Anda di halaman 1dari 6

Bentuk-bentuk bacaan yang diharuskan dan yang ditegah ketika membaca Al-

Quran:

Bentuk bacaan yang diharuskan ketika membaca Al-Quran:
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 121:
4g~-.- N_E4uO>-47 =U4-^-
+O4^OUu-4C E-EO gOg>4Eg>
Elj^q 4pONLg`uNC gO) }4`4
O'4C gO) Elj^q N-
4p+OOC^- ^g
Maksudnya: Orang-orang Yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka
membacanya Dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan
maksudnya), mereka itulah orang-orang Yang beriman kepadanya; dan sesiapa Yang
mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.
Ayat ini menunjukkan bahawa kepentingan menyempurnakan bacaan Al-Quran
dengan tepat supaya dapat mengelak daripada berubah makna ayat dan merosakkan
hukum tajwid. Sesungguhnya orang yang beriman akan sentiasa memelihara bacaan
Al-Quran dan menyempurnakan hak-hak bacaannya iaitu dengan bertajwid.
Al-Quran dibaca dengan pelbagai cara ataupun nada. Bentuk bacaan Al-Quran
terbahagi kepada empat peringkat. Peringkat-peringkat ini mengikut kelajuan
pembacaan ayat Al-Quran dari baca secara laju sehinggalah bacaan secara perlahan.




Peringkat yang pertama ialah Tartil iaitu bacaan yang penuh ketenangan dan
sederhana lajunya dengan menjaga segala hukum tajwid beserta tadabur maknanya.


Maksudnya : Membaca dengan lambat dan tenang, mengeluarkan setiap huruf dari
makhrajnya dengan memberikan sifat-sifat yang dimilikinya, baik asli maupun
mendatang (hukumnya) serta memperhatikan makna ayat.
Peringkat yang kedua pula ialah Tahqiq iaitu Bacaanya seperti Tartil akan tetapi
lebih perlahan dan lebih tenang. Ini adalah kerana bacaan ini adalah peringkat
permulaan bagi orang mahu belajar tajwid.
Seterusnya pula ialah bacaan yang laju akan tetapi masih menjaga hukum
tajwidnya. Walaupun bacaan ini laju tetapi apabila sampai tempat dengung dia dibaca
dengan dengung, apabila wakaf dia berhenti. Selalu bacaan pada peringkat ini adalah
bacaan para huffaz Al-Quran yang mahu mengulang hafalannya. Bacaan adar
adalah membaca Mad Munfasil dengan dua harakat seperti mazhab Ibnu Kathir, Abu
Amr, Yaqub, Abu Jafar, Qalun dan Asbahani
Akhir sekali ialah Tadwir bacaan pertengahan antara Tartil dan Hadar. Selalunya
bacaan seperti ini dapat kita lihat di dalam solat contohnya Solat Terawih.

Ertinya: Tingkat pertengahan antara Tartil dan Hadar.
Bacaan Tadwir adalah membaca Mad Munfasil tidak lebih dari enam harakat seperti
mazhab Ibnu Amir dan Kisai.
Ibnu Jazari dalam kitabnya ayyibah Harus al-Quran itu dibaca dengan tiga
jenis bacaan Tahqiq, Hadar, Tadwir. Membaca al-Quran dengan suara yang elok,
dengan lagu arab secara tartil dan bertajwid dan dengan bahasa arab.
Bentuk bacaan yang paling afdhal ialah bacaan Tartil kerana al-Quran itu
diturunkan secara tartil seperti firman Allah dalam surah al-Muzammil: ayat 4 yang
menjadi dalil bacaan secara Tartil.
gE>4O4 4p-47O^- EOg>O>
^j
Maksudnya: Dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
Rasulullah S.A.W juga menggalakkan kita untuk melunakkan suara ketika
membaca Al-Quran. Sabda baginda S.A.W :
:


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Nasai dalam Sunannya, bab Menghiasi bacaan al-
Quran dengan kelunakan suara.








Bentuk bacaan yang dilarang ketika membaca Al-Quran:

Al-Quran wajib dibaca dengan baik dan sopan kerana ia adalah merupakan
mukjizat terbesar yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Jadi kita sepatutnya perlu
membaca Al-Quran dengan penuh rasa rendah diri serta dengan penuh kekhusyukan.
Setiap orang membaca Al-Quran dengan cara bacaan yang berbeza. Demi menjaga
kehormatan dan kesucian Al-Quran, kita perlu mengikut cara bacaan yang dibolehkan
dan seharusnya kita mengelakkan membaca Al-Quran dengan cara yang tidak sopan
dan yang dilarang.
Membaca Al-Quran dalam bentuk irama muzik adalah satu bidah. As-Suyuti
dalam Al-Itqan dan Ar-Rafiie dalam Ijazul Quran menyebut Para ulama menyelar
perbuatan orang yang membaca Al-Quran seperti nyanyian yang diiringi muzik sebagai
perbuatan bidah. Antara perbuatan bidah dalam qiraat dan ada adalah talhin
(melagukan bacaan yang hingga sekarang ini masih ada dan disebar luas oleh orang
yang hatinya terpikat dan terpegun dengannya).
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi:

:


,
.




Maksudnya: Rasulullah S.A.W bersabda: Bacalah Al-Quran itu dengan luhun
(lahjah/lagu/makhraj) Arab dan suaranya. Dan janganlah sekali-kali membacanya
dengan lagu dan suara yang berlahjah keyahudian atau kenasranian dan ahli fasik. Ini
kerana, sepeninggalanku nanti akan muncul satu golongan yang sengaja membaca Al-
Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan
perintih. Tiada melampaui halkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati
mereka yang mengkaguminya.

Antara bentuk talhin:
1) Tatrib: Bacaan dengan merengek-rengekkan suara dengan lagu dan
memanjangkan bacaan bukan pada tempatnya atau melebihkan panjang bagi
kadar Mad.
2) Tamtit: Bacaan dengan melebih-lebihkan harakat pada hukum Mad.
3) Tarqish: Bacaan dengan melenggokkan nada suara sehingga melebihkan kadar
harakat pada Mad bertujuan menyesuaikan rentaknya.
4) Tahzin: Bacaan dengan nada yang amat sedih yang boleh membawa kepada
riak.
5) Tar'id: Bacaan dengan menggetarkan suara seperti terlalu kesejukkan atau
ditimpa penyakit.
6) Tahrif: Berkumpul dalam satu kumpulan lalu membaca al Quraan secara
serentak dan berhenti secara serentak. Di antara mereka ada yang membaca
sekadar beberapa kalimah sahaja kemudian disambung oleh orang lain tanpa
memikirkan akan keagungan Al-Quran.



Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya supaya menyempurnakan bacaan al-
Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Ibn Majah dalam Sunannya, bab Kelebihan Abdullah ibn Masud :

.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa yang suka
membaca Al-Quran yang menepati bacaannya sebagaimana ia diturunkan, maka
bacalah sebagaimana bacaan Ibn Ummi Abdin (Abdullah ibn Mas`ud).

Hadis ini merupakan galakkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya
menyempurnakan bacaan al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan sambil
memuji kelebihan Ibn Mas`ud yang sempurna bacaannya sehingga diangkat
kedudukannya sebagai salah seorang Qari yang bacaannya wajar dijadikan panduan.

Imam al-Sanadi mentafsirkan lafaz

itu bermaksud bacaan Al-Quran yang


tidak terkeluar daripada kaedah bacaan yang tepat dan tidak berubah daripada
penyempurnaan hak dan sifat huruf Al-Quran.

Kesimpulannya, amatlah penting kepada kita sebagai orang yang beriman
menjaga kesucian Al-Quran dengan membacanya sepertimana yang diperintahkan
dalam Al-Quran dan hadis iaitu membaca secara bertajwid dan tartil.

Anda mungkin juga menyukai