jangan sekali-kali duduk
seperti duduk orang yang
takabbur.
Sebelum memulakan bacaan, bacalah dulu ta'awwuz. Allah
berfirman, maksudn
Apabila engkau membaca al-Qur'an, bacalah t'awwuz
( A'uuzu billaahi minal-
syaithaanil-rajiim )". Bacaan ta'awwuz ini jika di khalayak
boleh dibaca nyaring, tetapi
jika tiada khlayak untuk mendengarnya, lebih utama
(awla) diperlahankan bacaannya,
iaitu seperti membacanya di dalam sembahyang.
Kecuali bacaan al-Qur'an tehenti lama,
selama mengerjakan satu raka'at sembahynag, bacaan
ta'awwuz ini tidak dituntut untuk
diulang lagi.
Hendaklah membaca tasmiyah (bismillaahil-Rahmaanil-
Rahiim) pada awal tiap-tiap
surah kecuali surah al-Tawbah (Baraa`ah). Ketika
membaca, qari / qariah hendaklah di
dalam keadaan sentiasa mengingati bahawa dirinya
diperhatikan oleh Allah_sebagaimana
ketika mengerjakan sembahyang juga.
Untuk menghormati atau memuliakan al-Qur'an, jangan
teruskan bacaan semasa
menguap, kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai
menguap dengan sopan, barulah
menyambung semula bacaan. Jangan tertawa atau
bercakap bercampur-aduk dengan
bacaan kecuali kerana satu-satu hajat yang dharurat.
Justeru, bacaan sebaik-baiknya di
tempat yang terasing agar tidak diganggu atau diajak
bercakap oleh orang lain.
Bagaiamana pun qari / qari`ah boleh memutuskan
bacaannya untuk memberi salam atau
untuk menjawab salam.
Sunat memutuskan bacaan untuk tujuan berikut :
1. mengucap "Al-hamdulillaah" selepas bersin,
2. mengucap "Yarhamukallaah" kepada orang yang
bersin,
3. menjawab azan,
4. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang
shalih atau orang yang dimuliakan,
tetapi bukan dengan riyak.
Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan
suara nyaring jika bertujuan untuk
didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati oleh
orang lain, atau pun untuk
mengawal konsentrasi diri sendiri terhadap bacaan atau
untuk menghilangkan rasa jemu
atau mengantuk. Sebaliknya, jika ditakuti menjadi riyak
atau akan mengganggu orang
yang sedang atau akan bersembahyang atau tidur, tidak
digalakkan membaca nyaring,
yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal. Suatu
masa di dalam masjid, Rasulullah
pernah bersabda, mafhumnya: "Ketahuilah, setiap kamu
bermunajat kepada Tuhan, maka
janganlah menyakiti (mengganggu) antara satu sama
lain dan jangan antara kamu
mengangkat suara bacaan sehingga menggannggu
yang lain. (HR. Abu Dawud).
Dikatakan sunat juga suara bacaan al-Qur'an itu
berselang-seli_sekali perlahan sekali
nyaring. Apabila terasa jemu atau mengantuk dengan
membaca perlahan, bacalah secara
nyaring dan apabila terasa penat, lalu kembali membaca
perlahan sebagai istirahat.
Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur
(penelitian) dan tafahhum akan
makna ayat-ayatnya. Allah berfirman, mafhumnya, "Dan
bacalah al-Qur'an itu
(mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan
(tidak terlalu cepat)". (QS. 73 : 4), dan "Inilah kitab yang
kami turunkan kepadamu penuh
dengan berkat agar mereka mentadabburkan makna
segala ayatnya dan agar mendapat
pelajaran orang-orang yang berfikitan". (QS. 38:29).
Kata Ibnu 'Abbas, "Aku baca surah
al-Baqarah dan Ali 'Imran dengan tartil dan aku
tadabburkan kedua surah itu . Ini lebih
aku suka daripada membaca dengan pantas seluruh al-
Quran". Apabila membaca ayat-
ayat yang berkenaan, sunat beristighfar, bershalawat,
bersyukur, minta berlindung atau
berdoa dan sebagainya. Berkata 'Auf bin Malik, "Aku
bersama dengan Rasulullah yang
membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda
berhenti berdoa apabila membaca
ayat mengenai rahmat dan meminta berlindung dengan
Allah apabila membaca ayat
mengnai azab".
(HR. Abu Dawud dan al-Nisa`i).
Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa
membaca surah al-Tiin hingga akhir
ayatnya, maka hendak berkata 'Balaa wa ana 'alaa
dzaalika minal-syaahidiin' (Bahkan,
dan aku daripada mereka yang menjadi saksi atas yang
demikian itu); barang siapa
membaca surah al-Qiyaamah samapi selesai pada ayat,
'Alaysa dzaalika biqaadirin 'alaa
an yuhyiyal-mawtaa', maka hendaklah berkata, 'Balaa'
(bahkan); dan barangsiapa
membaca surah al-Mursalaat hingga akhir ayatnya,
maka hendaklah berkata, 'Aamannaa
billaah' (Kami beriman dengan Allah)"- (HR. Abu Dawud
dan al-Tirmizi).
Al-Hakim meriwayatkan : Apabila selesai membaca ayat
akhir surah al-Mulk, iaitu
"Faman ya`tiikum bimaa`in ma'iin" (Maka siapakah yang
memberikan kepada kamu air
yang mengalir? , hendaklah berkata "Allaahu
Rabul-'Aalamiin" (Allah Tuhan seantiru
alam) dan apabila selesai membaca surah al-Dhuhaa,
hendaklah mengucap takbir.
Bacaan-bacaan tambahan tersebut, selain sunat dibaca
oleh qari / qari`ah berkenaan,
sunat juga dibaca oleh pendengar.
Pada ayat-ayat tertentu yang merupakan kata-kata
orang kafir pula disunatkan
membacanya dengan perlahan (tidak nyaring).
Diwayatkan : Ibrahim al-Nakha'i
membaca perlahan pada ayat "Wa qaalatil-Yahuudu
yadullaahi maghluulah" (Dan berkata
orang-orang Yahudi, 'Tangan Allah terbelenggu'
- QS. 5:64) dan "Wa qaalatil-Yhuudu 'Uzayrunibnullaah"
(Dan berkata orang-orang
Yahudi: ''Uzayr anak Allah' - QS. 9:30) .
Sunat membaca al-Qur'an sambil menangis. Rasulullah
s. a. w bersabda, mafhumnya,
"Bacalah al-qur'an serta menangis. Jika tidak menangis
seberapa boleh menangislah".
Kata Ibu 'Abbas, "Apabila kamu baca ayat Sajadah,
maka jangan kamu segera sujud
sehingga kamu menangis. Jika tidak menangis,
hendaklah menangis di dalam hati".
Sesungguhnya yang mendorongkan tangisan itu ialah
menjadikan hati dukacita".
Daripada dukacita itulah tercetusnya tangisan.
Rasulullah bersabda, mafhumnya,
"Bahawa al-qur'an itu diturunkan dengan dukacita, maka
apabila kamu membacanya,
hendaklah dengan hati yang dukacita". Timbulnya
dukacita itu ialah dengan mengingati
dan mengamati perbuatan yang dimurkai Allah serta
mengingati kecuaian mentaati
perintah dan tegahan-Nya, lalu tercetuslah tangisan.
Diriwayatkan, bahawa menangis
ketika membaca al-Qur'an itu ialah sifat orang-rang
shalihin dan 'arifin.
Sunat memelihara hak ayat-ayat yang dibaca, iaitu hendaklah
melakukan sujud al-
Tilawah (sudut Sajadah) apabila membaca ayat-ayat Sajadah.
