Anda di halaman 1dari 1

BAB 3 : KEUTAMAAN AL-QURAN

Rumusan ini membincangkan tentang keutamaan al-Quran dan adab-adab semasa membaca
al-Quran. Sebagai umat Islam kita digalakkan untuk membaca al-Quran kerana Malaikat
turun dan bersama-sama dengan kita semasa membaca Al-Quran. Selain itu, apabila kita
membaca surah Al-Baqarah kita akan diturunkan kebahagiaan, rahmat yang melimpah, para
malaikat akan menaungi dan Allah menyebut nama mereka di sisi-Nya. Seterusnya, kita
digalakkan untuk bersiwak sebelum membaca Al-Quran kerana ia merupakan adab membaca
Al-Quran dan kita juga perlu menghadap kiblat berdasarkan sabda Nabi SAW “Sebaik-baik
majlis adalah yang menghadap kiblat”. Bukan itu sahaja, semasa membaca Al-Quran kita
digalakkan duduk dalam keadaan khusyuk,tenang dan sopan. Selain dalam keadaan duduk,
membaca al-Quran dibolehkan dalam keadaan berdiri, berbaring di tempat tidur atau dalam
keadaan apa sekalipun. Semua cara tersebut tidak ada yang dianggap lebih utama kerana
ianya tetap diberikan ganjaran pahala. Selain itu, kita haruslah memilih tempat yang suci.
Perkara ini adalah disunatkan seperti contoh kita membaca al-Quran di masjid. Menurut
Imam Nawawi, membaca al-Quran di tepi jalan adalah harus dan tidak makruh selagi tidak
mengganggu orang yang lalu-lalang kerana Riwayat Abu Daud bahawa Abu Darda’ pernah
melihat Rasulullah SAW membaca al-Quran di jalanan. Kemudian, kita mestilah suci daripada
hadas. Hal ini kerana seorang yang sedang berjunub dan haid tidak dibolehkan membaca al-
Quran tetapi dia masih boleh membaca di dalam hati dan melihat mushaf tanpa
menyentuhnya. Menurut Imam Nawawi, ijmak ulama membolehkan orang yang berjunub
dan haid membaca tasnih, tahlil, tahmid, takbir, selawat Nabi dan zikir. Orang yang berhadas
kecil atau besar diharamkan daripada menyentuh al-Quran kecuali dengan berlapik.
Seterusnya, kita disunatkan membaca istia’zah dan basmalah sebelum membaca al-Quran.
Hal ini dikatakan demikian kerana keisitimewaan ini disebut dalam firman Allah iaitu “Oleh
itu, apanila engkau membaca al-quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon
perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam”. Bukan itu Sahaja, orang
yang membac al-Quran juga dituntut untuk mentadabbur dan memahaminya. Menurut
Hassan al-Basri, “Sesungguhnya para sahabat memandang al-Quran sebagai surat daripada
Allah SWT. Mereka bertadabbur dengannya pada waktu malam dan mengamalkan
kandungannya pada siang hari”. Cara untuk bertadabbur menurut al-Suyuthi adalah dengan
cara memahami ayat yang dibaca sehingga dapat menghayati kandungan seluruh ayat,
merenung segala perintah dan larangan serta menjadikan sebagai pegangan. Tadabbur
dimaksudkan sebagai kita hendaklah bersedia apabila al-Quran memerintah,menjauhi
apabila al-Quran melarang, takut apabila al-Quran menyebut tentang perkara yang
menakutkan, berharap ketika al-Quran memberi harapan. Akhir sekali, kita perlu menjawa
ayat dan surah tertentu. Perkara ini adalah disunatkan antara surah yang perlu dijawab ialah
daripada Abu Hurairah RA berkata: “Barangsiapa yang membaca: ‫ والِتين والَّز يُت ون‬apabila
sampai pada ayat: ‫ َأَلْيس هللا ب أحَك م الح اكِمين‬hendaklah menjawab: ‫ َب َلى َو َأَن ا َع َلى َذ ِل ك ِمَن الَّش اِهِديَن‬.
Kesimpulannya, terdapat beberapa adab-adab membaca al-Quran yang diterangkan dalam
bab ini, semoga kita dapat mengaplikasikan perkara-perkara ini semasa membaca al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai