Anda di halaman 1dari 16

Hukum Adat Kematian & Pengebumian Adat Kematian Suami/Isteri

Menurut adat istiadat suku kaum rungus, jika berlaku sama ada suami atau isteri yang meninggal dunia maka suami atau isteri yang masih hidup haruslah menurut arahan dari orang tua-tua semasa hari pengebumian dan ketika Mogukas atau Lumuvas(kenduri kematian) dijalankan. Suami atau isteri yang masih hidup ini diberi amaran dan Lapik Banda. Dia tidak dibenarkan bercampur gaul dengan orang ramai seperti menari sumundai mongigol ketika hari Mogukas atau Lumuvas. Suami atau isteri yang masih hidup ini akan diperintahkan oleh orang tua-tua supaya semua pakaian si mati yang tidak dibawa bersama ketika hari pengebumian disimpan dengan rapi dan dimasukkan ke dalam peti atau dibungkus. Perbuatan ini dinamakan Dompihot dalam bahasa Rungus. Seterusnya, pakaian si mati tadi tidak boleh dibuka sembarangan sebelum tiba masa yang diberitahu oleh orang tua-tua kelak.Kemudian suami atau isteri yang masih hidup ini diarah untuk membuat tapai (sejenis arak dibuat dari beras) di dalam tempayan kecil yang dipanggil tulidan. Dia tidak dibenarkan berpakaian menarik sehingga selesai Mogukas atau Lumuvas. Setelah beberapa hari, suami atau isteri yang masih hidup ini dikehendaki menyediakan 1 ekor babi besar atau kecil, beras dan barang-barang lain yang dirasakan perlu untuk roh si mati.Apabila tiba masa yang dirasakan sesuai, maka ketua kampung,bobolian dan semua waris si mati dijemput untuk menyaksikan pembinaan pondok penyembahan.Upacara ini dipanggil Pemanapakan Sumbingan. Setelah selesai pembinaan pondok, maka babi yang telah disediakan itu pun ditangkap untuk disimpan di pondok tersebut. Sebelum hal ini dilakukan, kubur si mati terlebih dahulu dibersihkan pada petang sebelum hari Pemanapakan Sumbingan ini. Babi yang sedia ada di pondok penyembahan disembelih lalu dimasak. Kemudian, sedikit daging yang dimasak itu diambil untuk dibawa ke kubur si mati bersama tapai dalam tulidan, mangkuk,pinggan dan gelas yang telah disediakn oleh suami atau isteri yang masih hidup. Kedua-dua waris dari suami dan isteri dikehendaki berhimpun di tanah perkuburan. Orang ramai yang bersimpati dengan si mati turut berada di perkuburan itu bagi tujuan memberi penghormatan buat kali terakhir kepada si mati.Mereka akan makan dan minum di atas kuburan si mati kemudian memecahkan kesemua barang yang dibawa dari rumah seperti tempayan, pinggan, mangkuk dan gelas di tempat itu. Sesudah selesai penghormatan untuk si mati dilakukan, maka kesemua yang berada di kuburan harus pulang ke rumah keluarga yang mengadakan Lumuvas ini bagi upacara memukul gong dan menari sumundai mongigol.Untuk mengakhiri upacara , waris keluarga si mati harus menari sumundai mongigol. Setelah selesai tarian sumundai mongigol, maka suami atau isteri yang masih hidup ini telah bebas dari adat Dompihot. Kemudian, barulah orang tersebut membayar adat todung kepada mertua atau waris si mati.Adat Todung ini berupa 1 gadul atau salapa.Adat kovolihan mato 1 sanang tinukul. Ini menandakan suami atau isteri yang masih hidup itu merupakan seorang duda atau balu. Dalam bahasa Rungus ianya dipanggil Tulun do Napuadan.Maka orang yang dipanggil Tulun do Napuadan ini bolehlah berkahwin semula mengikut kerelaannya.

Hukum Adat Apabila seseorang mati di rumah orang lain


Dalam adat istiadat suku kaum Rungus, apabila terjadi kematian di kampung atau di rumah orang lain,maka keluarga si mati itu akan dikenakan adat Korivaan atau adat Korungkapan. Keluarga si mati boleh membeli (menyewa) secara sementara rumah tempat si mati meninggal mengikut harga yang dipersetujui oleh tuan rumah. Hal ini supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Walau bagaimana pun, keluarga si mati tidak boleh mengadakan 'mogukas' iaitu kenduri untuk si mati di tempat tersebut. Ketika perlaksanaan pengurusan jenazah berkenaan, keluarga si mati juga tidak dibenarkan menggunakan apa-apa

peralatan milik tuan rumah seperti cangkul,parang, periuk, kuali, pinggan mangkuk dan sebagainya melainkan yang dibeli sendiri. Adapun adat-adat yang dikenakan ialah: 1. Adat korivaan o 1 ekor babi Adat Korungkapan

2.

o o
3.

1 ekor babi 1 buah tawag

Adat Labat Minatai

o
4.

1 ekor babi

Adat Pulanut

o
5.

1 buah gadur

Adat Pukodou

o
6.

1 bilah parang

Adat Purandom

3 ela kain hitam

Kesemua adat ini harus dilunaskan kepada tuan rumah. Hal ini tidak boleh dihutang atau ditangguh-tangguh tetapi diselesaikan dengan serta-merta.

Hukum Adat Lapau


Lelaki- dikenakan sogit kepada isterinya, 1 ekor babi atau 1 ekor kambing, pulanut 1 sanang betukul dan 1 parang sebagai pukadou. Perempuan- dikenakan sogit kampung, 1 ekor babi atau 1 ekor kambing,1 tinukul dan karol tingkal. Jika lelaki dan perempuan kahwin, si lelaki dikehendaki membayar Rolot, 1 tawag kepada isterinya dan pulanut kepada anaknya tiap-tiap seorang satu saring atau 1 ringgit duit syiling.

