Anda di halaman 1dari 11

PEPATAH/ PERBILANGAN PEPATAH @ PERBILANGAN

AHLI KUMPULAN:
IZA KASMADIANA BT KASMIJAN FARAH FAZRIYANA BT BASRI FITRI NORLIDA BT IBRAHIM NOR AZRINA BT MOHD ZAINOL NUR AFIFAH BT AHMAD

Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam.

Makna ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah.

Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam.

Pepatah memiliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.

Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkaprangkap seperti ikatan puisi.

Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

C O N T O H

Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.


Maknanya : Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.

Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing.


Maknanya : Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja sama ada susah atau senang.

Condong yang akan menongkat, Rebah yang akan menegakkkan Maknanya : Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya.

Elok kata dalam muafakat, Buruk kata di luar muafakat,


Maknanya : Sesuatu yang hendak dilakukan , elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

Hati gajah sama dilapah, Hati kuman sama dicecah. Maknanya : Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit

Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah.


Maknanya : Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan

Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal- tinggalkan


Maknanya : Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi

Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni.


Maknanya : Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan.

Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati.


Maknanya : Manusia mempunyai kehendak dan kemahuan yang berbeza.

Lengkuas di tepi kandang, Tegak puas badan menyandang.


Maknanya : Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya.

Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang kerbau menguak. Maknanya : Apabila kiata berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ.

Nasi sama ditanak, Kerak dimakan seorang.


Maknanya : Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang.

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Maknanya : Kalau orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik.

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.


Maknanya : Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai