Anda di halaman 1dari 11

1

1. AMALAN ADAT ISTIADAT SUMBANG


Sejak zaman dahulu lagi sehingga pada masa sekarang, suku kaum rungus masih lagi
berpegang kuat kepada kepercayaan mereka iaitu, Pagan dan Syaitan/Iblis di mana suku ini
percaya ianya adalah tuhan mereka. Sekiranya ada berlaku sumbang, mereka akan merasa
takut kerana sumbang itu adalah amat panas atau bahaya jika dibiarkan. Tambahan pula,
menurut kepercayaan mereka, dipercayai bahawa jika sumbang itu berlaku ia pasti akan
mendatangkan malapetaka dan musibah yang melanda penduduk di kampung tersebut.
Antara musibah yang melanda ialah seperti berikut, bencana alam, kemarau yang
berpanjangan serta, tanam-tanaman seperti padai, jagung dan buah-buahan akan diserang
oleh binatang liar contohnya, Monyet, Tikus, Burung Pipit, serta Belalang yang sangat
banyak.
Selain itu, mereka juga percaya bahawa penyakit yang luar biasa seperti demam
panas serta kematian yang mengejut secara tiba-tiba akibat daripada kepanasan yang
berpunca dari sumbang. Oleh yang demikian, Tuhan atau Syaitan/Iblis sumbang tersebut
akan marah terhadap manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini.
2. TAFSIRAN SUMBANG
Sumbang adalah sesuatu perbuatan zina antara keluarga sebagai contoh. Zina antara
bapa kandung dengan anak perempuannya sendiri atau zina antara ibu kandung dengan anak
kandung.
Sumbang besar terbahagi kepada dua bahagian istilah yang berbeza dari segi istilah tetapi
maksudnya yang sama.
3. SUMBANG BESAR (SUMBANG TAGAZO)
A. SUMBANG SUMBOL
Maksud istilah ini ialah, zina antara bapa dengan anak perempuan.

B. SUMBANG GOPAL
Maksudnya, istilah ini ialah zina diantara seorang ibu dengan anak kandung lelakinya.

2

4. HUKUMAN DENDA ADAT ZINA SUMBANG BESAR ATAU SUMBANG SUMBOL
a) Zina antara bapa kandung dengan anak perempuan
b) Zina antara ibu kandung dengan anak lelaki

4.1. HUKUMAN PERTAMA
Pelanggaran adat ini dikenakan denda adat jika tidak, ada kemungkinan untuk membayar
kedua-dua. Pelaku sumbang iaitu lelaki dan perempuan dimasukkan didalam Bubu kemudian
dihanyutkan walaupun pesalahdihukum bunuh tetapi upacara ini harus diteruskan.
Hukuman denda adat keluarga lelaki untuk membayar adat pusukud kepada ketua kampung
adalah seperti berikut:
1) Pusukud - Sepangauit/Sandangau dan penyapit masing-masing sebuah sumbul.
Pukodou - Rampak hondunou dangol/parang
Pulanut - Songlokou Sintotol
Purondom - Sangkalau Tinakol
Sogit tolak bala kepanasan. 2 ekor babi besar.
Hukuman denda adat di bayar kepada bobolizan.
2) Vazud Sapangauit/sandangau
Pukodou Rampak hondunou dangol/parang
Pulanut - Songlokou Sintotol
Purondom - Sangkalau Tinakol
3) Suul bobolizan
- Kopihantak pinggan
- Songihing longon vogok
- Duvo ot tinonsinsulungan (vogok)
- Duvo tingguran vogok
Jika ada anak hasil daripada perzinaan maka, anak tersebut akan dihanyutkan (dimasukkan
kedalam bubu) ke sungai bersama dengan ibubapa.
3

4.2. HUKUMAN KEDUA
Jika kedua-dua pihak mampu membayar denda atas adat maka, mereka tidak akan
dihanyutkan. Akan tetapi kerana pelanggaran adat ini maka akan dikenakan adat:
i. Secara benda
- 2 buah sandangau
- 2 ekor babi (besar)
- 1 buah sandangau (pusukud). Ketua kampung
- 1 buah sandangau (vazud) bobolizan
- Pukadau (dangol rompak handuvou
- Purandom (sangkavol tinakol)
- Pulanut ( sonolokou sinontok)
- Suul bobolizan seperti hukum pertama
ii. Hukuman denda adat dikenakan
- Pesalah lelaki didenda 7 sandangau
- 7 ekor babi (sogit) diberi keluarga perempuan
- Pesalah perempuan didenda 4 sandangau
- 4 ekor babi (sogit)
Perintah ketua kampung tidak boleh kahwin mereka dipisahkan dan buang
daerah.
Manakala hasil perzinaan mereka (anak) akan dihanyutkan kedalam sungai
(bubu).

5. HUKUMAN DENDA ADAT PELAKU
Sumbang soroi dibayar kepada ketua kampung untuk menyelesaikan kes tersebut dan kepada
bobolizan yang akan moguhok untuk menolak bala kepanasan.
A. Hukuman denda adat pelaku sumbang soroi dibayar kepada ketua kampung yang
akan membicarakan sumbang soroi adalah seperti berikut:
1) Pusukud - Sepangauit/Sandangau dan penyapit masing-masing sebuah
sumbul.
4

Pukodou - Rampak hondunou dangol/parang
Pulanut - Songlokou Sintotol
Purondom - Sangkalau Tinakol

B. Hukuman denda adat pelaku sumbang soroi dibayar kepada bobolizan yang
moguhok.sogit sumbang soroi seperti berikut:

Vazud Sapangauit/sandangau
Pukodou Rampak hondunou dangol/parang
Pulanut - Songlokou Sintotol
Purondom - Sangkalau Tinakol
Suul bobolizan
- Kopihantak pinggan
- Songihing longon vogok
- Duvo ot tinonsinsulungan (vogok)
- Duvo tingguran vogok
C. Musibah kepada ketua kampung dan bobolizan yang melaksanakan penyelesaian dan
bobolizan yang moguhok sumbang soroi.
1. Mati tiba-tiba
2. Jatuh sakit/demam panas sehingga meninggal dunia
3. Gigi tidak tahan. Mudah rosak.
Maka, dengan sebab itulah, menurut pengamal adat ini, mestilah dibayar oleh pelaku.
Seandai ada berlaku keingkaran pelaku sumbang enggan membayar denda dan
pengupacaraan ketua kampung atau bobolizan jatuh sakit dan meninggal dunia. Pelaku
dikenakan denda adat sonsang. Pampasan sebanyak lapan sandangau dibayar kepada
keluarga ketua kampung dan keluarga bobolizan.



5

6. ISTILAH-ISTILAH ADAT HUKUMAN
Menurut tafsiran adat, istilah adat seperti berikut adalah mempunyai pengertian masing-
masing iaitu:

1. Pusukud. Merupakan sebuah pagauit atau sandangau. Tafsirannya pelindung diri,
ketua kampung yang berperanan melaknsanakan penyelesaian sumbang soroi.
2. Vazud. Sepangauit/sandangau. Tafsirannya sama dengan pusukud. Vazud
merupakan pelindung diri daripada musibah kepanasan sumbang soroi.
3. Pulanut. Songlokou sintotok. Tafsirannya adalah sintolok diperbuat daripada
luyang (alanut) merupakan besi yang tidak mudah patah dan berkarat. Ertinya,
ketua kampung dan bobolizan tidak akan mudah sakit jika menerima sintotok ini
daripada kepanasan.
4. Purandom. Sangkavol tinakol. Tinakol ini adalah benang yang diperbuat daripada
kapas dan disalup dengam tahum warna hitam. Tafsiran purandom ialah, gelap,
membawa erti ketua kampung/bobolizan pengamal adat (tinkat hitam) maksudnya
tidak kelihatan oleh iblis, syaitan, percaya kepanasan disebabkan oleh iblis atau
syaitan.
7. HUKUMAN-HUKUMAN DAN DENDA ADAT KEPADA PELAKU SUMBANG
SOROI
a) Menurut sejarah sumbang soroi yang berlaku di kampung Kindangan pada tahun 1880,
menurut sumbuer tiga ketua kampung yang menyelesaikan sumbang soroi, nama ketua
kampung berikut adalah:
a) KK. Salagan
b) KK. Marabung
c) KK. Landau

b) Menurut sumber, ketua kampung yang memberi keputusan sumbang soroi tang diketuai
oleh O.T Selagan dan keputusan adalah seperti berikut:
1. Pusukud sandangau diberi ketua kampung (monombilau adat). Dan juri ketua
kampung yang menyelesaikan kes ini masing-masing diberi satu sumbul untuk
pusukud.
6

2. Vazud sandangau diberi kepada bobolizan yang moguhok untuk menolak bala
dari kepanasan.
3. Rinding sebuah sandangau diberi keluarga perempuan.
4. Rinding sebuah sandangau diberi anak
5. Rinding - sebuah sandangau diberi pihak keluarga lelaki
6. Pulanut - tiap-tiap penduduk kampung yang hadir diupacara penyelesaian
sumbang soroi mendapat songlokau sinontok.

