Anda di halaman 1dari 21

PANTANG LARANG DAN HUKUM ADAT SUKU KAUM RUNGUS

Berikut Beberapa Pantang Larang Suku Kaum Rungus semasa Kematian dan Pengekebumian, Perkahwinan dan Pantang Larang Pelbagai.

1. Hukum Adat Kematian & Pengkebumian K Adat Kematian Suami/Isteri ( Suami /Isteri masih hidup harus menurut arahan orang tua-tua semasa hari pengkebumian dan Mogukas atau Lumuvas (Kenduri Kematian) di jalankan. ( Suami/Isteri masih hidup diberi amaran dan Lapik Banda.Tidak di benarkan bercampur gaul dengan orang ramai seperti menari sumundai mongigol ketika hari Mogukas atau Lumuvas. ( Suami/Isteri masih hidup di perintahkan oleh orang tua-tua supaya semua pakaian si mati tidak di bawa bersama ketika pengkebumian,di simpan rapi,di masukkan ke dalam peti atau di bungkus,perbuatan ini di namakan Dompihor. ( Pakaian si mati tidak boleh d buka sembarangan sebelum tiba masa diberitahu oleh orang tua-tua ( Suami/Isteri masih hidup di arah membuat tapai (sejenis arak dari beras) dalam tempayan kecil, di panggil tulidan. ( Suami/Isteri masih hidup tidak di benarkan berpakaian menarik sehingga selesai Mogukas atau Lumuvas.

( Suami/Isteri masih hidup di kehendaki menyediakan 1 ekor khinzir besar/kecil,beras dan barang-barang lain di rasakan perlu untuk roh si mati. Tiba masa sesuai, ketua kampung, bobolian, semua waris si mati di jemput menyaksikan pembinaan pondok penyembahan. Upacara di panggil Pemanapakan Sumbingan. ( Selesai pembinaan pondok, khinzir yang di sediakan itu di tangkap,di simpan di pondok.Sebelum itu, kubur si mati di bersihkan petang sebelum Pemanapakan Sumbingan. ( Khinzir dalam pondok di sembelih lalu di masak. Sedikit daging yang di masak di ambil di bawa ke kubur bersama tapai dalam tulidan, mangkuk, pinggan dan gelas telah di sediakan. Kedua waris berhimpun di kubur. Orang ramai bersimpati berada di perkuburan member penghormatan terakhir. Mereka makan dan minum di atas kuburan kemudian memecahkan kesemua barang dibawa dari rumah seperti tempayan, pinggan, mangkuk dan gelas. ( Kesemua harus pulang ke rumah keluarga yang mengadakan Lumuvas untuk upacara memukul gong dan menari sumundai mongigol.Mengakhiri upacara, waris keluarga si mati harus menari sumundai mongigol. Selesai tarian sumundai

mongigol,suami/isteri masih hidup bebas dari Adat Dompihot. ( Suami/Isteri masih hidup membayar adat todung kepada mertua atau waris si mati. Adat Todung berupa 1 gadul atau salapa.

Adat kovobhan mato 1 sanang tinakul. Menandakan Suami/Isteri masih hidup merupakan duda atau balu. Di panggil Tulun do Napuadan, boleh berkahwin semula.

K Hukum Adat Apabila seseorang mati di rumah orang lain ( Keluarga si mati akan di kenakan adat Kerivaan atau adat Korungkapan. ( Keluarga si mati boleh membeli (menyewa) sementara rumah tempat si mati meninggal mengikut harga di persetujui tuan

rumah supaya pengurusan jenazah dapat di lakukan. ( Tidak boleh mengadakan mogukas iaitu kenduri untuk si mati di tempt tersebut. ( Perlaksanaan pengurusan jenazah, keluarga si mati tidak di benarkan menggunakan apa-apa peralatan milik tuan rumah seperti cangkul, parang, periuk, kuali, pinggan, mangkuk dan sebagainya melainkan yang dibeli sendiri. ( Adat dikenakan ialah Adat korivan 1 ekor khinzir, Adat Korungkapan 1 ekor khinzir dan 1 buah tawag, Adat Labai Minatai 1 buah gadur, Adat Pukodou 1 bilah parang dan Adat Purandom 3 ela kain hitam. ( Harus di lunaskan kepada tuan rumah, tidak boleh di hutang/di tangguh, di selesaikan serta-merta.