Terdapat 14 tempat (ayat
Sajadah) di dalam al-Qur'an : masing-maasing satu ayat
dalam surah al-A'raaf, al-Ra'd,
al-Nahl, al-Israa`, Maryam, dua dalam surah al-Hajj,
masing-masing satu ayat dalam
surah al-Furqaan, al-Naml, Alif-laam-mimm al-Sajadah,
Haa-miim al-Sajadah, al-Najm,
al-Insyiqaaq dan al-Qalam. Selain itu, ayat Sajadah
dalam surah Shaad disunatkan
melakukan sujud Syukur. Rasulullah bersabda,
mafhumnya, "Nabi Dawud Sujud kerana
taubat dan kami sujud kerana syukur" - (HR. al-Nasa`ii).
Dalam setiap sujud Syukur dan Tilawah itu disunatkan
membaca doa yang tertentu.
Syarat-syaratnya pula sama dengan syarat-syarat
mendirikan sembahyang, iaitu
berwudhu', menutup aurat, mengadap kiblat dan tempat,
pakaian serta tubuh badan yang
suci. Apabila selesai bacaan, disunatkan mentashdiqkan
Allah dan naik saksi tentang
tabligh Rasul-Nya, iaitu : Shadaqallaahul-'Azhiim wa
ballagha Rasuuluhul-kariim wa
nahnu 'alaa dzaalika minal-Syaahidiin. Kemudian
disunatkan pula berdoa :
Allaahummaj'alnaa min syuhadaa`il-haqqil-qaa`iminna
bil-qisth. Kemudian ditambah
dengan mana-mana doa pilihan yang lain. Akhirnya,
apabila khatam bacaan, bacalah doa
Khatam al-Qur'an. Demikianlah adab-adab membaca al-
Qur'an al-Karim. Dengan
mengamalkannya, mudah-mudahan akan mendapat
berkat dan keridhaan Allah, insya
Allah.
Wallahu a'lam.
Apr 15, '07 11:37 PM
Adab Membaca Al-Qur'an
for everyone
Al-Qur’an sebagai kitab suci, wahyu Ilahi, mempunyai adab-
adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya. Adab-
adab itu sudah diatur dengan sangat baik, untuk penghormatan
dan keagungan Al-Qur’an, setiap orang harus berpedoman
kepadanya dan mengerjakannya.
Di antara adab-adab membaca Al-Qur’an yang terpenting
ialah :
1.     Niatkan membaca Al-Qur’an dengan ikhlas karena
Allah Ta’ala
2.    Disunnahkan membaca Al-Qur’an sesudah berwudhu,
dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu
Allah.
3.    Mengambil Al-Qur’an hendaknya dengan tangan
kanan, sebaiknya memegangnya dengan kedua belah
tangan.
4.    Disunnahkan membaca Al-Qur’an di tempat yang
bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla, dan di
tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang
paling utama ialah di mesjid.
5.    Disunnahkan membaca Al-Qur’an menghadap ke
Qiblat, membacanya dengan khusu’ dan tenang.
Sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.
6.    Ketika membaca Al-Qur’an, Mulut hendaknya bersih,
tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al-
Qur’an mulut dan gigi dibersihkan terrlebih dahulu.
7.    Sebelum membaca Al-Qur’an disunnahkan membaca
ta’awwudz, yang berbunyi: a’udzubillahi minasy
syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca
Bismillahirrahhmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih
dahulu perlindungan Alllah, supaya terjauh pengaruh
tipu daya syaitan, sehingga hati dan pikiran tetap tenang
di waktu membaca Al-Qur’an dan dijauhi dari gangguan.
Biasakan juga sebelum atau sesudah membaca
ta’awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada
Allah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu berbunyi
sebagai berikut : “Ya Allah bukakanlah kiranya kepda
kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat
dan khazanah-Mu, Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.”
8.    Disunnahkan membaca Al-Qur’an dengan tartil, yaitu
dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang. Sesuai
dengan firman Allah dalam surat (73) Al-Muzammil
ayyat 4 : “…..Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil”.
Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas
dan mempengaruhi jiwa, serta lebih mendatangkan
ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al-Qur’an.
Telah berkata Ibnu Abbas r.a : “Aku lebih suka membaca
surat Al-Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada
kubaca seluruh Al-Qur’an dengan cara terburu-buru
dan cepat-cepat.”
9.    Disunnahkan membaguskan suara ketika membaca Al-
Qur’an. Rasulullah bersabda : “Barangsiapa yang tidak
menghiasi Al-Qur’an dengan suaranya maka bukan
termasuk golonganku.” (HR. Abu Daud) Di hadis lain
dijelaskan : “Sungguh sebaik-baiknya suara manusia
yang membaca Al-Qur’an ialah yang jika engkau
mendengar suara bacaannya maka engkau merasa
bahwa ia seorang yang sangat takut kepada Allah” (HR.
Abu daud).
10.Ketika membaca Al-Qur’an kita harus merasakan bahwa
Allah mendengarkan bacaan kita. Dari Abu Hurairah ra
berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada sesuatupun yang lebih disenangi oleh Allah SWT
melainkan mendengarkan bacaan seorang hamba-Nya
yang merdu sedang membaca al-Qur’an dengan jelas.”
(HR Bukhari dan Muslim).
11.Sedapat-dapatnya membaca Al-Quran janganlah
diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang
lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas
yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang
tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam
itu, ketika sedang membaca Al-Quran. Sebab pekerjaan
yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca
Kitab Suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.
12.Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-
ayat Al-Quran, disunnahkan membacanya dengan penuh
perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang
dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti
inilah yang dikehendaki, yaitu lidahnya bergerak
membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan
arti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang
dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada
hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca Al-Quran serta
mendalami isi yang terkandung di dalamnya.Hal itu akan
mendorongnya untuk mengamalkan isi Al-Quran itu.
Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi
sebagai berikut: "Apakah mereka tidak memperhatikan
(isi) Al-Quran?..."
Bila membaca Al-Quran yang selalu disertai perhatian
dan pemikiran arti dan maksudnya, maka dapat
ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang
dibacanya. Umpamanya: Bila bacaan sampai kepada ayat
tasbih, maka dibacanya tasbih dan tahmid; Bila sampai
pada ayat Doa dan Istighfar, lalu berdoa dan minta
ampun; bila sampai pada ayat azab, lalau meminta
perlindungan kepada Allah; bila sampai kepada ayat
rahmat, llau meminta dan memohon rahmat dan begitu
seterusnya. Caranya, boleh diucapkan dengan lisan atau
cukup dalam hati saja. Diriwayatkan oleh Ahmad dan
Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai
berikut: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila
membaca: "sabbihissma rabbikal a'la beliau lalu
membaca subhanarobbiyal a'la” . Diriwayatkan pula
oleh Abu Daud, dan Wa-il bin Hijr yang maksudnya
sebagai berikut: "Aku dengan Rasulullah membaca surat
Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad
dholliin lalu membaca amin”. Demikian juga disunatkan
sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah, dan sujud itu
dinamakan sujud tilawah. Ayat-ayat sajadah itu terdapat
pada 15 tempat yaitu:
a.      dalam surat Al-A'raaf ayat 206
b.     dalam surat Ar-ra'd ayat 15
c.      dalam surat An-Nahl ayat 50
d.     dalam surat Bani Israil ayat 109
e.      dalam surat Maryam ayat 58
f.       dalam surat Al-Haji ayat 18 dan ayat 77
g.      dalam surat Al Furqaan ayat 60
h.     dalam surat Annaml ayat 26
i.       dalam surat As-Sajdah ayat 15
j.       dalam surat As-Shad ayat 24
k.     dalam surat Haamim ayat 38
l.       dalam surat An-Najm ayat 62
m.  dalam surat Al-Insyiqaq ayat 21, dan
n.     dalam surat Al-'Alaq ayat 19

13.Dalam membaca Al-Quran itu, hendaknya benar-benar


diresapkan arti dan maksudnya, lebih-lebih apabila
sampai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib
orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya
siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan
dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang
mencucurkan air matanya di kala membaca dan
mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang
menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh
orang-orang yang berdosa.
Itulah diantara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga
dan diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al
Quran dapat terpelihara menurut arti yang sebenarnya.
Mudah-mudahan kita bisa melaksanakannya, amin.
 

Anda mungkin juga menyukai