8. HUKUMAN DENDA ADAT SOGIT SUMBANG SOROI OLEH BOBOLIZAN
Hukuman denda adat bagi sogit sumbang soroi adalah seperti berikut:
1. Seekor babi diberikan untuk tolak bala kepanasan bagi keluarga dan anak.
2. Seekor babi diberikan tolak bala kepanasan pihak keluarga ibubapa lelaki.
3. Seekor babi diberikan tolak bala kepanasan pihak keluarga perempuan.
4. Seekor babi diberikan tolak bala kepanasan pihak pomogunan umoh tagad dan
tanaman.

9. TAFSIRAN SUMBANG SOROI
Sumbang soroi adalah seuatu perbuatan zina antara keluara terdekat. Sebagai contohnya,
seperti bapa tiri berzina dengan anak tiriny, pak cik berzian dengan anak abang keluarganya
dan sebagainya. Selain itu, sumbang soroi terbahagi kepada dua bahagian;
9.1. Sumbang Soroi Pertama
i. Berzina dengan bapa tiri dengan anak tirinya
ii. Berzina antara ibu tiri dengan anak tirinya
iii. Berzina antara menantu dengan mentuanya
9.2. Sumbang Soroi Kedua
i. Berzina antara sepupu sepupu pertamanya
ii. Berzian antara pak cik dengan anak abang keluarganya
iii. Berzina antara pak cik dengan sepupu pertamanya.

7

10. SEJARAH BERLAKUNYA SUMBANG SOROI
Pada tahiun 1880, berlakunya kes sumbang soroi di kampong Kindangan Matunggong,
Berikut adalah nama pelaku kes sumbang soroi;
1. En. Rungg Bin Barangkas (bapa Tiri)
2. Pn. Surindai Binti Vuntanggul (Ibu)
3. Cik Malung Binti Vakil (Anak Tiri)
Gambar Rajah Kes Sumbang Soroi






11. TERJADINYA SUMBANG SOROI
Menurut sumber rujukan kes sumbang soroi pada tahun 1957, iaitu KK.Banggaton Salangan
telah menceritakan kepada KK. Totong Gamis tentang kejadian kes sumbang soroi yang
telah berlaku terhadap keluarga Pn. Surinda Vuntanggal.
Daripada sumber rujukan, Pn. Surindai Vuntaggal iaitu isteri kepada mendiang En. Vakil
telah mengandung 1 bulan lebih semasa kematian suaminya. Tidak lama selepas itu,
Pn.Surindai telah dikahwini oleh En. Runggi Barangkas.
Menurut cerita, selepas 9 bulan kemudian, Cik Malung anak kepada mendiang En.Vakil yang
juga merupakan anak tiri En.Runggi telah melahirkan anak tanpa diketahui oleh penduduk
kampung tersebut. Semasa Cik Malung mengandung, dia telah disembunyikan oleh
keluarganya sendiri bagi memastikan tiada siapa mengetahui kes tersebut.
Bapa Tiri
En. Runggi Baangkas
Bapa Tiri
En. Runggi Baangkas
Bapa Tiri
En. Runggi Baangkas
8

12. KELAHIRAN ANAK SUMBANG SOROI
Sehubungan itu, ketika cik Malung Vakil melahirkan anak barulah kes ini diketahui umum
iaitu masyarakat kampong terutama ketua kampong tersebut. Maka dengan itu, kampong
Kindangan telah digemparkan dengan berita tentang kes sumbang soroi yang berlaku dalam
keluarga Pn. Surindai.
Oleh hal demikian, tanpa membuang masa, ketua Kg. Kindangan iaitu KK.Salangan telah
mengambil tindakan memberitahu kes itu kepada rakan seperjuangannya bagi
membincangkan perkara tersebut. Antara ketua kampong yang dijemput bagi
membincangkan perkara ini adalah;
a) KK. Marabung
b) KK. Landau
13. PEMBERITAHUAN UMUM TENTANG KES SUMBANG SOROI DI
KG.KINDANGAN
Setelah diketahui umum tentang kes sumbang soroi tersebut, KK.Salangan telah mengambil
peranan untuk memberitahu serta menjemput semua penduduk Kg. KIndangan untuk
menyelesaikan serta menyaksikan upacara bobolizan bagi melaksanakan sogit sumbang
tersebut.
13.1. Tajuk : Kes Sumbang Soroi
Tafsiran sumbang soroi ialah suatu perbuatan zina diantara keluarga yang
terdekat, sebagai contoh berzina dengan bapa tiri dengan anak tiri, berzina
diantara sepupu dengan sepupu pertama dan sebagainya.




9

14. AMALAN ADAT ISTIADAT SUMBANG SOROI
Sejak zaman dahulu sehinggalah pada masa kini, amalan adat istiadat suku kaum rungus
masih diamalkan oleh segelintir masyarakat. Sebagai contoh, jika berlaku kes sumbang soroi
seperti yang diceritakan, mereka percaya kepanasan atau musibah akan menimpa kampung
tersebut.
Tambahan pula, jika dibiarkan begitu saja dan tidak diambil tindakan undang-undang adat
bagi menolak bala kepanasan, sogit sumbang akan dilakukan oleh Bobolizan.
Selain itu, mereka juga turut percaya bahawa tamnaman seperti padi, jagung dan termasuklah
buah-buahan akan diserang oleh binatang serta perosak serangga seperti belalang, burung
pipit, tikus, ulat beluncas dan monyet. Kemarau yang berpanjangan juga akan menyerang
manusia seperti sakit perut, dan demam panas.
Kematian yang mengejut juga akan berlaku jika kes seperti itu dibiarkan begitu saja tanpa
hukuman yang setimpal menurut undang-undang adat. Menurut kepercayaan suku kaum
rungus, segelintir masyarakat pada masa kini masih lagi percaya bahawa iblis dan syaitan
sumbang akan marah terhadap perbuatan-perbuatan manusai yang terkutuk itu.

15. PEMBICARAAN KES SUMBANG SOROI DI KG. KINDANGAN MATUNGGONG.
Menurut sumber daripada KK. Salangan, penyelesai bagi kes sumbang soroi ialah;
a) KK. Salangan
b) KK. Marabung
c) KK. Landau
Plantif: En. Runggi Barangkas Bapa Tiri
Defendan: Cik Malung Vakil Anak Tiri

10

16. HUKUMAN UNDANG-UNDANG ADAT SUMBANG SOROI.
KK. Salangan telah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang adat sumbang soroi
kepada
Plantif : En. Runggi Barangkas Bapa Tiri
Defendan : Cik Malung Anak Tiri
16.1. Hukuman
Berdasarkan kes yang telah mereka lakukan, mereka telah dikenakan hukuman
yang dipertanggungjawabkan oleh pihak lelaki iaitu En. Runggi barangkas dan
keluarga mereka dengan
a) 5 buah sandangau
b) 4 ekor babi sogit
16.2. Adat yang digunakan oleh Bobolizan semasa upacara moguhok sumbang
soroi
Berikut adalah antara peralatan yang digunakan oleh Bobolizan bagi upacara tolak
bala kepanasan sumbang soroi dan nama bagi setiap peralatan tersebut ialah
saintifik tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tafsiran masing-masing mengikut
nama tumbuhan-tumbuhan yang digunakan semasa upacara sogit sumbang;
a) Pipit
b) Sogit
c) Kutad
d) Sulimbayun


11

16.3. Lokasi Poguhakan sumbang soroi
Sungai merupakan lokasi atau tempat poguhakan bagi upacara moguhok.
Apabila moguhok, babi dan peralatan akan dibawah bersama-sama ke sungai.
Sebelum upacara moguhok dijalankan air sungai akan dibuat empangan terlebih
dahulu agar air dapat bertakung.
Seterusnya apabila Bobolizan ini selesai moguhok, babi-babi tersebut akan
ditikam dengan pisau sehingga mati. Selepas itu, babi tersebut akan direndam di
dalam air, kemudian empangan akan dibuka bagi mengalirkan air sungai bersama
dengan darah-darah babi yang telah ditikam. Dengan kata lain mengalirkan atau
melepaskan kepanasan bersama-sama darah babi tersebut.
16.4. Keputusan Hukuman Terhadap Kedua Pesalah
Plantif : En.Runggi Barangkas (Bapa Tiri)
Defendan : Cik Malung ( Anak Tiri)
Berdasarkan keputusan KK. Salangan, beliau telah menjatuhkan hukuman
terhadap En.Runggi dengan Cik Malung dengan tidak dibenarkan berkahwin.
Sementara itu, cik Malung akan diusir daripada kampong bersama-sama dengan
anaknya. En. Runggi pula akan dibenarkan oleh ketua kampung untuk
mengekalkan hubungan perkahwinannya dengan isterinya iaitu Pn. Surindai.
16.5. Sumber rujukan Kes Sumbang Soroi
Sejarah kes sumbang soroi ini dirujuk pada tahun 1954, kemudian diceritakan
oleh KK. Banggaton dan KK.Salangan daripada kg.Kindangan Matunggong.
Sumber rujukan sejarah;
1. KK.Totong Gamis
Kg. Sumangkap, Matunggong.
2. KK. Gakup B. KK.Landau
Kg.Timug, Matunggong

Anda mungkin juga menyukai