K Hukum Adat Lapau ( Lelaki , sogit kepada isteri, 1 ekor khinzir/kambing,pulanut 1 sanang betukul dan 1 parang sebagai pukadou. ( Perempuan , sogit kampung, 1 ekor khinzir/kambing, 1 tinakul dan karol tingkal. ( Lelaki dan perempuan kahwin, lelaki membayar Rolot, 1 tawag kepada isteri, pulanut kepada anak tiap-tiap seorang saring/1 ringgit duit syiling. satu

K Hukum Adat Kosup ( Seseorang sedang sakit kuat di ubati Dukun/Bobolian,

meninggal sebelum Bobolian mengubati pulang, keluarga si mati di kenakan adat Kosup. ( Memberi 1 sanang betukul, 1 gador dan 1 ekor khinzir kepada Bobolian.

K Hukum Adat Bangun ( Dikenakan kepada orang menyebabkan kematian seseorang, mati akibat terkena guna-guna(Kepandaian) seperti popol, sindaat atau kelulut. ( Dikenakan Adat Bangun sekiranya ada saksi dan bukti mati kerana perbuatannya. ( Mesti memberi 10 sanang kimanis dan 5 ekor kerbau.

K Hukum Adat Mengusung Mayat Melintasi Ladang dan Rumah Orang Lain ( Pihak si mati mengusung mayat melintasi ladang dan rumah orang lain, keluarga si mati di kenakan Adat Puod dan Adat Kosusuhutan. ( Adat Puod - Seekor ayam sebagai sogit untuk tanaman di ladang di lintasi. - Kerana tanaman di ladang terkena penyakit puod seperti tidak subur, daun tidak sihat, kekuningan dan gugur di lintasi oleh sial iaitu mayat manusia.

( Adat Kosusuhutan - Seekor khinzir disembelih, memanggil kembali roh orang masih hidup apabila mayat di usung melintasi rumah orang lain. - Roh si mati dipercayai mengajak roh orang masih hidup samasama menyertainya kea lam kematian.

K Hukum Adat Sonsol ( Dikenakan apabila seseorang diamanahkan menjaga seseorang tetapi mengabaikan tanggungjawab. Buat angkara agar orang dijaga mendapat bahaya, menyebabkan kematian mesti

membayar 4 sanang Kimanis, 5 buah tawag dan 1 ekor kerbau.

( Hal-hal lain di kenakan adat Sonsol ,menyebabkan kematian menggunakan ilmu hitam dan menyumpah orang lain sehingga orang disumpahnya mati. Dikenakan 8 sanang Kimanis, 4 ekor kerbau, 2 buah tawag binubuk dan 2 sanang Kutai.

K Hukum Adat Mati Di Ladang ( Mati kerana sakit atau kemalangan di ladang, terpaksa di kubur di ladang itu juga. Tidak boleh di bawa balik ke rumahnya. ( Kepercayaan suku kaum Rungus, orang mati membawa bencana buruk kepada kampungnya jika tidak di kebumikan di ladang itu. ( Jika mati di ladang orang lain, hendaklah di kebumikan di ladang itu juga dengan keluasan 15 kaki persegi, kawasan kuburan tidak boleh di usahakan. ( Keluarga si mati membayar 1 ekor khinzir dan 1 ekor ayam sebagai sogit ladang, dan 1 sanang betukul atau sumbul sebagai pulanut kepada empunya ladang. ( Tidak boleh di gantikan dengan wang.

K Hukum Adat Mati Jatuh Dari Pokok ( Mayatnya tidak boleh dibawa ke kampung atau rumahnya. ( Hendaklah dikuburkan di tempat itu juga dan waris si mati tidak boleh berpantang larang.

K Hukum Adat Mati Di Laut ( Mayat tidak boleh di bawa pulang ke rumah ( Mayat di buang ke dalam laut

2.

Hukum Adat Perkahwinan K Hukum Adat Suami Isteri Bergaduh Di Hadapan Tetamu ( Pasangan suami isteri akan dikenakan adat malu berupa 1 buah tawag dan 1 ekor ayam besar. ( Kerana perbuatan mereka dianggap tidak menghormat tetamu, seolah-olah tetamu mereka haiwan dan cuba mengusir dengan mencetuskan pergaduhan.