Hukum Adat Kosup


Jika seseorang sedang sakit kuat, dan sedang diubati oleh seorang Dukun atau Bobolian,kemudian meninggal sebelum si Bobolian yang mengubati pulang maka keluarga si mati dikenakan adat Kosup. Keluarga Si mati hendaklah memberi 1 sanang betukul, 1 gador dan 1 ekor babi kepada si Bobolian.

Hukum Adat Bangun


Adat ini dikenakan kepada orang yang menyebabkan kematian seseorang. Misalnya, si Polan mencuri kemudian mati akibat terkena guna-guna(Kepandaian) orang seperti popol, sinda'at atau kelulut. Maka orang yang menyebabkan kematian itu boleh dikenakan Adat Bangun sekiranya ada saksi dan mempunyai bukti kukuh si Polan itu mati kerana perbuatannya. Oleh itu, orang tersebut mestilah memberi 10 sanang kimanis dan 5 ekor kerbau. Hukum Adat Mengusung Mayat Melintasi Ladang dan Rumah Orang Lain Jika ada seseorang yang meninggal dunia dan pihak si mati mengusung mayat tersebut melintasi ladang dan rumah orang lain, maka keluarga si mati itu akan dikenakan adat Puod dan Adat Kosusuhutan. Dalam adat Puod, seekor ayam digunakan sebagai sogit untuk tanaman di ladang yang dilintasi itu. Hal ini kerana tanaman di ladang yang terkena penyakit puod seperti tanaman tidak subur,daun menjadi tidak sihat, kekuning-kuningan dan gugur telah dilintasi oleh sial iaitu mayat manusia. Menurut adat Kosusuhutan, seekor babi disembelih untuk memanggil kembali roh orang yang hidup apabila mayat diusung melintasi rumah orang lain. Ini kerana roh orang yang mati itu dipercayai mengajak roh orang yang masih hidup untuk sama-sama menyertainya ke alam kematian. Hukum Adat Sonsol Hukum adat Sonsol dikenakan kepada orang yang membuat kesalahan seperti apabila seseorang itu diamanahkan untuk menjaga seseorang itu tetapi mengabaikan tanggunjawabnya .Dan jika dia membuat angkara agar orang yang dijaganya mendapat bahaya, sehingga menyebabkan kematian maka orang tersebut mestilah membayar 4 sanang Kimanis, 5 buah tawag dan 1 ekor kerbau. Hal-hal lain yang dikenakan Adat Sonsol ialah: 1. Seseorang yang menyebabkan kematian orang lain dengan menggunakan ilmu hitam. o Cth: Seseorang itu bergaduh kemudian mengenakan ilmu hitam seperti popol atau sinda'at sehingga lawannya mati. Seseorang itu menyumpah orang lain sehingga orang yang disumpahnya mati.

2.

Kedua-dua hal ini, si pesalah akan dikenakan 8 sanang Kimanis, 4 ekor kerbau, 2 buah tawag binubuk dan 2 sanang Kutai. Hukum Adat Mati Di Ladang Jika ada orang mati kerana sakit atau kemalangan di ladang, maka si mati itu terpaksa di kubur di ladang itu juga.Mayat si mati tidak boleh dibawa balik ke rumahnya. Mengikut kepercayaan suku kaum Rungus, orang yang mati itu akan membawa bencana buruk kepada kampungnya jika tidak dikebumikan di ladang itu. Jika si mati itu meninggal di ladang orang lain, maka si mati hendaklah dikebumikan di ladang itu juga dengan kawasan seluas 15 kaki persegi termasuk kawasan kuburan itu tidak boleh diusahakan. Keluarga si mati dikehendaki membayar 1 ekor babi dan 3 ekor ayam sebagai sogit ladang, dan 1 sanang betukul atau sumbul sebagai pulanut kepada si empunya ladang berkenaan. Semua ini tidak boleh digantikan dengan wang. Hukum Adat Mati Jatuh Dari Pokok Sekiranya seseorang mati kerana jatuh dari pokok, maka mayatnya tidak boleh dibawa ke kampung atau ke rumahnya. Si mati hendaklah dikuburkan di tempat itu juga dan waris si mati tidak boleh berpantang larang.

Hukum Adat Mati Di Laut Bagi seseorang yang mati di laut, mayatnya tidak boleh dibawa pulang ke rumah melainkan dibuang ke dalam laut mayat tersebut.

Hukum Adat Perkahwinan Hukum Adat Suami Isteri Bergaduh Di Hadapan Tetamu
Apabila suami isteri bergaduh atau berkelahi di hadapan tetamu mereka, maka pasangan suami isteri ini akan dikenakan adat malu. Adat Malu ini berupa 1 buah tawag dan 1 ekor ayam besar. Hal ini demikian kerana perbuatan mereka itu dianggap sebagai tidak menghormati tetamu mereka. Apabila mereka bergaduh, maka mereka seolah-olah menganggap tetamu mereka sebagai haiwan dan cuba mengusir mereka dengan mencetuskan pergaduhan.

Hukum Adat Solod Hukum Adat Solod dikenakan kepada orang yang bersalah kerana merebut isteri atau suami orang lain. Denda yang dikenakan ialah 8 buah sanang kimanis dan seekor kerbau sumandak untuk diberikan kepada isteri atau suami orang yang direbutnya.

Hukum Adat Rungkang Kesalahan yang dikenakan adat Rungkang adalah apabila si suami atau si isteri sedang sakit lalu ditinggalkan oleh si suami atau si isteri. Kemudian si suami atau si isteri meninggal dunia sedangkan si suami atau si isteri telah pun berkahwin lain. Maka si suami atau si isteri yang melakukan kesalahan ini didenda 1 ekor kerbau, 1 buah tawag binubuk dan 1 ekor babi.

Hukum Adat Rolot Hukum Adat Rolot dikenakan kepada suami yang memadukan isterinya sama ada mendapat persetujuan atau tidak dari isteri pertamanya. Adat Rolot yang dikenakan ialah 1 buah tawag untuk 'rolot' dan 1 ekor kambing atau babi untuk 'pulanut' atau kepanasan. Isteri baru pula dikehendaki membayar 1 buah languwai kepada isteri pertama sebagai adat mereka telah bermadu.

Hukum Adat melangsungkan perkahwinan di rumah orang lain Menurut adat suku kaum Rungus,seandainya hal ini berlaku sama ada dengan persetujuan atau tidak dari kedua belah pihak, maka orang tesebut dikenakan adat kosintadon. Adat Kosintadon ini ialah 1 sanang betukul atau tinukul dan 1 ekor kambing atau babi untuk diberikan kepada tuan rumah. Hal ini demikian kerana pasangan pengantin ini dianggap telah 'menyewakan' rumah mereka bagi alam rumahtangga yang bakal dijalani.

Hukum Adat Perempuan yang bersalin di rumah orang lain secara sengaja atau tidak
Adalah menjadi pantang larang bagi suku kaum rungus jika seorang perempuan melahirkan anak di rumah orang lain . Menurut adat istiadat suku kaum Rungus, melahirkan anak di rumah orang lain adalah tidak baik kerana perempuan bersalin akan mengeluarkan darah yang banyak. Inilah yang dikatakan "Kariva" atau "Karintad do paganakan di' sanganu do valai"(alamat tidak baik bagi zuriat seisi rumah). Sesiapa yang melakukan hal ini akan dikenakan adat Katingaladan iaitu 1 ekor ayam jantan untuk sogit kogikalan (berteduh) kepada tuan rumah seandainya bayi yang dilahirkan itu selamat dan hidup. Seandainya bayi tersebut mati, perempuan berkenaan haruslah membayar adat Karivaan iaitu 1 buah tawag,1 ekor babi atau kambing dan pulanut pukadou sebilah parang. Kesemua barang-barang ini haruslah dilunaskan pada hari tersebut juga kerana tidak boleh melanggar adat.

Hukum Adat Perempuan yang bersalin di rumah orang lain secara sengaja atau tidak (mengandung tanpa suami)
Hukuman bagi kes ini agak berat sedikit kerana akan dikenakan sogit kepanasan. Sogit kepanasan ini disebabkan anak yang dilahirkan itu adalah hasil daripada perzinaan.Maka dengan itu 'kepanasan' tersebut harus disejukkan dengan 'sogit' (sejuk) untuk menolak bala penyakit dan membuang sial. Adat yang dikenakan ialah denda 1 ekor babi besar untuk sogit, 1 buah sanang betukul untuk pulanut dan sebilah parang untuk peralatan yang kesemuanya diberikan kepada tuan rumah. Sebagai sukud (perlindungan nyawa) kepada Ketua Kampung perempuan tersebut hendaklah memberikan 1 buah gadur dan 1 ekor ayam kerana beliaulah yang membicarakan hal ini.

Hukum Adat Bagi Lelaki yang membawa Anak Gadis Kahwin Lari
Jika seorang lelaki membawa anak gadis orang tanpa kebenaran orang tua gadis tersebut kemudian berkahwin pula, maka kedua-duanya telah dianggap berbuat zina. Si lelaki yang membawa gadis itu kahwin lari akan didenda mengikut adat istiadat kaum Rungus iaitu: 1. Bagi pihak ibu bapa si gadis,adat istiadat malu dikenakan. o Lelaki itu dikehendaki memberi 2 buah tawag binubuk atau 2 buah sanang betukul yang besar. Bagi si gadis yang dibawa lari itu, adat Laput dikenakan.

2.

o
3.

Lelaki itu dikehendaki memberi 2 buah langguwai, 1 panding, 1 saludang untuk penutup dan 1 Mappai Rampak.

Untuk berian si gadis, 2 ekor kerbau dan 1 ekor babi/kambing sebagai sogit kampung, 1 ekor kerbau sebagai belanja dapur serta belanja hangus dan lain-lain harus dibayar oleh si lelaki menurut permintaan pihak si gadis.

Sekiranya si lelaki tidak mampu menurut permintaan ibu bapa si gadis, maka si lelaki yang telah berkahwin ini dikehendaki tinggal bersama-sama mentuanya sehingga hutang berian habis dibayar. Andainya tempoh yang diberikan oleh ibu bapa si gadis telah tamat, maka ibu bapa si gadis berhak untuk menceraikan si gadis dari si lelaki (suaminya) itu

Hukum Adat Baboh

"Baboh" adalah perkahwinan yang dilarang antara perempuan dan lelaki yang mempunyai kaitan persaudaraan yang sangat dekat. Dalam erti kata lain, "baboh" adalah perkahwinan antara pasangan yang jarang berlaku dan susah untuk dihuraikan. Contohnya, si A mempunyai dua orang anak gadis.Ada sepasang bapa dan anak jatuh cinta kepad anak gadis si A ini.Si bapa berkahwin dengan kakak, manakala si anak berkahwin dengan adik.Dalam hal ini, hubungan persaudaraan susah untuk dijelaskan kerana si bapa dipanggil menantu, yang si anak pun dipanggil menantu. Begitu juga halnya apabila seorang janda berkahwin dengan seorang lelaki (sama ada duda atau tidak) yang mempunyai seorang anak lelaki.Kemudian perempuan janda ini mempunyai seorang sepupu pertama perempuan berkahwin pula dengan anak lelaki suaminya.Ini juga turut dinamakan baboh. Baboh sepatutnya tidak boleh dilakukan tetapi jika keadaan sudah memaksa, maka adat Baboh terpaksa dikenakan kepada pasangan berkenaan.Adat baboh ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 2 buah sanang kimanis dan 2 ekor babi yang besar untuk 'kepanasan' untuk dibayar kepada bapa. Si bapa perlu membayar kepada si anak 1 ekor babi, 1 buah tawag binubuk dan kedua-dua pihak waris mesti diberi 1 buah gadul setiap seorang. Kesemua waris terdekat kedua-dua belah pihak mesti dikenakan bayaran adat Purondom Kaval Tiningkal dan sebilah parang sebagai adat pukodou. Berian mesti dibayar mengikut peraturan dan persetujuan kedua-dua belah pihak.Adat Rinding mesti dilakukan sebagai perisai 'kepanasan'. 1 ekor babi dan 1 sanang betukul besar sebagai pusukud untuk adat kepanasan mereka. Adat untuk Ketua Kampung yang membicarakan hal perkahwinan ini turut disediakan sebelum perbicaraan bermula.

Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Rungus


Pemuda-pemuda dari suku kaum Rungus tidak mencari bakal isteri mereka sendiri tetapi ditentukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi anak mereka apabila anak-anak mereka dewasa dan sudah berupaya memikul tanggungjawab untuk mendirikan rumahtangga. Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu gadis yang berkenan di hati, mereka akan datang ke rumah ibu bapa si gadis untuk merisik sama ada si gadis telah berpunya atau belum. Apabila didapati si gadis itu belum dimiliki, maka ibu bapa si lelaki akan menanyakan orang-orang yang rapat atau keluarga terdekat si gadis bagaimana sikap si gadis, sama ada si gadis yang dirisik rajin,baik hati dan sebagainya.Begitu juga sebaliknya bagi keluarga si gadis. Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat, barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari peminangan atau pertunangan. Setelah persetujuan pertunangan dibuat, maka barulah hari menghantar tanda tunang ditetapkan. Kadang kala semasa hari menghantar tanda tunang, hari tersebut juga digunakan untuk penetapan berian, hukuman dan perbelanjaan yang mesti dikeluarkan oleh pihak si lelaki seminggu sebelum hari perkahwinan. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai berian, hukuman dan perbelanjaan kahwin akan dibuat selepas seminggu atau sebulan penghantaran tanda tunang. Semua perbincangan pihak lelaki dan pihak perempuan ini akan disaksikan oleh Ketua

Kampung dan beberapa orang ahli keluarga kedua belah pihak. Barang-barang yang yang dijadikan tanda tunang adalah tidak terhad, antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Buah Pinang Daun Sirih Daun Kirai Kapur Sigup (Tembakau) Lain-lain barang yang difikirkan perlu untuk si gadis

Kesemua tanda tunang ini dihantar oleh bapa si lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain sebagai pengiring. Kebiasaannya, apabila rombongan si lelaki tiba di rumah si perempuan, si lelaki akan mengambil seberapa banyak yang terdaya dan disimpan para-para rumah si perempuan. Ini menandakan bahawa si lelaki itu mahu menjadi keluarga mereka. Tali pengikat kayu api itu akan disimpan sebagai tanda bahawa berapa besar ikatan kayu itu begitulah juga besarnya sukatan tempayan yang diberikan kepada bapa si perempuan. Adat ini dinamakan sebagai adat "Loput" atau "Buka Mulut". Upacara penghantaran tanda tunang dilakukan mengikut hari yang baik contohnya pada hari "tontong" atau bulan purnama. Jika sepanjang perjalanan pada hari penghantaran tanda tunang ini berlaku peristiwa-peristiwa ganjil,bertemu binatang seperti rusa, burung-burung ganjil dan sebagainya, maka upacara penghantaran tanda tunang dibatalkan dan ditunda ke hari lain. Bagi hal berkenaan berian dan belanja kahwin,ibu bapa si lelaki akan menggunakan seseorang sebagai wakil untuk berbincang dengan keluarga perempuan dan menyampaikan kepada ibu bapa ibu bapa si lelaki segala keputusan keluarga pihak perempuan. Wakil bagi upacara seperti ini dinamakan "Bantaran". Tugas "Bantaran" ialah sebagai pembawa adat "Loput" (Pembuka Bicara/Pembuka Mulut)."Bantaran" perlu membawa sebuah "panding" sebesar satu depa sukatannya, "tutuban" satu sansang sakudon atau sebuah gong dan "languwai" satu pasang atau "sumbul". Untuk perempuan yang akan dikahwininya diberi satu "languwai" sederhana besar dan satu "tawag". Ibu bapa perempuan pula akan diberi dua buah "tawag" atau "sanang". Jika si lelaki berkemampuan, semua adik-beradiknya yang perempuan juga diberi satu "gadur" setiap seorang sebagai adat pewarisan. Setelah selesai adat "Loput" atau "Buka Mulut" ini, barulah mereka akan berunding mengenai berian dan belanja kahwin serta hantaran pihak lelaki mengikut permintaan pihak perempuan. Sekiranya si lelaki bersetuju dengan semua permintaan tersebut, maka hari perkahwinan pun ditetapkan. Jika tidak, terpulanglah kepada budi bicara kedua-dua pihak sama ada mahu meneruskan perkahwinan si anak atau tidak. Apabila tiba masa perkahwinan yang telah ditetapkan, si lelaki dikehendaki membawa "bujak", keris atau pedang, "paes" (pisau) yang diikat bersama gelang dengan menggunakan sapu tangan. Setelah lengkap semuanya barulah si lelaki berangkat ke rumah bakal isterinya. Apabila tiba di rumah si perempuan, si lelaki hendaklah menyerahkan kesemua barang tadi kepada ibu bapa si perempuan.Sesudah itu, barulah si lelaki boleh duduk di tempat persandingannya sementara menanti pengantin perempuan keluar bersanding. Si lelaki mestilah membawa seorang pengapit yang dipanggil "magat", begitu juga dengan pengantin perempuan. Sesudah upacara perkahwinan dijalankan, barulah Ketua Kampung membuat surat peringatan perkahwinan untuk didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri bagi mendapatkan Surat Keterangan Berian. Dalam surat peringatan ini, diberi "Lapik Banda" kepada kedua-dua suami isteri, iaitu sekiranya si suami tidak menjaga isterinya dengan baik, tidak menghormati mentua dan hal-hal lain yang tidak wajar dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya, maka isteri berhak menceraikan suaminya tanpa mengembalikan kesemua berian dan perbelanjaan kahwin. Jika si isteri tidak mengikut nasihat dan katakata suami, curang atau lari dari rumah akan didenda satu "tawag" atau "sanang" dan berian akan dikembalikan kepada suaminya.

Adapun tujuan "Lapik Banda" ini adalah untuk mengelakkan pasangan suami isteri daripada bercerai.

Adat dan Pantang Larang Bagi Ibu Baru Bersalin Menurut adat resam suku kaum Rungus, ibu yang baru melahirkan anak tidak dibenarkan membuat sebarang kerja selama genap satu atau dua minggu bagi mengelakkan sakit dan masuk angin dalam badan.si ibu ini juga tidak digalakkan keluar rumah selama 7 hari. Selain itu,perempuan yang baru bersalin tidak boleh dimarahi, dipukul atau mendengar perkataan yang kasar.Jikalau keadaan mengizinkan, si ibu ini harus berpantang selama 30 hari sehingga badannya pulih. Untuk mengelakkan serangan penyakit dan supaya bayi selamat, bayi tersebut tidak boleh dibawa keluar rumah sesuka hati dalam tempoh pantang berkenaan. Pemakanan ibu juga dititikberatkan.Si ibu dimestikan memberi susu ibu kepada bayinya untuk menyusu.Antara peraturan makanan yang mesti dipatuhi oleh si ibu ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Makan 3 kali sehari Makan lebih kerap sup daging atau ayam Makan kacang beras dengan lembut Makan banyak sayur dan telur ayam Buah-buahan makan 3 kali sehari Minum air yang dimasak 6-8 gelas sehari Berjemur cahaya matahari setiap pagi lebih kurang 1 jam.

Hukum Adat Anak Melawan Ibu Bapa Sudah menjadi pantang bagi suku kaum Rungus apabila seorang anak melawan ibu bapanya. Jika si anak melawan katakata ibu bapanya, maka si anak itu dikatakan derhaka dan akan terkena tulah atau kutuk.Dalam bahasa Rungus, ia dikatakan Kovusung. Untuk mengelakkan tulah atau kutuk itu, maka adat Kovusung harus dikenakan. Adat Kovusung ini berupa 1 ekor babi yang sedang membesar. Babi itu harus disembelih dan darahnya harus dikumpul untuk dimandikan kepada si anak yang derhaka itu. Selain itu, sebuah gadul sebagai pulanut turut diberikan sebagai sebahagian dari adat Kovusung. Jika ibu bapa si anak yang derhaka ini tidak memaafkan anaknya, maka tulah atau kutuk pada si anak itu tetap tidak dapat dielakkan.

Hukum Adat Dan Pantang Larang Perempuan Yang Sedang Hamil


Jika ada seseorang yang memotong kayu dengan menggunakan parang, kemudian parang tersebut disimpan di atas bahu perempuan hamil maka kata orang dahulu kala pantang kerana "kotiguras" bermaksud sial.Menjadi pantang bagi seorang perempuan hamil dilakukan sedemikian rupa kerana perempuan hamil sama sekali tidak boleh dikejutkan seperti seakanakan dipukul dengan mengunakan kayu, parang dan sebagainya. Sesiapa yang melakukan demikian ke atas perempuan hamil, maka orang tersebut akan dikenakan sogit. Sogit ini biasanya sebagai penyelamat kepada perempuan hamil yang terkejut itu.Hal ini kerana apabila si ibu terperanjat, maka bayi dalam kandungan juga ikut terperanjat lalu bergerak dan menyebabkan keguguran.Kalau pun tidak keguguran, tetapi bayi yang dilahirkan mungkin boleh menjadi cacat atau pun menjadi seorang yang mudah terkejut, mudah diserang penyakit dan

sebagainya. Si pesalah yang membuat perempuan hamil terkejut akan dikenakan sogit peringkat pertama iaitu seekor ayam berharga RM10.00 untuk diberikan kepada perempuan hamil tersebut.Jika si pesalah degil dan tidak mahu melakukan demikian sehingga berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas perempuan hamil tadi seperti menyebabkan kematian, maka si pesalah ini akan dikenakan undang-undang bangun atau "sonsal". Adat Sonsal ini ialah: 1. 2. 3. 80 sanang atau RM24,000.00 40 sanang atau RM12,000.00 2 ekor kerbau sebagai ganti nyawa

Jika si pesalah tidak dapat membayar adat ini, maka si pesalah akan didakwa di Mahkamah Anak Negeri dan boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun jika sabit kesalahan.

Hukum Adat Kekecewaan Akibat Mungkir Janji Hal kekecewaan (Koimanimanan) sering kali terjadi di kalangan remaja lelaki dan wanita pada masa kini. Apabila seseorang itu sudah berjanji dan kita menunggu dengan penuh pengharapan, tetapi orang yang melafazkan janji itu tidak menunaikan janjinya maka orang tersebut akan dikenakan adat Kimanan. Begitu juga halnya apabila seseorang itu melakukan urusniaga tetapi seolah-olah ditipu. Contohnya si A sudah membayar wang pendahuluan kepada si B untuk urusniaga sebuah peralatan tetapi si B tidak memberi peralatan tersebut. Maka si B akan dikenakan adat Kimanan. Adat Kimanan ini adalah sebuah tawag atau lebih tinggi nilainya dari itu mengikut keputusan yang diambil oleh Ketua Kampung atau pihak yang berkuasa. Kedua-dua pihak harus menandatangani perjanjian keputusan pihak berkuasa ini dan si pesalah yang mungkir janji itu harus membayar atau menunaikan janjinya. Seandainya si pesalah enggan menurutinya, maka hal tersebut boleh didakwa di Mahkamah Anak Negeri.

Hukum Adat Kopunan (Kempunan) Orang dahulu kala berpendapat adalah menjadi pantang membuat seseorang kempunan seperti mengatakan 'Kogutaikah' walaupun sedang marah. Apabila seseorang yang membuat orang lain kempunan sehingga orang yang dikatakannya itu mendapat kecelakaan seperti cedera terkena benda tajam, diserang binatang buas, dipatuk ular atau lebih teruk lagi sehingga menyebabkan kematian, maka orang yang bertanggungjawab akan dikenakan adat Kopunan. Adat Kopunan ini berupa 1 buah sanang, 1 ekor kerbau dan 1 ekor kambing atau babi sebagai sogit kepada orang yang kempunan itu. Hukum Adat Kotigagangan Orang yang melakukan kesalahan memeranjatkan orang lain dengan tujuan bergurau sehingga oarng yang terperanjat tadi sakit, si pesalah tersebut akan dikenakan adat Kotigagangan. Adat Kotigagangan berupa seekor ayam untuk diberikan kepada orang yang terkejut.Seorang bobolian atau dukun mesti dipanggil untuk menyembelih ayam tersebut bagi mengembalikan roh atau 'tatod' orang yang terkejut itu.

Hukum Adat Menyumpah Orang Lain

Orang yang didapati selalu menyumpah orang yang tidak bersalah akan dikenakan sogit. Misalnya, si A menyumpah si B sehingga si B sakit dan berlaku perkara yang tidak diingini kepadanya. Maka si A yang menyumpah si B ini akan dikenakan sogit iaitu 1 ekor babi atau 1 ekor kambing disembelih, sebilah parang sebagai pukodou dan sebuah gadul atau salapa untuk pulanut. Kesemua sogit ini tidak boleh ditukar nilai dengan wang ringgit. Hukum Adat Merogol Perempuan Bawah Umur 14 Tahun Undang-undang Rungus dari dahulu kala masih digunapakai sehingga sekarang mengenai lelaki yang melakukan kesalahan merogol perempuan yang berumur bawah 14 tahun.Jika disabitkan kesalahan, si perogol berkenaan boleh dikenakan adat denda atau sogit iaitu: 1. 2. 3. 4. 1 ekor kerbau sumandak 2 buah tawag sederhana besar 1 ekor kambing 2 buah sanang betukul besar (menanggung keaiban ibu bapa)

Jika perempuan yang dirogol tadi mendapat penyakit akibat perbuatan tersebut, maka kesemua perbelanjaan untuk merawat penyakit perempuan itu harus ditanggung sepenuhnya oleh si pesalah sehingga penyakit perempuan tersebut sembuh. Undang-undang Rungus juga menegaskan bahawa si pesalah harus membayar berian perempuan tadi sama ada si pesalah mahu berkahwin atau tidak dengan perempuan yang dirogolnya itu.Jika si pesalah tidak mahu membayarnya, pihak ibu bapa dan Ketua Kampung berhak membawa hal berkenaan ke pihak pengadilan.Si perogol ini kemudian akan diadili mengikut undang-undang negara. Hukum Adat Merosakkan Tanaman di Ladang Merosakkan tanaman di ladang khususnya menggunakan parang harus dikenakan adat Rungus tidak kira siapa orang tersebut.Orang yang merosakkan tanaman di ladang seperti padi akan didenda 1 ekor ayam sebagai sogit. Seberapa banyak kerosakan tanaman akan dibayar nilainya dua kali ganda oleh orang yang merosakkan tanaman tersebut. Sekiranya tuan punya ladang ada membuat penyembahan roh padi sehingga memperuntukan beberapa ekor ayam dan lain-lain, maka si perosak berkenaan mesti membayar semuanya sebagai ganti rugi. Adat ini dinamakan " Adat Korunggabon" pantang bagi upacara penyembahan telah dilanggar. Inilah yang dikatakan "Koti gurasan di' sanganu om kotiggagan di' rumpuvon do tinanom

Hukum Adat Orang Yang Didapati Mencuri


Seseorang Rungus yang didapati mencuri akan terlebih dahulu disoal siasat menurut hukum adat suku kaum Rungus. Jika si pencuri mengaku tidak bersalah sedangkan terdapat saksi dan bukti kukuh mengenai kesalahannya, maka kes tersebut akan dibawa kepada pihak berkuasa. Seandainya si pencuri mengaku akan kesalahannya maka kes berkenaan tidak perlu menjadi kes polis kerana akan dikendalikan oleh Ketua Kampung. Menurut adat istiadat suku kaum Rungus, si pencuri tersebut dikehendaki mengembalikan semua barang yang dicurinya kepada si pemilik. Si pencuri akan didenda 1 buah tawag sebagai pengajaran untuk diberikan kepada Ketua Kampung. Selain itu, si pencuri turut dikenakan 1 ekor ayam besar sebagai sogit Koruntadan untuk diberikan kepada orang yang kecurian tadi.

Hukum Adat Pembahagian Harta Pusaka Menurut kebiasaan nenek moyang suku kaum Rungus, harta yang dimaksudkan berupa gong,betukul,tawag,pakaian tradisi, tanah dan lain-lain. Harta yang dimiliki oleh ibu bapa tidak boleh diberi kepada si anak selagi mereka belum meninggal dunia.Ibu bapa haruslah membuat wasiat semasa mereka masih hidup mengenai pemberian harta berkenaan. Menurut adat Rungus, pembahagian harta pusaka ini mendapat kelebihan kepada anak lelaki sulung.Anak perempuan

walaupun sulung cuma mendapat 3% sahaja.Hal ini kerana anak lelaki dipercayai dapat membalas jasa ibu bapa lebih awal.Anak perempuan pula akan dimiliki oleh orang lain (suaminya) dan tenaganya tidak setaraf lelaki.Baki harta pusaka seterusnya dibahagikan sama rata antara adik-beradik. Jika ibu bapa mempunyai anak angkat, anak angkat ini tidak berhak mendapat harta pusaka ibu bapa angkatnya.Tetapi jika anak angkat itu mempunyai pendapatan bersama sepanjang hayat ibu bapa angkatnya, maka harta berkenaan bolehlah dituntutnya.

Hukum Adat Todung Adat Todung ini dikenakan kepada orang yang melanggar adat berpantang semasa kematian suami atau isteri. Hukuman adat yang dikenakan ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 1 buah salapa 1 bilah parang 1 piring kimanis atau 1 buah gadul 1 buah sanang betukul atau 1 buah tawag 1 buah gadul

Denda-denda ini dibayar mengikut kesalahan yang dilanggar semasa adat berpantang kematian suami atau isteri. Hukuman Adat Sumbang Sumbang adalah perbuatan zina yang dilakukan oleh orang-orang yang ada pertalian darah seperti antara anak dan bapa, ibu dan anak, adik beradik seibu sebapa, anak saudara dan bapa/ibu saudara serta bersepupu dengan pertalian darah yang masih dekat. Dalam adat suku kaum Rungus, sumbang terbahagi kepada dua iaitu Sumbang Tunggal (besar) dan Sumbang Soroi. 1. Sumbang Tunggal (Besar) o Sumbang Tunggal ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh anak dan bapa, anak dan ibu dan adik beradik seibu sebapa.

Hukuman Adat Kesalahan 'Sumbang Tunggal' :

Mengikut undang-undang adat zaman dahulu, orang-orang yang melakukan kesalahan ini akan dihukum bunuh atau ditangkap dan dimasukkan ke dalam satu tempat yang dinamakan "bubu" lalu dibuang ke laut. Oleh kerana hukuman ini terlalu berat maka adat ini dilupakan begitu sahaja. Bagi Suku Kaum Rungus zaman sekarang, orang yang didapati bersalah kerana melakukan sumbang tunggal ini akan dikenakan adat 15 ekor babi untuk adat kepanasan kampung, 20 buah sanag kimanis atau sanang biasa, pulanut 2 pasang langkaki saring yang diperbuat dari besi luyang tembaga, dipotong-potong untuk diberikan kepada kampung yang terlibat. Adat Pusukud juga dikenakan iaitu 1 sanang atau 1 tawag dan 1 ekor babi untuk sogit kepada ketua-ketua kampung yang membicarakan hukuman ini.Adat ini akan dikenakan kepada kedu-dua pesalah, si lelaki dan si perempuan. 2. Sumbang Soroi o Sumbang Soroi ialah perbuatan zina yang dilakukan antara sepupu 1 kali,sepupu 2 kali,sepupu 3 kali dan antara

anak saudara dan bapa/ibu saudara.

Hukuman Adat Kesalahan 'Sumbang Soroi' :

3.

i) Sumbang Soroi antara sepupu 1 kali o tidak boleh dikahwinkan

o o

Lelaki - didenda 3 ekor babi untuk sogit kampung, pulanut sepasang lungkaki, 2 buah sanang atau tawag. Perempuan - didenda 2 ekor babi untuk sogit kampung, pulanut sepasang lungkaki.

ii) Sumbang Soroi antara sepupu 2 kali dan 3 kali

o o o o

Jika kedua-dua pesalah berlainan keturunan, kedua-duanya boleh dikahwinkan. Si lelaki akan dikenakan adat "pitas" iaitu 1 tawag binubuk. Lelaki - didenda 2 ekor babi atau kambing untuk sogit kampung, pulanut gadur dan tinukul diberi kepada waris. Perempuan - didenda 1 ekor babi atau kambing untuk sogit kampung, 1 sanang tinukul.

iii) Sumbang Soroi antara anak saudara dan bapa/ibu saudara

o o o

tidak boleh dikahwinkan walaupun telah membayar denda dikehendaki membayar pusukud kepada ketua-ketua kampung yang membicarakannya dan hendaklah dikeluarkan sebelum perbicaraan dimulakan. Lelaki - didenda 5 ekor babi besar untuk sogit kepanasan kampung, 3 buah tawag atau 4 buah sanang, pulanut sepasang lungkaki, 4 karol tingkal sebagai purandom dan 1 parang sebagai pukadau (pukaras). Perempuan - didenda 2 ekor babi atau kambing untuk sogit kepanasan kampung, 2 buah sanang betukul,pulanut sepasang saring dan purandom 2 karol tingkal

Agama Labus adalah satu agama yang diasaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Dia menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna: 1. AGAMA berasal dari bahasa Rungus boleh dilakukan o A - boleh

o
2.

Gama - buat / lakukan

LABUS bermakna keluar/lepas dalam bahasa Rungus

Ringkasnya,agama Labus bermaksud satu set hukum momogun yang boleh dilakukan untuk melepaskan mereka dari hukuman, laknat, sumpahan atau murka dari tuhan. Menurut Bobolizan Gomburon dan Guraumanuk, manusia ini pada asalnya adalah dewa. Setelah dihasut oleh Rogon iaitu anak Kinoringan Mamangun sendiri, manusia yang ketika itu adalah dewa telah ikut serta merebut takhta Kinoringan. Maka akhirnya Pomogunan Tavanus (Syurga) telah huru hara dan Kinoringan mematahkan bala tentera Rogon dan menjatuhkan hukuman kepada pengikut-pengikutnya. Manusia yang termakan kata-kata Rogon pada mulanya dipanggil sebagai

Rumandavi (dewa) kini dipanggil Riniba(manusia). Riniba diambildari kata SIBA bermaksud rendah.Riniba bermakna makhluk ciptaan Kinoringan Mamangun yang telah direndahkan statusnya. Untuk mengelakan kutukan dari Kinoringan terhadap mereka yang mengkhianati kemuliaan hati-Nya, maka wujudlah agama Labus yang diturunkan kepada Bobolizan Guraumanuk untuk menggantikan hukuman keras yang diwartakan oleh Bobolizan Gomburon. Agama Labus yang diwartakan Bobolizan Guraumanuk ini menghapuskan hukuman mati seperti memasukkan pesalah yang membunuh orang ke dalam bubu dengan batu lalu dibuang ke dalam laut (hukum gomburon) dengan setiap kesalahan orang momogun boleh dibayar dengan mengorbankan haiwan ternak seperti ayam (nilai ayam bergantung kepada warna hitam / putih. Warna lain tidak diterima), atau kesalahan besar korbankan khinzir atau kerbau.

Lumaag Nabalu menjaga Gunung Kinabalu Alexander Marcellinus (2007)

Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Rungus

Pemuda-pemuda dari suku kaum Rungus tidak mencari bakal isteri mereka sendiri tetapi ditentukan oleh ibu bapa mereka.

Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi anak mereka apabila anak-anak mereka dewasa dan sudah berupaya memikul t untuk mendirikan rumahtangga.

Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu gadis yang berkenan di hati, mereka akan datang ke rumah ibu bapa si gadis u sama ada si gadis telah berpunya atau belum.

Apabila didapati si gadis itu belum dimiliki, maka ibu bapa si lelaki akan menanyakan orang-orang yang rapat atau keluarga bagaimana sikap si gadis, sama ada si gadis yang dirisik rajin,baik hati dan sebagainya.Begitu juga sebaliknya bagi keluarg

Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat, barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari peminangan atau pertunangan. Setela pertunangan dibuat, maka barulah hari menghantar tanda tunang ditetapkan.

Kadang kala semasa hari menghantar tanda tunang, hari tersebut juga digunakan untuk penetapan berian, hukuman dan p mesti dikeluarkan oleh pihak si lelaki seminggu sebelum hari perkahwinan. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai dan perbelanjaan kahwin akan dibuat selepas seminggu atau sebulan penghantaran tanda tunang. Semua perbincangan p pihak perempuan ini akan disaksikan oleh Ketua Kampung dan beberapa orang ahli keluarga kedua belah pihak. Barang-barang yang yang dijadikan tanda tunang adalah tidak terhad, antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Buah Pinang Daun Sirih Daun Kirai Kapur Sigup (Tembakau) Lain-lain barang yang difikirkan perlu untuk si gadis

Kesemua tanda tunang ini dihantar oleh bapa si lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain sebagai pengiring. Kebiasaannya, apabila rombongan si lelaki tiba di rumah si perempuan, si lelaki akan mengambil seberapa banyak yang te disimpan para-para rumah si perempuan. Ini menandakan bahawa si lelaki itu mahu menjadi keluarga mereka. Tali pengikat kayu api itu akan disimpan sebagai tand besar ikatan kayu itu begitulah juga besarnya sukatan tempayan yang diberikan kepada bapa si perempuan. Adat ini dinam adat "Loput" atau "Buka Mulut".

Upacara penghantaran tanda tunang dilakukan mengikut hari yang baik contohnya pada hari "tontong" atau bulan purnama perjalanan pada hari penghantaran tanda tunang ini berlaku peristiwa-peristiwa ganjil,bertemu binatang seperti rusa, burung dan sebagainya, maka upacara penghantaran tanda tunang dibatalkan dan ditunda ke hari lain.

Bagi hal berkenaan berian dan belanja kahwin,ibu bapa si lelaki akan menggunakan seseorang sebagai wakil untuk berbinc keluarga perempuan dan menyampaikan kepada ibu bapa ibu bapa si lelaki segala keputusan keluarga pihak perempuan.

Wakil bagi upacara seperti ini dinamakan "Bantaran". Tugas "Bantaran" ialah sebagai pembawa adat "Loput" (Pembuka Bic Mulut)."Bantaran" perlu membawa sebuah "panding" sebesar satu depa sukatannya, "tutuban" satu sansang sakudon atau dan "languwai" satu pasang atau "sumbul".

Untuk perempuan yang akan dikahwininya diberi satu "languwai" sederhana besar dan satu "tawag". Ibu bapa perempuan p dua buah "tawag" atau "sanang". Jika si lelaki berkemampuan, semua adik-beradiknya yang perempuan juga diberi satu "g seorang sebagai adat pewarisan.

Setelah selesai adat "Loput" atau "Buka Mulut" ini, barulah mereka akan berunding mengenai berian dan belanja kahwin se pihak lelaki mengikut permintaan pihak perempuan. Sekiranya si lelaki bersetuju dengan semua permintaan tersebut, maka perkahwinan pun ditetapkan. Jika tidak, terpulanglah kepada budi bicara kedua-dua pihak sama ada mahu meneruskan per anak atau tidak.

Apabila tiba masa perkahwinan yang telah ditetapkan, si lelaki dikehendaki membawa "bujak", keris atau pedang, "paes" (p bersama gelang dengan menggunakan sapu tangan. Setelah lengkap semuanya barulah si lelaki berangkat ke rumah baka Apabila tiba di rumah si perempuan, si lelaki hendaklah menyerahkan kesemua barang tadi kepada ibu bapa si perempuan barulah si lelaki boleh duduk di tempat persandingannya sementara menanti pengantin perempuan keluar bersanding. Si le membawa seorang pengapit yang dipanggil "magat", begitu juga dengan pengantin perempuan.

Sesudah upacara perkahwinan dijalankan, barulah Ketua Kampung membuat surat peringatan perkahwinan untuk didaftark Anak Negeri bagi mendapatkan Surat Keterangan Berian. Dalam surat peringatan ini, diberi "Lapik Banda" kepada kedua-d iaitu sekiranya si suami tidak menjaga isterinya dengan baik, tidak menghormati mentua dan hal-hal lain yang tidak wajar d seorang suami kepada isterinya, maka isteri berhak menceraikan suaminya tanpa mengembalikan kesemua berian dan per kahwin. Jika si isteri tidak mengikut nasihat dan kata-kata suami, curang atau lari dari rumah akan didenda satu "tawag" ata berian akan dikembalikan kepada suaminya. Adapun tujuan "Lapik Banda" ini adalah untuk mengelakkan pasangan suami isteri daripada bercerai.

Anda mungkin juga menyukai