Anda di halaman 1dari 10

ADAB-ADAB

BERSAMA AL-QURAN

OLEH : QATRUNNADA BINTI MARZUKI


FIRMAN ALLAH S.W.T
1- SUCI TUBUH BADAN
 Diantara adab bersama al-Quran adalah bersih tubuh badan
 AL-Quran merupakan Kalam Allah dan wahyu yang dimuliakan
 Tidak wajar jika bersama al-Quran sedangkan badan kita dalam
keadaan kotor apa lagi terkena najis
2- BERWUDHUK
 Hendaklah mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum bersama alQuran
 Sewaktu kita membaca al-Quran kita akan menyentuh mushaf al-Quran al-Karim.
 Dan ketahuilah al-Quran tidak sama dengan buku-buku lain atau majalah yang boleh
dipegang sesuka hati.
 Dalil hadis yang dibawakan Dr. Yusuf Qardhawi dalam buku Berinteraksi dengan Al-
Qur’an:

‫اليمس القرآن إال طاهر‬


Maksudnya:
“Al-Qur’an tidak boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang sudah
suci. (HR. An-Nasai, Daruquthni, Baihaqi)
3- MEMBACA ISTIAZAH
 Apabila umat Islam ingin mencari petunjuk dari Allah dengan membaca
alQuran,maka Dia berfirman :

 Maksudnya : “Oleh itu apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah


engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena
rejam.” (surah Nahl : 98)
 Dengan permohonan perlindungan kepada Allah agar hati manusia tidak
diganggu syiatan, maka akan mudah memahami makna ayat-ayat alQuran yang
dibaca.
4- DIMULAKAN DENGAN BISMILLAH

 Dalam setiap pekerjaan yang baik telah disunatkan supaya


memulakan dengan :

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
 Termasuklah apabila hendak bersama al-Quran harus dimulakan
dengan membaca bismillah.
5- BEBASKAN DIRI DARIPADA KESIBUKAN DAN
HAJAT

 Seperti ibadat solat yang dituntut agar kita tenang daripada sebarang gangguan
fizikal, begitu juga Al-Quran.
 Penuhilah hajat-hajat badan seperti:
 makan ketika lapar
 minum jika haus
 membuang air ketika berhajat
 urusan-urusan lain
yang boleh mengganggu proses pembacaan kita dengan Al-Quran.
 Ini kerana Al-Quran juga berhajat kepada fokus dan khusyuk dikalangan
pembacanya seperti mana solat.
6- MEMBACA DENGAN SUARA YANG BAIK

 Apabila bersama dengan al-Quran hendaklah memperelokkan suara dengan


irama lagu yang baik, susuan huruf dan ayat yang betul sehingga tekanan nada
suara dengan gelombang suara yang diucapkan teratur.
 Rasulullah s.a.w bersabda :

 Hiasilah Al-Quran itu dengan suara-suara kamu sesungguhnya suara yang bagus
menambahkan lagi kebagusan Al-Quran”.
7- FAHAMI DAN HAYATI ISI AL-QURAN

 Tujuan membaca al-Quran ialah untuk memahami keagungan dan


kemuliaan wahyu serta firman Allah.
 Ketika membaca al-Quran, fahamilah maksudnya sehingga dapat
dijadikan panduan hidup yang boleh mengangkat darjat manusia.
SEKIAN
TERIMA KASIH…
JAZAKUMULLAH KHEIR

OLEH : QATRUNNADA BINTI MARZUKI

Anda mungkin juga menyukai