K Hukum Adat Solod ( Dikenakan kepada orang yang bersalah kerana merebut isteri/suami orang lain. ( Dikenakan 8 buah sanang kimanis dan seekor kerbau sumandak, diberikan kepada isteri/suami orang direbutnya.

K Hukum Adat Rungkang ( Apabila suami/isteri sedang sakit ditinggalkan oleh suami/isteri.Kemudian Suami/Isteri meninggal dunia sedangkan suami/isteri telah berkahwin lain. ( Didenda 1 ekor kerbau, 1 buah tawag binubuk dan 1 ekor babi.

K Hukum Adat Rolot ( Dikenakan kepada suami yang memadukan isterinya samaada mendapat persetujuan atau tidak dari isteri pertama. ( 1 buah tawag untuk rolot dan 1 ekor kambing/khinzir untuk pulanut atau kepanasan. ( Isteri baru membayar 1 buah languwai kepada isteri pertama sebagai adat mereka bermadu

K Hukum Adat melangsungkan perkahwinan di rumah orang lain ( Adat suku kaum Rungus,jika berlaku sama ada dengan persetujuan atau tidak dari kedua belah pihak,dikenakan adat kosintadon. ( 1 sanang betukul atau tinakul dan 1 ekor kambing/khinzir di berikan kepada tuan rumah ( Kerana pasangan dianggap telah menyewakan rumah mereka bagi alam rumahtangga bakal dijalani

K Hukum Adat Bagi Lelaki yang membawa Anak Gadis Kahwin Lari ( Lelaki membawa anak gadis tanpa kebenaran orang tua gadis kemudian berkahwin,ke dua-duanya di anggap berbuat zina. ( Si lelaki didenda mengikut adat istiadat kaum Rungus iaitu Pihak ibubapa gadis adat malu dikenakan.Lelaki dikehendaki memberi 2 buah sanang berukul yang besar

Gadis di bawa lari di kenakan adat Laput.Lelaki memberi 2 buah langguwai, 1 panding, 1 saludang untuk penutup dan 1 Mappai Rampak

Berian si gadis,2 ekor kerbau dan 1 ekor khinzir/kambing sebagai sogit kampung,1 ekor kerbau belanja dapur serta belanja hangus dan lain-lain harus di bayar menurut permintaan pihak si gadis.

Lelaki tidak mampu menurut permintaan,yang telah berkahwin tinggal bersama mentuany sehingga hutang berian habis di bayar.

Tempoh di berikan tamat, ibu bapa si gadis berhak menceraikan si gadis dari lelaki(suaminya) itu.

K Hukum Adat Baboh ( Perkahwinan dilarang antara perempuan dan lelaki yang mempunyai kaitan persaudaraan sangat dekat. ( ( ( Perkahwinan yang jarang berlaku dan susah untuk di huraikan. Keadaan memaksa, adat Baboh terpaksa dikenakan kepada pasangan 2 buah sanang kimanis dan 2 ekor khinzir besar untuk kepanasan di bayar kepada bapa ( Si bapa membayar kepada si anak 1 ekor khinzir, 1 buah tawag binubuk,ke dua-dua pihak waris di beri 1 buah gadul setiap seorang. ( Kesemua waris terdekat, dikenakan bayaran adat Purandom Kaval Tiningkal dan sebilah parang sebagai adat pukodou ( Berian di bayar mengikut peraturan dan persetujuan kedua belah pihak.Adat Rinding dilakukan sebagai perisai kepanasan.

( (

1 ekor khinzir dan 1 sanang betukul besar sebagai pusukud, adat kepanasan. Adat untuk Ketua Kampung membicarakan perkahwinan, di sediakan sebelum perbicaraan bermula.

K Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Rungus ( ( Pemuda tidak mencari bakal isteri sendiri, ditentukan ibubapa mereka Ibu bapa mencari pasangan anak mereka apabila anak mereka dewasa dan sudah berupaya memikul tanggungjawab mendirikan rumahtangga. ( Ibubapa lelaki bertemu gadis berkenan di hati, mereka datang ke rumah ibu bapa gadis untuk merisik sudah berpunya atau belum ( Jika belum di miliki, ibu bapa akan menanyakan orang-orang rapat/keluarga terdekat si gadis, samaada rajin, baik hati dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya. ( Kedua belah sudah sepakat, ibu bapa lelaki menetapkan hari peminangan atau pertunangan. Bersetuju bertunang,hari menghantar tanda tunang ditetapkan. ( Kadangkala, hari menghantar tanda tunang di gunakan penetapan berian, hukuman dan perbelanjaan mesti dikeluarkan oleh pihak lelaki seminggu sebelum hari perkahwinan. ( Walaubagaimanapun, perbincangan mengenai berian, hukuman dan

perbelanjaan kahwin akan dibuat selepas seminggu/sebulan penghantaran tanda tunang. ( Perbincangan kedua pihak disaksikan oleh Ketua Kampung dan beberapa

orang ahli keluarga kedua pihak. ( Barang-barang di jadikan tanda tunang tidak terhad, antaranya Buah Pinang, Daun Sirih, Daun Kirai, Kapur, Sigup (Tembakau) dan lain-lain barang difikir perlu untuk si gadis. ( Tanda tunang di hantar oleh bapa lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain sebagai pengiring. ( Rombongan lelaki tiba,si lelaki akan mengambil seberapa banyak yang terdaya, disimpan para-para rumah si gadis. Tanda berapa ikatan kayu begitulah besarnya sukatan tempayan di berikan kepada bapa perempuan. Adat di namakan adat Loput atau Buka Mulut. ( Upacara penghantaran tanda tunang mengikut hari baik seperti tontong /bulan purnama. Jika sepanjang perjalanan berlaku peristiwa ganjil seperti bertemu binatang rusa, burung-burung ganjil dan sebagainya, upacara

dibatalkan, ditunda ke hari lain. ( Berian dan belanja kahwin, ibu bapa lelaki menggunakan seseorang wakil berbincang dan menyampaikan keputusan keluarga pihak perempuan. ( Wakil di namakan Mulut) Bantaran, membawa pembawa sebuah adat Loput(Pembuka satu depa

Bicara/Pembuka

panding

sukatannya,tutuban satu sansang sakudon/sebuah gong dan languwai satu pasang/sumbul. ( Perempuan di kahwini diberi satu languwa sederhana besar dan satu tawag. Ibu bapa perempuan, diberi dua buaah tawag atau sanang. Berkemampuan, semua adik-beradiknya perempuan diberi satu gadur setiap

seorang,adat pewarisan. ( Selesai adat Loput/Buka Mulut, mereka berunding berian dan belanja kahwin serta hantaran mengikut permintaan pihak perempuan.Sekiranya lelaki bersetuju,hari perkahwinan ditetapkan. Jika tidak, terpulang budi bicara kedua-dua pihak meneruskan atau tidak. ( Tiba hari perkahwinan, si lelaki membawa bujak, keris/pedang,paes (pisau) diikat bersama gelang menggunakan sapu tangan. Lengkap kesemuanya barulah si lelaki berangkat ke rumah bakal isterinya. Tiba di rumah perempuan, lelaki menyerahkan kesemua barang kepada ibu bapa

perempuan. Barulah lelaki boleh duduk di tempat persandingan menunggu pengantin perempuan keluar. Mesti membawa pengapit di panggil magat ( Sesudah perkahwinan dijalankan, Ketua Kampung membuat surat peringatan perkahwinan didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri, mendapatkan Surat Keterangan Berian. Dalam surat ini diberikan Lapik Banda, sekiranya suami tidak menjaga isteri, tidak menghormati mentua,hal-hal lain tidak wajar, isteri berhak menceraikan suami tanpa mengembalikan berian dan perbelanjaan perkahwinan. Isteri tidak mengikut nasihat dan kata-kata suami, curang/lari dari rumah didenda tawag atau sanang dan berian di kembalikan. ( Tujuan Lapik Banda untuk mengelakkan pasangan bercerai

3.

Hukum Adat Pelbagai K Adat Dan Pantang Larang Bagi Ibu Baru Bersalin ( Tidak dibenarkan membuat sebarang kerja selama genap satu/dua

minggu.Mengelakkan sakit dan masuk angin dalam badan si ibu. Tidak digalakkan keluar rumah selama 7 hari. ( Tidak boleh dimarahi, dipukul atau mendengar perkataan kasar. Keadaan mengizinkan, harus berpantang 30 hari sehingga badannya pulih. ( Mengelak serangan penyakit dan bayi selamat, bayi tidak boleh di bawa keluar rumah sesuka hati dalam tempoh berpantang. ( ( Di mestikan memberi susu ibu kepada bayinya untuk menyusu. Peraturan makanan mesti dipatuhi ibu adalah makan 3 kali sehari, makan lebih kerap sup daging/ayam, makan kacang beras dengan lembut, makan banyak sayur dan telur ayam, buah-buahan makan 3 kali sehari, minum air dimasak 6-8 gelas sehari dan berjemur cahaya matahari setiap pagi lebih kurang 1 jam.

K Hukum Adat Perempuan yang bersalin di rumah orang lain secara sengaja atau tidak ( Melahirkan anak di rumah orang lain tidak baik kerana perempuan bersalin mengeluarkan darah banyak. Di katakana Kariva atau Karintad do paganakan di sanganu do valai(alamat tidak baik bagi zuriat seisi rumah) ( Di kenakan adat Katingaladan iaitu 1 ekor ayam jantan untuk sogit kogikalan (berteduh) kepada tuan rumah sekiranya bayi selamat ( Jika bayi mati, haruslah membaayar adat Karivaan iaitu 1 buah tawag,1 ekor khinzir/kambing dan pulanut pukadou sebilah parang. ( Haruslah dilunaskan pada hari tersebut kerana tidak boleh melanggar adat.

K Hukum Adat Perempuan yang bersalin di rumah orang lain secara sengaja atau tidak (mengandung tanpa suami) ( Kes ini agak berat, di kenakan sogit Kepanasan. Sogit ini di sebabkan anak dilahirkan adalah hasil daripada perzinaan.Kepanasan harus disejukkan dengan sogit(sejuk),menolak bala penyakit dan membuang sial. ( Di denda 1 ekor khinzir besar untuk sogit, 1 buah sanang betukul untuk pulanut dan sebilah parang untuk peralatan.Kesemuanya di beri kepada tuan rumah. ( Sukud (perlindungan nyawa)kepada Ketua Kampung, hendaklah memberikan 1 buah gadur dan 1 ekor ayam kerana beliaulah yang membicarakan hal ini.

K Hukum Adat Anak Melawan Ibu Bapa ( Si anak di katakan derhaka dan akan terkena tulah atau kutuk. Dalam bahasa Rungus, Kovusung. ( Mengelak tulah, adat Kovusung harus di kenakan. Berupa 1 ekor khinzir sedang membesar. Khinzir di sembelih dan darahnya dikumpul, dimandikan kepada si anak yang derhaka itu. ( ( Sebuah gadul pulanut di berikan sebagai sebahagian adat Kovusung. Jika ibu bapa si anak tidak memaafkan anaknya, tulah/kutuk pada si anak tetap tidak dapat dielakkan.

K Hukum Adat Dan Pantang Larang Perempuan Yang Sedang Hamil ( Seseorang memotong kayu menggunakan parang,parang disimpan atas bahu perempuan hamil, kata orang dahulu kala pantang kerana kotiguras bermaksud sial. ( Perempuan hamil tidak boleh terkejut kerana si ibu terkejut, bayi dalam kandungan juga terkejut, bergerak menyebabkan keguguran. ( Tidak gugur,tetapi bayi mungkin cacat atau mudah terkejut,mudah di serang penyakit. ( Perempuan hamil terkejut, dikenakan sogit peringkat pertama, seekor ayam berharga RM10.00 di berikan kepada perempuan hamil itu. ( Pesalah degil, tidak mahu melakukan demikian sehingga berlaku sesuatu tidak baik ke atas perempuan hamil seperti kematian, dikenakan undangundang bangun atau sonsal. ( Adat Sonsal iaitu 80 sanang atau RM24,000.00, 40 sanang atau RM12,000.00, 2 ekor kerbau sebagai ganti nyawa. ( Pesalah tidak dapat membayar,akan di dakwa di Mahkamah Anak Negeri, boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun jika sabit kesalahan.

K Hukum Adat Kekecewaan Akibat Mungkir Janji ( Hal kekecewaan (Koimanimanan),sering terjadi kalangan remaja lelaki dan wanita masa kini. ( Seeorang berjanji, tetapi tidak menunaikan,orang tersebut dikenakan adat Kimanan.

Sebuah tawag atau tinggi nilainya dari itu mengikut keputusan Ketua Kampung.Kedua pihak harus menandatangani perjanjian keputusan pihak berkuasa, si pesalah harus membayar/menunaikan janjinya.

Enggan menuruti, hal tersebut boleh di dakwa di Mahkamah Anak Negeri.

K Hukum Adat Kopunan (Kempunan) ( Menjadi pantang membuat seseorang kempunan seperti mengatakan Kogutaikah walau sedang marah. ( Membuat orang kempunan sehingga mendapat kecelakaan seperti cedera kena benda tajam,di serang binatang buas, di patuk ular, lebih teruk kematian, akan di kenakan adat Kopunan. ( Berupa 1 buah sanang,1 ekor kerbau dan 1 ekor kambing/khinzir sebagai sogit kepada orang kempunan itu.

K Hukum Adat Kotigagangan ( Kesalahan memeranjatkan orang lain, tujuan bergurau sehingga orang itu sakit,di kenakan adat Kotigagangan. ( Seekor ayam di berikan kepada orang terkejut itu. Bobolian dipanggil menyembelih ayam, mengembalikan roh atau tatod orang itu.

K Hukum Adat Menyumpah Orang Lain ( ( Didapati selalu menyumpah orang tidak bersalah, di kenakan sogit. 1 ekor khinzir atau 1 ekor kambing disembelih, sebilah parang sebagai

pukodou dan sebuah gadul/salapa untuk pulanut. Tidak boleh di tukar nilai dengan wang ringgit.

K Hukum Adat Merogol Perempuan Bawah Umur 14 Tahun ( ( Jika sabit kesalahan, perogol di kenakan adat denda atau sogit. 1 ekor kerbau sumandak, 2 buah tawag sederhana besar, 1 ekor kambing, 2 buah sanang betukul besar (menanggung keaiban ibu bapa). ( Perempuan di rogol mendapat penyakit akibat perbuatan tersebut,semua belanja merawat penyakit harus ditanggung sepenuhnya pesalah sehingga sembuh. ( Harus membayar berian samaada pesalah mahu berkahwin atau tidak. Jika tidak mahu membayar, pihak ibu bapa dan Ketua Kampung berhak membawa ke pengadilan. Perogol diadili mengikut undang-undang negara.

K Hukum Adat Merosakkan Tanaman Di Ladang ( Menggunakan parang di kenakan adat Rungus tidak kira siapa orang tersebut. Merosakkan tanaman di ladang seperti padi di denda 2 ekor ayam sebagai sogit. ( Berapa banyak kerosakkan tanaman, dibayar nilainya dua kali ganda oleh pesalah. ( Jika tuan ladang membuat ada penyembahan roh padi, memperuntukkan beberapa ekor ayam dan lain-lain, si perosak mesti membayar semuanya sebagai ganti rugi.

Dinamakan Adat Korunggabon pantang bagi upacara penyembahan telah di langgar. Di katakan Koti gurasan di sanganu om kotiggagan di rumpuvon do tinanom.

K Hukum Adat Orang Yang didapati Mencuri ( ( Terlebih dahulu disoal siasat menurut hukum adat suku kaum Rungus. Mengaku tidak bersalah tetapi terdapat saksi dan bukti kukuh, kes tersebut dibawa kepada pihak berkuasa. ( Mengaku bersalah, kes berkenaan tidak perlu menjadi kes polis, akan dikendalikan oleh Ketua Kampung. ( Dikehendaki mengembalikan semua barang dicurinya kepada pemilik. Di denda 1 buah tawag sebagai pengajaran, di berikan kepada Ketua Kampung. Di kenakan 1 ekor ayam besar sebagai sogit Koruntadan di berikan kepada orang kecurian tadi.

K Hukum Adat Pembahagian Harta Pusaka ( Harta di maksudkan berupa gong, betukul, pakaian tradisi, tanah dan lain-lain. Di miliki oleh ibu bapa, tidak boleh diberi kepada si anak sebelum meninggal dunia.Ibu bapa membuat wasiat semasa hidup mengenai pemberian harta. ( Mendapat kelebihan kepada anak lelaki sulung. Anak perempuan sulung mendapat 3% sahaja kerana anak lelaki di percayai dapat membalas jasa ibubapa lebih awal. Perempuan pula dimiliki oleh orang lain

(suaminya),tenaganya tidak setaraf lelaki. Baki harta dibahagi sama rata antara adik-beradik.

Mempunyai anak angkat, anak angkat tidak berhak mendapat harta pusaka. Tetapi, mempunyai pencapaian bersama sepanjang hayat ibu bapanya, harta berkenaan boleh di tuntutnya.

K Hukum Adat Todung ( Di kenakan kepada orang melanggar adat berpantang semasa kematian suami/isteri. ( Hukuman dikenakan 1 buah salapa, 1 bilah parang, 1 piring kimanis/1 buah gadul, 1 buah sanang betukul/1 buah tawag, 1 buah gadul. ( Di bayar mengikut kesalahan dilanggar semasa adat berpantang kematian suami/isteri.

K Hukum Adat Sumbang ( Perbuatan zina dilakukan oleh orang-orang ada pertalian darah,antara anak dan bapa, ibu dan anak, adik-beradik seibu sebapa, anak saudara dan bapa/ibu saudara serta bersepupu dengan pertalian darah yang masih dekat. ( Sumbang terbahagi kepada dua iaitu Sumbang Tunggal (Besar) dan Sumbang Soroi. ( Sumbang Tunggal(Besar) Perbuatan zina dilakukan oleh anak dan bapa, anak dan ibu dan adik beradik seibu sebapa. Hukuman kesalahan mengikut undang-undang adat zaman dahulu, akan di hukum bunuh atau ditangkap, dimasukkan ke dalam tempat dinamakan

bubu, di buang ke laut. Oleh kerana terlalu berat,dilupakan begitu saja. Zaman sekarang, dikenakan adat 15 ekor khinzir untuk adat kepanasan kampung. 20 sanang kimanis/sanang biasa, pulanut 2 pasang langkaki saring diperbuat dari besi luyang tembaga, di potong-potong diberikan kepada ketua kampung terlibat. Adat Pusukud di kenakan iaitu 1 sanang/1 tawag dan 1 ekor khinzir, sogit kepada ketua-ketua kampung membicarakan hukuman ini. Dikenakan kepada kedua-dua pesalah lelaki dan perempuan. ( Sumbang Soroi Perbuatan zina dilakukan antara sepupu 1 kali, 2 kali, sepupu 3 kali dan antara anak saudara dan bapa/ibu saudara. Hukuman kesalahan antara sepupu 1 kali, tidak boleh dikahwinkan lelaki di denda 3 ekor khinzir sogit kampung, pulanut sepasang lungkaki, 2 buah sanang atau tawag Perempuan, 2 ekor khinzir sogit kampung,pulanut sepasang lungkaki.

Hukuman kesalahan antara sepupu 2 kali dan 3 kali Berlainan keturunan boleh dikahwinkan Lelaki, di kenakan adat pitas,1 tawag binubuk,2 ekor khinzir untuk sogit kampung, pulanut gadur dan tinakul di beri kepada waris Perempuan,1 ekor khinzir atau kambing untuk sogit kambing, 1 sanang tinakul.

Hukuman kesalahan antara anak saudara dan bapa/ibu saudara,

tidak boleh dikahwinkan walau telah membayar denda membayar pusukud kepada ketua kampung membicarakannya, hendaklah di keluarkan sebelum perbicaraan dimulakan.

Lelaki, denda 5 ekor khinzir besar untuk sogit kepanasan kampung, 3 buah tawag/4 buah sanang, pulanut sepasang lungkaki, 4 karol tingkal sebagai purandom dan 1 parang sebagai pukadau(pukaras)

Perempuan , 2 ekor khinzir/kambing sogit kepanasan kampung, 2 buah sanang betukul, pulanut sepasang saring dan purandom 2 karol tingkal.

Anda mungkin juga menyukai