Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN PERSATUAN Persatuan Dunia Seni ditubuhkan bertujuan membetulkan konsep guru pelatih tentang Pendidikan Seni.

. Pendidikan Seni bukan sahaja sesuatu subjek tetapi ia juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, serta turut membawa keseronokan apabila pelbagai aktiviti dilaksanakan. Selain itu,persatuan ini juga ingin menarik warga ipg kampus perlis untuk lebih mengenali bidang seni visual dan kaedah-kaedah yang terdapat dalam penghasilan karya seni visual. Penubuhan persatuan ini juga membolehkan setiap ahlinya berkongsi minat dan hobi mereka dalam aktiviti seni. Di samping itu juga, melalui aktiviti -aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

MATLAMAT PERSATUAN Memberi peluang kepada guru pelatih untuk melibatkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang kehidupan seharian. Memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk mengendalikan persatuan melalui kursus WAJ 3113 (Kokurikulum-Persatuan) seni visual serta mengetahui peranan seni dalam

OBJEKTIF PERSATUAN Memupuk peribadi seseorang guru pelatih yang bakal menjadi pendidik supaya menghayati nilai, etika dan akhlak perguruan di samping melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti. Di samping itu, persatuan ini dapat menggalakkan pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah aktiviti seni visual.

Anda mungkin juga menyukai